Dejavu Semusim Cinta

By theannemoha

12K 639 50

Emir yang dipaksa berkahwin dengan gadis yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya menjadikan dia dilema. Namun k... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20

Bab 5

571 26 4
By theannemoha

Pintu bilik pejabat diketuk. Emir merengus perlahan. Sudah dapat mengagak siapa di luar. Badan disandarkan ke kerusi, mahu merelakskan diri. Fail yang ditelitinya awal tadi kini ditutup.

"Masuk!" Laungnya seidkit kuat.

Selang beberapa saat, pintu dibuka dari arah luar.

Datuk Ashman melangkah dengan penuh karisma ke arah anak lelakinya sebelum duduk di hadapan Emir. Dia melihat-lihat bilik pejabat Emir. Kedua-dua mereka masih senyap.

"Ada apa pa?" Tegur Emir terlebih dahulu. Mesti ada hal, kalau tak, mana mungkin papa boleh turun ke department dia.

"Along tidur mana semalam?" Soal Datuk Ashman langsung menghiraukan pertanyaan Emir.

"Rumah Aril." Jawab Emir pendek.

"Mama kat rumah risau.. So petang ni, balik rumah, papa nak bincang sikit. No excuses.." Beritahu Datuk Ashman sambil menggerakkan jari di dihadapan Emir.

"Tapi paa." Emir cuba mencelah namun Datuk Ashman terlebih dahulu menyambung kata-katanya.

"Be a man. Lari macam ni takkan selesaikan masalah pun. Dengar dulu apa yang papa dan mama nak cakap." Pesan Datuk Ashman tegas sekaligus mejadikan kata-katanya tidak ubah seperti arahan yang wajib dipatuhi Emir.

"Baik pa.." Jawab Emir sedikit lemah. Kena redha jelah nampaknya. 

Sebaik tamat waktu pejabat, Emir sengaja melambat-lambatkan diri untuk pulang ke rumah.

Bro, aku balik rumah aku. Big boss dah bagi arahan suruh balik.

Emir menghantar mesej kepada Aril. Sekadar memaklumkan.

Goodluck! Buat keputusan terbaik untuk kau dan masa depan kau. Apa pun keputusannya, aku tetap sokong kau.

Balas Aril beberapa minit kemudian dengan kata-kata semangat.

Tiba di rumah, Emir melangkah takut-takut untuk masuk ke dalam rumah. Tidak betah mahu berdepan dengan mama setelah menghilangkan diri hampir dua puluh empat jam.

"Bik, mama mana?" Emir menyoal Suri sebaik masuk ke dalam rumah.

Suri yang sedang mengemas meja kopi sedikit tersentak dengan soalan Emir itu.

"Dia pergi rumah Puan Ros. Tuan Emir nak minum petang? Makan ke? Tadi Datin ada buat puding."

Jawapan yang diberikan Suri melegakan hati Emir. Sekurang-kurangnya dia masih ada masa untuk menenangkan diri sebelum berhadapan dengan mama malam nanti.

"Thanks. Takpelah tak lapar lagi. Saya naik dulu". Balas Emir.

"Baik tuan."

Emir menyegarkan badan dan solat maghrib sebaik masuk ke dalam biliknya. Hati berdebar-debar menanti apa yang bakal berlaku seketika nanti.

Selesai makan malam, Emir mengikuti kedua ibu bapanya ke ruang tamu untuk membincangkan isu yang sebolehnya ingin dielak oleh Emir. Namun dia tahu dia tak akan dapat mengelak lagi malam ni.

"Duduklah." Arah Datuk Ashman kepada Emir yang kelihatan kekok. Dia awal-awal lagi sudah duduk bersebelahan dengan Datin Maria.

Tanpa berlengah lagi, Emir segera duduk di sofa berhadapan mama dan papanya. Mahu semua ini segera berakhir.

"Papa straight to the point terus." Datuk Ashman memulakan bicara sewaktu Emir belum sempat membetulkan duduk.

Emir telan liur.

"Kami nak along kahwin dengan Elina." Ujar Datuk Ashman jelas dan langsung tidak berkias.

Aku kena kahwin dengan Elina. Itu yang akal Emir faham berdasarkan kata-kata yang keluar dari mulut papanya.

Emir mengeluh perlahan. "Give me one solid reason pa dan along akan terus setuju."

"Mama dan papa tahu dia calon yang terbaik buat along, orang yang kami yakin boleh selalu ada saat jatuh bangun along dan akan sentiasa ada di sisi along." Jawab Datin Maria kepada soalan Emir.

