Dia Ustazku. [C].

By ejaroses

1.7M 57.8K 7.3K

Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati... More

✔ Bab 1: Zara Azzalea & Muhammad Yahya Lim. ✔
✔ Bab 2: Pertemuan. ✔
✔ Bab 3: Cubaan Pertama. ✔
✔ Bab 4: Hari-Hari Terakhir. ✔
✔ Bab 5: Penyatuan Dua Jiwa. ✔
✔ Bab 6: Beginning. ✔
✔ Bab 7: Belum Sepenuhnya. ✔
✔ Bab 8: Senyuman Sementara. ✔
✔ Bab 9: Dugaan Buatnya. ✔
✔ Bab 10: Kasih Dan Cintanya. ✔
✔ Bab 11: Kekosongan Hati. ✔
✔ Bab 12: Sindiran Buatnya. ✔
✔ Bab 13: Dua Hati. ✔
✔ Bab 14: Penyesalan. ✔
✔ Bab 15: Kawan. ✔
✔ Bab 16: Secalit Bahagia. ✔
✔ Bab 17: Cemburu. ✔
✔ Bab 18: Birtdhay Ceremony. ✔
✔ Bab 19: Ego Dan Cemburu. ✔
✔ Bab 20: Perang Dingin. ✔
✔ Bab 21: Mula Sayang?. ✔
✔ Bab 22: Kelibat Orang. ✔
✔ Bab 23: Persoalan Hati. ✔
✔ Bab 24: Isi Hati. ✔
✔ Bab 25: Persoalan Hati II. ✔
✔ Bab 26: Rindu. ✔
✔ Bab 27: Rindu II. ✔
✔ Bab 28: Kekecewaan. ✔
✔ Bab 29: Dugaan. ✔
✔ Bab 30: Ibu Mertua. ✔
✔ Bab 31: Udara Pahit. ✔
✔ Bab 32: I'm Back. ✔
✔ Bab 33: Ego. ✔
✔ Bab 34: Air Mata Seorang Isteri. ✔
✔ Bab 35: Ungkapan Cinta Darinya. ✔
✔ Bab 36: Detik-Detik. ✔
✔ Bab 37: Hari Air Mata. ✔
✔ Bab 38: Tiga Hati. ✔
✔ Bab 39: Orang Ketiga (FAIQ). ✔
✔ Bab 40: Hati Yang Terpukul. ✔
✔ Bab 42: Kepercayaan. ✔
✔ Bab 43: Hati Yang Terluka. ✔
✔ Bab 44: Ujian Buatnya. ✔
✔ Bab 45: Ujian Buatnya II (Yahya). ✔
✔ Bab 46: Kasih Orangtua. ✔
✔ Bab 47: Dua Wanita Yang Dia Kasihi. ✔
✔ Bab 48: Pasrah. ✔
✔ Bab 49: Sinar Bahagia?. ✔
✔ Bab 50: "Dia Ustazku"Zara Azzalea. ✔
Coretan Hati.

✔ Bab 41: "Padamkan Rasa Cinta". ✔

31.4K 1K 210
By ejaroses

SEBULAN Telah berlalu. Zara menjalani kehidupannya sebagai isteri pertama. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di madrasah.

Meskipun begitu. Dia tetap tidak dapat mengelak dari melihat aksi-aksi manja Ainul Mardhiah bersama Yahya.

Sakit. Ya, sangat akit. Tetapi apakan dayanya. Semua kepahitan itu harus dia telan.

ZARA Keluar dari biliknya.

"Kak Zara." Tegur Ainul Mardhiah.

Dia menoleh kearah Ainul Mardhiah.

"Jom makan sekali." Pelawa Ainul Mardhiah.

Dia mengukir senyuman. Seraya melangkah menghampiri tempat makan.

Sejak sebulan ini. Boleh dikira berapa kali sahaja dia masak. Selalunya Ainul Mardhiah yang masak.

"Hmmm.... Sedapnya bau." Suara Yahya menyapa gegendang telinganya.

Zara segera berpura-pura memandang ketempat lain, seolah-olah tidak perasan akan kehadiran suaminya.

