Bintang Furqan al-Wafiy

By dahlyasilevon

623K 55.4K 2.4K

→fiction novel← ❝Because the stars will always need the night sky to shine.❞ Furqan al-Wafiy. Dia lelaki deng... More

Bintang Furqan al-Wafiy
Playlist - for bintang furqan al-wafiy
Explaination
Prolog
001 | Budak Baru
002 | Katak
003 | Datin Raiha
004 | Percaya
005 | Tired
006 | Another Han
007 | Han Han
008 | Sweater
009 | Maaf
010 | Gila
011 | Kawan
012 | Afiq & Aniq
013 | Terima Kasih
014 | Enam Tahun
015 | Magic Shop
016 | Di Sisi
017 | Hospital
018 | Abdullah
019 | Rindu
020 | Bintang & Langit Malam
021 | Keluar
022 | Seventeen
023 | Too Much
024 | Sayang
025 | Stargazing
026 | Bayar
027 | Mati
028 | Please
029 | Demi Dia
030 | Siapa
031 | Terakhir
032 | Surat
033 | Years Ago
034 | Years Later
035 | Mimpi
036 | Wad
037 | One Last Time
038 | Never Enough
040 | Alasan
041 | Mall
042 | Takdir
043 | Abdullah
044 | Fahimi
045 | Hujan
046 | Silap
047 | Balik
048 | Pangkin
049 | For Now
050 | Cinta
051 | Date
052 | Selamanya
Epilog
Special Chapter | Isteri Wafiy
Special Chapter | Barefoot on the Grass
Special Chapter | Bukti
It's A Goodbye ♥

039 | Move On

9.4K 828 25
By dahlyasilevon

Beautiful banner by nurflwr 😍 


"Where have you been?" Wafiy tak mampu menahan keluhan berat dari terlepas ke bibirnya saat Datin Raiha bertanyakan itu bila saja dia menjejak lantai ruang tamu banglo itu.

Dia tahu Datin Raiha cuma risau namun kepalanya terlalu kusut saat itu hingga dia terasa sangat mudah melenting. Dan kerana itu juga, Wafiy meneruskan langkah tanpa mempedulikan pertanyaan Datin Raiha.

"Wafiy, I'm asking you. Wafiy buat kerja apa yang sampai tak balik semalam?" Datin Raiha pula, tak mahu berputus asa, terus saja bertanya lagi.

"It's nothing, ma," Wafiy mengeluh, menjawab acuh tak acuh tanpa berpaling pun ke arah ibunya itu.

"Wafiy... Mama tahu kamu stres sejak Empire rugi besar. Tapi janganlah kerja melampau sangat sampai tak jaga kesihatan diri tu. You should take your time to rest too and..."

"Ya ya. Ya, ma. I know. I get it, so please, enough. I'm tired so I'm begging you, enough," Wafiy sudah mengetap rahang, menahan dirinya dari menengking Datin Raiha. Jujur dia katakan, jiwanya terlalu meronta saat itu.

Lagi-lagi saat melihat Datin Raiha, segala kenangan sepuluh tahun lalu kembali menghantui mindanya. Segala yang dia lakukan ialah kerana mamanya. Kerana dia bimbang akan penerimaan Datin Raiha terhadap Hanum. Dan saat itu, saat jiwanya seakan meronta kerana seakan tidak mampu menerima kenyataan itu, dia mulai merasakan segalanya salah Datin Raiha.

Wafiy berpaling ke arah Datin Raiha saat dia sudah di kaki tangga. Wajah tua mamanya yang sudah mencecah lebih 50 tahun itu ditatapnya. Semerta, jantungnya dirasakan seakan ditikam dengan beribu belati.

"This is all your fault," tanpa mampu ditahan lagi, kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Wafiy.

Datin Raiha tampak kebingungan dengan kata-kata Wafiy itu. Dia nampak dengan jelas, mata anaknya itu berkaca sebelum Wafiy mulai berpaling dan mendaki tangga, meninggalkan dia termangu kekeliruan di situ.

Tak mahu terus dalam tanda tanya akan perilaku Wafiy yang tiba-tiba berubah itu, Datin Raiha mencapai telefonnya dan nombor Mary didailnya. Beberapa ketika menanti panggilannya diangkat, kemudian suara Mary kedengaran di hujung talian.

"Mary?"

"Ya, Datin. Anything I can do to help?" Mary bertanya.

"Last night, did Wafiy stay up at the office?" Datin Raiha mulakan soal selidiknya. Sesekali matanya mengerling ke arah tangga di tengah ruangan itu, seakan terngiang-ngiang kata-kata anaknya kepadanya tadi.

"Eh, tak adalah Datin. In fact, saya suruh dia balik awal kelmarin sebab dia nampak tak sihat. He left before 5 pm. Kenapa ya Datin?" Mary bertanya kembali, kehairanan.

"No, it's nothing. Thank you," Datin Raiha hanya mampu mengatakan itu sebelum panggilan singkat itu ditamatkannya. Tangga yang membawa ke tingkat 2 itu kembali dipandangnya.

Spontan ada keluhan yang terlahir dari bibirnya. Sememangnya, untuk mempunyai hubungan yang baik dengan Wafiy sangat sukar sekali. Sejak mereka kehilangan Dato' Mazlan, anaknya menjauhkan diri darinya. Dan jurang itu semakin bertambah saat hubungannya dengan seorang lelaki muda diketahui Wafiy. Sejak itu, Wafiy jadi memberontak dan perangainya di sekolah semakin menjadi-jadi.

Namun, setelah kejadian culik yang berlaku sepuluh tahun lalu, Datin Raiha rasakan ia merupakan peluang untuk dia membaiki kembali hubungannya dengan Wafiy. Saat anaknya lupa tentang Hanum, dia rasakan itu seakan satu rahmat untuk dia menutup terus kisah silamnya yang berkait dengan gadis itu.

Sejak itu jugalah, hubungan mereka semakin membaik meski dia tahu, Wafiy takkan mampu untuk menerima dia sepenuhnya atau untuk menyayanginya sebagaimana anaknya menyayangi papanya. Namun, dia tetap cuba sehabis baik, kerana dia mahu keluarga kecil yang dia miliki ini terus kekal utuh.

Dia sedar, dia seorang ibu yang tak sempurna dan penuh dengan cela. Kerana itu dia tahu, Wafiy tak pernah bangga untuk memiliki ibu sepertinya. Dan kerana itu juga, hari demi hari selepas kejadian hitam sepuluh tahun lalu, Datin Raiha telah mencuba sehabis baik untuk membaiki dirinya. Dia sudah berjaya meninggalkan tabiat mengambil minuman keras kalaupun dia stres. Hubungan dengan kekasih mudanya juga sudah lama diputuskan dan Datin Raiha berusaha sehabis baik untuk membaiki dirinya. Kerana itu, salahkah untuk dia meneruskan hidup dan melupakan kisah lalu bersama satu-satunya anak dan keluarga yang dimilikinya itu?

***

Seminggu berlalu, Puan Ros telah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Atas rahmat Ilahi juga berkat doa semua anak yatim yang menghuni Rumah Cahaya serta seluruh stafnya, keadaan Puan Ros telah kembali stabil dan dia telah keluar dari fasa kritikal.

Pun begitu, Puan Ros diarahkan untuk berehat dan tidak melakukan kerja berat. Pemakanan wanita tua itu juga perlu dijaga dengan sangat ketat bersama perskripsi lengkap dari doktor yang perlu dipatuhi.

Hanum terasa seakan nasib menyebelahi dirinya kerana dua hari selepas Puan Ros dikeluarkan dari hospital, cuti persekolah pertengahan tahun selama 2 minggu telah bermula. Dia yang merupakan guru sekolah rendah membuatkan jadual kerjanya sangat kosong selama dua minggu itu.

Sepanjang tempoh itu juga, Hanum dapat lihat Wardah seakan semakin menerima dirinya. Gadis itu terlihat lebih mesra dengannya dan Hanum juga tidak menyalahkan gadis itu atas layanannya yang agak dingin pada awalnya, kerana Hanum tahu Wardah mungkin tak suka dengan sikap Hanum yang sudah lama tidak menziarahi Rumah Cahaya.

Pagi itu, semua orang di Rumah Cahaya agak kekalutan memandangkan mereka akan mengadakan sedikit jamuan kecil petang nanti, untuk meraikan kepulangan Puan Ros ke rumah itu semula juga kerana keadaan Puan Ros yang semakin baik. Pagi Ahad yang cerah di Rumah Cahaya itu gamat dengan suara anak-anak kecil yang tinggal di rumah itu, bergurau sesama mereka sambil berlari ke sana ke mari.

"Firdaus, Hanif, Fazrul! Jangan berlari dekat sini, orang tengah buat kerja ni!" Suara Cik Na kedengaran kuat memarahi tiga kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun yang sedang berlari ke sana ke mari di ruangan dapur itu.

"Ana, Mimi, sayang... Akak dah suruh simpan kan mainan tu, akak nak guna meja ni," Wardah turut sama dalam kekalutan, menyuruh kanak-kanak yang perempuan pula untuk menyimpan mainan mereka yang memenuhi ruangan meja makan.

Hanum tersenyum sendiri saat dia sedang membasuh pinggan. Suasana yang sangat gamat saat itu menggamit kembali kenangannya semasa dia tinggal di situ, dengan bunyi bising kanak-kanak berlari, bergurau, menangis, ketawa dan berbual, suasananya sangat menenangkan bagi Hanum.

Namun sesekali itu, dia akan teringat kembali malamnya di hospital seminggu lalu, saat dia menemani Wafiy semalaman. Itu boleh dikatakan antara malam yang sangat indah dan terasa sangat ajaib baginya. Malam itu, dia terasa seakan Wafiy sangat mengenalinya meski kenyataannya lelaki itu sudah lupa tentangnya. Malam itu membawa seribu kebahagiaan kepada dia yang sudah sedekad merindui lelaki itu.

Pun begitu, saat itu, malam itu jika dikenangnya kembali hanya akan membawa rasa sakit ke jantungnya. Sungguh dia akui, manusia sememangnya tamak. Setelah diberi peluang untuk meluangkan satu malam itu bersama Wafiy, dia terus mahukan lebih lagi. Kerana sesungguhnya, meski selama-lamanya juga takkan pernah mencukupi buatnya.

"Kak!" Suara Wardah yang kedengaran agak meninggi menyentak lamunan Hanum. Terus Hanum palingkan wajahnya ke arah gadis itu sambil tangannya kembali bergerak membasuh pinggan di tangan.

"Kenapa?"

"Ini, Rumah Cahaya dapat e-mel dalam seminggu lepas, cuma saya tak sempat nak check lagi sebab busy kan, sejak dua menjak ni. Saya rasa e-mel dari penderma. Akak tolong check boleh?" Wardah menerangkan panjang lebar kemudian bertanya.

"Oh, boleh aje. Nanti akak check ya," Hanum bersetuju saja. Setakat periksa e-mel, apalah sangat. Memang sudah beberapa kali Hanum membantu Wardah memeriksa e-mel Rumah Cahaya memandangkan Wardah agak kurang arif dalam hal itu. Wardah hanya tersenyum kemudian mengangguk.

***

"Hanum ada di Rumah Cahaya?" suara Wafiy berbaur terkejut setelah Fahimi memaklumkan hal itu. Fail syarikat yang sedang diperiksanya sudah tidak ditatap lagi.

"Ya, bos. Dia ke sini semalam, lepas saja cuti pertengahan tahun bermula," Fahimi memaklumkan lagi. Wafiy terlihat seakan berfikir lama, cukup lama, hinggalah dia teringat tentang drafted e-mail yang telah dia suruh Mary hantar kepada Rumah Cahaya seminggu lalu. Ah, sudah!

"Call Mary in for me," arahnya tanpa memandang Fahimi. Serta-merta saja, kekusutan yang dialaminya seminggu lalu yang baru saja mahu mereda, kini melanda lagi. Fahimi hanya mengangguk sebelum berlalu keluar.

Beberapa ketika berlalu, Mary yang lengkap berkot dan berseluar slack serba hitam melangkah masuk bersama nota di tangan.

"Yes, boss?" Mary bertanya setelah dia berdiri di hadapan Wafiy. Dia dapat lihat dengan jelas akan kekeruhan di wajah majikannya itu. Dia perasan, sejak dua menjak ini Wafiy kelihatan tertekan. Mahu kata sebab Empire, syarikat itu sudah semakin pulih saat itu dan mereka sudah keluar dari fasa yang membimbangkan.

"Awak dah hantar e-mel saya ke Rumah Cahaya?"

"Dah, bos. Saya dah hantar seminggu lepas, hari sama lepas bos arahkan saya," Mary menjawab pantas. Namun wajah bosnya terlihat berubah dan seakan semakin kekusutan.

Wafiy mengeluh kuat. Terus saja rasa tak senang menyelinap dalam dirinya. Itulah, siapa suruh dia hantar e-mel macam nak luahkan perasaan sangat! Saat dia menulis e-mel itu, dia terasa seakan dia mahu meluahkan apa yang dia rasa meskipun dia tidak tahu siapa yang akan membaca e-mel itu nanti. Tapi dia tak sangka pula, Hanum akan berada di Rumah Cahaya yang memungkinkan gadis itu untuk membaca e-melnya juga!

"Er, kenapa bos? Masa tu, bos ada suruh saya cari nombor akaun bank Rumah Cahaya, kan? Saya dah jumpa, cuma terlupa nak maklumkan pada bos. Bos nak..."

"Itu!" Wafiy mulai mendapat idea setelah Mary menyebut perihal nombor akaun bank itu. Ya, dermanya masih belum diberikan lagi!

Wafiy terangguk-angguk sendiri meskipun Mary terus-terusan memandangnya dengan pelik. Bos aku ni dah tak normal ke apa? Split personality betul orangnya!

Wafiy memetik jari tiba-tiba, kemudian menuding jarinya itu kepada Mary. Mary mulai menegakkan badannya kembali. Segala komen spontan yang terlahir di mindanya tentang Wafiy terus saja terpadam.

"Sekarang, cuba awak cari maklumat pasal semua kanak-kanak yang tinggal di Rumah Cahaya, okey?" Wafiy memberi arahan.

Mary hanya mengangguk saja dan mulai menulis pada notanya. Wafiy kemudian kembali terangguk-angguk dan kali itu, Mary menahan tawanya pula melihatkan wajah serius Wafiy. Alahai, encik bosku seorang ni, macam-macam!

***

"Apa dah jadi?" Aniq bertanya. Lelaki itu sudah pun mengambil tempat di hadapannya di ruang tamu itu. Suasana gamat Rumah Cahaya sudah mereda sejak tadi kerana majoriti kanak-kanak mahu mengikuti Pak Man membeli barangan yang tidak cukup untuk jamuan mereka. Pak Man pula hanya mengikut saja meskipun Cik Na yang turut pergi sudah membebel panjang.

Hanum menggeleng, hanya untuk membuatkan Aniq mengeluh. "Stop lying," Aniq berkata agak tegas. Seminggu lalu, dia telah ke hospital seawal jam 5 pagi dan dia terlihat figura Hanum berlalu keluar dari ruang wad pesakit luar. Dia dengan rasa tertanya terus saja bergegas melihat siapa yang dilawat oleh Hanum, namun dia terkesima saat dia melihat salah satu katil di wad itu didiami oleh Wafiy yang masih lena. Sepanjang seminggu itu, dia tak punya ruang untuk bertanyakan kepada Hanum perihal itu hinggalah ke saat ini.

"Kalau ada apa-apa yang Hanum sorok, please, tell me. Hanum tak boleh terus hadap semua benda sorang-sorang macam ni," Aniq cuba juga memujuk. Dia tak mahu Hanum terus begitu. Sejak segala yang berlaku sepuluh tahun lalu, dia telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk cuba membahagiakan Hanum semampunya dia.

Dan seakan tak mampu lagi menanggungnya seorang diri, Hanum menceritakan segalanya kepada Aniq. Segalanya, perihal pertemuannya dengan Wafiy, tentang Wafiy yang pengsan, dia yang sudi menemani lelaki itu semalaman hinggalah perpisahan mereka yang tidak mereka akhiri dengan ucap selamat tinggal. Sepanjang penceritaan itu, beberapa kali Aniq mengeluh.

"Hanum macam sengaja nak lukakan hati sendiri," keluh Aniq berat. Dia sangat tak bersetuju dengan apa yang Hanum buat dan andai saja dia tahu Hanum sebenarnya bermalam di hospital untuk menjaga Wafiy pada malam itu, dia pasti sudah melarang sekerasnya.

Hanum menunduk, faham jika Aniq marah.

"Hanum cuma nakkan satu lagi peluang," Hanum menggumam perlahan. Hujung matanya sudah mulai terasa panas.

"Peluang? Peluang yang hanya akan buatkan Hanum makin teringatkan dia?" Aniq semakin membentak. Sungguh dia tak setuju dengan pemikiran Hanum. Lelaki itu ialah silam gadis itu, bahkan Wafiy ialah silam yang menyakitkan. Tapi kenapa Hanum masih lagi tak mampu melupakan lelaki itu?

"Kalau Hanum masih teringatkan dia, kalau sampai macam ni sekali rindu Hanum pada dia, just tell him the truth. Tell him that you know him, that he loves you ten years ago. Cuba buat dia ingat Hanum balik. Apa yang susah?" Aniq sudah mulai mahu membebel.

"Aniq cakap senanglah," Hanum mengeluh dalam menahan air mata. Aniq takkan faham!

"Hanum tak nak dia teringat balik semua kenangan pahit selama dia kenal Hanum. Banyak sangat kenangan yang memeritkan berbanding kenangan indah, bila dia dengan Hanum dulu. Jadi..."

"So just leave him be! Berhenti jumpa dia atau cuba nak dapatkan walau satu peluang pun. If it's better like this, just move on. Please, stop hurting yourself, Hanum. Hanum layak bahagia sebagaimana dia boleh teruskan hidup sebab dia langsung tak ingat Hanum," Aniq memotong, kegeraman.

"Hanum tahu. Dan Hanum pun tahu, peluang tu takkan datang lagi. Apa yang jadi seminggu lepas, hanyalah satu keajaiban dan Hanum tahu, ia takkan terjadi lagi. Jadi, Aniq tak perlu nak risau, tak payah nak banyak fikir. Biar masa menentukan segalanya. Hanum yakin, takkan ada lagi kisah Hanum dengan dia lepas ni," Hanum berkata perlahan sambil menunduk seakan pasrah.

Usai itu, mereka diam beberapa ketika. Namun kesunyian itu kemudiannya diisi dengan dentingan loceng Rumah Cahaya yang kedengaran.

"Biar Aniq pergi tengok," Aniq bersuara sebelum sempat Hanum mahu bangun. Jelas wajah Aniq sarat dengan riak kesal saat dia melangkah menuju ke pintu utama Rumah Cahaya.

Aniq membuka pintu coklat rumah tersebut, mahu melihat tetamu yang datang menjengah pada jam 11 pagi itu. Namun dahinya terus berkerutan dan mulutnya jatuh terbuka sedikit melihatkan Wafiy yang berdiri di hadapan pagar Rumah Cahaya dengan memegang beg kertas yang banyak di tangannya.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 42.8K 18
📌 TERBITAN ANAASA PUBLICATION Sejak pertemuan pertama sudah menjentik hati Syed Haiqal tanpa dia sedar. Hati yang tertutup dibuka semula untuk Awina...
89.3K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...