"Nonsense." Balas Emir sedikit sinis sambil mengelengkan kepala. "Macam mana mama tahu dia yang terbaik?" Soal Emir tidak puas hati.

"Naluri mama.."

"Naluri tak selalunya betul." Sangkal Emir.

"Mama tahu tapi naluri seorang ibu takkan pernah menipu." Datin Maria masih belum mengalah.

Emir terdiam mendengarkan kata-kata tersebut. Mama main isu sensitif pula.

Datuk Ashman mengeleng-ngeleng melihatkan gelagat anak dan isteri kesayangannya. Dua-dua keras kepala! Nampak sangat perangai Datin Maria yang satu itu menurun kepada Emir.

Emir mengeluh panjang.

"Bagi along masa untuk fikir." Pintanya kerana hal sebegini tidak seharusnya dilakukan dengan terburu-buru.

"Seminggu." Sampuk Datin Maria.

"Apa yang seminggu ma?" Soal Emir.

"Masa untuk along fikir. Bagitahu mama jawapan along lepas seminggu." Ujar Datin Maria.

"What?" Emir jelas tidak setuju dengan kata-kata mamanya.

"Habis tu nak berapa lama?" Soal Datin Maria sebaik menyedari anaknya seakan tidak bersetuju dengan syaratnya.

Emir garu kepala dengan soalan mamanya. "Yelah seminggu. Along naik dululah." Dia meminta diri untuk berlalu setelah merasakan otaknya penat untuk memahami permintaan mengarut kedua ibu bapanya.

Masuk dalam bilik, kedengaran telefon berdering minta diangkat. Setelah melihat nama pemanggil, Emir sengih lebar. Macam tahu-tahu je yang aku perlukan seseorang saat ini.

Panggilan dijawab dan telefon dilekapkan di telinga.

"Along!" Kedengaran suara di hujung talian sedikit menjerit. Emir jauhkan sedikit telefon dari telinga. Bingit!

"Slow-slow dah laa. Along bukannya pekak lagi." Sindir Emir.

Kedengaran ketawa yang kedengaran lunak di hujung talian. Siapa lagi kalau bukan milik Emira Medina, satu-satunya adik Emir yang berada nun jauh di Berlin.

"Along buat apa? Kenapa suara macam tu? Macam takde mood je."

Amboi psikik betul! Aku baru cakap satu ayat dia dah boleh agak.

"Mana ada.. Biasa je." Emir mahu mengelak dari berbual mengenai perkara tesebut.

"See cara jawab tu pun nampak sangat ada benda yang tak kena. Ada awek kejar along ke?" Tebak Emira.

"No such things. Eh takde kelas ke siang-siang hari call along ni." Emir cuba untuk menukar topik.

"Takde kelas lah boleh call along ni. Takkanlah adik tengah dalam kelas lepas tu buang tebiat call along." Sindir Emira dari hujung talian. "Mama papa buat apa?" Soalnya seketika kemudian.

"Ada dekat bawah tu. Tengok tv lah kut." Emir jawab malas.

Aku dah la takde mood ni.

"Along, something is wrong right?" Tebak Emira langsung mengena.

Emir mengeluh panjang. Kepala disandarkan kepada kepala katil, kaki diluruskan.

"Mama papa.. Diorang nak along kahwin.. Next two months." Jelas Emir berkenaan hal yang mengganggu fikirannya semenjak semalam.

"Dengan siapa?"

"Anak kawan diorang."

"Anak Datuk mana along?" Soal Emira ingin tahu.

"Dia.. Orang biasa je. Tapi along tak kisah pasal tu, masalahnya along tak kenal pun dia. Tak pelik ke tiba-tiba nak kena kahwin?" Ujar Emir sambil meramas rambut.

"I see. Hmm mesti ada sebab mama papa buat macam tu. Taknak along membujang sampai ke tua agaknya." Balas Emira sambil ketawa nipis di hujung talian.

"Along, bercinta lama mana pun, kalau bukan jodoh kita, hubungan tu tak ke mana-mana juga. Tengok Aida dulu lah." Sambung Emira. Namun menyedari dia terlajak berkata-kata, dia segera mematikan ayatnya.

Cari pasal lah Emira. Yang kau sebut nama Aida kenapa? Marah Emira kepda dirinya sendiri.

"Adik, berapa kali nak pesan, jangan sebut nama perempuan tu!" Emir membalas sedikit kasar. Sememangnya dia cukup anti dengan perempuan bernama aida itu.

