Mimpikah Cinta

By macaronees

15.8K 863 82

"Bila cinta seakan sebuah mimpi" Farah tidak pasti kemana haluan hidupnya akan pergi. Dia hanya terus melang... More

Bab 1 - mimpi
Bab 2 - dinner invitation
Bab 3 - pertemuan
Bab 4 - in love
Bab 5 - mimpi si dia lagi
Bab 6 - first time dating
Bab 7 - balik kampung
Bab 8 - rindu
Bab 10 - putus
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20 (updated)

Bab 9 - cemburu

690 42 1
By macaronees

Farah POV

Aku bergegas masuk kedalam ofis dan duduk dimejaku. Sudah empat hari aku tidak masuk ofis. Mesti Encik Borhan menyoalku sekejap lagi. Aku cuba untuk menghubungi Encik Borhan untuk beritahu hal sebenar aku yg berada dikampung. Namun talian telekomunikasi disana agak kurang.

"Ehh..Farah..ada pun kau." Tegur Isya yg baru keluar dari pantry. Dia tersenyum menyapaku. Aku balas senyumannya.

"Ya Isya. Baru je aku masuk. Encik Borhan ada?" Soalku. Isya memandang sekeliling sambil menjenguk-jengukkan kepalanya kearah bilik Encik Borhan.

"Rasanya dia dah masuk tadi. Tapi entah dia pergi mana. Haa..yang kau ni..kau kemana sebenarnya.?" Soal Isya yg kembali memandangku sambil mendekati ke meja ku.

"Aku balik kampung haritu. Mak aku tiba-tiba sakit demam panas." Jelasku pada Isya yg menanti jawapanku.

"Ohh mak kau macam mana sekarang okay ke?" Soal Isya lagi.

"Alhamdulillah. Mak aku dah okay sekarang ni. Encik Borhan ada cari aku ke?" Soal ku pula sambil memandang tepat anak mata Isya.

"Gila takda. Bukan setakat Encik Borhan je. Tuu...anak boss pun cari kau." Jelas Isya lagi. Aku terdiam.

Anak boss? OMG Juhaina! Macam mana aku boleh lupa yang aku ada janji nak berjumpa dengannya minggu lepas. Apalah kau ni, Farahhh.

Desis hatiku.

* *

Aku segera masuk kedalam lift yang kosong. Aku lihat seperti tiada siapa yg ingin naik sekali jadi aku pun menekan butang tingkat 7.

Namun belum sempat pintu lift tertutup tiba-tiba ada satu tubuh muncul dihadapan lift menyebabkan pintu lift yg tadi ingin tutup, terbuka luas semula.

Aku lihat tubuh itu dari bawah keatas. Seolah-olah aku kenal tubuh itu dengan wangiannya.

Juhaina.

Aku tercengang melihat Juhaina rupanya yang masuk kedalam. Aku ukirkan senyuman malu. Malu dengannya kerana sudah mungkir janji dengannya.

"Selamat tengah hari, cik Juhaina." Aku bersuara sambil menundukkan kepala. Juhaina hanya tersenyum.

"Tolong ikut saya ke ofis" Juhaina perintahkan ku untuk ikutnya.

Sekejap.. ofis?? Bila masa dia mula kerja sini. Aku tak tahu pun. Ahh itulah bila cuti lama sangat.

Aku hanya membuntuti Juhaina dari belakang. Aku benar-benar tidak tahu dimana pejabatnya. Niatku ingin masuk ke ofis terbatal.

Sampai dihadapan bilik yg berlabelkan Juhaina Binti Dato' Kamal. Aku dijemput masuk kedalam. Juhaina memperlawa aku untuk duduk. Aku pun hanya duduk.

Aku melihat Juhaina mula turut duduk sekali. Dia meletakkan handbag nya dibawah. Dia menaip sesuatu dipapan kekuncinya.

Aku yg duduk hanya memerhati setiap langkah Juhaina. Dalam hati aku sudah mula meracau minta-mintalah dia tak marah aku pasal haritu.

"Kemana awak pergi selama ni, Farah?" Juhaina mula bersuara menanyakan tentangku. Aku menelan sedikit air liur bila dia memandang tepat pada mataku.

"Saya pulang kekampung sebab ada masalah keluarga." Aku cuba membalas dengan tenang berharap Juhaina boleh terima alasanku.

"Kenapa saya call awak langsung tak berjawab?" Soal Juhaina lagi.

"Maaf, Cik Juhaina. Kawasan kampung saya tu memang susah nak dapat line." Aku cuba jelaskan lagi.

"Okay. Takpa saya faham. Jadi awak dah boleh mula bekerja balik ye sekarang?" Entah soalan atau perintah. Aku hanya mengiyakan sahaja.

