Maryam Haura (Ebook)

By misssaira

697K 5.6K 198

MARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang sero... More

Maryam Haura 1
Maryam Haura 2
Maryam Haura 3
Maryam Haura 5
Maryam Haura 6
Maryam Haura 7
Maryam Haura 8
Maryam Haura 9
Maryam Haura 10
Maryam Haura 11
Maryam Haura 12
Maryam Haura 29

Maryam Haura 4

10.6K 455 6
By misssaira

Terbongkok-bongkok tubuh Maryam mencari kemana kasutnya diletakkan. Tadi dia pasti sangat keadaan kasutnya masih elok tersadai dihujung sudut tiang yang bersebelahan tangga tiga tapak tingginya dari ruangan surau. Tapi sekarang kelibat kasut lusuhnya sudah tidak kelihatan.

Ada sesiapa yang mahu mengenakannya atau sengaja mahu mencari pasal dengannya?

Puas mencari sekeliling surau. Maryam duduk disatu anak tangga. Jam pada dinding surau dikerling. Waktu rehat sudah mahu habis. Kasutnya pula masih belum ketemu.

Diraup mukanya berkali-kali. Tudung yang selebeh tidak dibetulkan. Tak apa, Maryam memang perempuan selekah. Penampilan tidak penting baginya.

Bila terpandang selipar jepun yang disediakan dalam surau Maryam mengambil keputusan untuk menyarung selipar tersebut. Muat-muat saja kakinya dengan selipar yang tersarung.

Kasut hilang bermakna duitnya perlu dibelanjakan untuk membeli kasut baru. Tapi, bila hanya memikirkan mereka bersekolah untuk tempoh sebulan saja lagi rasa sayang pula untuk membeli kasut baru. Rugi!

Masuk kedalam kelas 6 KEKWA mata semua pelajar Tertumpu pada Maryam. Senyap sunyi kelas tersebut menerima kehadiran Maryam.

Terus menyerbu rasa seram sejuk dihati si gadis. Diabaikan saja perasaan tersebut. Kerusi dan mejanya dicari. Jumpa, tapi ada sesuatu diatas meja tersebut.

YA ALLAH! itu kasutnya..

Laju kaki Maryam diatur ketempat duduknya. Kedua-dua belah kasutnya dipegang. Rupanya sudah tidak seperti kasut. Koyak rabak!

Dulu, kasutnya memang sudah koyak. Tapi tidak seteruk sekarang. Masih boleh dipakai.

"Si.. Siapa yang.. Bu.. Buat?? "Terketar-ketar bibir Maryam mahu mengeluarkan butir bicara. Melawan bersama tangisan yang ditahan.

Sedaya upaya Maryam bersikap berani. Merenung satu-persatu anak mata pelajar yang turut memandangnya penuh jijik. Semua mata, sama saja bila melihat keadaan dirinya sekarang. Miskin! Perempuan MISKIN!!

"Aku tanya siapa yang buat macam ni??! "Jerkah Maryam keras.

Semua senyap. Seorangpun tidak bersuara.

Bunyi seretan kerusi dari meja belakang memantulkan mata Maryam kesana. Jelas diruangan bola korneanya susuk tubuh Zayyad yang berpeluk tubuh bersama sengihan mengejek.

"Aku.. "Pengakuan tersebut langsung tidak mengejutkan Maryam. Zayyad seperti bangga dengan perlakuannya.

"Kau benci sangat dengan aku ke Tengku Zayyad?! Cuba kau bagitahu aku apa yang aku dah buat sampaikan kau berdendam dengan aku macam ni sekali? Aku ada sakitkan hati kau ke?! Aku ada musnahkan hidup kau? Takkan lah sebab aku ni miskin harta kau nak aniaya aku macam aku ni buat salah besar dekat kau!"Sungguh! Maryam rasa benci pada Zayyad. Teramat benci!

Rahang Zayyad bergerak.

"Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku benci kau Maryam Haura!! "Zayyad berlalu pergi usai saja menuturkan sebaris ayat itu.

Maryam sengih sinis. Tekadnya ini adalah kali terakhir dia berada disini. Peperiksaan STPM memang akan diambil. Tapi dia tidak mahu belajar disini.Biar saja dia hadiri peperiksaan.

"BERAMBUSLAH, bukan dulu kau cakap nak berambus ke? Bapak kau pun dah mati! Sekolah kau pun dah habis. Kau pergilah cari kerja dekat bandar tu sesuai dengan kelulusan kau! Tapi jangan cari kerja jadi Bohsia sudah!! "Herdik Mak Lijah bersama hempasan beg lusuh milik Maryam atas tanah. Terpelanting beg tersebut kerana tercampak Agak kuat.

Maryam diam. Dicapai beg yang bersalut tanah merah. Baru sehari Pak Rahmat meninggal dunia. Sedih pun belum hilang, Maryam sudah dihalau seperti anjing kurap.

"Tidurlah kau merempat kat mana-mana pun aku tak ambil peduli. Yang penting kau hilang dari hidup aku! "

Maryam diam lagi. Bila terdengar pintu rumah ditutup sehingga bergegar palang tangga barulah Maryam berjalan keluar dari halaman rumah. Dikerling rumah yang sudah hampir 20 tahun dihuni. Kemana hala tujunya selepas ini.

Merempat seperti yang dikatakan Mak Lijah atau masih ada orang yang baik sudi menumpangkannya tidur walaupun semalam dua.

Kawan? Maryam senyum nipis.
Seumur hidup satu kawan pun Maryam tidak ada. Dunianya hanya sendiri. Kalau adapun tidaklah serapat mana. Sekadar diajak bersembang.