"Sorry.. Along, adik kena letak dah ni, housemate panggil." Cakap Emira tergesa-gesa. Sebenarnya tiada siapa yang panggil pun namun dia takut akan dimarahi abangnya.

"Ya lah. Take care, study elok-elok." Pesan Emir buat Emira.

Pesanan yang sama diberikan setiap kali merek berbual telefon.

Emir meletakkan telefon di meja tidur, badan direbahkan untuk berehat.

"Elina.." Desisnya perlahan sambil senyum nipis.

Saat ini, hati Emir mula berentak tidak sekata, sedikit gundah gulana. Mungkin dia perlukan penyelesaian bagi masalah ini.

Solat Istikarah.

Terfikirkan perkara itu, Emir tidak jadi untuk tidur kerana di saat dirinya buntu sebegini, dia perlu mencari petunjuk ilahi.

🍃🍃🍃

"Jumpa tak?" Sergah Maya dari arah belakang sambil kedua tangannya menepuk bahu Elina.

Elina urut dada.

"Kau ni, nasib baik aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tak dah selamat jalan romeo dah ni." Bebel Elina dengan muka masam. Maya memang suka main sergah macam ni.

"Sebab aku tahu kau takde sakit jantung lah aku berani je buat." Balasnya selamba. Punggung dilabuhkan ke atas pangkin menghadap Elina.

"Kau datang dengan apa tadi?" Soal Elina kepada Maya.

"Datang dengan bumblebee aku lah." Bibir dijuihkan ke suatu tempat.

Elina turut menjengukkan kepala ke arah yang ditunjuk Maya. Kelihatan skuter berwarna kuning berbelang hitam diletakkan berhampiran skuter Elina. Betullah Maya datang dengan skuter.

"Tak dengar pun?"

"Macam mana nak dengar kalau ralit nau tengok telefon tu macam keluar biji mata." Sindir Maya.

Elina termalu sendiri. "Kusyuk sangat ke aku tadi?" Desis hatinya.

"So jumpa tak?" Maya mengulangi soalannya sekali lagi. Wajahnya menunjukkan senyum sinis.

"Jumpa apa?" Elina menyoal dengan muka bingung. Serius tak faham dengan soalan Maya.

"Benda atau orang yang kau gigih sanagt stalk dalam telefon tu lah." Balas Maya. Senyuman makin lebar.

Elina ni mesti ada sesuatu. Pelik je perangai hari ni. Aku kena cari tahu dan aku perlu tahu! Maya nekad.

Riak Elina sedikit berubah mendengarkan ayat Maya. Bibir diketap sebelum menjawab.

"Jumpa." Balasnya sepatah.

"Nak tengok!" Pinta Maya sedikit teruja.

Belum sempat Elina membuat keputusan sama ada patut tunjuk mahupun tidak kepada Maya, telefon Samsung ditangan Elina kini sudah selamat berada ditangan Maya.

Huh! Terbit rasa menyampah dengan perangai Maya yang satu ni. Tak reti hormat privacy orang!

Telefon yang tidak dikunci itu dibuka oleh Maya. Skrin memaparkan akaun Instagram milik seorang lelaki. Mata Maya hampir terbeliak.

"Siapa ni weh? Instafamous ke? Handsome gila Lynn! Jawline dia, perghh perfect!" Soal Maya dengan teruja sambil membelek gambar yang dimuatnaik dalam akaun tersebut.

"Bakal suami aku." Jawab Elina mendatar.

"Hah?!!" Balas Maya agak kuat. Tidak lama kemudian dia ketawa besar.

Badannya terhinggut-hinggut ketawa dan berterusan selama beberapa saat.

"Kelakar lah kau Elly." Ujar Maya sebaik selesai ketawa.

"Aku tak buat lawak." Tutur elina dengan nada tegas.

Wajah Maya sedikit berubah menjadi serius. "Biar betul kau ni?" Soalnya tidak percaya. Namun riak Elina langsung tidak menunjukkan bahawa dia berbohong. Maya telan liur.

Elina bukannya seperti gadis lain yang suka cop mana-mana lelaki handsome sebagai bakal suami.

Elina angguk. "Sebenarnya..."

Ingatannya menerawang jauh saat ibu menyuarakan perihal ini beberapa malam lepas.

"Elly.."Tegur Puan Zaleha di muka pintu.

Elina sedang ralit membaca novel Pelangi Untuk Ara karya penulis kegemarannya, Azura Rasiddin, sedikit tersentak. Baru nak masuk dalam dunia Ara dan Eiyad!

Novel ditutup dan ibunya semakin menghampiri.

