IMANAFFAN💞 [COMPLETED]

By RafaMikael

1.4M 40.2K 1.4K

~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya sebo... More

Prolog I
Prolog II
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Note💋
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
TQ💋
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72~Raya🎉
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Epilog I
Epilog II
Author❣️
Promote❣️
Award🌹

Bab 3

23.6K 710 10
By RafaMikael

Iman melangkah ke arah ruang tamu. Dilihatnya Affan turut ada di bawah bersama keluarganya. Dari pagi sampai ke malam. Affan dingin saja dengan dia. Nak bertanya tapi Affan seperti melarikan diri darinya.

"Angah..buat apa kat atas?" Soal ikram apabila melihat Iman sudah duduk bersimpuh di ruang tamu itu bersama isteri dan anak-anak mereka. Isteri Ilham dan anak Ilham turut sama di situ.

"Mandi..solat.." Iman menjeling Affan. Affan hanya memandangnya kosong. Kemudian,perhatiannya terus dialihkan kepada si kecil dihadapannya. Digomol-gomol 2 orang anak saudaranya itu.

"Esok..mummy dengan babah nak keluar tau.. korang pandai-pandai cari makan ye? Mak Nab mummy dah kasi cuti sehari dua."

"Wah..mummy dengan babah nak pergi mane?" Ilham mula menyampuk.

"Dating lah kau sebok nape?" Ikram menolak kepala Ilham.

"Dating?" Ilham tayang muka terkejut. Konon!

"Apa ingat orang muda aje ke bole dating? Kami pun bole lah..kan mummy? Esok nak stay Hotel mane?" Kata-kata Dato' Arman mengundang tawa seisi keluarga dan wajah isterinya yang sudah kemerahan menahan malu.

"Abang ni kan..." perlahan tangan itu mencubit pinggang babah. Babah hanya ketawa. Alah cubit-cubit manja apa yang sakitnya? Cehh..

"Kalah pengantin baru ni babah.." Ilham mula ingin menyakat.

"Hesy sebok La dia ni.." Iman jeling Ilham.

"Ngah..tak nak g honeymoon ke?"
Iman pandang Affan. Affan menoleh ke arah lain. Tidak mahu beri kerjasama.

"Err..nantilah..office pon busy sekarang.."

"Haa..cakap pasal office..Angah nak still handle ke syarikat tu? Ke angah nak quit?" Soalan babahnya membuatkan dia terdiam. Affan sekali lagi dia pandng. Tiada reaksi. Eee apa masalah mamat ni? Tolong la sikit bini kau ni woiiii.. Iman mendengus. Tak pe..ada pokok ada kertas..lain hari aku balas..

"Angah terpaksa handle juga babah..kalau tak siapa nak ganti?" Iman melirik pada Ilham. Ilham mula buat tak tahu. Tahu sangat yang Ilham memang tak nak jawatan dia tu.

"Affan okay ke Iman masih bekerja? Ke nak Iman berhenti jadi suri rumah?" Soalan babah yang dituju pada Affan membuatkan dia tersentak.

"Err..kalau tak de pengganti lagi..terpakse lah Iman teruskan..tak pe la buat masa ni saya izinkan Iman bekerja." Jawab Affan tenang tutup rasa gugup. Wajah Iman dipandang sekilas.

Kalau boleh dia nak Iman duduk rumah aje. Senang. Balik kerja dah nampak muka isteri. Hilang rasa penat.

"Erm..kalau macam tu kata Affan." Dia tahu menantunya juga ingin isteri duduk dirumah sahaja. Apalah sangat nak ditanggung anak gadisnya sorang itu? Affan lebih dari mampu. Gelaran CEO ASAA HOLDING yang disandang oleh menantunya itu mampu menyediakan segala keperluan dan kelengkapan puteri tunggalnya itu.

"Ilham.."

"Yes babah.."

"Bila nak ambil alih jawatan angah? Angah dah jadi isteri orang. Dia juga perlu masa untuk suami dia.."

"Err..babah kan Ilham dah cakap Ilham tak suka lah kerja dengan family sendiri. Ilham nak kerja daripada bawah. Tak nak lah masuk-masuk je trus jadi CEO." Tolaknya seperti selalu.

"Ilham..dekat company kita sendiri pun Ilham boleh mula dari bawah apa masalahnya?"

