[Terbit] Mischievous Killer [...

By ariaseva

10.7M 241K 62.9K

US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION

Bab 23

142K 8.3K 2.1K
By ariaseva

Erika berjalan menuju ke bawah pokok yang penuh dengan daun berwarna-warni. Pelik tetapi itulah yang dia nampak ketika ini. Cuaca di situ sejuk. Tetapi Erika tidak memerlukan baju sejuk.

Erika memandang ke sekeliling. Tiada siapa-siapa di situ melainkan dirinya sendiri.

"Frandy !!!!", jerit Erika terapi tiada sahutan.

Erika duduk di bawah pokok itu. Hanya pokok itu sahaja yang berada di situ. Dia memeluk lututnya sendiri.

"Sayang...", tegur suara lembut dari arah belakang Erika.

Erika dengan pantas menoleh ke arah si pemilik suara.

"Mama....", bisik Erika perlahan. Sungguh dia tidak percaya arwah mamanya kini berada di depannya.

Wanita muda itu hanya tersenyum manis. Pakaiannya seperti bidadari. Hanya bewarna putih.

"Percayalah.. Kadang-kadang, yang baik itu tidak baik untuk kita. Tetapi yang jahat itu tidak semestinya tidak baik untuk kita", kata wanita muda itu dengan lembut.

Wanita muda itu melangkah ke arah Erika. Kepala anaknya diusap lembut.

Erika masih tidak faham dengan apa yang cuba mamanya sampaikan.

"Dia papa kamu. Tetapi dia hanya mempergunakan kamu. Fikir lebih jauh, sayang. Selepas dia dapat apa yang dia mahu, dia pasti akan membunuh kamu", kata wanita muda itu lagi.

"Apa maksud mama ?", tanya Erika lembut.

"Tunjukkan pada mereka siapa diri kamu yang sebenarnya !", jerit wanita muda itu tiba-tiba kemudian menghilang sedikit demi sedikit.

"Show them who you are...", kata wanita muda itu sebelum betul-betul hilang dari situ.

"Show them who you are ??", tanya Erika sendiri.

"Mama !! Mama !!", jerit Erika.

"Woi, woi !!!", jerit Ariq.

Erika membuka matanya luas. Ah mimpi rupanya. Dia menoleh ke arah Ariq yang sedang duduk bersandar pada kepala katil. Komputer riba terletak elok di atas kaki sendiri. Nampak sangat tengah buat kerja.

"Dah apahal kau ni ?", tanya Ariq dengan kening yang dikerutkan.

"Kau ?", tanya Erika. Pelik dengan panggilan yang digunakan oleh Ariq. Berubah sekelip mata.

"Sorry.. Aku ikut mood sikit bila bercakap", jawab Ariq sambil menoleh ke skrin komputer ribanya semula.

"Oh.. Takpalah", kata Erika. Dia menutup matanya kembali.

"Eh, eh.. Jangan nak tidur balik lah. Aku punyalah tunggu kau bangun tidur, kau sedap-sedap je nak tidur balik. Bangun sekarang !!", jerit Ariq. Tangannya menepuk-nepuk bantal yang berada di bawah kepala Erika.

"Oh.. Sweetnya tunggu saya bangun tidur", kata Erika dengan mata yang dibuka semula.

"Kau kenapa ? Kau mimpi apa sampai menjerit-jerit macam orang gila ?", tanya Ariq mendatar.

"Saya mimpi mama saya", jawab Erika mendatar. Dia duduk di sebelah Ariq yang sedang menaip-naip di papan kekunci komputer ribanya.

"Oh.. Mama kau cakap apa ? Mesti dia puji menantu dia ni hensem, kan ?", tanya Ariq dengan suara lembutnya.

"Tak. Dia marah saya"

"Kenapa ?"

"Dia tak suka dapat menantu hodoh dan bodoh macam awak", jawab Erika selamba.

"Ha ha. Lawak sangat. Cakap kat mama kau tu 'pergi mampus'", kata Ariq selamba.