"Ibu nak cakap sikit." Ujar Puan Zaleha berhati-hati.

"Pasal apa?" Balas Elina dalam debar.

Aku ada buat salah ke? Soal hatinya yang tidak tenteram. Gelisah semacam je.

"Ni." Puan Zaleha menunjukkan sebentuk cincin belah rotan yang awalnya digenggam dalam tangan.

"Cincin bu? Siapa punya?"

"Elly lah." Jawab Puan Zaleha sambil senyum nipis.

"Ye ke? Terima kasih bu.. Bila beli ni?" Elina membalas dengan teruja.

Seumur hidup Elina, dia cuma mempunyai seutas rantai dan gelang yang diberikan oleh ayahnya sewaktu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Puan Zaleha menelan liur yang terasa pahit. Dia menghela nafas panjang sebelum menyambung bicara.

"Ibu tak beli pun. Ada orang bagi ni."

"Ada orang bagi? Baiknya! Nak cuba boleh?" Elina masih teruja tanpa menangkap maksud yang mahu disampaikan oleh Puan Zaleha. Tangan mengambil cincin di tapak tangan Puan Zaleha.

"Memang dia bagi.. Tapi bagi bersebab.." Balasnya masih mahu berkias.

Elina kerutkan kening namun tangan dan matanya masih berminat dengan cincin yang baru beralih tangan seketika tadi.

"Sebab apa bu?" Soalnya sambil mencuba untuk menyarungkan cincin tersebut di jari manisnya.

"Sebab dia nak merisik Elly." Jawab Puan Zaleha senafas. Tidak berselindung lagi.

Serentak itu, cincin di jari Elina terlepas dan melantun ke lantai. Seiring dengan hatinya yang seolah-olah melantun keluar dari tempatnya akibat terkejut.

"Dia tu siapa?" Soal Elina sebaik dirinya kembali tenang. Cincin di lantai dia kutip.

"Aunty Maria."

"Hah?"

"Yang datang rumah kita tulah..."

"Ya lah kenal. Tapi untuk siapa?" Elina masih ingin tahu.

"Emir."

Elina telan liur. Biar betul ibu ni Aunty Maria merisik aku untuk anak dia yang handsome lagi hot tu..

"Habis tu kau terima ke?" Soalan Maya menghentikan lamunan Elina.

Elina sedikit menunduk. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Maya.

"Kalau ikut aku, memang aku tak nak terima. Dia dengan aku, macam langit dan bumi. Kau sendiri tengok kan?" Jawab Elina sambil melirikkan pandangan kepada telefon bimbitnya yang setia memaparkan gambar Emir.

"Alah kalau dah jodoh nak buat macam mana? Mana boleh tolak takdir.." Balas Maya tidak bersetuju dengan kata-kata Elina.

"Masalahnya Islam pun ajar kalau nak kahwin kena sekufu.. Aku taknak ada masalah di kemudian hari. Lagipun aku rasa aku tak layak untuk dia. Aku selekeh je kut. Dia tu dari hujung rambut sampai hujung kaki barang branded."

"Alasan kau.. Macam tak munasabah. Selekeh ke bergaya tu tak penting. Yang penting hati.. Hati kau sendiri macam mana?"

"Hati aku?" Elina kerutkan dahi.

"Ya lah kau suka dia tak? Elina Kaisara.. Susah kut nak dapat lamaran orang kaya macam tu." Soal Maya serius. Siap sebut nama penuh.

Elina termenung lama sebelum menjawab soalan Maya. "Aku tak rasa apa-apa pun weh."

Maya ketuk dahi.

"Elly.. Aku rasa lebih baik kau buat solat sunat Istikarah.. Bila kau dah hilang arah, tak tahu nak rujuk siapa, Allah jawapan dia." Saran Maya.

Elina terpempan mendegarkan kata-kata Maya. Betul juga kata dia dan Elina nekad untuk melakukan solat Istikarah dalam menyelesaikan masalahnya ini tambahan kata putus belum diberikan kepada ibu.

Continue Reading

You'll Also Like

50.5K 1.7K 35
583 73 21
Sebuah perkahwinan takan berjaya bila.... Suami yang tak setia, "Saya janji akan jaga awak sampai akhir hayat saya, Hye Jin. Saya takan sesekali pun...
1.8K 207 58
Sarcasm atau dalam erti kata lain teguran kasar. Content berunsurkan sindiran. Tak dikhususkan kepada sesiapa. Siapa rasa terkena percikan minyak pan...
34.3K 1K 59
sebuah ungkapan #14 puisi #21 puisi