Pertama kali aku melihat Juhaina begitu tegas sekali bila berhadapanku. Sangat berbeza dengan minggu-minggu yg lalu. Dulu dia seorang yg manja dan ayu. Tapi yang berada dihadapanku kini seolah-olah bukan Juhaina yg aku kenal. Mungkin soal kerja dia tidak main-main.

Aku cuba untuk bersangka baik. Tapi walaupun wajah Juhaina yg kelihatan tegas dan garang sedikit membuatkanku jatuh hati padanya lagi. Juhaina, dia buatlah gaya macam mana sekalipun. Kalau aku sudah mula suka, sampai bila-bila aku akan jatuh suka.

* * *

Zaril POV

Petang tadi sebelum balik aku terserempak dgn Farah. Dah lama aku tak nampak dia. Dia pergi bercuti ke?

Aku capai telefon diatas meja. Mencari-cari nama seseorang sebelum menekan call.

"Hello, Farah?" Aku mulakan perbualan.

"Ya. Ada apa Zaril?" Balas Farah.

"Malam esok you ada pergi mana-mana tak?" Soalku.

"Takda. Kenapa?" Soal pula dia.

"Jom kita keluar makan esok?" Soalku lagi dgn nada lebih excited.

"Ok." Pendek saja jawapan Farah.

"Ok kalau macam tu, nanti i whatsapp you tempatnya ok?" Balasku pula.
Selepas Farah mengiyakan dia terus mematikan talian.

Aku senyum seperti kerang busuk. Bukan senang dapat keluar makan dengan Farah kali ni. Entah kenapa kali ini Farah mahu keluar denganku. Mungkin nasib atau mungkin Farah sudah mula tertarik denganku.

Aku kembali berangan. TV yang terbuka aku tidak langsung aku tonton. Dinding yang kosong juga aku renung sambil tersengih-sengih.

"Woii..kau tengok apa tu?" Tiba-tiba suara lelaki sergah dari belakang. Aku tersentak dan menoleh.

"Hishh kau ni buat aku terkejut je." Balasku dgn nada sedikit jengkel dgn kehadiran lelaki itu.

"Hahaha kau ni..kau tengok tv ke, tv tengok kau bro?.." dia berdekah ketawa.

Fadil. Kawan serumahku. Aku kenal dia dah lama. Cuma dia kerja jauh sikit dekat Subang sana. Dia ni malam-malam memang baru muncul kat rumah. Lepastu pulak pagi-pagi dah keluar. Kerja katanya.

"Ehh bro.. aku tengok kau ni hepy je..pompuan mana pulak sangkut dgn kau malam ni?" Soal Fadil sambil diikuti dengan gelak kuatnya. Dia ni memang kuat gelak.

"Ahh kau Fad. Kau ingat aku dah takde keje lain ke?" Balasku dengan nada lantang.

"Hahaha bukan dulu memang tu keje kau ke?" Fadil menyakat lagi. Cerita lama dia nak ungkit lagi. At least aku dah berubah sedikit. Bukan macam dia.

"Dah lah kau..pergilah tido.." aku arahkan Fad.

"Lek ahh bro. Aku ni jarang tengok kau senyum2 macam ni. Selama kau dengan si Aina tu tak pernah tengok senyum2 camni." Balas Fad panjang lalu duduk disebelahku.

"Takde ahh. Aku biasa jelah." Balasku.

"Eleh yelah tu. Aku rasa kau dah jumpa awek lain ni bro..kan?" Teka Fadil yg masih inginkan jawapanku.

"Awek mana yg sangkut ni bro? Huh?" Fad menduga aku lagi.

"Farah. Esok aku ajak Farah keluar." Akhirnya aku balas untuk mendiamkan Fadil. Dia terlopong mendengar.

"Serius lah bro? Farah tu?"

"Bukan dia dah banyak kali friendzone kau ke? Kau hegeh kat dia lagi buat apa?" Soal Fadil yg asyik banyak tanya. Aku dah naik rimas dengan soalan dia.

"Fad..aku bukan hegeh kat dia. Aku saja cuba nasib." Balasku lagi.

"Habis tu si Aina tu kau nak campak mana? Bukan mak kau suruh kau kahwin dengan dia ke?" Soal Fadil lagi.

"Sebab tulah. Sebelum aku kahwin dengan perempuan pelik tu. Aku nak bahagia sikit dulu dgn Farah." Jelasku lagi.

"Hurmm..tak kisahlah bro. Aku support kau je bro.." balas Fadil yg seperti tidak mahu menyoal lagi. Mungkin sudah penat. Atau terdiam seribu bahasa mendengar ulasanku.

* * *

Farah POV

Tak sangka betul yang aku sanggup keluar makan dengan Zaril ni. Ke aku kena pukau dengan si Zaril ni. Ish kesitu pulak aku fikir.

"You, i nak tanya you sikit boleh?" Soal Zaril tiba-tiba sambil mendongak memandangku.

"Apa dia?"

"You single lagi eh?" Soal Zaril.

