[Terbit] Mischievous Killer [...

By ariaseva

10.7M 241K 62.9K

US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
ATTENTION

Bab 15

126K 7.6K 2K
By ariaseva

Avrin dan Hayden tiba di Malaysia pada pukul 12.00 tengah hari. Aryan yang mengarahkan Hayden untuk menemani isterinya memandangkan jadualnya sangat padat pada hari ini dan esok.

"Kenapa you nak balik Malaysia sebenarnya ?", tanya Hayden yang sedang memandu.

"I ada urusan lah", jawab Avrin malas.

"Baik you cakap dengan i betul-betul, Avrin. I dah kerja lama dengan Froy, kalau setakat mata you yang nak menipu i tu, tak payahlah", kata Hayden mendatar.

Avrin terus menoleh ke arah Hayden yang berada di tempat duduk pemandu.

"Erika.. You know about her ?", tanya Avrin mendatar.

"Just a lil bit. Why ?", tanya Hayden semula.

"I kena jumpa papa dia"

"Untuk apa ?", tanya Hayden dengan kening yang diangkat sebelah.

"Slow talk", jawab Avrin.

"Macam mana you nak jumpa dengan dia ?", tanya Hayden lagi.

"Ini Malaysia lah, Hayden. I anak jutawan Malaysia. I boleh jumpa sesiapa je kalau i nak", kata Avrin bangga.

"Ambiklah menang. Bila nak jumpa dia ?", tanya Hayden.

"Petang karang"

"I follow"

"Up to you".

Erika bersiap-siap untuk keluar bersama Ariq. Mahu mengajak pergi makan katanya. Dia hanya memakai seluar jeans hitam dengan kemeja bewarna peach sahaja. Cukup simple.

Kaki melangkah ke arah kereta BMW milik Ariq. Pelik betul tiba-tiba harini bawak kereta biasa-biasa je. Selalunya kereta pintu terbang ke atas lah, ekzos berapi lah, tayar terbang lah.

Erika sudah masuk ke dalam perut kereta. Mata tidak berhenti dari merenung Ariq di sebelah. Lelaki itu nampak sangat kacak dengan kemeja putih dengan lengan yang dilipat sedikit, seluar jeans bewarna biru pudar, rambut yang disisip ke atas dan kaca mata hitamnya yang terpakai elok di mata.

Buat pertama kali Erika melihat Ariq memakai baju yang bukan bewarna hitam.

"Dah puas scan aku ?", tanya Ariq tiba-tiba. Matanya yang tertutup dengan kaca mata hitam itu hanya merenung gadis yang berada di sebelahnya itu. Sungguh cantik dan menawan.

Dengan pantas Erika menoleh ke arah berlainan.

Ariq tersenyum nipis melihat Erika yang sudah berona merah itu.

"Kita nak pergi makan kat mana ni ?", tanya Erika dengan mata yang memandang ke luar tingkap.

"Kau cakap dengan siapa ?", tanya Ariq. Mata masih merenung ke arah gadis yang tidak mahu memandangnya itu.

"Cakap dengan awak laa", jawab Erika lembut.

"Aku kat sini, bukannya kat luar tingkap tu", usik Ariq.

"Ish ! Takkan nak kena pandang muka awak dulu baru boleh bercakap dengan awak ?", tanya Erika. Mata masih memandang ke luar tingkap.

"Aku tak minat orang bercakap dengan aku tapi pandang lain. Pandang sini sekarang", kata Ariq dingin.

"Kenapa pulak ? Aduhh !", Erika mengeluh.

"Pandang sini", kata Ariq lagi.

"Awak !!"

"Aku cakap pandang sini", arah Ariq semakin dingin.

Erika dengan pantas menoleh ke arah lelaki itu. Lelaki itu jelas merenungnya dengan kaca mata yang sudah terletak elok di atas dahi.

"Cantik", puji Ariq tiba-tiba.

Erika mengerutkan dahinya.

"Haa ??", tanya Erika tidak faham.

"Kau nampak cantik harini. Lain dari hari sebelum-sebelum ni. Cantik harini tu lebih sikit", puji Ariq ikhlas.

Erika terus menoleh ke luar tingkap. Merah mukanya. Inilah kali pertama Ariq memuji dirinya dengan wajah yang ikhlas.

"Malu ke ?", tanya Ariq lembut.

"Tak", jawab Erika sepatah.

"Kalau tak malu, pandanglah sini. Aku nak tengok muka kau", kata Ariq lembut.

"Ish apa awak merepek ni ?! Tadi kata nak bawak saya pergi makan, ni apahal nak tengok-tengok muka saya pulak ?!", bengang Erika. Bukannya bengang sebab apa, tetapi jantungnya bagai nak terkeluar dah tu.

"Hahaha. Rilek la..", kata Ariq sebelum menoleh ke hadapan dan memulakan pemanduannya.

Avrin dan Hayden melangkah masuk ke dalam restoran lima bintang itu dengan perlahan. Mata melilau mencari bayang orang yang mereka mahu temui.

"You duduk meja lain. Biar i cakap dengan dia. Apa-apa jadi, you backup i", Avrin memberi arahan kepada Hayden. Hayden hanya mengangguk sebelum berlalu mendapatkan meja yang berlainan.

Avrin melangkah ke arah meja di hujung restoran itu. Zack sudah menunggunya di situ.

Tanpa salam tanpa teguran, Avrin terus mengambil tempat di hadapan Zack.

"Hai isteri kepada ketua mafia. Aku tabik kau sebab berani datang jumpa aku", kata Zack dengan nada angkuhnya.

"Kau bukan tuhan untuk aku takut", kata Avrin selamba.

"Hahahaha. Kau nak apa sampai nak jumpa dengan aku ni ?", tanya Zack dingin.

"Erika. Stop gunakan anak kau untuk dapatkan apa yang kau nak. Jangan ganggu keluarga aku. Jangan cuba-cuba pun untuk ganggu keluarga aku", Avrin memberi amaran keras.

Zack jelas terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Avrin. Jelas gadis itu tahu tentang rancangannya.

"Macam mana kau boleh tahu ?!", suara Zack naik dua oktaf.

"Kau tak perlu tanya macam mana aku boleh tahu. Sekarang ni, tolong jauhkan diri dari adik ipar aku. Stop fikir untuk bunuh dia !", tegas Avrin.

"Takda siapa boleh rosakkan rancangan aku, termasuk kau", kata Zack dingin. Matanya berapi.

"Aku akan rosakkan", kata Avrin dengan senyuman sinisnya.

"Kau dah tahu plan aku, jadinya kau patut mati", kata Zack sebelum berdiri lalu menarik tudung Avrin dengan kuat.

"Woi ! Tudung jangan main ah ! Kau tahu tak susah aku nak bentuk tudung ni !", jerit Avrin. Semua pelanggan di situ menoleh ke arah mereka.

Zack dengan pantas mengeluarkan selaras pistol bewarna hitam dan diacukan ke arah Avrin. Semua pelanggan di situ menjerit dan berlari ketakutan. Avrin hanya mendiamkan diri.

"Kau patut mampus !", jerit Zack.

"Easy, bro", tegur satu suara garau.

"Haha. Kau mungkin dah lupa yang aku ni isteri mafia. Aku tak terlalu bodoh untuk berjumpa dengan anjing macam kau seorang diri. Kenalkan, this is Hayden. Headhunter keluarga kami", kata Avrin dengan senyuman sinisnya.

Zack terus menoleh ke kirinya. Selaras pistol bewarna silver terletak elok di tepi kepalanya. Hayden berdiri di situ dengan sangat tenang sambil tersenyum sinis.

"Kau tembak, kau pun akan mati", kata Hayden dingin.

"Tembaklah", kata Avrin pula.

Nafas Zack sudah naik turun menahan marah. Matanya merenung ke dalam anak mata biru milik Hayden.

Melihatkan Zack yang sedang merenung Hayden, Avrin dengan pantas menepis tangan Zack sebelum merampas pistol yang berada di tangan lelaki itu. Pistol itu kemudian diacukan ke arah Zack.

"Nice move", puji Hayden. Senyuman diukir buat Avrin.

"Bini ketua mafia, kan ?", kata Avrin dengan senyuman lebarnya.

"Korang pun silap. Aku ketua, takkan lah aku datang sorang diri", kata Zack tiba-tiba.

Tiba-tiba seorang lelaki datang mengacukan selaras pistol ke arah Avrin.

Dengan pantas Hayden mengeluarkan selaras lagi pistol yang berada di belakang seluarnya. Pistol itu diacukan ke arah lelaki itu. Kini kedua belah tangannya sudah penuh.

"Selalunya aku tembak dari jauh, tapi kalau kau nak, dari jarak dekat pun aku masih lagi boleh jadi headhunter", kata Hayden dingin.

Zack hanya mendiamkan diri sebelum memberi isyarat kepada anak buahnya untuk menurunkan senjata. Hayden dan Avrin juga menurunkan senjata mereka.

"Stay away from my family, bitch", kata Avrin sebelum melangkah keluar dari restoran itu. Malas mahu berlama-lama. Sudah tentu polis akan tiba sekejap lagi.

Hayden hanya menjeling sebelum mengekor Avrin keluar dari restoran itu.

"Bodoh !!", jerit Zack sebelum meraup wajahnya dengan kasar.

Kereta yang dipandu oleh Ariq berhenti di tempat parkir kereta.

"Jom", ajak Ariq.

Erika tidak banyak bunyi malah terus keluar dari perut kereta.

Ariq yang masih belum keluar terus terpandang kesan cecair yang berada di atas kerusi keretanya yang diduduki oleh Erika sebentar tadi.

"Apa ni ?", tanya Ariq dengan dahi yang berkerut.

Erika pantas menoleh. Matanya terus membulat. Tangannya terus menutup punggungnya.

Ariq hanya memerhati Erika yang sedang menutup punggungnya itu.

"Hmm ?", tanya Ariq.

"Err...", Erika tidak tahu mahu jawab apa. Sumpah dia malu.

"Kau berak dalam seluar ke ?", tanya Ariq serius.

"Eh ! Tak lah ! Bukannya berak !", Erika separa jerit.

"Habistu ? Ni apa ?", tanya Ariq dengan jarinya yang menunjuk ke arah kesan cecair yang berada di atas kerusi keretanya.

"Saya rasa saya... emm..."

"Apa ?", tanya Ariq tidak faham.

"Bendera merah...", kata Erika lagi.

"Haa ??", Ariq masih tidak faham.

"Ishh... Period lah", terang Erika dengan dahi yang berkerut.

"Haa.. Ohh.. Hahahaha", gelak Ariq tiba-tiba.

Erika jelas terkejut melihat Ariq yang tiba-tiba terhibur itu. Makin bertambah-tambah malu di muka.

"Apa yang kelakar ?!", marah Erika.

Ariq hanya merenung Erika sebelum menayangkan senyuman lebar.

"Tak kelakar pun. Sorry lah aku tak tahu bab-bab perempuan ni", kata Ariq lembut.

"Takpalah.. Saya yang patut mintak maaf sebab dah kotorkan kereta awak.. Dahlah banyak pulak tu hmm..", kata Erika sayu.

"Takda mendalah. Tapi macam mana boleh jadi macam ni ? Kenapa banyak sangat ni ?", tanya Ariq dengan muka yang penuh tanda tanya.

"Saya tak pakai pad. Saya tak tahu pulak harini dia nak datang", jelas Erika.

"Ohh... Kiranya dia datang tak diundang lah ni ? Hahaha", Ariq masih lagi dalam mood terhiburnya.

"Ish awak ni !", marah Erika.

"Okay, okay. Sorry.. So, nak buat apa ni ?", tanya Ariq serius.

"Kena pergi beli pad dulu la.. Saya tak bawak spare lah..", jawab Erika.

"Benda tu nak beli dekat mana ?", tanya Ariq.

"Kedai lah. Tapi seluar saya dah bocor...", kata Erika lagi. Sayu kedengaran suaranya.

"Mana ?", tanya Ariq. Matanya memandang ke arah seluar Erika.

"Janganlah tengok ! Malu lah saya !", marah Erika.

"Meh lah aku tengok. Dari orang lain yang tengok kejap lagi, lagi bertambah malu kau tu", kata Ariq pula.

"Tak payah", kata Erika. Dia kemudian memusingkan badannya 360 darjah untuk melihat punggungnya sendiri. Siapa yang berjaya, dia memang alien lah.

Ariq hanya memerhati Erika yang berpusing-pusing seperti anjing yang mengejar ekor sendiri itu. Dia kemudian keluar dari kereta dan melangkah ke arah Erika.

Ariq menarik lengan baju Erika supaya membelakanginya.

"Meh sini", kata Ariq sebelum menundukkan badannya dan meneliti punggung Erika jika terdapat kesan di situ.

"Awak !!", jerit Erika.

"Takda lah. Kau pakai seluar hitam, mana nampak kesan", kata Ariq sebelum bersandar pada kereta. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Suka hati je tengok punggung orang !", marah Erika lagi.

"Alah.. Bukan luak pun, darling", kata Ariq lembut dengan senyuman yang diukir khas buat Erika.

Erika hanya masam mencuka.

"Agak-agak kat kedai tu ada tak jual pampers kau tu ?", tanya Ariq dengan tangan yang menunjuk ke arah sebuah kedai.

"Pad lah ! Bukannya pampers !", marahnya lagi.

"Alah sama je. Ada tak ?", tanya Ariq lagi.

"Ada lah kot. Saya pergi tengok kejap", kata Erika dengan kaki yang sudah melangkah untuk pergi ke kedai itu.

"Eh ! Awak tak payah lah ikut ! Duduk sini diam-diam", kata Erika yang menyedari Ariq juga melangkah mahu mengekornya.

Ariq hanya akur. Ekor matanya menghantar pemergian Erika ke kedai itu.

Mata terus menoleh ke kesan cecair merah di kerusi keretanya.

"Haih...", keluh Ariq sebelum dia membuka pintu kereta belakang dan mengambil sekotak tisu. Botol air mineral dikeluarkan dari kocek tempat duduk.

"Agaknya lepas kahwin, menda apa pulak yang akan lekat kat kerusi kereta aku ni", bisik Ariq sendirian.

Tangannya terus mencuci kesan darah itu. Mujur kerusi keretanya itu diperbuat daripada kulit. Mudahlah mahu mencuci.

Erika berlari-lari anak mendekati Ariq. Matanya terbeliak melihat Ariq yang sedang mencuci kesan darahnya. Nak gembira ke, nak terharu ke, nak marah ke, nak apa ni ?

"Errr... Awak... Biarlah saya yang cuci", kata Erika lembut.

"Hmm", kata Ariq perlahan. Tangannya masih lagi mencuci kesan darah si bakal isteri.

"Awak.. Dah lah tu.. Biar saya yang buat", kata Erika lagi.

"Tak payah. Aku cuci sikit je ni. Hanyir bau darah kau ni. Kena hantar kedai cuci", kata Ariq yang sudah berdiri tegak dari tunduknya.

"Emm... Saya mintak maaf..", kata Erika perlahan. Matanya tertumpu kepada beberapa helai tisu yang penuh dengan kesan merah di tangan Ariq.

"Takpalah. Dah beli ke belum ?", tanya Ariq lembut.

"Dah.. Saya dah pergi toilet dia sekali tadi", jawab Erika lembut. Pelik Ariq yang sangat mementingkan kebersihan itu tiba-tiba tidak marah apabila keretanya dikotorkan oleh Erika.

"Hm, baguslah. Dah jom. Kita pergi cuci kereta dulu. Kau duduk belakang lah. Depan tu tak bersih lagi", kata Ariq lembut.

"Err.. Awak !", panggil Erika.

"Apa ?"

"Yang ini biar saya ambik", kata Erika sambil jarinya menunjuk ke arah tisu yang berada di dalam genggaman Ariq.

"Oh.. Ambiklah", kata Ariq sebelum menghulur tisu itu kepada Erika.

Ariq terus melangkah menuju ke tempat duduk pemandu. Erika hanya tersenyum melihat Ariq yang betul-betul sudah mencairkan hatinya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

10.8M 227K 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak...
6.5M 326K 76
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan ...
112K 10.4K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
6.9M 193K 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. D...