"Ishhh !!", Erika memukul lengan Ariq dengan kuat.

"Pergi mandilah sana. Siapkan sarapan. Petang karang aku nak kena pergi membunuh", kata Ariq mendatar. Langsung tidak marah dengan pukul isterinya itu.

"Hmm... Show them who you are...", bisik Erika pada diri sendiri.

"Haa ?," tanya Ariq.

"Saya nak ikut awak pergi berperang, boleh ?", tanya Erika lembut.

"Dah kenapa ? Duduk rumah jelah. Bahaya lah", kata Ariq mendatar.

"Please... Awak jagalah saya", kata Erika masih lembut.

"Tengoklah macam mana nanti. Kau pergilah mandi. Busuk lah mulut tu", kata Ariq sambil jarinya menutup hidungnya.

Erika tidak banyak bunyi malah terus maluru ke bilik air.

"Show them who you are...", bisik Erika pada diri sendiri lagi.

Ariq menoleh ke arah isterinya yang sudah hilang ke dalam bilik air. Dia kemudian menoleh ke skrin komputernya semula.

"Yes, baby. It's time to show them who you are", kata Ariq pada diri sendiri. Bukannya dia tidak dengar Erika yang bercakap dalam tidur itu kata. Dia cukup yakin yang isterinya ada benda yang disimpan.

Ariq dan Erika menuju ke jalan lama KL seperti yang dirancang. Range Rover bewarna putih diparkir sedikit jauh dari jalan utama.

"Tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Apa-apa hal yang jadi, terus drive pergi dekat Aryan. Faham ?", Ariq memberi arahan kepada Erika.

Erika hanya menganggukkan kepalanya.

Ariq mencium dahi Erika dengan lembut sebelum dia keluar dari kereta. Kakinya melangkah laju ke jalan utama. Di situ terdapat lebih 30 orang lelaki berbaju singlet bewarna hitam. Masing-masing memegang kayu, besi dan parang. Ariq meneliti tangan musuh-musuhnya, tiada senjata berpeluru.

"Takda yang pakai pistol", kata Ariq kepada Hayden yang sedang mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Ariq.

"Nice", jawab Hayden. Dia sebagai headhunter kumpulan itu, sudah tentulah sedang berada di tempat yang tinggi untuk mensasarkan mangsanya.

Ariq berjalan mendekati kumpulan yang sedang berdiri menghadapnya itu. Mata mencari si ketua kumpulan itu, King.

"Mana King ?", tanya Ariq dingin.

"Dia tahu dia akan mati kalau dia datang sini. Sebab kau ada headhunter", kata Malek yang berdiri betul-betul di hadapan Ariq. Jarak mereka dalam satu meter.

"Apa kau merepek ni ? Aku mana ada headhunter. Aku datang sorang je ni. Dia kata dia nak pulangkan kakak ipar aku, kan ?", tanya Ariq dingin.

"Bohong !!! Aku tahu headhunter kau tu tengah sasarkan mangsanya sekarang. Tunggu masa je untuk bertindak", kata Malek lagi.

"Hebat ah dia boleh tahu benda tu. Aku rasa dia orang pertama yang aku nak bunuh dulu", kata Hayden.

"Diamlah", kata Ariq kepada Hayden.

Malek memandang Ariq dengan pelik. Dia bercakap dengan siapa ?

"Hahahaha. Rilek lah. Tak perlu nak serius sangat lah, bro", kata Hayden lagi.

"Diam, babi", kata Ariq lagi.

"Kau bercakap dengan siapa ?!! Dengan headhunter kau tu ke ?!!", marah Malek.

"Eh.. Aku bercakap dengan kau lah", kata Ariq mendatar.

"Kau jangan nak tipu aku !!!", jerit Malek. Parangnya digawang-gawangkan ke atas.

"Betul. Aku mana ada headhunter. Zaman bila pakai headhunter bagai ni. Penakut je yang ada headhunter", kata Ariq lagi.Cukup tenang.

Bang !!!!!

Salah seorang anak buah Malek itu jatuh menyembah tanah.

Malek menoleh ke arah anak buahnya yang sudah menyembah tanah itu sebelum menoleh ke arah Ariq.

Ariq mengangkat keningnya sambil merenung anak buah Malek yang sudah mati itu.

"Habistu tu apa ?!!!", marah Malek. Jelas Ariq mempunyai headhunter jika anak buahnya boleh mati begitu sahaja.

Ariq mencekak pinggangnya sebelum dia menepuk dahinya sendiri.

"Yang tu bukan headhunter, tapi yang itu ialah babi", kata Ariq sebelum menyepak tangan Malek yang memegang parang itu. Parangnya terpelanting jauh.

"Serang !!!!", jerit Malek.

"Penatlah aku kalau macam ni", bisik Ariq sendiri sebelum menunduk dari serangan salah seorang anak buah Malek itu. Ariq kemudian berpusing dengan kaki yang dilebarkan ke tanah.

Lelaki itu menyembah tanah setelah kakinya disepak oleh Ariq.

Ariq berlawan tanpa henti dengan tangan yang kosong. Kadang-kadang lima orang terus datang menyerang.

Nafas Ariq turun naik dengan pantas.

"Tembaklah, babi !! Tembak !!!", jerit Ariq. Dia mahu Hayden menembak orang-orang itu tetapi Hayden masih tidak melakukan kerjanya.

Hayden disepak dengan kuat sebelum dia menyembah lantai.

Matanya menoleh ke arah seorang lelaki yang sasa badannya.

"Sial", kata Hayden sebelum meluru ke arah lelaki itu. Mereka bergelut hingga terlepaskan tembakan dari snipernya. Entah siapalah yang kena tembak tadi tu.

Hayden menolak lelaki itu jauh dengannya sebelum lelaki itu meluru semula ke arah Hayden.

Hayden dengan pantas memusing 360 darjah sebelum menyepak kepala lelaki itu dengan kuat. Tetapi lelaki itu sempat menstabikan dirinya sebelum menyembah lantai.

Melihatkan lelaki itu yang masih berdiri, Hayden memusing 360 darjah lagi sebelum menyepak leher lelaki itu pula. Kali ini barulah lelaki itu menyembah lantai.

"Tembaklah, babi !! Tembak !!", kedengaran suara Ariq di telinga Hayden.

"Sorry, bro. Ada orang serang aku tadi", kata Hayden dengan nafasnya yang turun naik.

Ariq bergelut dengan dua orang sekaligus sebelum dia melompat ke atas badan seorang lelaki dan terus menyepak lelaki yang berada di hadapannya.

"Dahtu kalau dah tak kena serang, buatlah kerja kau bodoh !!!", marah Ariq. Sungguh dia sudah penat.

"Ye, ye.. Nak buatlah ni", kata Hayden di hujung talian.

Tiba-tiba lelaki yang sudah menyembah lantai tadi bangun semula sebelum meluru ke arah Hayden. Hayden dicekik dengan kuat.

"Arghhh... Sakitlah, babi", kata Hayden dingin.

Ariq yang mendengar Hayden mengaduh kesakitan itu hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Rasakan ni !!!", jerit Hayden. Tangannya mencapai selaras pistol sebelum ia diacukan ke muka lelaki itu.

Bang !!

Tembakan dilepaskan. Lelaki di hadapannya itu terus jatuh tersungkur. Darahnya terpercik jauh. Ada yang terkena Hayden.

"Bodoh !!", jerit Hayden sebelum mendekati lelaki itu kemudian menyepak lelaki itu berkali-kali.

"Woi, bodoh !!! Kalau dia dah mati, tak payahlah buang masa dekat situ !!! Aku dah nak mati ni !!!!", jerit Ariq di hujung talian.

Hayden dengan pantas mendapatkan snipernya. Bagaimana Ariq boleh tahu yang dia sedang membuang masa pun dia tidak tahu.