Yahya menghirup bau lauk diatas meja.

"Cubalah rasa." Tutur Ainul Mardhiah.

"Tak payahlah rasa. Abang tahu kalau Mardhiah yang masak. Mesti sedap." Tutur Yahya. Sempat dia mengerling kearah Zara untuk melihat reaksi wanita itu.

Zara yang menyedarinya. Segera berpura-pura menyusun pinggan.

"Abang..." Ainul Mardhiah bersuara manja.

Yahya sekali lagi mengerling kearah Zara sebelum memandang wajah Ainul Mardhiah.

"Ya. Ada apa?." Tanya dia.

"Mardhiah ada berita gembira." Tutur Ainul Mardhiah.

Zara buat tak dengar, sambil tangannya sibuk menuang air kedalam gelas.

"Apa dia?." Tanya Yahya.

"I'm pregnant." Tutur Ainul Mardhiah.

Senyuman dibibir Yahya mati saat mendengarnya.

Luluh hati Zara saat mendengarnya. Sendi-sendinya terasa lemah. Air matanya bergenang serta-merta.

"Abang."

Yahya bagaikan baru tersedar dari lamunannya. Dia kembali mengukir senyuman.

"Wow..." Gumamnya dan terus memeluk Ainul Mardhiah dihadapan Zara.

"Terima kasih sayang." Tuturnya.

Zara segera berlalu kedapur. Tidak kuat rasanya untuk dia melihat semua itu lagi.

SELESAI Makan. Zara segera masuk kebiliknya. Namun belum sempat dia menutup pintu biliknya. Yahya menyerbu masuk kebiliknya dan terus menutup pintu bilik.

"Ustaz." Gumamnya terkejut.

"Ustaz buat apa dekat bilik saya ni?. Keluarlah... Nanti apa pulak kata Ainul." Ujar Zara.

"Dia dah masuk nak tidur." Ujar Yahya.

Zara berpaling dari suaminya.

"Tahniah..." Tuturnya.

Yahya memusingkan tubuh Zara menghadapnya. Kedua bahu isterinya dipegang kemas. Matanya merenung tajam kedalam mata berkaca isterinya itu.

"Dia mangsa kekecewaan saya pada awak Zara. Awak tak rasa bersalah ke?." Tanya Yahya.

Zara memalingkan pandangannya dari Yahya.

"Mangsa?. Selama sebulan ni saya tak nampak dia macam mangsa pun... Tapi apa yang sama nampak Ustaz dan dia saling mencintai." Tutur Zara.

"Zara.. Walaupun saya tak percayakan awak. Tapi saya masih cintakan awak." Ujar Yahya menekankan ayat 'Cinta' yang diucapnya.

Zara tertawa kecil. Air matanya mulai keluar membasahi pipinya. Dia memandang wajah suaminya.

"Cinta?. Saya tak perlukan cinta ustaz." Ujarnya.

Yahya tergamam mendengarnya.

"Saya tak perlukan cinta tanpa kepercayaan." Tambah Zara lagi.

Yahya melepaskan bahu Zara dan berpaling dari isterinya itu.

"Kalau macam tu buat apa awak nak pertahankan lagi hubungan ni? Saya tak percayakan awakkan dan awak kata yang awak tak perlu cinta tanpa kepercayaan. Kenapa nak teruskan lagi?. Kenapa nak seksa diri awak sendiri?." Tanya Yahya bertalu-talu.

Air mata Zara mengalir laju, mendengar kata-kata suaminya.

"Sebab saya terlalu cintakan Ustaz dan Ustaz adalah manusia yang sempurna yang pernah hadir dalam keluarga saya. Ustaz sempurna dimata saya dan keluarga saya. Ya, mungkin ustaz dah tak tahan tengok muka saya yang ustaz anggap penipu ni. Saya tengah usaha ustaz... Saya tengah berusaha untuk padamkan cinta saya pada Ustaz. Lepastu saya akan cerita semuanya pada keluarga saya dan saya akan pergi dari hidup Ustaz dengan Ainul." Tutur Zara.

