Rayden Rose

By medinarose

3M 89.7K 17.1K

"Rose..." Tangan sasa Rayden mula naik merangkul pinggangku erat. Pandangan matanya tajam. Aku cuba memberani... More

R a y d e n R o s e
1 | D i a
2 | L a g i
3 | P e r t a m a
4 | N u m b e r
5 | T a s t e
6 | T e a r s
7 | H i m
8 | T e r g a n t u n g
9 | R y d e r
10 | L u k a
11 | P a r t y
12 | R i n d u
13 | S h o t
15 | S t a y
▵ T r a i l e r ▵
16 | T e n s e
17 | T r u t h
18 | C o m e b a c k
19 | S h e
20 | A w a y

14 | C a r e

144K 4.9K 1.3K
By medinarose

Bang!

Aku pejam mataku erat. Nafas ku tarik dalam dan hembuskan perlahan. Insiden ngeri itu acap kali terlayar di ruangan mataku. Bunyi das tembakan pula asyik bermain di gegendang telinga. Aku jadi kecut perut teringatkan mereka yang ditembak kejam tepat dihadapan mataku. Dengan mata kepala aku sendiri aku melihat kepala mereka berkecai jatuh bersepah ke lantai.

Aku buka mata semula. Perasaan takut akan insiden itu masih menghantui diriku sehingga sekarang. Sempat mataku menilik jam di dinding ruang tamu. Sudah pukul 4 pagi. Rayden pula masih belum pulang. Mana dia ni? Kenapa masih belum pulang?

Aku mula menjadi semakin risau. Dari tadi aku langsung tak tidur kerana menunggu Rayden. Sedikitpun aku tak rasa mengantuk. Hatiku asyik gundah gelana teringatkannya.

Mataku tak usah cakap la. Sembab sungguh kerana asyik menangis sahaja dari tadi. Ditambah pula dengan kepalaku yang sakit berdenyut, lagi serabut jadinya.

Iris pula aku lihat elok sahaja tidur berdengkur dari tadi. Sesekali mataku memandang Iris yang sedang nyenyak tidur di atas sofa dihadapanku. Dia kelihatan tenang. Sejujurnya aku berasa aneh dengan Iris. Dia seperti langsung tidak risau akan teman lelakinya, Xavier yang turut bersama dengan Rayden. Malah sewaktu memandu pulang pun, Iris masih beriak tenang. Seolah-olah dia sudah biasa menghadapi semua ini. Sedikit sebanyak ia membuatkan aku tertanya-tanya namun aku biarkan sahaja. Mungkin aku cuma overthinking.

Buat entah kali keberapa, aku lihat jam semula. Nafas dihela kasar. Terasa makin resah memikirkan keselamatan Rayden. Aku benar-benar tidak senang duduk tika ini. Berbagai-bagai andaian bermain di kotak fikiranku. Tak sanggup aku hendak bayangkan jika ada sesuatu terjadi padanya.

Masih jelas raut wajahnya ketika menenangkan aku di dalam kereta. Spontan air mataku jatuh dan aku pantas mengesatnya.

"Rose."

Aku kalihkan mata memandang Iris yang bangun daripada pembaringannya. Dia duduk sambil terkebil-kebil memandangku.

"You tak tidur ke?" Iris menguap luas.

Aku membisu sebelum lambat-lambat menganggukkan kepala.

"Haih, kenapa you tak tidur?"

"Saya... saya tunggu Rayden."

"Kan I dah cakap tak perlu tunggu Ryder. Nanti dia akan balik," pujuk Iris buat kesekian kalinya.

"Macam mana kalau ada apa-apa jadi pada dia?" aku menyoal khuatir. Rasa sebak yang kembali bertandang cepat-cepat aku tepis.

"Dia akan okay, Rose. I kenal Ryder."

Kata-kata Iris langsung tidak memberi kesan kepadaku. Aku malah menjadi semakin risau. Hatiku tidak akan tenteram selagi Rayden tidak ada di depan mataku.

