[Terbit] Mischievous Killer [...

By ariaseva

10.6M 241K 62.9K

US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION

Bab 17

118K 7.4K 1K
By ariaseva

Aryan sudah buntu mahu mencari Avrin dimana lagi. Tiada jejak atau kesan langsung yang Avrin berada di kawasan yang dicari olehnya.

Aryan meraup wajahnya dengan kasar sebelum duduk menunduk memandang ke lantai.

Ariq dan Hayden melangkah masuk ke dalam bilik pejabat milik Aryan. Masing-masing mengambil tempat di sofa hitam.

"Hayden", panggil Aryan dingin. Mata masih memandang ke lantai.

"Hmm ?", jawab Hayden perlahan.

"Cari Avrin. Guna cara kau untuk cari Avrin !", tiba-tiba suara Aryan naik dua oktaf. Wajahnya jelas tegang.

Hayden tidak banyak kata malah terus melangkah keluar dari bilik itu untuk ke biliknya.

Hayden masuk ke bilik Aryan semula dengan tangan yang memegang komputer ribanya.

Komputer riba miliknya dibuka dengan kasar sebelum jari-jemarinya menekan-nekan papan kekunci.

"Nak cari guna apa ni ?", tanya Hayden.

"CCTV restoran tu. Cari ikut semua CCTV yang ada berdekatan situ", kata Aryan dingin.

Hayden tidak banyak bunyi malah terus menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya.

Mata terus tertumpu pada skrin komputer riba yang sedang memapar tayangan Avrin diculik oleh seorang lelaki.

Aryan, Ariq dan Hayden menonton video itu dengan sangat teliti.

Avrin yang sudah pengsan diangkat masuk ke dalam sebuah van bewarna hitam.

"Fuck", kata Ariq selepas nombor plat kereta itu tidak dapat ditangkap oleh kamera litar tertutup.

"Siapa ?", tanya Ariq perlahan.

Mereka tidak dapat mengecam siapa yang menculik Avrin kerana lelaki itu memakai topeng.

Hayden hanya mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu. Lelaki yang menculik Avrin itu bukan Zack kerana badan Zack lebih pendek berbanding Avrin. Tetapi lelaki yang menculik Avrin itu tinggi.

Aryan hanya menunduk memandang ke lantai. Sungguh tertekan dia ketika ini.

"Habistu sekarang nak buat apa ?", tanya Ariq serius.

Aryan kemudian menoleh ke arah Ariq.

"Aku nak kau call awek kau tu sekarang", arah Aryan dengan dingin. Matanya tajam merenung Ariq.

"Erika ?", tanya Ariq.

"Iye lah ! Awek mana lagi yang kau ada selain dia ?!", marah Aryan.

"Apahal aku kena call dia pulak ?", tanya Ariq dingin.

"Sebelum perempuan tu wujud, tak pernah ada mana-mana ancaman pun yang datang kat keluarga kita. Baik kau tanya dia apa yang tengah berlaku sekarang ni", arah Aryan dingin.

Hayden hanya mendiamkan diri. Mahu beritahu ke tidak ? Aduh..

Ariq menghela nafas panjang sebelum mencapai telefon bimbitnya.

Erika mengambil cuti pada hari ini kerana perutnya memulas-mulas. Biasalah senggugut. Berdiri tak kena, duduk tak kena, baring tak kena, menunggeng baru kena.

Erika mencampak badannya ke atas sofa sebelum membuka televisyennya menggunakan alat kawalan jauh.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dengan nyaring.

Erika menghela nafas panjang selepas membaca nama si pemanggil. Panggilan itu dijawab dengan tidak ikhlas.

"Hello, papa. Apa lagi ?"

"Erika Rose Xander. Baik kau bagitahu aku, macam mana bini si ketua mafia tu boleh tahu rancangan kita ?!!"

"Haa ?? Mana ada siapa-siapa tahu !!"

"Kau jangan ingat aku bodoh !! Baik kau mengaku sekarang. Kau yang bagitahu dia, kan ?!!"

"Memang ! Memang Ika yang bagitahu dia ! Habistu kenapa ?!"

"Rosaklah rancangan kita, bodoh !!"

"Itu rancangan papa, bukan rancangan Ika !!"

"Kau dengar sini baik-baik. Sekarang ni Avrin ada dengan aku. Kalau kau taknak dia mati, baik kau paksa Frandy kahwin dengan kau dalam masa yang terdekat. Kau faham ?!"

"Avrin ?!!", wajah Erika serta-merta berubah pucat. Hilang habis darahnya.

"Yeah.. Bakal kakak ipar kau. Dia akan jadi bakal arwah kalau aku tak dipanggil jadi wali dalam masa yang terdekat. Aku akan simpan dia sampai mampus !"

"Papa !! Tolong jangan apa-apakan dia. Ika janji Ika akan kahwin dengan Frandy.. Tolong jangan apa-apakan dia. Dia tak bersalah, pa...", rayu Ika sayu.

"Bagus. Jangan bagitahu sesiapa pasal ni kalau kau taknak dia mati", kata Zack sebelum panggilan itu dimatikan.

Erika terdiam tidak berputik. Telefonnya jatuh ke lantai. Kesian Avrin, tiba-tiba menjadi mangsa.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Erika berdering lagi. Dia hanya membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Lama-lama ia berhenti menjerit juga.

Telefon bimbitnya berdering lagi. Erika dengan pantas menjawab panggilan itu tanpa membaca nama si pemanggil.

"Apa lagi, papa ?! Ika penatlah. Ika tahulah buat kerja Ika, tak perlu nak bagitahu banyak kali !"

"Kerja apa yang kau nak buat ?", tanya Ariq dingin.

Erika yang mendengar suara Ariq itu terus menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Nama si pemanggil dibaca. Oh my..

"Eh awak.. Kenapa call ni ?", Erika cuba berlagak tenang.

"Kerja apa yang kau nak buat ?", tanya Ariq sekali lagi. Cukup dingin.

"Kerja ? Oh kerja tu.. Saya kan doktor. Saya nak buat kerja sebagai doktor lah ni. Banyak kerja ni... Nanti lah call. Byee", kata Erika sebelum mematikan panggilan.

Ariq mencampak telefon bimbitnya ke atas sofa.

"So ?", tanya Aryan.

"Clean", tipu Ariq. Bukannya dia tidak tahu yang Erika sedang menipunya sebentar tadi. Kerja konon.

"Ergh !!", Aryan separa jerit. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu.

Hayden mengambil tempat di sebelah Ariq.

"Kau pasti ke dia clean ?", tanya Hayden.

"Tak. Dia memang tak pandai menipu"

"Kenapa ?"

"Dia kata dia kena buat kerja"

"Dia kan doktor. Habistu apa yang dia tipu ?", tanya Hayden.

"Harini dia cuti", jawab Ariq dengan mata yang sudah merenung ke dalam anak mata Hayden.

"Haha", Hayden ketawa sinis.

"Kau tahu nama panjang bakal bini kau tu siapa ?", tanya Hayden tiba-tiba.

"Erika Rose", jawab Ariq.

"Erika Rose Xander", Hayden membetulkan jawapan Ariq.

Ariq sudah mengerutkan dahinya.

"Betul tu, Frandy. Dia tu anak King", kata Hayden dengan wajah sinisnya.

"Aku rasa memang bapak dia yang culik Avrin", kata Hayden lagi.

"Kenapa ?", tanya Ariq yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Dia fikir Avrin sorang je yang tahu rancangan dia, tapi sebenarnya aku pun tahu", jawab Hayden. Dia tidak boleh menyimpan rahsia itu lagi.

"Apa yang kau cakap ni ?", tanya Ariq tidak faham.

"Aku tak tahu apa rancangan spesifik diorang, tapi yang aku tahu, Erika tu pancing kau untuk kahwin dengan dia", jelas Hayden.

"Macam mana kau tahu ?"

"Aku terdengar perbualan Erika dengan bapak dia haritu"

"Habistu macam mana bapak dia boleh tahu yang Avrin tahu pasal rancangan diorang ?"

"Haritu kitorang balik Malaysia, Avrin jumpa dengan King. Aku pun ada sekali"

"Beraninya minah tu. Macam mana dia tahu pasal rancangan diorang ?", tanya Ariq lagi.

"Yang itu aku tak tahu", jawab Hayden.

Ariq hanya mendiamkan diri. Sungguh dia kecewa dengan apa yang baru didengarinya. Gadis yang dicintai perangkap dirinya sendiri.

Ariq dengan pantas menarik kolar baju Hayden hingga lelaki itu tertarik ke hadapan.

"Apahal baru sekarang kau nak bagitahu aku, setan ??!! Kau ni memang laknat punya babi !! Cilaka anak haram !!!", marah Ariq.

"Aku mana tahu !!!", jawab Hayden.

"Tak tahu kepala bapak kau !!", jerit Ariq.

Ariq kemudian menarik Hayden menuju ke tingkap. Tingkap bilik itu dibuka dengan luas. Kepala Hayden ditolak keluar.

"Bro !!!!!", jerit Hayden.

"Babi bangang macam kau ni layak mati !!!", kata Ariq sambil tangannya menolak kepala Hayden dengan kuat.

"Woii !! Apa korang buat ni ?!!", jerit Aryan yang baru masuk ke dalam bilik itu.

"Sumpah aku bunuh kau !!!", jerit Ariq lagi.

"Frandy !!", jerit Aryan.

Ariq hanya mendiamkan diri sebelum melepaskan pegangannya pada Hayden. Kaki melangkah keluar dari bilik Aryan. Jelas dia bengang.

Hayden menghela nafasnya panjang. Nafas turun naik dengan laju.

"Apahal ?", tanya Aryan dingin.

Hayden hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

Tiba-tiba Ariq melangkah masuk ke dalam bilik itu semula dengan tangan yang memegang selaras pistol bewarna silver.

Pistol itu diacukan ke arah Hayden.

"Bro... Benda boleh bincang", kata Hayden lembut. Dia tahu Ariq tidak pernah gentar untuk membunuh sesiapa.

"Bincang apa lagi, sial ?", tanya Ariq dingin.

"Frandy ! Apahal ni ?! Bawak mengucap sikit !", kata Aryan yang hanya memandang ke arah adiknya yang jelas sedang bengang.

"Kau tak layak hidup. Biar aku hantar kau masuk neraka", kata Ariq dingin.

Pemicu pistol ditarik.

Hayden hanya mendiamkan diri. Jika harini adalah hari ajalnya tiba, dia pasrah.

"Frandy !!!!", jerit Aryan.

"Diamlah !! Jangan sampai aku tembak kau pulak !!!", jerit Ariq pula.

"Tembak lah !!", cabar Aryan.

Ariq dengan pantas menghalakan pistolnya ke arah Aryan sebelum tembakan dilepaskan.

Bang !!!

Peluru pistol Ariq lalu betul-betul di atas kepala Aryan. Rambut perang Aryan disentuh sedikit oleh peluru itu sebelum peluru itu menghentam tingkap kaca yang berada di belakang Aryan.

Krakk !!!

Bunyi tingkap kaca itu retak. Tingkap kaca yang diperbuat daripada kaca kalis peluru itu retak setelah menerima tusukan kuat dari peluru yang Ariq gunakan. Jelas Ariq menggunakan peluru yang mahal.

"Hahahahahahahaha", tiba-tiba Ariq melepaskan tawanya terbahak-bahak.

Aryan sudah bengang. Nafasnya turun naik dengan laju.

"Mujur tak pecah", kata Ariq yang sudah berhenti ketawa.

Hayden hanya memerhati.

"Kejap.. Aku rasa tingkap ni memang tak boleh pecah lah", kata Ariq sebelum menghalakan pistolnya ke arah Aryan semula.

Bang !!!

Tembakan dilepaskan sekali lagi.

Krakkk !!

Bunyi tingkap kaca itu retak lebih kuat kedengaran.

"Woo.. Memang takkan pecah lah !!", jerit Ariq. Seronok sangat buat benda bodoh.

Prangggg !!

Tiba-tiba tingkap itu pecah. Sisa-sisa kaca jatuh ke bawah dengan laju.

Ariq hanya mendiamkan diri. Mata merenung ke dalam anak mata milik Aryan.

Aryan yang berada dekat dengan meja kerjanya terus membuka laci mejanya. Pistol bewarna putih dikeluarkan sebelum diacukan ke arah Ariq.

Bang !! Bang !! Bang !! Bang !!

"Woiiiii !!!!!!", jerit Ariq sambil berlari dengan laju keluar dari bilik itu. Habis berlubang pintu bilik itu dikerjakan oleh Aryan. Dah alang-alang tingkap dah takda, biarlah pintu berlubang sekali.

"Hmm... Good brothers. Adik-beradik ahli neraka yang patut mati dulu sebelum aku", kata Hayden lalu terus melangkah keluar dari bilik itu.

Continue Reading

You'll Also Like

156K 4.3K 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pi...
97.4K 4.3K 30
šŸ„€š’µš“Žš’¶š“ƒ ā„›š’¶š’»š’¶ā„Æš“ x š’œš“š“Žš’¶ š’¬š’¶š’¾š“ˆš’¶š“‡š’¶šŸ„€ _ā„›ā„Æš“š’¶ š’¦š“Š š’Ÿā„Æš“‡š’¾š“‰š’¶ š’Ÿā„Æš“‚š’¾ ā„³ā„Æš“š’¾š’½š’¶š“‰ ā„³š“Š ā„¬š’¶š’½š’¶ā„Šš’¾š’¶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
623K 62.2K 14
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
39.6K 1.6K 17
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN - Sinopsis belakang buku: Dia...Ryu Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu mengata apa-apa...