"Macam mana kau tahu hahaha", kata Hayden dengan nafas yang turun naik.

"Aku dah kenal kau bertahun !!!", jerit Ariq.

Ariq yang sudah penat itu diserang oleh lima orang lelaki berbadan sasa.

"Easy, bro.. Easy", kata Ariq dengan kedua belah tangan yang diangkat ke atas.

Dengan pantas Ariq memusing 360 darjah dan menyepak salah seorang dari lelaki itu.

"Hayden !!!!!!!", jerit Ariq.

"Err, bro.. Kita ada teammates lain ke ?", tanya Hayden.

"Takda lah bodoh !!! Tembak lah sekarang !!! Aku dah nak mati ni sial !!!!", jerit Ariq. Badannya menunduk dan berguling mengelak serangan yang datang berpusu-pusu.

"Habistu tu siapa ?", tanya Hayden di hujung talian.

Bang !! Bang !! Bang !! Bang !! Bang !! Bang !! Bang !! Bang !! Bang !! Bang !!

Tiba-tiba sepuluh orang telah tumbang ke tanah.

Ariq yang mendengar bunyi tembakan itu terus menoleh ke belakang. Dia yakin itu bukan bunyi sniper.

Seorang perempuan yang memakai jaket labuh bewarna hitam sedang melangkah ke arah Ariq dan mereka. Seluar skinny kulit bewarna hitam yang dipakai oleh gadis itu menambahkan lagi gaya gadis itu. Kasut tumit tinggi bootnya yang kedengaran sungguh alegan itu sungguh bergaya.

Rambut coklat pekat itu dibiarkan bebas menambahkan lagi gaya dengan rambut yang berterbangan ditiup angin.

Wajahnya tidak kelihatan kerana dia memakai topeng seperti encik mimpi. Sungguh bergaya.

Kedua-dua belah tangan gadis itu memegang selaras pistol bewarna emas.

Ariq memandang gadis itu tidak berkelip. Siapa pulak ni ?

Gadis itu kini berdiri di tepi Ariq. Dia tidak menoleh ke arah Ariq malah hanya merenung ke hadapan. Tangannya sudah tidak mengacukan pistolnya lagi.

"Nak aku tembak ke ni ?", tanya Hayden.

"Jangan", sepatah sahaja yang dijawab oleh Ariq.

Ariq kemudian menoleh ke arah musuh-musuhnya. Semua berdiri dengan tegak sebelum masing-masing mencampak senjata mereka jauh.

Tiba-tiba mereka melutut dan menunduk.

"Motherfucker ? Aku pun tak pernah kena tunduk macam tu dengan mana-mana anak buah", kata Ariq sendiri.

"Hehehe", kedengaran gelak gadis itu begitu sinis.

"Show them who you are", tiba-tiba gadis itu berkata dengan dingin.

"Siapa kau ni ?", tanya Ariq dingin.

"I am Queen", jawab gadis itu dengan dingin.

"Hah ??", tanya Ariq tidak faham.

"Bawak dia pergi", arah gadis itu sebelum terus melangkah ke arah kereta anak-anak buahnya.

Tanpa banyak kata, dua orang lelaki terus memegang Ariq dengan kuat sebelum Ariq dibawa ke kereta.

"Woi !! Woi !! Sakitlah !!! Slow-slow lah sikit !!", marah Ariq.

Gadis itu menoleh semula ke arah Ariq dan dua orang anak buahnya.

"Jangan sakiti dia kalau korang taknak mati", kata gadis itu dengan dingin.

"Kenapa, Queen ?", tanya salah seorang lelaki.

"Because he's my husband".

Continue Reading

You'll Also Like

280K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
27.9K 3.1K 12
Nak menulis tapi tak tahu? Anda berada di tempat yang betul! Tekan je read dan baca. Jangan lupa tinggalkan comment dan vote. πŸ‘  Beautiful cover by...
572K 21.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
23.4K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...