Yahya tidak dapat menahan rasa sakit hatinya apabila Zara mengatakan sedang berusaha untuk memadam rasa cinta kepadanya. Dia segera melangkah pergi.

Sebaik pintu bilik ditutup. Zara terduduk diatas katilnya. Air matanya terus mengalir membasahi pipinya.

Saya tahu yang saya tak akan mampu untuk padam rasa cinta saya pada Ustaz. Benaknya.

_
YAHYA Menaikkan kedua tangannya berdoa selesai solat Tahajjud.

"Ya, Allah. Aku mencintainya dan aku tidak sanggup untuk melepaskannya, meskipun dia telah banyak menyakitkan hatiku... Ya, Allah. Jika ini jalan yang terbaik buat aku dan dia. Kau padamkanlah rasa cintaku padanya dan kau berikanlah aku ketabahan untuk melewati semua ini Ya, Allah."

Air mata Yahya tumpah membasahi pipinya.

_
YAHYA Tertawa mendengar lawak jenaka yang diceritakan Fikri.

Namun, senyuman dibibirnya perlahan menghilang.

Fikri yang perasan akan perubahan air muka sahabatnya itu sengaja menghela nafas dengan kuat.

Yahya menoleh kearah Fikri.

"Kau ni kenapa?." Tanya Yahya.

Fikri memandang wajah temannya itu.

"Kau tu yang kenapa." Balas Fikri.

Yahya tersenyum. Dia berpaling dari Fikri. Giliran dia pula menghela nafasnya dengan kuat.

"Kau tu bakal nak jadi bapak orang. Tak payahlah nak stress, fikir macam-macam. Bagilah diri kau tu peluang untuk bahagia." Ujar Fikri.

Yahya melepaskan keluhan kecil.

"Semalam kenalan isteri aku call." Tutur Yahya.

Fikri mengerutkan dahinya.

"Kenalan isteri kau? Zara ke Ainul?." Fikri balik bertanya.

Yahya memandang tajam wajah sahabatnya itu.

"Kau ni... Zara lah.." Ujarnya sakit hati dengan sikap Fikri yang berpura-pura tidak tahu.

"Tak adalah. Kau kan ada dua isteri. Itu yang aku tanya. Takut salah faham " Balas Fikri.

Yahya menjeling Fikri. Dia tahu Fikri sedang memerlinya.

"Ainul tu jadi isteri aku atas sebab  jasa dia dan jasa keluarga dia je." Ujar Yahya.

Fikri tersenyum.

"Kenalan isteri kau tu. Call kau untuk apa?." Tanya Fikri menukar topik.

Yahya menoleh kearah Fikri.

Flashback.

Dia menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya itu.

"Ustaz Yahya bercakap?."...

"Ya, saya. Siapa ni?." Soalnya.

"Saya Eryn. Orang yang cabar Zara untuk goda Ustaz."

Dia tertawa sinis.

"Mana awak dapat nombor saya ni? Zara bagi?."

"Nope. Saya dapat nombor Ustaz ni dari adik Ustaz. Sebulan dia cuba call ustaz, tapi ustaz tak jawab."

Dia terdiam seketika.

"Awak nak apa ni sebenarnya?."Tanya dia.

"Kita perlu berbincang. Jumpa saya malam ni dekat warung Pak Karim. Saya ada dekat area rumah Ustaz. Jangan risau, kita tak berdua. Saya dengan dua orang kawan saya."

"Berbincang apa ni? Saya tak ada masa nak layan awaklah." Ujarnya kasar.

"Itupun kalau Ustaz betul-betul nak kenal siapa Zara tu."

Belum sempat dia menjawabnya. Panggilan sudah dimatikan.

End Flashback.

Berkerut dahi Fikri mendengar cerita Yahya.

"Habis kau nak jumpa dia ke malam ni?." Tanya Fikri.

Yahya menganggukkan kepalanya.

"Aku kena jumpa dia. Tapi kau kena teman aku." Tutur Yahya.

"Ehh... Tak naklah aku." Pantas Fikri menolak pelawaan Yahya.