"Awak kenal mereka?"

Dahi Iris berkerut. "Siapa?"

"Penjahat tu."

Mendengarkan jawapanku, Iris terus membuat muka.

"Ini dah masuk kali ke seratus you tanya," kata Iris yang ternyata berasa jengkel dengan soalanku. Manakan tidak, bila disoal, jawapan Iris seperti acuh tidak acuh sahaja.

"Answer me, Iris. Awak kenal mereka?" gesaku. Aku tatap Iris yang bersandar pada sofa. Dia mula kelihatan teragak-agak hendak menjawab soalanku.

"Tak."

"Habistu kenapa mereka datang serang semalam?"

Iris terdiam sebentar sebelum dia menjungkit bahu.

"Tak tahu. Mungkin juga musuh Mario."

Aku masih berasa tidak puas hati dengan jawapan Iris. Jiwaku berkecamuk memikirkan hal tersebut. Apakah motif mereka? Adakah mereka hanya menembak secara rambang atau mensasarkan seseorang?

"Kenapa Rayden, Reid dan Xavier yang perlu berhadapan dengan penjahat tu? Kan boleh serahkan pada polis," aku mengutarakan persoalan yang mengangguku.

"Ini lain, Rose. Mario kawan mereka, mesti lah nak bantu."

Aku mengeluh perlahan. "Tapi nyawa—"

"Ya, I tahu nyawa mereka dalam bahaya. Tapi I yakin mereka boleh handle semua ni."

"Ryder akan okay. You tak perlu risau," tambahnya lagi. Dia masih cuba untuk memujukku.

Aku hanya membisu. Insiden tembakan itu terlayar kembali di ruangan mata. Aku berasa takut kalau nasib Rayden juga sama dengan mangsa-mangsa tersebut.

Tanpa dapat ditahan lagi, air mataku sekali lagi jatuh menitis ke pipi. Makin lama makin laju.

"Rose..."

Iris bangun lalu melabuhkan duduk di sebelahku. Tubuhku dipusingkan agar menghadapnya dan kedua tanganku digenggam.

"Rose, jangan lah macam ni. You buat I rasa bersalah," Iris menyapu pipiku yang basah dengan air mata itu.

Wajah cantik Iris kupandang pilu. "Saya risaukan Rayden. Saya takut ada sesuatu terjadi pada dia."

"Ryder akan selamat. Dia akan okay."

"Kalau macam tu, kenapa dia belum balik lagi?"

"I pun tak tahu. Tapi dia akan balik tak lama nanti. Percayalah."

"I rasa better you naik tidur sekarang. You nampak penat. Sebab tu you fikir yang bukan-bukan."

Aku menggeleng laju.

"Saya nak tunggu Rayden," kataku perlahan. Kepalaku pula terasa makin berdenyut. Mungkin juga kerana aku asyik menangis daripada malam tadi.

"I akan tunggu Rayden kat bawah. You pergi tidur kat atas. Semalaman you langsung tak tidur."

Aku menggeleng lagi. "Saya—"

"Please, Rose. Nanti kalau Ryder balik, I akan kejutkan you. Okay?"

Aku terdiam seketika. Teragak-agak dengan permintaan Iris. Ditambah pula dengan sakit kepalaku yang kian menyucuk. Terasa kepala ni berat ya amat.

Dengan perasaan berbelah bahagi, aku akhirnya mengangguk.

Senyuman kecil terukir di bibir Iris. "You nak I hantar you ke atas?"

Aku geleng perlahan.

"Tak apa lah. Saya boleh naik sendiri. Tapi kalau Rayden balik, awak beritahu saya ya."

Iris menunjukkan tanda 'okay'. Aku pula cuma tersenyum pahit sebelum menapak ke tingkat atas.

×××

"Rose, bangun. Rose..."

Lambat-lambat aku membuka mata apabila terdengar namaku dipanggil seseorang. Badanku terasa lemah namun aku palingkan juga kepala memandang Iris yang berdiri disebelah katil.

"Ya?" suaraku perlahan seperti berbisik. Tekakku terasa sakit. Hendak telan air liur pun rasa pedih.

"You okay ke ni? I risau you tidur lama sangat. Dah nak tengahari."

Aku cuma mengangguk. "Rayden dah balik ke?"

Aku memperbetulkan selimut yang berada di paras leherku. Mataku kuyu memandang Iris. Aku rasa tidak sedap badan pula. Rasa sejuk sahaja. Tekak pun sakit.

"Tak, dia belum balik lagi."

Aku sedikit hampa dengan jawapan Iris. Kerisauanku semakin memuncak. Mana Rayden ni? Resah hatiku asyik memikirkan dirinya.

"Rayden tak ada call atau mesej?" soalku sambil diselangi batuk yang kuat. Segera aku menutup mulut dengan keadaan masih terbatuk-batuk.

"Kenapa ni? You okay tak?" Iris menyoal lagi. Matanya tepat memandang ke arahku.

"Saya okay. Batuk sikit je ni."

Tanpa kata, Iris terus melekapkan belakang tapak tangannya ke dahiku. Matanya membesar.

"Oh god, you demam!" dia mula bersuara cemas.

"Aduh, apa I nak kena buat ni?" Iris garu kepalanya yang tidak gatal. Dia kelihatan kelam kabut. Sekejap duduk di atas katil bersebelahan denganku. Sekejap dia pegang dahiku. Sekejap dia bangun. Kemudian duduk semula.

"Iris, tak apa. Saya okay."

"Okay apanya? You demam! Apa I nak jawab dengan Ryder nanti? Jom kita pergi klinik," dia hendak menarik selimutku namun pantas aku menahan.

"Tak perlu la. Nanti kalau Rayden balik, kita pula tak ada kat rumah."

"Time macam ni pun you fikir pasal dia lagi? Badan you panas sangat ni. Muka you pun pucat."

"Demam sikit je. Nanti okay la," balasku lemah. Aku kembali memejamkan mata. Rasa tidak bermaya sangat tapi aku tak mahu ke klinik. Aku nak tunggu Rayden disini.

"You tunggu kejap. I nak cari ubat kat dapur. Kut-kut ada."

Aku mengangguk kecil dengan mata yang masih terpejam. Sekali-sekala aku menutup mulut sambil terbatuk-batuk.

Tak lama selepas itu, Iris datang semula dengan ubat dan segelas air. Dia membantuku bangun dan menyerahkan ubat tersebut.

Aku telan dan teguk air sehingga habis. Hendak menghilangkan rasa pedih di tekakku.

"Okay sekarang you kena rest," kata Iris sewaktu aku baring semula ke atas katil. Dia sedang sibuk memperbetulkan selimutku.

"Iris."

Dia menoleh memandangku. Kerjanya terhenti.

"Kenapa?"

Aku diam buat beberapa saat.

"Saya nak Rayden," kataku perlahan antara dengar tidak dengar sahaja. Mataku berkaca.

"Nanti I akan call Ryder sampai dapat. I tunggu dia kat bawah. Yang penting sekarang ni you kena rest. Jangan banyak berfikir. I yakin Ryder akan selamat. I dah kenal sangat dengan dia tu," Iris tersenyum nipis. Mungkin hanya mahu sedapkan hati aku.

"You tidurlah. I nak turun bawah ambil tuala basah nak tuam dahi you," ujarnya lalu beredar keluar dari bilik.

Aku mengiringkan badan ke kiri. Fikiranku menerawang memikirkan Rayden sebelum akhirnya aku terlena.

×××

Tidurku rasa terganggu tatkala jari-jemariku seperti dikucup seulas bibir. Dengan mata yang masih berat, aku celik mencari gerangan yang mengganggu tidurku. Serentak anak mataku terpaku pada seseorang yang sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. Kedua belah sikunya ditongkatkan pada katil dan tangan kiriku berada dalam genggamannya. Dia sedang menunduk dengan bibirnya yang melekap rapat pada jemariku. Jelas terasa deruan nafasnya yang kasar. Dia tidak menyedari aku yang sedang asyik melihatnya.

Aku kenal gerangan tersebut. Rambutnya yang hitam keperangan. Pakaiannya yang selalu serba hitam bersama ripped jeans. Aku juga dapat melihat tattoo kecil yang berada di belakang telinganya.

Ryder

Serta-merta tubir mataku bertakung dengan air mata. Lelaki yang aku tunggu sejak semalam kini sudah berada dihadapanku. Selepas beberapa ketika, empangan air hangat dan jernih itu mengalir juga di lurah-lurah pipiku. Esak tangisku mula kedengaran.

Rayden mengangkat muka. "Rose—"

Aku terus bangun lalu memeluk tubuh Rayden seeratnya. Mukaku ditekapkan ke bahunya sambil tersedu-sedan menangis. Lehernya ku rangkul seperti tidak mahu lepas.

"Rose..." suara serak basahnya menyapa gegendang telingaku lagi. Makin kuat bunyi tangisanku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku rindu dan risaukannya separuh mati.

Tangan kasar Rayden mengurut-urut belakang badanku. Tubuhku ditarik makin rapat kepadanya. Sesekali terasa bibirnya mencium rambutku.

Lama kami berkeadaan begitu. Tak lama selepas itu, Rayden cuba merungkaikan pelukan kami namun aku pantas mengeratkan lagi pelukan di lehernya.

"Rose."

Aku tak peduli. Aku terus-terusan memeluk tubuh sasanya dengan erat. Habis basah bajunya dengan air mataku.

"Awak tahu tak yang saya ni risau sangat dengan awak?" aku menangis lagi. Sesekali aku terbatuk kecil. Tekakku masih terasa perit.

Rayden merungkaikan pelukan dan kali ini aku melepaskan pegangan di lehernya. Kedua-dua belah pipiku dipegangnya.

"Listen, babygirl. Aku ada depan kau sekarang. Aku tak akan pergi mana-mana."

"Aku okay. Kau yang tak okay. Kau demam. Badan kau masih panas lagi," katanya seraya memegang dahiku. Kemudian dia mengelap air mataku yang basah dipipi.

"Baring sini," Rayden menepuk-nepuk bantal menyuruhku baring semula. Aku hanya diam memandangnya. Dia tahu tak aku ni macam orang gila risaukan dia, tapi dia boleh berlagak biasa pula?

"Baring, Rose."

Lambat-lambat aku menurut arahannya. Aku baring dan dia terus menyelimutkanku. Aku hanya diam memerhatikan dia yang merendam tuala kecil ke dalam sebuah bekas berisi air, diperah, dan dituamkan ke dahiku. Terselit perasaan terharu di sudut hatiku.

Aku rasa demamku dah mula kebah sedikit. Mungkin berkat ubat yang diberi Iris tadi. Atau mungkin juga sebab Rayden dah balik. Terasa kurang rasa sakit bila melihat Rayden ada di depan mata.

"Saya betul-betul risaukan awak, Rayden. Saya takut ada sesuatu terjadi pada awak," ujarku perlahan. Tangisanku sudah surut. Sambil itu, mataku ralit menilik setiap inci muka dan tubuh badannya. Mencari kalau-kalau ada kesan luka atau lebam. Mujur tiada sebarang kecederaan. Buat seketika aku menarik nafas lega.

"Kan aku dah cakap aku okay."

Rayden mencapai tangan kiriku lalu digenggamnya. Matanya memandangku tepat.

"Xavier dan Reid macam mana? Tak cedera kan?" soalku ingin tahu. Bimbang pula jika ada sesuatu terjadi pada mereka.

"Okay. Ada kat bawah dengan Iris."

"Apa yang jadi kat penjahat tu? Siapa mereka sebenarnya?" aku ajukan pula soalan yang turut sama diajukan pada Iris.

Aku menanti jawapan daripada mulut Rayden tetapi lelaki itu hanya bertindak mendiamkan diri. Matanya langsung tidak lekang daripada memandangku. Sedikitpun dia tidak melarikan mata.

Aku sudah dapat mengagak yang Rayden pasti tidak mahu menjawab pertanyaanku itu.

"Please, saya nak tahu siapa mereka. Kenapa mereka bunuh tetamu-tetamu tu?"

"Tak penting untuk kau tahu."

Ringkas jawapannya. Seperti biasa, Rayden pasti tidak akan membuka mulut.

"Iris kata mereka mungkin musuh kawan awak, Mario. Betul ke? Kenapa dia buat macam tu?" aku masih tidak berputus asa. Aku benar-benar ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.

"Aku dah cakap benda ni tak penting untuk kau tahu. Kau tak perlu fikir tentang ni lagi. Aku tak suka."

Aku terdiam. Salahkah kalau aku cuma nak tahu perkara sebenar?

"Saya... saya minta maaf. Saya tanya semua ni pun sebab saya betul-betul risaukan awak," luahku lagi.

"Mujur awak tak apa-apa. Tapi kenapa awak langsung tak call saya? Saya tunggu awak balik. Saya tunggu awak call saya." aku cuma menyatakan hal sebenar. Tentang betapa risaunya aku pada dia. Malahan aku sanggup tidak tidur semata-mata untuk menunggunya pulang.

"Aku sibuk uruskan hal semalam," jawab Rayden pendek.

"Takkan tak ada masa nak call saya? Saya risau sangat kalau apa-apa terjadi pada awak. Saya takut kalau awak jadi macam mangsa-mangsa tu," memikirkan insiden itu, mataku kembali berkaca. Tak sanggup hendak bayangkan jika nasib Rayden seperti mereka. Aku juga turut bersimpati dengan mangsa yang terbunuh semalam.

Automatik air mataku jatuh setitis. Mudah sungguh aku menangis.

"Jangan menangis, Rose. Kau demam. Nanti kau sakit kepala," suara Rayden sedikit keras. Dilapnya pipiku sekali lagi.

"Saya nak ikut awak semalam. Tapi awak paksa saya balik. Saya tahu tempat tu bahaya tapi saya betul-betul risaukan awak," aku sentuh lagi peristiwa itu buat kali ke seratus. Aku benar-benar risau dan terkilan. Ini bukan perkara main-main. Ianya berkaitan hidup dan mati.

Rayden meraup rambutnya yang menjuntai ke dahi itu. Dia kelihatan letih.

"Aku hantar kau balik dengan Iris sebab aku tak mahu apa-apa jadi pada kau. Aku nak pastikan kau selamat."

"Tapi bila awak pergi sana pun, awak tak akan selamat. Mereka ada senjata," aku terbatuk lagi. Aku mengurut kerongkong yang terasa sakit.

"Aku tahu jaga diri aku, Rose. Yang penting bagi aku sekarang ni adalah kau. Aku dah janji dengan kau yang aku akan jaga kau."

"Dengan membahayakan diri awak sendiri?" aku membalas katanya.

Rayden bergerak makin rapat ke arahku. Wajahku ditenungnya.

"Ya. Aku sanggup."

Tanganku digenggamnya semakin erat. Kehangatan jemari sasa Rayden itu meresap masuk ke dalam sanubariku. Anak matanya pula merenungku dalam.

"I can lose fucking everything—" dia terdiam sebentar.

"But not you."

Lidahku menjadi kelu. Aku memandang wajah kacaknya lama. Otakku ligat mencerna ayatnya sebentar tadi. Terasa ada satu perasaan halus menjalar di setiap urat tubuhku.

Tok tok!

Bunyi ketukan di pintu sedikit mengejutkanku. Terjengul wajah Xavier di muka pintu.

"Ryder," dia membuat isyarat mata kepada Rayden untuk turun ke tingkat bawah. Sekilas dia mengerling tajam ke arahku sebelum menutup daun pintu.

"Aku nak turun bawah. Kau berehat dulu. Nanti aku naik," katanya seraya menyelimutkanku dan tunduk mencium dahiku. Aku tidak banyak soal dan hanya akur perhatikan dia keluar dari bilik.

Setelah pintu ditutup, aku menghalakan mata memandang siling. Seolah-olah wajah Rayden berada di situ. Walaupun aku berasa lega kerana Rayden baik-baik sahaja, masih juga ada rasa risau mengenangkan penjahat-penjahat itu. Aku berharap insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi. Aku sudah berasa cukup serik.

Kepalaku menoleh ke sisi memandang gelas air yang berada di atas meja. Rasa dahaga pula. Sudahlah tekakku ni sakit.

Aku bangun daripada pembaringan dan lantas mencapai gelas air tersebut. Kosong.

Keluhan berat dilepaskan. Mungkin aku dah teguk sehingga habis waktu makan ubat yang diberi oleh Iris. Nampaknya aku kena turun sendiri untuk ambil air.

Aku gagahkan jua diri aku untuk bangun dan turun ke tingkat bawah. Sewaktu keluar dari bilik, telingaku dapat menangkap suara Iris.

"Jericho baru naik flight tadi. Esok dia nak kita semua jumpa tempat biasa. Nak discuss pasal hal semalam. Anyway Mario macam mana?"

"Mario dah stabil. Nasib baik luka dia tak dalam. Jericho pun dah hantar orang jaga Mario kat hospital. Sebagai persediaan kalau budak-budak Blake datang lagi," suara Reid pula kedengaran.

Aku berjalan lebih dekat ke kawasan tangga dan mengintai sedikit melihat mereka yang berada di ruang tamu. Rayden kulihat hanya diam sambil menghisap rokok. Disedut dan dihembuskan asap rokok tersebut.

"Kita semua tahu sebab apa budak-budak Blake datang serang semalam," Xavier tiba-tiba bersuara. Suasana antara mereka bertukar senyap buat seketika.

"Mereka cari kau, Ryder."

Aku terkejut. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengari sekejap tadi. Jadi, penjahat tu bukan musuh Mario?

"Aku dah cakap kau sepatutnya habiskan Blake dari dulu lagi. Tapi kau degil. Kau tengok lah apa yang jadi sekarang," tambah Xavier sambil memandang Rayden lama.

Rayden pula cuma beriak biasa. Rokok masih berada di bibirnya.

"Tapi aku tak rasa Blake serius. Mungkin dia cuma sengaja nak kacau. Dia kan memang dari dulu lagi takut dengan kau, Ryder. Goyang habis. Bukannya berani buat apa-apa," ujar Reid pula.

"I pun rasa macam tu," sahut Iris. Dia memandang Xavier yang berwajah risau.

Xavier membalas pandangan Iris dan kemudian memandang Rayden pula.

"Kali ini aku rasa Blake serius. Dia nampak nekad. Kau pun tahu macam mana agresifnya budak Blake semalam."

Rayden masih berdiam.

"Apa kita nak buat sekarang?" Xavier menyoal lagi. Aku cuba menahan debaran di dada. Telinga ku bukak luas-luas mendengar perbualan mereka.

Reid mencapai segelas air. "Betul jugak. Lepas apa yang kita buat kat budak Blake semalam, aku rasa mesti dia lagi marah. Dia tak akan 'duduk lepak pantai'," air tersebut diteguknya.

"Sekarang Mario. Lepas ni siapa pula? Mungkin aku, kemudian Iris, kemudian—"

"Selagi aku hidup, Blake tak akan berani sentuh kau orang semua," Rayden memintas ayat Xavier. Dia memandang rakan-rakannya silih berganti dengan tajam.

"Aku tak akan biarkan dia apa-apakan sesiapa."

Semua terdiam mengunci mulut.

"Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Esok kita discuss dengan Jericho," berkepul-kepul asap rokok yang keluar dari mulut Rayden dihembuskan ke udara.

"Kenapa? Kau takut perempuan kau dengar?" bidas Xavier laju.

"Baby, dah lah tu. Jom kita balik? Teman I shopping," Iris tersenyum sambil memeluk lengan Xavier. Rayden cuma diam tidak menjawab bidasan Xavier tadi. Akukah yang dimaksudkan Xavier? Mungkin betul yang Rayden tak mahu aku dengar perbualan mereka.

Xavier menjeling Iris. "Time macam ni pun you fikir shopping."

"Aku suruh kau dump dia tapi kau tak nak," sampuk Reid dengan kening terangkat. Iris yang mendengar menunjukkan buku limanya.

Dia mengalihkan pandangan memandang Rayden pula.

"I nak naik atas jumpa Rose kejap sebelum balik. Boleh?"

"Tak payah. Dia mungkin tengah tidur," duga Rayden. Dia fikirkan aku masih berada di dalam bilik. Serta-merta aku mula rasa bersalah. Bersalah kerana mencuri dengar perbualan mereka. Jujur aku langsung tak berniat begitu.

Bila mereka buka cerita tentang Mario dan penjahat itu, aku mula pasang telinga kerana aku benar-benar ingin tahu hal sebenar. Sekurang-kurangnya aku tahu mereka bukan musuh Mario walaupun perbualan sebentar tadi membuatkan aku semakin diasak dengan pelbagai soalan.

Aku tak faham apa yang mereka bualkan. Tentang Jericho, tentang Blake. Xavier juga ada menyebut yang penjahat semalam datang mencari Rayden. Kenapa harus Rayden? Apa yang dia dah buat?

Iris juga telah membohongiku mengatakan yang penjahat itu adalah musuh Mario. Sedangkan ia adalah musuh mereka semua.

Tanganku naik memicit kepala. Runsing otakku jadinya. Samar-samar sahaja perbualan mereka tadi. Aku tak faham. Aku keliru.

"Bye!"

Lamunanku mati apabila terdengar suara nyaring Iris. Aku lihat tiada sesiapa di ruang tamu kecuali Rayden. Mungkin Iris, Xavier dan Reid sudah pulang.

Dengan perasaan gugup, aku melangkah perlahan-lahan menuruni tangga. Rayden lantas memusingkan kepala saat terdengar derapan kakiku.

Dia memandangku tepat. "Kenapa kau turun? Aku cakap tunggu kat atas."

"Saya nak air," jawabku sambil menunjukkan gelas air yang kosong di tanganku.

Rayden menonyoh puntung rokok ke dalam ashtray sebelum berjalan ke arahku. Aku terjerit kecil apabila dia tiba-tiba sahaja mencempung tubuhku. Sepantas kilat aku memeluk lehernya. Bimbang jika terjatuh.

"Lain kali panggil aku. Jangan turun sendiri. Kau tengah demam."

"Tapi saya boleh jalan sendiri."

Rayden tidak mempedulikan kataku. Dia meletakkan aku ke atas meja di ruang dapur. Kemudian gelasku dicapainya dan dia mengisikan air ke dalam gelas tersebut.

Aku cuba untuk turun daripada meja dan duduk di kerusi. Baru sahaja hendak bergerak, suara Rayden sudah melarang.

"Duduk diam-diam," arah Rayden sambil menghulurkan gelas berisi air kepadaku. Kedua belah kakiku dikuak dan dia berdiri di tengah-tengah.

Aku terkedu. Rasa seperti sukar hendak bernafas dengan kedudukan kami yang rapat kini.

"Tak nak air?" soal Rayden apabila melihat aku yang masih tidak menyambut hulurannya. Lambat-lambat aku sambut huluran gelas tersebut. Teragak-agak aku hendak minum sehingga habis. Apatah lagi dengan Rayden yang asyik memandangku meneguk air.

Dia menyelitkan rambut yang menutup wajahku ke belakang telinga.

"Kau lapar?"

Aku mengangguk seraya meletakkan gelas yang sudah kosong ke atas meja.

"Sekejap. Aku ambil bubur."

"Ada bubur?"

"Aku ada beli tadi," Rayden datang semula dengan semangkuk bubur. Tubuhku diangkat dan diletakkan ke kerusi. Fuh, sempat aku hela nafas lega.

Dia pula duduk disebelahku. Sesudu bubur diambil lalu ditiupnya perlahan.

"Masih panas lagi?"

"Aku suruh Iris panaskan tadi," ujarnya sambil menyuakan kepadaku. Aku buka mulut dan menjamahnya.

"Awak tak perlu susahkan diri beli makanan kat luar untuk saya. Saya boleh masak," beritahuku. Aku tak mahu susahkannya. Dah banyak benda yang dia buat untuk aku. Aku? Sedikitpun tak pernah buat apa-apa untuknya.

"Aku tak benarkan kau masak sampai kau sembuh. Faham?"

Mendengarkan arahan Rayden itu, mahu tak mahu aku mengangguk juga.

Aku terus memerhatikan Rayden yang menyudukan bubur dan meniupnya sebelum dibawa ke mulutku. Aku terus tersenyum.

"Kenapa senyum?" soalnya.

Aku menggeleng.

"Cakap."

"Tak, awak cuma— awak nampak comel bila tiup bubur tu," aku menjawab spontan.

Rayden seperti biasa dengan wajah yang langsung tiada riak. Disuakan lagi sesudu bubur kepadaku. Aku mengunyahnya.

Tiba-tiba aku teringatkan perbualan mereka tadi. Aku curi-curi pandang wajah kacak Rayden. Patut ke aku tanya? Tapi Rayden cakap dia tak suka bila aku soal tentang hal semalam.

Akhirnya, aku putuskan untuk tutup mulut sahaja. Aku tak mahu kena marah lagi. Aku tak mahu buat perkara yang dia tidak suka.

Sedang sibuk makan bubur, aku terbersin pula. Kelam-kabut aku dibuatnya dengan hingus yang meleleh. Namun Rayden pantas mencapai tisu dan mengelapkannya.

Aku terkedu. Terkebil-kebil aku pandang mukanya. Dia kelihatan selamba mengelap hingusku sehingga bersih.

Pipiku mula memerah menahan malu. Rayden tak geli ke?

"Kau selesema pula. Nasib baik aku ada beli ubat. Nanti makan," pesannya. Aku cuma mengangguk. Dia terus menyuap bubur kepadaku sehingga habis.

"Jom naik atas. Kau kena berehat," Rayden mencempung tubuhku dan aku memeluk lehernya dengan erat. Aku berasa terharu lagi dengan layanannya. Cara dia layan aku macam aku sakit tidak boleh bangun pula. Padahal demam saja. Itu pun sudah mula nak kebah.

Dari jarak dekat ini, aku merenung wajah Rayden sepuasnya. Mungkin bagi orang lain, Rayden seperti seorang yang sombong dan dingin. Tetapi bagi aku, dia perfect inside out. Aku tak pernah jumpa lelaki sepertinya.

Dia badboy. Dia merokok. Dia bertatu. Dan dia, romantik.

Aku tersenyum sendiri. Kalau begini, dalam masa 5 minit hilang terus lah demamku.

"Kau nak mandi dulu?"

Aku tersedar daripada lamunan. Sudah sampai bilik rupanya. Aku mengangguk menjawab soalannya.

Dia membawa aku ke bilik air. Diturunkan aku tepat dihadapan tab mandi. Kemudian tab mandi itu perlahan diisikan air panas bercampur sejuk. Dia berdiri semula sambil memandangku.

"Jangan mandi lama sangat. Aku tunggu kat luar."

Aku mengangguk buat kali kedua.

"Terima kasih."

Tanpa kata, Rayden menunduk mencium bibirku sebelum dia melangkah keluar. Aku pula berdiri mengeras buat beberapa saat sebelum mula tersenyum nipis.

---

I love reading your comments

Δ medinarose Δ

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 126K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...
169K 11.5K 34
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.3M 29.3K 44
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
474K 18.5K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...