Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡

By Choco_Lyn

1.6M 52.1K 1.5K

[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya... More

Prolog:-
Bab 1:-
Bab 2:-
Bab 3:-
Bab 4:-
Bab 5
Bab 6
Bab 7:-
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12:
Bab 13
Bab 14:-
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Epilog

Bab 57

48.4K 980 18
By Choco_Lyn

Dayana memasuki bilik Karl. Dia bawakan jambangan bunga ros merah sebagai buah tangan untuk Karl. Masuk sahaja ke dalam bilik, Dayana melihat Karl di atas kerusi roda sambil menikmati petang yang sedikit hening itu. Cuaca yang baik untuk beriada bersama keluarga.

"Dah makan?"soal Dayana sambil meletakkan jambangan bunga ros tersebut di atas katil Karl.

Karl memusingkan kepala memandang Dayana. Sebingkis senyuman selamat datang dihadiahkannya pada Dayana. Setelah itu, dia kembali menikmati suasana petang itu.

Dayana berpeluk tubuh lalu menggelengkan kepala. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati Karl.

"Bila masa pula hobi kau termenung pandang tingkap ni? Sejak sedar ni, berubah terus selera kau kan?"sampuk Dayana langsung tak berlapik.

Karl tersengih. "Hal aku bukannya hal kau."

"Apa-apalah Karl. Itu, aku ada bawakan bunga ros untuk kau. Aku taktau nak bagi apa jadi itu saja yang aku mampu fikirkan."ujar Dayana sambil memuncung ke arah jambangan bunga rosnya yang terletak di atas katil.

"Terima kasihlah. Ada juga ingat aku."balas Karl cuba menyakat.

Dayana menyengih. Gila tak ingat kau. Budak playboy yang punyalah susah nak setia dengan perempuan tapi sekarang kau dah buktikan yang kau mampu setia pada seorang wanita dan aku tabik pada lelaki macam kau. Mahu saja dia hamburkan ayat tu namun Dayana tak mahu. Biarlah dia pendamkan saja.

"Aku dengar cerita, kau dah cerai dengan Fakhrul? Betul ke?"soal Karl langsung tak bertapis.

Dayana mengeluh perlahan. Tak semena-mena dia berpeluk tubuh. Satu senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

"Betul itu. Dia yang ceraikan aku dan aku dah terima segalanya dengan hati yang terbuka. Mungkin jodoh aku dan dia memang tak panjang agaknya." ujar Dayana dengan tenang.

Karl sekadar mengangguk. "Kau cerai dengan dia sebab dia tak dapat terima yang kau bawa mak dia ke balai kan? Huh, aku tak sangka kau boleh berani sampai macam itu sekali." tambah Karl lagi.

Dayana menyengih panjang. "Dari mana kau tau semua ni?"

"Haril beritahu aku."balas Karl pendek.

Kurang asam punya Haril. Semua benda dia nak cerita. Memang patutlah dia digelar si gossip boy. Semua benda nak jadi viral. Aih!

"Baguslah kau dah tau. Tak adalah susah-susah aku nak cerita benda yang sama."ujar Dayana.

"Sebenarnya, aku dah tahu rancangan auntie Yati tu dari awal. Haril pun sempat beritahu aku. Cuma, aku diamkan saja. Kematian uncle Ridhwan dan auntie Qaisara itu pun berpunca daripada dia."ujar Karl.

Dayana berkerut dahi. "Macam mana kau tahu?"

"Sebelum aku jumpa Aira tu, aku ada dengar perbualan auntie Yati dengan konco dia. Bila aku dengar dia nak rancang something, aku dah mula tak sedap hati."jelas Karl.

Dayana sekadar menganggukkan kepala. "Sekarang, korang berdua dah selamat. Auntie Yati pun sekarang dalam penjara." balas Dayana.

Karl mengeluh perlahan. Dia mendiamkan diri lama. Tak semena-mena Karl mengalihkan perhatiannya pada bunga melur yang sudah banyak dalam pasu bunga di sebelah katilnya. Akhirnya dia melirik senyum.

Dayana yang turut sama melihat Karl terus memandang bunga melur itu. Dia faham apa yang dirasakan Karl.

"Bunga itu Aira kumpul sejak mula-mula kau masuk hospital. Dia nak kira berapa lama kau tak disamping dia. Sekarang, dah 6 bulan berlalu dan kau sedar. Syukurlah."ucap Dayana meraup wajahnya.

Karl menarik nafas dalam.
"Aku tak kisah pun kalau aku kehilangan kaki tangan atau pun mata asalkan aku bukannya kehilangan Aira. Dia aku dah anggap seperti nyawa aku yang pertama. Tanpa dia, aku rasa hidup aku langsung tak ada maknanya."ujar Karl dalam nada mendatar.

Dayana mengeluh.
"Aira perempuan yang baik. Dia juga memang membawa makna dalam hidup aku. Aku rasa apa yang kau rasa. Kau jagalah dia baik-baik."ujar Dayana pula mengenangkan Aira.

Karl tersenyum. "Aku akan jaga dia seperti aku jaga diri aku sendiri. Kau jangan risau."balas Karl.

Mereka berdua saling berpandangan lalu sama-sama ketawa. Makin banyak pula story yang fefeeling petang-petang ni.
....
Dua bulan kemudian..

"Lokman!!!"seruku.

"Apa dia, ma?"soal Lokman berlari dari belakang rumah.

"Lokman nampak papa tak?"soalku sambil membelai perutku.

Lokman mengangguk. Tak semena-mena dia memimpin tanganku lalu dibawanya aku berjumpa dengan si Karl.

Tiba sahaja di belakang rumah, aku lihat Karl sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil membaca buku. Aku sekadar menggelengkan kepala. Aih, bila masa pula dia rajin baca buku ni?

"Bila masa pula abang rajin baca buku ni?"soalku lalu terus merampas buku tersebut dari tangannya. Nakal juga aku ni kan?

Karl menaeik sengih. "Sejak bila dah pandai sakat abang ni? Nak kena jentik ke?"ugutnya pura-pura marah.

"Sejak jadi isteri Karl Hazriq lah."ujarku lalu memeluk lehernya erat.

Karl memegang tanganku lalu mengusap lenganku perlahan.

"Abang nak dengar baby."pintanya sambil berbisik ke telingaku.

Aku dengan senang hatinya berdiri di hadapannya. Karl membelai perutku dengan penuh kasih sayang.

"Anak papa.. tidur ke?"soalnya.

Aku tak rasakan apa-apa gerakan pun. Haih, sorrylah abang sayang.. anak kita tengah tidurlah itu. Tak apa, malam nanti mulalah dia memanggil nak bermain itu.

"Alah, dia tidur."Karl buat muka bebek angsanya. Aku tersenyum

"Kalau macam itu, abang main dengan sayanglah."ujar Karl.

Aku terus ketawa bila mendengar usikan Karl. "Abang nak main apa?"

"Main-main cinta."

Kali ini ketawa ku meletus. Haish, tak sah sehari kalau tak disakatnya. Hahah.. seronok betullah bila dengar Karl menyakat jiwang dengan aku ni. Aih!!! Aku mesti tak ada point nak bercia-cia dengan dia.

"I love you."ucapnya memegang tanganku erat.

Aku tersenyum. Bibirnya aku kucup lembut lalu aku menggenggam tangannya. "I love you, more."balasku ikhlas.

Sudah lapan bulan usia kandunganku. Sarat sudah terasa tubuh ni. Ya Allah, hampir setiap hari, aku sakit pinggang. Sakitnya bukan kepalang. Nasib baiklah ada mama yang tolong urutkan. Ahahahah!!!

Semenjak Karl keluar dari hospital, kami berdua kembali tinggal di rumah agam Tan Sri Mukim. Eh, bukan berdua tapi bertiga. Terlupa pula fasal si Lokman ni hah. Aku ambil dia sebagai anakku. Dan, dono what? Karl setuju siap suruh Lokman panggil dia papa. Hmm... aku suka betul suasana ramai macam ni.

Beralih pula pada Dayana, aku kan kawan baik dia so takkannya terlepas story dia. Sekarang Dayana sambung belajar phD ke Istanbul. Katanya empat lima tahun jugalah dia menetap kat sana. Nampak gayanya, anak saudara aku nanti mesti fasih cakap istanbul. Ahahahah.. tapi, dari sudut lainnya, aku faham.. Dayana cuba untuk lupakan masa silamnya dengan Fakhrul. Mungkin susah untuk Dayana lupakan Fakhrul sebab mereka sudah bersama hampir lebih lima tahun.

Fakhrul pula lain ceritanya. Dia juga keluar dari rumah Tan Sri Mukim dan pergi ke luar negara. Aku tak pasti kat mana dan sesiapa pun tak tahu di mana. Yang pasti, tempatnya jauh. Sudah dua bulan juga dia menghilang.

Harta yang aku dapat itu, aku berikan pada Tan Sri Imran dan Tan Sri Afran. Semua syarikat dan juga sekolah aku berikan tanggungjawab pada Tan Sri Afran. Aku tahu bapa saudara aku itu memang cekap mengurus segalanya jadi lebih baik aku jangan kacau daun.

Si Airin pula dah mula sukakan si Haril. Sekarang, Haril pula yang jual mahal. Hahaha.. nampaknya melepaslah Airin kalau si pihak lelaki pula yang jual mahal. Nak tahu cerita fasal si Linda dan Danny tak? Hmm.. Diorang baru saja kahwin bulan lepas. Erm.. dah kahwin dah diorang. Nampaknya, kalau jodoh memang tak ke mana. Hahaha.

Dan, story aku adalah happy ending. Dipisahlan benci dan marah menjadi jurang namun kalau namanya dan namaku termaktub dalam Luh Mahfuz.. aku terimanya. Walaupun dia bukan pilihan ku dari awal, dan aku juga bukan pilihannya namun sekarang dia sudah menjadi pilihan dalam hatiku. Encik Karl, I love you.
....

Continue Reading

You'll Also Like

100K 4.3K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
226K 5K 41
Sangkaannya selama ini tak seindah namanya.Ain Sharmiela,sanggup buat apa sahaja demi suaminya.Namun,sangkaannya serong apabila suatu kejadian tidak...
769K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
568K 23.6K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...