"Tolonglah Fikri. Aku kena jumpa dia untuk tahu apa yang dia cuba nak bagitahu." Tutur Yahya.

Fikri melepaskan keluhan berat.

"Kau ni macam-macamlah. Tengoklah macam mana. Kalau jadi aku bagitahu kau nanti." Tutur Fikri.

Yahya mengukir senyuman lebar. Meskipun Fikri belum lagi memutuskan, tetapi dia yakin. Fikri pasti akan menemaninya.

_
AINUL Mardhiah melabuhkan punggungnya diatas katil.

Flashback.

Dia keluar dari sebuah klinik swasta bersama Umar adik lelakinya untuk memebeli ubat batuk adiknya itu.

Namun langkahnya terhenti apabila melihat Amir yang berada dekat dengan kereta bapanya yang dia pinjam.

"Excuse me." Dia bersuara tanpa memandang wajah Amir.

"Sombongnya." Ujar Amir.

"Saya minta maaf sangat, saya nak cepat ni. Tolong tepi." Tuturnya

Amir tersenyum lebar. Seraya meletakkan sampul surat berwarna coklat diatas bumbung kereta bapanya.

"Apa benda lagi ni?." Soalnya kasar.

"Ainul. Saya memang bukan lelaki yang baik untuk awak. Tapi saya tak sekejam dia nak merahsiakan perkara penting macam ni dari awak." Tutur Amir.

"Maaf Amir. Saya dah masak dengan lakonan awak." Tuturnya tanpa memandang wajah Amir

"Ke awak nak Zara yang tengok dulu."

Berkerut dahinya apabila mendengar nama Zara.

Dia memandang adiknya. Lalu tangannya menekan butang pada alat kawalan jauh kereta bapanya.

"Umar masuk kereta." Ujarnya kepada Umar.

Umar hanya menuruti perintahnya.

Dia mengambil sampul surat tersebut dan mengeluarkan isinya.

"Itu ada beberapa gambar lama dan juga info perempuan yang pernah tidur dengan dia. Ada dari mereka yang pernah mengandung anak dia dan kemudian digugurkan." Tutur Amir menjelaskan.

Bagai mahu tercabut jantungnya apabila melihat gambar-gambar lama suaminya itu.

"Kalau awak tak percaya. Dekat situ ada juga nombor telefon doktor pribadi dia. Pergilah tanya sendiri, sebab semua perempuan dia, menggunakan khidmat Doktor tu." Tambah Amir lagi.

"Tapi kenapa dia tak pernah cerita semua ni pada saya?." Tanya dia.

"Tapi itu semua kisah silam dia. Mungkin dia dah betul-betul insaf sekarang. Mana kita tahu." Tutur Amir.

Air matanya mula mengalir membasahi pipinya. Sampul surat tersebut dimasukkan kedalam begnya.

"Saya pinjam dulu benda ni. Tolong jangan bagitahu Zara lagi." Tuturnya.

"Sure. Saya ada copy." Jawab Amir.

"Terima kasih sebab bagitahu saya." Tutur Ainul Mardhiah.

Amir mengukir senyuman.

"Sama-sama." Balas Amir.

"Dah habiskan? Tolong tepi. Saya nak balik." Ujarnya.

Amir menapak kebelakang memberi laluan kepadanya.

Tanpa membuang masa. Dia segera masuk kedalam perut keretanya.

End Flashback.

"Aku kena minta penjelasan dia." Gumamnya.

TBC.

Sis Eja:

* Thanks kepada yang sudi menunggu, baca, vote dan komen. I really appreciate it. Lots of love 😘😘😘

* Please support my first 'Teen Fiction' 🙏🙏🙏 And please do vote and comment for 'The Second Romance By Eja Edyna' (Check My Profile).

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

612K 24.2K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
248K 15.9K 56
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari melua...
667K 24.6K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
23.5K 954 58
[BOOK 1] beautiful cover from @gadishazel 🦋 Mengisahkan tentang Nur Riana Afina yang menyimpan perasaan terhadap Tengku Muhammad Farhan Najmi sejak...