"Ya. Kenapa?" Balasku.

"Takdelah. I curious je. I ingat you ada boyfriend." Jelas Zaril.

"Kalau i ada boyfriend pun kenapa?" Soalku pula.

"Kalau you dah ada boyfriend, takkan lah you sanggup keluar dengan i ni kan?" Balas Zaril bersahaja.

"I keluar dengan you pun sebab i kesian dekat you sebelum ni you ajak i keluar, i tolak." Entah kenapa aku luahkan begini. Zaril tertunduk.

"I tahu you tak pernah suka i. Tapi at least kita boleh kawan kan?" Ujar Zaril lepas diam seketika. Aku hanya menghadiahkan Zaril senyuman.

"I minta maaf kalau i ni macam berkasar dengan you. Tapi i tak suka kalau you asyik kejar2 i. I taknak Cik Juhaina fikir yg bukan2 pasal i" Pintaku.

"I faham, Farah. Terima kasih sebab sudi jadi kawan i." Balas Zaril pula.

Aku teramat kesiankan Zaril. Dia memang sukakan aku. Tapi aku tak pernah sukakan dia. Lagipun dia pun ada Juhaina. Perempuan yang cantik, anggun dan kaya. Buat apa lagi dia sibuk cari aku. Setakat jadi teman berbual aku memang takda hal.

Sorry, Zaril.

* * *

Juhaina POV

Kenapa aku rasa cemburu bila lihat Zaril dengan Farah semalam? Lagipun aku tak pernah ada hati pun dekat Zaril. Sikit pun tak.

Takkan pula aku cemburu tengok Farah berduaan dengan Zaril. Aku sukakan Farah ke?

Ah tak mungkin lah. Mungkin sebab aku tengok tunang aku sendiri keluar dengan perempuan lain kot. Siapa yg tak senang duduk. Hati perempuan kot.

Aku termenung keluar melalui tingkap yg luas. Jauh aku menungkan. Fikirkan perasaan aneh yg selalu singgah di fikiranku.

Farah.

Siapa dia tu? Siapa dia sampai buat aku jadi separuh gila macam ni. Tolonglah aku dah penat dengan perasaan yg menghantui aku selama ni.

Tuk tukk...

"Masuk." Aku tersedar. Menoleh sedikit dan kembali lihat keluar tingkap.

"Cik Juhaina?"

Suara yg seakan aku kenal. Aku menoleh. Terlihat tubuh Farah yg tinggi dihadapan pintu. Aku menjemputnya masuk.

"Ini proposal yang Encik Borhan kirimkan." Farah menghulurkan dokumen padaku. Aku menyambutnya dan menyelak helaiannya.

"Saya minta diri dulu." Farah sempat bersuara sebelum menuju ke pintu.

"Farah?" Aku panggil sebelum dia sempat memulas tombol pintu. Dia menoleh memandangku.

"Saya nak cakap sikit dengan awak." Pintaku. Aku mempelawa Farah untuk duduk disofa. Dia hanya ikut saja.

Aku duduk berhadapan dengannya. Dia dari tadi merenungku seakan tertanya-tanya kemahuanku. Aku mendongak memandangnya sedikit. Namun dia masih menunggu aku bersuara.

"Saya nak awak jauhi tunang saya." Arahku.

"Semalam saya nampak awak dengan Zaril dekat Star Bistro." Belum sempat dia berkata aku menambah lagi.

"Maafkan saya, cik Juhaina." Balas Farah lalu tertunduk.

"Awak taknak beritahu kenapa awak keluar dengan Zaril?" Soalku.

"Err..saya keluar dengan dia atas dasar teman sahaja. Saya takda niat lain." Jelas Farah. Dalam hati aku tersenyum mendengarnya.

Namun aku seakan tidak puas hati dengan jawapannya. Entah kenapa pula aku berkelakuan sebegini didepan perempuan yg aku sukai.

"Saya harap itu kali terakhir. Ambil ni beritahu dengan Encik Borhan, proceed saja." Aku perintahkan Farah.

Dia menyambut kembali dokumen itu dan meminta diri.

Air muka Farah sudah berubah. Tapi aku memang tidak mahu lagi melihat dia dengan Zaril. Aku kenal Zaril. Si buaya tu. Aku taknak dia apa-apakan Farah.

Aku hanya nak yang terbaik untuk Farah. Tapi cara aku melayan dia tadi seolah-olah aku bencikannya. Mungkin aku sedikit beremosi.

Tapi itu saja cara yang boleh aku buat untuk renggangkan Farah dan Zaril. Dan selepas ini aku takkan cemburu akan mereka lagi.

Sorry, Farah. I have to.

.
.

Do vote okey? ^^

.
.

.

.
.

Continue Reading

You'll Also Like

110K 6.9K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
3M 267K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
504K 17.4K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
180K 5.9K 39
Izinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhen...