FUNFAIR SEASON 1 DAN 2

By ZonGigil

10.5K 399 22

PENULIS ; NINIE OTHMAN NO COPY PASTE, TQ More

SEASON 1 ; 1
SEASON 1 ; 2
SEASON 1 ; 3
SEASON 1 ; 4
SEASON 1 ; 5
SEASON 1 ; 6
SEASON 1 ; 7
SEASON 1 ; 8
SEASON 1 ; 9 - AKHIR
SEASON 2 ; 1
SEASON 2 ; 2
SEASON 2 ; 4
SEASON 2 ; 5
SEASON 2 ; 6
SEASON 2 ; 7
SEASON 2 ; 8
SEASON 2 ; 9
SEASON 2 ; 10 - AKHIR

SEASON 2 ; 3

419 17 0
By ZonGigil

ALIFF memandang rakan-rakannya dengan kening yang terangkat. Adakah benar funfair itu berpuaka? Kalau benar, dia mahu melihat sendiri puaka-puakanya.

Rumah hantu di belakang masih menjadi fokus utama semua yang ada di situ. Mereka berdebar-debar dan mengengsot mendekati satu sama lain. Lain macam pula sejuknya malam itu. Entah mengapa dakwaan Emma itu seperti bukan direka-reka. Seperti benar ada jembalang-jembalang yang sedang memerhatikan mereka pada waktu itu.

Emma hanya merenung unggun api yang marak memamah kayu di hadapannya. Tangisan itu masih berlaku tetapi ternyata hanya dia yang mendengarnya. Dia tidak mahu berkata lebih-lebih kerana khuatir akan diejek oleh rakan-rakan yang lain. Mereka tidak akan mempercayainya.

Cikgu Hani bingkas bangun dan melabuhkan duduk di sebelah Emma. Ada benda yang ingin dia tanyakan dengan lebih lanjut.

"Apa yang awak nampak masa dalam bas petang tadi?"

Emma pantas memandang Cikgu Hani. Bibirnya bergetar. Rupa-rupanya Cikgu Hani masih ingat dengan apa yang berlaku ke atas dirinya siang itu. Apakah Cikgu Hani akan mempercayainya jika dia menceritakan perkara yang sebenar?

Abang Zack memandang Cikgu Hani dan Emma dengan penuh minat. Dia berminat mahu mendengar cerita dari mulut remaja itu kerana dia telah melaluinya sendiri. Jenazah berkafan itu dia nampak dengan mata kepalanya sendiri. Jika dia menceritakannya kepada yang lain, pasti dia dituduh sengaja mahu menakut-nakutkan mereka.

"Bunyi orang menangis tu masih ada tak?" Soal Cikgu Hani lagi. Emma mengangguk perlahan.

"Awak nampak tak macam mana rupa dia?"

"Cikgu pernah tengok cerita Sundel Bolong?" Emma bertanya. Cikgu Hani mengiyakan.

"Macam tulah rupa dia...."

Kata-kata Emma membuatkan suasana kecoh sebentar. Sundel bolong? Betul-betul menakutkan! Cikgu Haiqal bingkas berdiri dan menenangkan perasaan mereka. Dia menepuk-nepuk tangan supaya para pelajarnya senyap.

"Takde apa-apa kat sini selain kita. Sudah, jangan merepek yang bukan-bukan."

Emma berdiri lalu memandang Cikgu lelaki itu, "Cikgu tak percaya pada syaitan dengan iblis?"

Cikgu Haiqal mengangguk, "Saya percaya...."

"Jadi kenapa cikgu kata saya merepek yang bukan-bukan?"

Cikgu Haiqal mengeluh, "Sebab kat sini memang takde sesiapa kecuali kita."

"Ada...."

Cikgu Haiqal merenung Emma. Nampaknya remaja ini tidak mahu mengalah. Masih mahu menegakkan benang yang basah.

"Emma, cukup. Saya tak nak awak bercakap yang bukan-bukan lagi. Faham?" Tegas sekali suara Cikgu Haiqal membelah kesunyian malam.

"Benda tu masih menangis...." Ujar Emma lagi. Bagaimana dia mahu membuktikan yang funfair lama itu memang keras?

"Cukup! Semua masuk khemah masing-masing." Cikgu Haiqal meninggi suara. Hujan rintik-rintik juga sudah turun membasahi kepala mereka. Semuanya bergegas masuk ke khemah untuk berlindung dari hujan yang akan menjadi lebat tidak lama lagi.

Sebelum masuk ke khemah, pandangan mata Cikgu Haiqal bertemu dengan mata Emma buat beberapa saat. Pasti Emma marah dengan Cikgu Haiqal yang tidak mempercayainya. Cikgu Haiqal melepaskan keluhan yang panjang.

Cikgu Hani mendekati Cikgu Haiqal selepas itu.

"Saya bukan nak masuk belah siapa-siapa tapi saya rasa Emma bercakap benda betul cikgu..." Usai berkata begitu, Cikgu wanita itu beredar ke dalam khemah untuk bersama beberapa orang pelajar perempuan lain.

Cikgu Haiqal menggosok-gosok mukanya dengan perasaan yang bercampur-campur.

*****

ABANG ZACK duduk bersila sambil membuang pandangan ke luar khemah. Hujan turun dengan lebatnya di luar. Cikgu Haiqal sedang berbaring di sebelahnya dengan mata yang merenung ke siling khemah.

"Abang Zack rasa macam mana?" Tanya Cikgu Haiqal secara tiba-tiba.

"Apa maksud cikgu?"

"Pasal tempat ni...."

Abang Zack membisu. Tidak tahu apa yang patut dia katakan tentang tempat itu. Kalau dia ceritakan pun, cikgu muda ini tidak akan percaya. Akhirnya Cikgu Haiqal duduk dan sama-sama merenung hujan lebat. Tempiasnya habis membasahi pakaian yang dipakai mereka.

"Saya tau abang pun rasa tempat ni berhantu kan?"

Pertanyaan itu sungguh sensitif. Mustahil dia mahu mengiyakannya walaupun dia sendiri telah diganggu. Lembaga bawah bas itu terbayang-bayang di kotak ingatan.

Aliff yang berbaring di sebelah Cikgu Haiqal membuka mata perlahan-lahan. Bibirnya tersenyum. Perasaan terujanya membuak-buak. Dua lagi rakannya yang sudah lena di sebelahnya dia pandang. Tunggulah hujan reda dan semuanya sudah diulit mimpi, dia akan membawa mereka meneroka funfair ini.

"Kalau saya cerita kat cikgu.... Mesti cikgu takkan percayakan saya..." Abang Zack bersedia untuk membuka kisahnya diganggu petang itu. Cikgu Haiqal segera memandangnya.

"Cerita apa bang?"

"Tadi saya nampak lembaga kat bawah bas. Sebab tu saya terperanjat masa cikgu sentuh bahu saya dari belakang."

Cikgu Haiqal mengangguk walaupun hatinya penuh sangsi. Abang Zack tersenyum tawar. Dia tahu cikgu itu tidak mempercayainya. Dia pun tidak akan memaksa untuk orang mempercayainya. Asalkan apa yang dia ceritakan itu benar dan bukan direka-reka. Selepas menepuk bahu Cikgu Haiqal sekali, dia merebahkan tubuhnya untuk tidur.

*****

PUKUL 2 PAGI.

ALIFF menepuk muka kawan-kawannya dengan penuh hati-hati. Kerapkali dia menoleh untuk memeriksa keadaan Cikgu Haiqal dan Abang Zack. Tidak mahu membangunkan mereka, nanti rancangannya untuk meneroka funfair itu hancur.

Rakan-rakannya yang bernama Ikhwan dan Razif terpisat-pisat akibat lena yang terganggu. Apa sajalah si Aliff ni, nak tidur pun tak senang!

"Kenapa?!" Marah Ikhwan.

"Syyhhh! Jom keluar...."

"Nak pergi mana?" Tanya Razif pula.

Aliff menghalakan jarinya keluar khemah. Ketika itu hujan sudah reda namun rintis halusnya masih ada.

"Cepatlah!" Aliff bergegas keluar dari khemah dan diikuti oleh mereka.

Ikhwan dan Razif memandang ke sekeliling. Kawasan itu memang sunyi sekali kerana semuanya sudah tidur. Sudahlah sejuk sehingga ke tulang hitam. Aliff mengajak mereka berjalan hingga ke pagar utama selepas memastikan Cikgu Haiqal dengan yang lain masih lena dibuai mimpi.

Sesampai sahaja di luar, mereka pergi berdiri di sisi bas sekolah.

"Kita nak buat apa ni?" Ikhwan tidak faham. Si Aliff ni ada tertinggal apa-apa ke?

Aliff mengukir senyuman nakal, "Abang Zack jumpa momok kat sini...."

Ikhwan dan Razif saling berpandangan. Tiba-tiba pula rasa seram sejuk. Kemudian mereka kembali memandang Aliff.

"Kat bawah bas ni aku dengar..." Sambung Aliff.

Ikhwan dan Razif tidak berkata apa-apa. Mamai mereka sudah hilang sepenuhnya. Kini bulu roma pula yang tegak berdiri. Mereka hanya melihat sahaja perlakuan rakan mereka itu. Sekarang Aliff pergi ke pintu bas pula. Ternyata pintu tidak dikunci oleh Abang Zack.

"Jom naik." Aliff mengangkat keningnya.

"Nak buat apa? Aku ngantuklah Liff..." Razif cuba memberi alasan.

"Takut ke brader?" Perli Aliff.

Dua remaja itu tiada pilihan lain selain masuk ke dalam bas. Mereka melabuhkan duduk di atas kerusi sambil berkongsi kisah seram. Tidak lama selepas itu Aliff mencapai handphone dari dalam kocek seluar lalu memandang muka rakan-rakannya dengan nakal.

"Record suara hantu nak?" Aliff tergelak-gelak. Ikhwan dan Razif hanya mengangguk menyatakan persetujuan mereka.

Voice Recorder dipasang. Aliff meletaknya ke kerusi di sebelahnya, "Ada hantu ke dengan kita orang kat sini?"

"Huish soalan kau!" Tegur Ikhwan. Aliff tergelak.

"Okey jom dengar......" Aliff menekan butang "PLAY" untuk mendengar rakaman yang berlangsung selama beberapa minit itu. Razif dan Ikhwan segera memasang telinga.

Di minit yang kedua, ada suara halus kedengaran membalas pertanyaan Aliff.

"Ada......"

Continue Reading

You'll Also Like

10.2M 353K 35
How does your night go from a game of Hide and Seek with your best friend, to your parents being murdered the same night? On top of that, you're sent...
3.3K 374 13
Some people are obsessed with ghosts while some are interested but the real question is do ghosts even exists? What if you summon with a ghost? Will...
811K 27.2K 149
Urban legends and myths from around the world will be published here.
3K 454 11
πŸ”žαž’αž˜αŸ’αž˜αžαžΆαŸ—αž‚αŸ’αžšαžΆαž“αŸ‹αžαŸ‚αž”αŸ’αžšαžΎαžšαž™αŸˆαž–αŸαž›αžŠαžΎαž˜αŸ’αž”αžΈαž‚αŸ’αžšαž”αŸ‹αž‚αŸ’αžšαž„αŸ‹αžαŸ‚αž”αŸ‰αž»αžŽαŸ’αžŽαŸ„αŸ‡....