CERPEN : Demi Cinta Puteri

By mimieismail90

6.4K 99 9

Puteri yang selalu dikasari suaminya Fahim yang suka berpeleseran di luar bersama gadis-gadis yang lain. Dapa... More

DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 1
DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 2
DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 3
DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 4
DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 5
DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 6

DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 7 (AKHIR)

985 18 5
By mimieismail90

It takes two for a love to apart, to heal


Dari jauh tadi dia lihat Fahim duduk seorang diri di luar kafe. Selajur dia melihat jam. Masih ada 15 minit lagi untuk isterinya tiba. Dia mendekati Fahim yang kelihatan sedang termenung jauh. " Fahim?" sapa Radit.

Fahim tersentak. "Radit! Kau apa khabar?" tangan lelaki itu dijabat kejap. Lama sungguh dia tidak bertemu Radit.

" Mind if I sit here? Ke, kau tengah tunggu sesiapa?" tanya Radit. Fahim menggeleng pantas.

"No, no. Please. Kau nak makan ke?" Baru sahaja dia hendak menggamit pelayan sebelum Radit menahan.

"Aku tunggu wife aku. Nak makan sekali." isterinya berkeras mahu berjalan ke sini dari diambil Radit. Memandangkan bangunan pejabatnya hanya di seberang jalan sahaja.

"Oh. Kita minumlah dulu ya? Kopi?" Radit mengangguk setuju. Fahim dilihatnya murung sedikit. Aura lelaki itu terasa suram. Secawan kopi kemudian diletakkan di hadapan Radit.

"So, macam mana kau sekarang? Dengar kata hari tu, dah nak balik ke Auckland?" tanya Radit. Kopi diteguk sedikit.

"Macam mana aku nak balik, Dit? Anak isteri aku di sini. I'm not going back without my family." sedikit tegas nada Fahim. Ingin sekali Radit menyembur Fahim tentang perbuatannya terhadap Putri. Ingin sekali dia menyatakan betapa bodohnya Fahim melepaskan Putri hanya untuk kebebasan yang tidak membawanya ke mana itu!

" Hmm...kau tahu di mana Putri sekarang?" sengaja pula Radit bertanya begitu. Putri sekarang adalah seorang pekerja yang semakin menyerlah kredibilitinya. Cekap menguruskan kerjanya.

" Aku tau. Dia kerja dengan kau kan?" jawab Fahim. Selalu juga dia melihat Putri menunggu bas. Bimbang kalau-kalau Putri tidak selamat tiba di rumah, setiap hari Fahim menghendap isterinya. Hendak didekati, Putri membencinya. Kalau jauh, dia pula yang menanggung rindu.

"Ya, very talented. I believe she's a good wife too?" niat Radit supaya Fahim bercakap tentang isterinya. Radit berasa kasihan pula melihat Fahim begitu. Tidak pernah dia melihat Fahim putus asa begini seumur hidupnya. Fahim dahulunya sangat berbangga diri. Kisah mereka hampir serupa. Mereka berdua hampir kehilangan isteri. Tetapi kes Radit lain, semua yang berlaku hanya kerana salah faham.

" Yes. Obviously a perfect wife and mother. Radit, aku yang salah. Buta dalam menilai segalanya yang aku ada. Sekarang aku menyesal. Sumpah demi Allah, aku dah tinggalkan semua yang haram itu." Luah Fahim berterus-terang. Kerana dia yakin, Radit tahu akan masalahnya. Ammar pasti bercerita dengan Radit.

Radit mengerti perasaan itu. "Baguslah kau dah berubah Fahim. Kau masih ada peluang untuk menebus balik apa yang dah kau terlepas. Cuma jangan putus asa aje. Aku dapat lihat Putri selalu termenung. Entahlah apa yang ada di fikirannya. Ammar juga ada cakap yang Putri hanya senyum dan ketawa bila dengan Eireen. Anak kau dah besar Fahim. Pujuklah Putri. Aku faham perasaan kau, bila isteri kau sendiri menolak kau ke tepi. Percayalah, aku pernah duduk di tempat kau sekarang." Radit mengimbas kembali apa yang sudah dilaluinya. Terasa lama kenangan itu.

" Ya ke Dit? Tapi aku rasa aku tak layak untuk perempuan sebaik Putri. Aku pernah hina dia dulu. Macam-macam yang aku buat pada dia. Sampaikan aku pernah cakap yang aku nak buang dia dan Eireen ke tepi jalan! Ya Allah..suami apa aku ni. Bapak apa aku ni, Dit?" luah Fahim lagi.

" Janji kau dah berubah. Dah bertaubat. Berdoalah semoga hati Putri lembut untuk menerima kau kembali. Masih ada ruang untuk kau bahagia dengan dia. Kau dan dia ada Eireen. She needs both of you." Radit terus memberi semangat. Benarlah kata Ammar, Fahim bukan Fahim yang dulu.

" Aku cuba yang termampu. Dit, aku nak minta maaf pada kau tentang masa dulu, dan tentang isteri kau. Aku banyak salah dengan kau." Ujar Fahim. Kerana perangainya yang mendengki juga dia hilang kawan. Meluat apabila mengingatkan dia pernah mahukan Rheya.

" Isy, takde apalah. Aku dah lupa pun. Kisah lama tu, benam-benam ajelah." Balas Radit menggeleng. Perkara lalu itu, tak bermakna apa-apa lagi pada Radit sekarang.

"Okeylah Dit, aku balik office dulu. Lama sangat aku keluar ni." Tangan Radit digenggam erat sambil tersenyum.

"Okey, senang-senang datanglah office." Pelawa Radit. Fahim mengangguk. " InsyaAllah."

**********************************

**Hanna sangat berdendam dengan watak Radit dan isterinya sehingga sanggup untuk membunuh.

"Turunkan senjata dan angkat tangan!! Jerit polis. Sebanyak enam pucuk pistol sudah dihalakan ke arah Hanna.

"Korang jangan masuk campur ni antara aku dengan si tak guna ni! Berambus!!" jerit Hanna seperti orang hilang akal.

Dia sudah hampir menarik picu pistol yang tepat dihalakan ke arah Rheya.

Fahim yang tadinya bersembunyi di balik pokok dengan beraninya menyambar tubuh Hanna lalu dibanting ke tanah. Entah di mana Hanna mendapat kekuatannya, pistol di tangan dihentak ke muka Fahim. Fahim terasa wajahnya perit kesakitan. Tetapi dia tidak melepaskan pegangannya dari Hanna yang kelihatan sudah lupa diri. Mereka bergelut. Radit pula bingkas melindungi isterinya sebelum kedengaran berdas-das tembakan...Dadanya perit. Dia dapat mendengar jeritan nyaring seorang perempuan.

Fahim bungkam melihat kejadian di hadapannya.

***********************************

Bunyi tapak kasut yang kedengaran berlari membuatkan Fahim berpaling. Kelihatan dari jauh Putri sedang berlari mendapatkanya, yang bingkas berdiri. Putri berlari terus ke dalam dakapan Fahim. Demi melihatkan Fahim yang teguh berdiri di hadapannya, membuatkan hati Putri menjadi lega yang teramat. Syukur ya Allah...! Tadi, Shita memberitahunya Fahim juga ada di tempat kejadian dan cedera dalam kejadian tembak-menembak itu, dan tidak pasti seteruk mana keadaan Fahim. Dalam perjalanan ke hospital, Putri tidak sudah-sudah berdoa supaya semuanya selamat.

" Putri! Macam mana Putri tahu abang kat sini?" tanya Fahim. Putri teresak-esak di bahunya. Fahim mengusap-usap belakang isterinya.

" Putri ingatkan abang...abang.." kata-katanya tersekat di kerongkong. Tidak terluah rasa leganya apabila melihat Fahim tidak cedera teruk. Hanya satu pintanya pada Tuhan dari awal tadi, berilah satu lagi peluang untuk dia hidup bersama lelaki itu.

" Tak, abang okay. Cedera sikit aje. Tenanglah." Ujar Fahim.

" Tak terbayang macam mana kalau abang cedera parah. Sedangkan Putri tak minta maaf dengan abang." Fahim mengesat air matanya. Kejadian ini mengandungi hikmah yang tak pernah terlintas langsung di fikirannya.

" Tak, sayang. Abang yang salah. Abang minta maaf ya?" Putri segera mengangguk. Bulat hatinya menerima Fahim semula. Itu yang terbaik. Fahim sudah berubah. Ammar dan Shita banyak membantunya. Fahim menyapu air mata Putri. 'Terima kasih ya Allah. Kau kembalilan keluargaku.'

" Eireen mana, Putri?" tidak sempat Putri menjawab, Shita datang bersama Ammar yang mendukung Eireen.

" Sayang papa." Eireen mendepakan tangannya kepada Fahim tubuh montel itu dipeluknya erat. Dikucup kasih pipi anaknya. Sebelah lagi tangannya, memeluk Putri. Air matanya mengalir lagi seiring syukur yang tidak putus-putus.

********************************

" Eireen! Siapa nak susu?" usik Fahim. Eireen yang terpandangkan botol susunya, hampir terlompat-lompat hendak mencapai botol yang diangkat melepasi jangkauannya oleh Fahim. Terkekeh-kekeh Eireen ketawa. Mulutnya riuh sekali mahukan papanya menurunkan botol itu untuknya. Putri yang sedang memasak, ketawa, sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat papa dan anak itu.

" Abang, dah la tu. Kesian anak mama, kena buli dengan papa! Kan sayang?" Putri meninggalkan sebentar bahan menumisnya, dan mengucup kepala Eireen. Fahim yang masih ketawa melihat anaknya yang sudah bermuncung, hendak memulakan orkestranya itu.

" Ololo...mari sini." Fahim duduk di kerusi dapur sebelum mengangkat lalu membaringkan si comel itu di ribanya. Dia mengusap rambut lebat Eireen yang diwarisi dari Putri. Anaknya itu menghisap rakus susunya.

" Putri, thanks ya." Ucap Fahim tiba-tiba. Tak tergambar perasaannya ketika ini. Putri mengerling sekejap Fahim yang masih mengusap kepala anak mereka.

" Kenapa pulak tiba-tiba ni. Putri tak bagi apa-apa pun pada abang?" tanya Putri. Hatinya tidak dapat menipu. Walaupun Fahim pernah memukulnya, dan tidak pernah melayannya selayaknya seorang isteri dilayan, kasih itu masih melekat dalam hatinya. Kerana Fahim adalah lelaki pertama yang membuatnya jatuh cinta. Tetapi melihatkan sikap Fahim yang berubah menjadi orang yang tidak pernah Putri lihat seumur hidupnya, tidak salah dia memberi ruang kepada lelaki itu. Eireen juga perlukan kasih papanya.

Fahim merenung dalam-dalam mata Putri. "Kerana Putri memberi peluang pada abang untuk abang tebus segala kesilapan abang yang lalu. Allah mendengar doa abang siang malam supaya Putri dapat maafkan abang semula. Maafkan abang Putri, maafkan abang." Air mata Fahim mengalir di pipinya. Dia takkan lelah meminta maaf kepada Putri seumur hidupnya. Dia takkan lagi membiarkan Putri menangis sedih kerana dirinya. Itu janjinya!

Putri pantas menyeka air mata di wajah Fahim yang memegang erat tangannya. "Putri maafkan abang."

Fahim mengucup tangan Putri. Putri memeluk Fahim erat. Eireen merengek tersepit di celah mama dan papanya. Mereka ketawa melihat Eireen.

" Tak terbayang perasaan Putri hari tu. Rasa nak putus urat jantung ni, tambah bila dengar abang pun ada di situ. Putri ingatkan abang pun tertembak sama." Putri memandang tepat ke anak mata Fahim yang bercahaya merenungnya.

" Tak sangka abang yang Putri masih sayangkan abang," ujar Fahim. Dia seperti tidak percaya masih memberi peluang kepadanya untuk membahagiakan Putri. Walaupun selepas apa yang dia lakukan kepada wanita itu. Syukur...

" Takde tempat lain untuk Putri tuju selain abang." Tutur Putri lembut menusuk ke cuping telinganya. Fahim tersenyum bahagia mendengarnya.

" Jom kita pulang ke rumah kita?" ajak Fahim. Dia sudah memikirkan hal ini dalam-dalam. Di sanalah rumah mereka. Dia mahu pulang ke sana bersama Putri dan Eireen. Dan tanpa pengetahuan Putri dia sudah membeli rumah baru untuk mereka sekeluarga. Dia mahu meninggalkan hidup lama serta rumah yang penuh duka buat Putri. Dia tidak mahu Putri ingat lagi kisah lama kerana dia pernah mencurangi Putri di rumah mereka, di katil mereka sendiri. Semoga taubatnya diterima Allah SWT. Dan rumah itu bakal menjadi hadiah buat Putri kesayangannya. Fahim tersenyum merenung tampang cantik isterinya. 

" Putri ikut saja. Di mana ada abang, di situ juga Putri nak berada." Ujarnya lembut. Fahim kembali memeluk Putri. Dia takkan lagi mengulangi kesilapannya.


TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

3.6K 526 52
[Riyaz's Bella] "Your smile sends an apricity in my winter season." Bella Aufiah, pada yang tidak mengenalinya pasti tidak menyangka disebalik leku...
89.2K 3.1K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
489K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
3.4K 226 33
Suraya, gadis yang melupakan impian masa depannya demi kasih buat nenda tercinta. Syafiq sepupunya yang glamour tiba-tiba meluah rasa dan membuatkan...