"Tapi babah.."

"Siapa lagi yang nak tolong babah Ham? Along? Dia dengan bidang medic dia tu? Tak pasal syarikat kita jadi hospital dia buat.." Sindir babah.

Along tersengih. Babah jangan ungkit. Dia tahu..babahnya itu masih tidak berpuas hati apabila dia mengambil bidang medic ketika babah menghantarnya ke luar negara dahulu. Bukan apa..dia tidak berminat dengan business. Dia lebih suka kerja merawat. Tolong orang sakit. Dan sebab itu jugalah dia bertemu dengn isteri kesayangannya itu. Salah satu pesakit yang dia rawat.

"Babah tolong la faham.." Ilham mengeluh. Tak suka. Biar lah Iman uruskan. Iman ada saham dalam syarikat tu. Dia tiada apa. So buat apa buang masa dekat syarikat itu?

"Babah harap Ilham pikir lah pasal tu. Angah dah jadi isteri orang. Takkan sampai dia dah beranak pinak still nak handle syarikat tu? Babah bagi masa sampai angah mengandung tak pun bersalin. Ham tak ambil alih syarikat Ham tahu kan apa akibatnya?"

Terpaksa dia mengugut anak bongsunya itu. Kalau tidak memang takkan jalan.

"Suka hati babah lah.." terdengar Ilham merengus. Pantas dia bangkit dan tinggalkan ruang tamu.

"Maafkan Ilham ye bah..Nanti Qasya tolong pujuk dia ya?" Ujar Qasya,adik ipar Iman yakni isteri Ilham.

"Tolong ya Qasya? Dia lah pewaris terakhir yang babah ada.."

"Hurm..Qasya naik dulu.." Perlahan tubuhnya bangkit bersama anak di dalam kendongan.

"Hurm..angah babah nak pasti kan satu je.."

"Ape bah?"

"Cepat-cepat mengandung. Babah nak Ilham ambik alih syarikat."

"Ee babah ni..kenapa letak syarat Iman kena mengandung pula?" Iman mencebik. Bengang pun ada.

"Affan..usaha keras sikit. Babah nak angah cepat-cepat mengandung. Kalau nak tips boleh mintak babah tak pun along.."

"Babah!"

"Ape?" Wajah puterinya itu ditatap tanpa bersalah. Merah menyala muka Iman. Along dah sedap bantai gelak. Affan sengih nakal. Gedik!

"Along ok je Fan..pape roger.."

"Eee...bencilah!" Iman pantas bangun dan menghentak-hentak kakinya. Mula berlalu meninggalkan ruang tamu. Bahang muka dia duduk lama-lama kat bawah tu.

💝💞💝💞💝💕💝💕

"Abang..janganlah marah babah..babah nak abang ambik alih syarikat sebab Abang satu-satunya pewaris yang ada.."

"Abang tahu lah Sya.."

"Dah tu kenapa abang tak nak terima?"

"Angah yang usahakan..buat apa abang nak masuk campur? Tadi pun dia diam je kan? Means dia masih nak jawatan tu lagi. Abang tak nak berebut lah dengan adik beradik. Lagi- lagi pasal pangkat dan harta. Tak bawa mati pun lah.."

"Kenapa cara abang cakap macam ada cemburu?"

"Ape benda awak merepek ni Sya?"

"Betul kan?"

Ilham diam tidak bersuara. Iman menutup mulutnya rapat. What? Betul ke apa yang aku dengar ni?

Rasa macam tak percaya. Selama ni Ilham selalu menolak bukan kerana tidak berminat. Tapi..sebab dia? Tapi kenapa Ilham perlu cemburu dengan dia? Dia tak faham.

Perlahan kakinya melangkah ke bilik tidurnya. Mindanya seperti tidak dapat menerima kenyataan tadi.

Wajahnya diangkat menghadap langit. Tubuhnya dipeluk. Duduk di balkoni waktu malam memang sejuk. Bintang-bintang yang berkelipan ditatapnya dengan senyuman. Cuba membuang rasa resah yang hadir sebentar tadi. Namun hadir pula kenangan lama yang sudah lama tidak menjengah di hati.

"Iman.."

"Ye.."

"Kalau kau rindu aku..tataplah bintang..cari bintang yang paling terang. Anggaplah itu aku. Anggap lah bintang tu cuba sampaikan rindu aku pada kau.."

