Maryam Haura (Ebook)

By misssaira

697K 5.6K 198

MARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang sero... More

Maryam Haura 2
Maryam Haura 3
Maryam Haura 4
Maryam Haura 5
Maryam Haura 6
Maryam Haura 7
Maryam Haura 8
Maryam Haura 9
Maryam Haura 10
Maryam Haura 11
Maryam Haura 12
Maryam Haura 29

Maryam Haura 1

30.2K 614 14
By misssaira

Hidung yang berhingus disedut kedalam. Maryam Haura mengeluh berkali-kali. Entah keluhan yang keberapa belas kali untuk hari ini. Keluhan berat yang hanya Maryam sahaja yang tahu.

Tuhan tak suka orang mengeluh, itu sama saja dengan manusia yang tidak reti nikmat bersyukur. Tapi Maryam lelah. Dirasakan hanya dengan mengeluh saja beban yang terpikul dalam diri hilang bagai angin lalu.

Maryam bangkit berdiri. Sisa-sisa daun yang terlekat pada belakang seluar track yang dipakainya disapu kasar. Sempat hujung mata mengerling keluasan padang bola yang penuh sesak dengan khemah-khemah melatari kiri dan kanan.

Mulut Maryam yang pucat tercebik sedikit. Memerhati manusia-manusia yang bergelak ketawa dipadang bola tersebut buat hati Maryam meluat.

Beg sandang lusuh yang berada diatas rumput dicapai. Terus disauk beg tersebut kebelakang tubuhnya. Lebih baik pulang daripada terus duduk disitu. Sekurang-kurangnya kerja dirumah lebih banyak daripada disini.

"Awak tak join mereka haura??"teguran daripada guru wanita yang kebetulan lalu disitu menyentakkan Maryam.

Cikgu Auliah mampir mendekat kearah Maryam. Berkerut dahinya memandang wajah si anak murid yang nampak terasing dari pelajar yang lain. Bercakap pun amat jarang. Boleh dikir berapa patah perkataan sangat yang keluar dari bibir pucat itu.

Maryam geleng kepala. Ditundukkan saja muka bila melintasi badan Cikgu Auliah. Bibir bagaikan terkunci mahu bersuara.

Tapi lain pula bila lengan Maryam ditarik perlahan.

"Awak ada masalah ke? Cikgu boleh dengar kalau awak nak kongsikan apa-apa. "Cikgu Auliah menghalang langkah Maryam. Wajah pelajarnya ditenung tanpa mahu menoleh. Bimbangnya lain macam pula bila melihat raut Maryam yang pucat tak berdarah.
Maryam geleng kepala lagi. Bibir diketap seraya menarik kembali lengannya yang dipegang Cikgu Auliah.

"Awak sakit? Kenapa muka awak pucat sangat.."ada nada bimbang dari tutur kata Cikgu Auliah.

"Saya nak balik. "Maryam bersuara akhirnya. Tidak tahan mahu bersoal jawab dengan gurunya ini. Sebelum ini tak ada pula Cikgu Auliah berperangai sebegini.

Bila berjumpa sepatah soalan pun Tak akan ditanya walau pucat macam mana pun keadaan Maryam.

Cikgu Auliah berubah riak. Terus dianggukkan kepalanya menyedari sikap diluar kawalannya. Nampak sangat perangai ambil beratnya menrimaskan Maryam.

Tak apalah. Esok masih ada lagi. Mungkin hari ini Maryam berat mahu membuka mulut memberitahu ceritanya.

"Waktu sekolah belum habis lagi kan? "Dikerling jam pada tangan. Masih awal lagi untuk balik. Bas sekolah pun pastinya belum ada.

Maryam diam. Menunduk saja wajahnya kebawah. Memandang kasut yang sudah terkoyak dikakinya. Warnanya juga sudah pudar. Tiada lagi warna putih seperti kasut pelajar-pelajar lain.

Maryam malu?

Jawapannya tak! Maryam tak pernah malu dengan keadaan hidupnya. Apa yang pasti, dia bersyukur! Bersyukur masih dapat bersekolah walaupun banyak rintangan yang perlu dia lalui.

"Awak Kelab yang mana satu? Jom, cikgu temankan pergi sana. "Cikgu Auliah cuba pancing minat Maryam. Sudah semakin ramai pelajar yang mengerumuni khemah. Maklum sajalah, tahun ini semua kelab perlu mengambil bahagian untuk menyasarkan jualan masing-masing.

"Saya tak ada kelab! "Walaupun bernada perlahan tapi kedengaran Agak keras ditelinga Cikgu Auliah.

"Tak mungkinlah. Semua pelajar kan ada kelab masing-masing. Kenapa nama awak boleh tercicir pula. "Dahi Cikgu Auliah berlapis. Ada ketawa menghiasi bibir guru muda itu. Tidak percaya mungkin dengan omongan Maryam.

Tapi bila melihat Maryam, ketawa Cikgu Auliah tiba-tiba mati. Mustahil pula Maryam berbohong. Rasa tidak logik pula jika Maryam yang pediam mahu berlawak dengannya.

"Tak apalah, awak ikut saja cikgu. Biar cikgu masukkan awak dekat mana-mana kelab. Awak suka kelab apa? "

"Saya nak balik.. "Ayat yang sama dituturkan buat kali kedua. Maryam taknak masuk kelab, dia cuma mahu balik! Mahu jauh daripada orang ramai.

Kedengaran keluhan dari Cikgu Auliah. Geram mungkin dengan sikap keras kepala Maryam.

"Sekolah belum habis, awak nak balik macam mana? Nanti cikgu disiplin marah.. "Cikgu Auliah masih cuba berlembut.

Maryam Diam lagi.kalau Cikgu Auliah tidak menegurnya tadi pasti sekarang tubuhnya sudah selamat sampai kerumah.

"Cikgu.. "Laungan daripada seorang murid dihujung pokok bersebelahan padang bola dijeling sekilas. Pastinya murid yang diberi nama Raysha itu memanggil Cikgu Auliah melihat daripada gayanya yang tersengih kearah mereka.

Dengan tak semena-mena Maryam rasa lega. Lega dapat lepas dari Cikgu Auliah.

"Madam Asmah panggil cikgu! "Lagi jeritan dari hujung sana. Nasib saja suara Raysha serupa mikrofon. Sekali jerit saja sudah jelas ayatnya.

"Cikgu pergi dulu.. Tapi ingat, jangan balik sebelum habis waktu sekolah. "Pesan Cikgu Auliah sebelum pergi.

Maryam tak peduli. Berapa banyak pesan yang Cikgu Auliah kata sekalipun bila hatinya mahu pulang sekarang, maknanya memang dia mahu pulang.

Laju saja kaki menonong berjalan keluar dari kawasan sekolah. Ada atau tak ada bas sekolah sama sahaja bagi Maryam. Kakinya tetap kena berjalan dari sekolah kerumah. Hujan atau panas, bas sekolah tak akan berhenti mengambilnya.

"Maryam.. "Raysha yang tadinya hilang bersama-sama Cikgu Auliah kembali semula. Tercungap-cungap gadis separa gempal itu bila terpaksa berlari mendapatkannya. Nafas pula sudah tidak teratur. Diurut berkali-kali dadanya menghilangkan rasa semput.

Maryam statik berdiri. Merenung saja wajah Raysha yang termengah-mengah.

"Cikgu Auliah panggil kau.Dia suruh aku bawa kau pergi sana. "Muncung Raysha panjang menghala arah padang bola sekolah. Nafas pun sudah kembali normal.

Maryam lepaskan rengusan kasar."kenapa? "

Raysha jungkit bahu. Terdetik juga dalam hatinya rasa keliru bila Cikgu Auliah mengarahkannya menyusul Maryam.

"Mungkin ada hal penting. Kau pergilah, nanti Cikgu Auliah marah aku kalau tak bawa kau sekali. "Ujar Raysha.

Nak tak nak Maryam ikut juga arah kaki Raysha.

"Sana. Kau pergilah, aku nak pergi dekat khemah kelab aku. "Raysha halakan jari telunjuk mengenai batang tubuh Cikgu Auliah yang tidak jauh dari mereka.

Usai saja kata begitu, Raysha hilang bersama kelibat orang yang lalu lalang disekitar situ.

Maryam pula berjalan perlahan kearah Cikgu Auliah. Perasaan sudah tidak menentu bila ada beberapa orang pelajar menjelingnya dengan riak jengkel. Macamlah dia hadap sangat nak kesini. Menyampah!

"Maryam, Cikgu daftarkan awak masuk kelab ni ye?? "Suara Cikgu Auliah bergema ditelinga Maryam.

Terus dipalingkan mukanya menghadap Cikgu Auliah yang berada ditepinya. Wajah beku ditayang.

"Cikgu dah siap daftarkan pun.. "Ujar Cikgu Auliah lagi bila Maryam tidak bersuara.

Maryam kerling sekeliling. Beberapa orang pelajar perempuan masih merenung sinis padanya.

"Saya tak perlukan apa-apa kelab pun cikgu. Dari mula lagi saya tak suka sertai kelab. "Ringkas dan padat jawapan Maryam.

Cikgu Auliah mengeluh.

"Saya nak balik. "Maryam masih berkeras.

"Dah tahu orang tu jual mahal, Cikgu tak payah nak susahkan diri Cikgu buat baik dekat budak miskin ni.. "Sinis bicara itu meluncur dibibir Zayyad Amsyar. Entah bila lelaki itu muncul. Berdiri tegak dia disebelah Cikgu Auliah.

Maryam ketap bibir rapat. Sakit hati betul melihat kemunculan tiba-tiba Zayyad.

"Zayyad..sepatutnya kamu sebagai pengerusi kelab ni kena tunjukkan contoh yang baik sikit. Ini tak, kenapa nak kena cakap macam tu dekat kawan kamu? "Marah Cikgu Auliah. Dijeling Zayyad yang bersikap selamba.

"Nak tunjuk contoh yang baik pun kena tengok pada orangnya juga cikgu. Bukan perempuan sombong macam ni. Dah tahu diri tu merempat masih tak sedar diri lagi. "Zayyad menyindir lagi.

Maryam panggung kepala. Tajam matanya memanah anak mata Zayyad. Pedas betul telinganya menerima sindiran percuma dari mulut puaka lelaki berbaju kemeja biru didepannya.

Cikgu Auliah terbeliak biji mata mendengar.

"Cikgu tak payah susah-susah nak masukkan saya dekat mana-mana kelab. Saya tak nak dan sampai bila-bila pun saya tak nak! Dan yang pasti saya tak hadap pun nak berada dalam satu kelab dengan Tengku Zayyad tak guna ni!! "Hambur Maryam bersahaja. Tidak peduli dengan mata-mata yang memerhati. Bibir pelajar disekeliling dari tadi lagi berbisik sesama sendiri. Pastinya kisah utama adalah dirinya.

Maryam yang tak sedar diri! Huh! Lali sudah telinganya mendengar ayat yang sama.

Riak Zayyad berubah. Bergerak-gerak rahangnya menahan amukan. Nasib saja sekitar mereka ada Cikgu Auliah dan pelajar yang lain. Kalau tak memang Maryam akan diajarnya cukup-cukup. Dasar miskin tak sedar diri!

"Maaf susahkan Cikgu. Saya balik dulu. "Laju Maryam pergi dari situ. Sikitpun tidak menoleh kebelakang. Apatah lagi mahu memandang wajah Zayyad yang menyinis merenungnya.

Keluar saja dari pagar sekolah, airmata Maryam yang ditahan sedari tadi menitis jatuh. Tidak mahu ada titisan kedua,lekas saja tangan mengesat kasar airmata tersebut.

Sabar Maryam, ini ujian untuk kau!

Berkali-kali perkataan itu diluahkan pada dirinya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

850 53 15
HANYA SEPARUH BAB SAHAJA YANG DI-PUBLISHED, SEKIAN. [𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐈𝐈] AYYUB ALQADRI × AISYA HUMERA Apabila extrovert ditemukan denga...
76.1K 9.1K 47
BOOK #3 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 𝓣𝓑𝓢 𝓐𝓦𝓐𝓡𝓓 2020~ 𝓑𝓮𝓼𝓽 𝓡𝓸𝓶𝓪𝓷𝓬𝓮 AWARD #1 ROMANCE AWARD 2020 - Best Romance Chicklit A...
1.2M 61.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
25.6K 233 6
𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 1 BLURB ISTERI 100HARI Siapa sangka di sebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa? Dan siapa pu...