Tiba distesen bas Maryam termenung sendiri. Duit yang berada dalam kocek seluar diseluk. Rm100.sikit sangat untuk dia menampung hidup dibandar. Nak bayar sewa rumah pun tidak cukup.

Sebuah keluhan dilepaskan.

Tidak semena- mena setitik demi setitik air matanya mengalir. Maryam hanya biarkan titisan itu berlabuh dipipinya tanpa disapu.

Teruknya hidup Maryam!

"Kakak kenapa? "Ada suara kecil yang menegur.

Maryam tersentak. Sejurus itu juga airmata dipipi pantas dikesat dengan hujung lengan baju kurung lusuh yang dipakainya. Pakaian yang dari semalam tidak ditukar.

Senyuman tipis cuba diukir kepada si pemilik suara yang menegur.

"Adik tunggu siapa? "Maryam tundukkan wajah sedikit. Setara dengan si kecil yang sedang duduk disebelahnya.

Budak comel itu terkebil-kebil memandang Maryam.

"Fifi tunggu abang.Bonda pesan suruh Fifi jangan merayau pergi mana-mana. Nanti abang tak jumpa Fifi dekat sini.. "Petah kanak-kanak kecil itu bercakap.

"Kakak kenapa menangis? Kakak ada sakit dekat mana-mana ke? "Sambung kanak-kanak yang gelarkan dirinya sebagai Fifi.

"Kakak tak sakit. Kakak cuma sedih. "Ujar Maryam tanpa berselindung. Alah, apa sangat budak kecil seperti Fifi tahu kalau dia bersedih sekalipun.

"Kenapa kakak nangis kalau tak sakit? "Sekali lagi mulut kecil itu berbunyi. Bertanya soalan yang membuatkan Maryam ukir senyum.

"Nangis tak semestinya sakit sayang.Kakak sedih sikit je. "

Fifi angguk kepala. Tak ada lagi bunyi yang terbit Dari bibir comel itu. Agaknya soalan yang bersarang sudah terjawab oleh Maryam.

"Kakak cantik.jangan sedih lagi, nanti buruk. "Sebaris ayat yang keluar menerbitkan sengihan pada ulas bibir pucat Maryam.

"Lamanya abang Fifi datang. Selalu ke macam ni? "Maryam ubah topik. Selesa pula berbual dengan budak kecil disebelahnya.

Fifi dongak pandang Maryam. Sejurus kemudian kepalanya digelengkan.

"Abang jarang ambil Fifi dekat sekolah sebab abang belajar Jauh. Selalunya Fifi balik dengan Pak cik Dahlan. "Cerita gadis kecil itu.

"Pak cik Dahlan? "Dahi berkerut.

Fifi angguk. "Pak cik Dahlan pemandu bonda dengan nek tuk. Pak cik Dahlan baik tau kakak. "

"Ohhh.. "Hanya itu jawapan Maryam. Anak orang kaya rupanya.

"Kakak nak pergi mana bawa beg besar tu? Kakak lari dari rumah ke? "Fifi menyoal seraya mata tunak kearah beg baju Maryam yang elok terletak dibawah kakinya.

Maryam terkedu. Bijak pula budak ni buat andaian. Mati akal pula mahu menjawab soalan petah kanak-kanak berusia dalan lingkungan 8 tahun itu.

"Err.. Kakak pindah rumah. "

Sekali lagi kepala Fifi mengangguk. Percaya mungkin dengan balasan palsu yang dilemparkan Maryam kepadanya.
Bunyi hon kereta yang tiba-tiba membuatkan Maryam beralih pandangan. Statik mata merenung tepat pada kereta yang diparking berhadapan dengan mereka.

"Itu abang Fifi.. "Jerit Fifi keriangan. Teruja betul bila nampak kereta Si abang. Orangnya tidak pula memunculkan diri.

"Kakak nak tumpang Fifi?Boleh Fifi suruh abang hantarkan kakak? "Pelawa Fifi.

"Kakak naik bas je. Fifi baliklah. Nanti abang Fifi marah. "

"Fifi!! "Jeritan daripada si pemilik kereta kedengaran keras. Mesti bengang bila terpaksa menunggu Fifi.

"Pergilah, abang dah panggil tu.. "Maryam jeling sekilas cermin gelap yang terbuka sedikit.  Cuba mengintai wajah disebalik suara keras itu.

Fifi sudah mencebik.

"Biar Fifi suruh abang hantarkan kakak ye?? Jom.. "

Lengan Maryam disambar Fifi. Diheret tubuh Maryam supaya mengikutinya kekereta. Buka saja pintu kereta tangan kecil Fifi menolak tubuh Maryam kedalam. Terdorong sedikit Maryam kedepan.

"Fifi!!!! "Keras tengkingan itu menampar cuping telinga Maryam.

"Fifi kesian dekat kakak ni. fifi cuma nak tolong. "Ujar Fifi bersama airmuka yang keruh.

Maryam serba salah.

"Kau gunakan adik aku ke apa?! "

Maryam angkat muka bila jerkahan itu ditujukan untuknya. Tengok saja wajah disebelahnya, terus tubuh Maryam kejung tak bergerak. Dapat dilihat kedua-dua belah rahang lelaki itu bergerak-gerak.

Continue Reading

You'll Also Like

661K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
381K 16.9K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
25.7K 233 6
𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 1 BLURB ISTERI 100HARI Siapa sangka di sebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa? Dan siapa pu...
108K 10.1K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...