"Iman..i got to go..Liyana cari aku..nanti Kita oncall lagi.."

Iman menutup matanya bagi menahan rasa sakit yang terlahir dalam hati. Kau baru saja ungkapkan rindu. Kemudian, tak sampai seminit kau sebut nama perempuan lain depan aku. Telefon di telinga melurut jatuh je lantai. Tubuhnya juga turut tersembam ke lantai. Perlahan air mata laju menuruni pipi. Dia tahu dia tiada hak untuk menghalang.

"Iman?"

Tersentak dia dibuatnya. Lekas air mata dilap. Tidak mahu Affan nampak dia menangis.

"Hurm?"

"Kenapa duduk luar? Tak sejuk ke?" Mata Affan menatap mata Iman. Dahinya berkerut. Pantas Iman melarikan matanya. Janganlah dia perasan.

"Are you crying?"

"Ma..mane ade!"

"Habis tu kenapa mata merah? Hidung Iman pun merah.." Perlahan wajah mulus itu disentuh. Iman menatap wajah Affan.

"Sejuk kot.."

"Lah..kalau sejuk masuk lah dalam..kenapa duduk luar?"

"Saja amik angin.."

"Come.."

Dengan lembut tubuh Iman di tarik ke dalam pelukan. Mata dan hidung Iman dikucupnya lembut. Mata Iman terpejam apabila pelukan
makin diperketatkan. Degupan jantung Affan jelas kedengaran. Kencang. Sama sepertinya.

"Affan tahu..Iman menangis..Affan minta maaf kalau Iman menangis sebab Affan.." ujarnya perlahan.

Iman diam. Selesa berada dalam pelukan hangat sang suami. Perlahan dia membalas pelukan itu. Dia rasa tenang. Hilang segala persoalan berkaitan Ilham tadi dari kepalanya.

"Iman..tadi babah pesan suruh Affan kerja keras..." Pantas Iman angkat kepala. Wajah nakal Affan ditatapnya. Mengecil matanya memandang Affan.

"Kerja apa?"

"Hurm..kita OT malam ni?"

"Jangan nak ngada-ngada!" Pantas tubuh Affan ditolak jauh darinya. Muka gatal tu kalau dah muncul memang bahaya. Tadi bukan main tak nak bercakap dengan dia. Pandng pun tak nak. Sekarang datang pula angin gatal dia.

"You dekat I terajang you.." Gertak Iman.

Affan ketawa. Alahai sayang..setakat you punya tapak kaki..katil saiz king saya kasi..ehh? HAHAHAHA..

"Sayang..bila lagi? Honeymoon pun tak sempat..sebab kita busy nnti.." Muka pussy cat ditayangnya. Cuba menggunakan kelemahan Iman. Saja Cuba nasib. Kalau tak ade rezeki..kita diam..kalau ada rezeki..kita terima dengan ucapan Alhamdulilah! Ceh!

HAHAHAHAHAHA

"Eee..you jangan nak macam-macam eh."

"Babyyy..." Mendayu-dayu dia memanggil. Iman menjengilkan matanya. Baby la sayang la.. tampar nak?

"Iman.." Bila melihat Affan yang mula melangkah mendekatinya pantas kakinya berlari masuk ke dalam bilik. Naik atas katil dan berselubung.

Terdengar bunyi tawa Affan yang bergema satu bilik. Hampeh! Dia mainkan aku?! Merah padam muka Iman dibuatnya.

Affan ketawa besar. Suka dia lihat muka merah Iman menahan marah dan malu. Dari dulu lagi. Sebab tu lah dia tak boleh merajuk lama dengan Iman. Tengok macam tadi..bukan di pujuk pun. Bila tengok muka Iman yang merah-merah terus dia lupa tentang rajuknya tadi.

Merah lah..dah hidung merah mata merah.. tu pun nampak cantik..aiseyy..

"Jadi malam ni tak de eh sayang?"

Cuba nasib.

"Affannnn!!!!"

Affan ketawa. Suka betul dia harini.

-------
Harap maaf atas typo bertebaran🙏🏻
Vote dan comment dialu2kan 😘

Continue Reading

You'll Also Like

230K 12K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
336K 21.5K 60
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjad...
220K 11.9K 54
Hanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk...
288K 15K 75
( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya...