Roommate 2 - COMPLETED

By AremieroulAkim

128K 8K 1K

Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhi... More

Prolog
Bab 1: Kenangan Silam
Bab 2: Pesanan
Bab 3: Satu Penjelasan
Bab 4: Gangguan Pertama
Bab 5: Sekali Lagi
Bab 6: Pengakhiran atau Permulaan?
Bab 7: 3 Benda
Bab 8: Dendam
Bab 9: Gangguan
Bab 10: Nilai Persahabatan
Bab 11: Perjanjian Berdarah
Bab 12: Bermulanya Sebuah Cerita
Bab 13: Memori yang Hilang
Bab 15: Semakin Rumit
Bab 16: Secangkir Memori di Hati
Bab 17: Mengungkap Rahsia
Bab 18: Lembaga & Tuannya
Bab 19: Hilang dari Pandangan
Bab 20: Dalang Sebenar
Bab 21: Petanda Dalam Mimpi
Bab 22: Kerana Kasih
Bab 23: Antara Sahabat & Dendam
Bab 24: Dan Sebenarnya
Bab 25: Upacara Pertama
Bab 26: Korban Kasih
Bab 27: Satu Persatu
Bab 28: Pemujaan
Bab 29: Ustaz dan Iblis
Bab 30: Pengakhiran
Nota Penghargaan Dari Penulis
What if?

Bab 14: Misteri Tangkal Hitam

3.8K 231 22
By AremieroulAkim

Kepada: Syafiq

Mesej: Wei, tangkal Roommate ko ada pada aku ni. Aku tak tahu macam mana benda ni boleh ada dekat sini tapi sumpah wei aku tak ada amik pun tadi.

Amir mulai resah. Habis buntu dia memikirkan bagaimana tangkal itu boleh berada di atas mejanya sedangkan petang tadi dia hanya melihat sahaja tangkal yang berada di dalam laci milik Alif itu. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu biliknya itu diketuk. Amir terus menuju ke arah pintu biliknya itu lalu membuka daun pintu nya perlahan.

"Kau nak main-main dengan aku ke apa Amir? Bak sini barang tu." Kata Syafiq marah sebaik sahaja Amir membuka pintu biliknya itu.

"Kau bukan baru kenal aku semalam Syafiq, kau pun tahu kan aku bukan jenis yang suka amik barang orang ni." Balas Amir cuba meyakinkan Syafiq.

"Kalau kau tak amik, macam mana benda tu boleh ada pada kau?" Tanya Syafiq.

"Tak apa lah, kalau kau tak percaya dekat aku terpulang lah. Tapi sumpah memang aku tak ada amik pun benda tu dari bilik kau wei." Kata Amir mengalah.

"Kejap, aku pergi amik benda tu. Kau nak masuk tak ni?" Tanya Amir lalu membuka luas daun pintunya itu.

"Siapa tu Amir?" Tiba-tiba Roommate Amir bertanya.

"Ooo haaa Syam, perkenalkan ni kawan aku Syafiq. Kawan aku dari kecik lagi. Syafiq, ni Syam. Roommate aku." Kata Amir memperkenalkan mereka berdua.

Selepas diperkenalkan, Syafiq pun melangkah masuk ke dalam bilik mereka lalu bersalaman dengan Syam yang sedang duduk di atas katilnya itu. Mereka berdua berbual lalu Amir meninggalkan mereka sebentar bagi mendapatkan kembali tangkal yang berada di atas mejanya itu untuk diserahkan kepada Syafiq.

Seusia mendapatkan tangkal tersebut, Amir meletakkan tangkap itu ke dalam poketnya lalu kembali ke arah mereka berdua yang kelihatan sedang rancak berbual.

"Syam, aku nak pergi bilik Syafiq kejap ea." Kata Amir yang kemudiannya memberi isyarat supaya mereka berdua keluar dari biliknya itu.

Syafiq hanya tersenyum lalu mengikuti langkah Amir keluar dari bilik tersebut. Seusai sahaja pintu ditutup, Amir mengeluarkan tangkal tersebut dari koceknya lalu menyerahkan tangkal tersebut kepada Syafiq. 

"Nah." Katanya ringkas.

Melihat Amir menghulurkan tangkal tersebut, Syafiq menyambutnya lalu melihat tangkal tersebut dengan teliti. Dibeleknya tangkal tersebut lalu ditekannya kuat.

"Apa lah agaknya yang ada dalam tangkal ni sampai beriya dia cari." Kata Syafiq pelik.

Amir hanya mendiamkan dirinya. Dia sebenarnya masih terasa hati dengan Syafiq kerana tidak mempercayai kata-katanya itu tadi. Dia kemudiannya memalingkan badannya lalu berjalan meninggalkan Syafiq sendirian di situ.

"Wei kau nak ke mana pulak tu? Jangan cakap kau nak naik ke bilik aku dah lah." Tanya Syafiq sambil berlari anak menuju ke arah Amir yang berada tidak jauh darinya.

"Kau baliklah jumpa Roommate kesayangan kau tu. Tak ingin aku nak pergi sana lagi wei, nanti barang lain pulak yang aku curi. Kesian korang." Kata Amir penuh sindiran.

"Kau marah kan aku ke wei Amir? Sorry lah. Aku just tak nak si Alif tu syak apa-apa je." Kata Syafiq cuba memujuk Amir kembali.

Berpura-pura tidak mendengar kata-kata Syafiq itu, Amir meneruskan langkahnya menuju k arah tangga yang berada di hujung blok mereka. Setibanya di sana, dia menuruni anak tangga lalu meninggalkan Syafiq sendirian.

"Amir! Wei, sorry lah." Jerit Syafiq memanggil sahabatnya itu. 

Melihat Amir memekakkan telinganya, Syafiq sekali lagi mempercepatkan langkahnya lalu menghampiri Amir.

"Ok macam ni lah. Apa kata kau pegang dulu tangkal ni, esok pagi sebelum kita pergi program dekat dewan tu kau datang bilik aku and bawak tangkal ni. Kita gerak lambat sikit lah, biar si Alif tu pergi dulu. Ok?" Kata Syafiq memberi cadangan.

"What ever!" Balas Amir yang masih merajuk dengan sahabtnya itu.

Syafiq kemudiannya mengambil tapak tangan Amir lalu meletakkan tangkal tersebut di situ. Sambil tersennyum dia berkata:

"Esok datang bilik aku! Good luck jaga tangkal tu malam ni, mana tahu kau kena kacau ke. Hahaha." 

Syafiq kemudiannya terus berlari meninggalkan Amir di tangga tersebut. Dia yang terus mendaki naik kelihatan menuju ke aras biliknya. Amir yang terpinga-pinga cuba memanggil nama Syafiq namun sebagaimana dia tadi, Syafiq turut memekakkan telinganya.

Sambil mengomel sendirian, dia memasukkan tangkal tersebut ke dalam koceknya lalu menuruni anak tangga tersebut. Alang-alang dah sampai ke situ, lebih baik dia membeli sesuatu di Koperasi asrama. Setidak tidaknya ada juga makanan yang boleh dikunyahnya jika lapar malam nanti.

-0-0-0-0-

Waktu Sekarang 

"Kenapa aku tak ingat langsung semua benda tu ar?" Tanya Syafiq pelik.

"Biar aku cerita sampai habis dulu, nanti mungkin baru kau faham tentang semua ni Syafiq." Kata Amir cuba menenangkan Syafiq.

"Tapi kejap. Syam yang kau maksudkan tu Syam pendek ke?" Tanya Syafiq lagi.

"Yup, Syam pendek budak Mekanikal tu." Balas Amir kembali.

"Tapi kenapa Syam tu aku ingat ek. Maksud aku, aku ingat masa first time jumpa dia tapi kenapa dalam memori aku ni kau tak ada dekat situ? Sampai last sem ke kau stay satu bilik dengan si Syam tu Amir?" Tanya Syafiq.

"Yup, sampai last sem lah aku stay dengan dia. Dia lah satu-satunya orang yang tahu semua benda ni. Sebab dia pun pelik kenapa tiba-tiba kau lupa terus dekat aku walhal dulu kita rapat." Balas Amir.

"Hmmm, aku tak tahu nak cakap apa lagi wei. Tak tahu nak fikir apa dah. Haaa so apa jadi dengan tangkal tu?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Malam tu aku kena kacau. And esoknya aku demam seminggu." Balas Amir tenang.

"Serius ar? Kau kena kacau dengan siapa?" Tanya Syafiq agak terkejut mendengar kata-kata Amir itu.

Hari Pertama Orientasi (3 Tahun yang Lalu)

Seusai membeli barang di koperasi, Amir kembali semula ke dalam biliknya. Dia yang ada membeli beberapa jenis makanan, berjalan sambil menyedut air Milo yang dipegangnya itu. Sesampainya dia di hadapan pintu biliknya, dia meraba poket seluarnya bagi mendapatkan kunci biliknya itu.

Saat dia menolak perlahan daun pintu biliknya itu, dengan secara tiba-tiba ada satu angin perlahan menipu ke arahnya. Dia yang agak terkejut memandang ke belakang lalu melihat kawasan sekelilingnya itu. Kelihatan ada beberapa orang pelajar yang sedang berbual di hadapan bilik mereka, namun tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya.

Bulu roma nya terus tegak berdiri lalu dia menggigil kesejukan. Dengan sepantas kilat dia menutup kembali pintu nya itu lalu terus menuju ke arah katilnya.

"Huishh, baru nampak hantu ke? Muka pucat lain macam je kau Amir." Tegur Syam, Roommate nya itu. 

"Hamboi mulut, tak sayang betul kan. Angin luar tu agak sejuk, tu yang nampak pucat sikit kot. Aku rasa malam ni nak hujan lah." Kata Amir cuba menukar topik perbualan mereka.

"Serius ar sejuk? Aku dekat dalam ni panas macam apa, boleh kau cakap sejuk dekat luar. Tadi kau pergi mana?" Tanya Syam sambil bermain dengan telefon bimbitnya itu.

"Aku pergi koop. Beli roti dengan kerepek. Kalau kau nak amik ar. Mana tahu kau lapar ke." Jawab Amir sambil memperlawa Syam.

"Haaa terima kasih, aku kenyang lagi ni. Tadi baru je lepas makan dengan member aku." Balasnya yang sedang khusyuk bermain permainan di telefon bimbitnya itu.

Tidak mahu ambil pusing dengan perasaannya, Amir cuba melupakan kejadian di hadapan pintu biliknya tadi. Dia kemudiannya merebahkan badannya ke atas katil lalu termenung seketika. Sambil memikirkan kejadian yang berlaku antara dia dengan Syafiq tadi, akhirnya Amir terlelap.

Amir yang masih tidak menyalin pakaiannya itu, terus lena diulit mimpi. Syam ada cuba mengejutnya bangun supaya menukar pakaiannya dahulu, namun Amir hanya bergerak-gerak seketika kemudian menyambung kembali tidurnya. 

Dalam jam 11 lebih, Syam keluar dari biliknya itu untuk bertemu dengan rakan-rakanya di bilik yang lain. Tidak mahu menggangu Amir, Syam menutup lampu bilik tersebut lalu menutup rapat daun pintu bilik mereka itu. Amir yang masih lena diulit mimpi, langsung tidak menyedari pemergian Syam pada waktu itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.49 malam. Syam masih tidak pulang lagi malah Amir juga masih tidak menyedarkan diri lagi. Tepat sahaja jam 12 malam, tiba-tiba kedengaran bunyi guruh mula menggegar langit malam. Secara tiba-tiba hujan mula turun membasahi bumi. Amir yang sudah lama terlena, semakin merasa nyaman di situ.

TOK TOK TOK!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan yang sangat kuat di daun pintu bilik Amir. Bunyi ketukan yang begitu kuat itu membuatkan Amir terjaga lalu meraba-raba di dalam kegelapan. Mujurlah lampu mejanya dihidupkan, jadi tidak lah terlalu gelap keadaan di dalam biliknya itu. Amir yang masih mamai, kemudiannya mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam.

Amir sedikit terkejut kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dalam keadaan mamai, dia melihat ke sekeliling biliknya itu. Dari pandangan Amir yang tidak jelas, kelihatan Syam sedang berbaring menghadap dinding bilik mereka. Amir yang masih mengantuk, kemudiannya merebahkan kembali badannya ke atas katil nya itu.

TOK TOK TOK!!

Belum sempat dia memejamkan matanya, sekali lagi ketukan kuat kedengaran di daun pintu bilik mereka. Amir mula merasa pelik, siapa yang datang ke biliknya pada malam-malam begini. Melihat Syam yang tidak menyedarkan diri, Amir pun bingkas bangun dari katilnya itu. Dia menuju ke arah pintu dalam keadaan malas. Tiba-tiba bunyi guruh yang sangat kuat memadamkan keseluruhan elektrik di blok tersebut. Amir yang terkejut mengurut perlahan dadanya.

Di dalam kegelepan itu, Amir cuba memanggil nama Syam namun dia tidak menyedarkan diri. Amir yang mencari telefon bimbitnya, meraba-raba di dalam kegelapan itu. Akhirnya telefon bimbitnya itu berjaya ditemui. Seusai membuka kekunci, Amir menekan butang lampu di skrin tersebut lalu terpancarlah cahaya terang keluar dari telefon tersebut.

Amir menyuluh ke sekeliling biliknya itu lalu menyuluh pula ke arah katil Syam yang berada di belakangnya itu. Saat sahaja lampu tersebut disuluhkan ke arah katil Syam, Amir tergamam. Badannya menggigil ketakutan lalu dia hampir terkajut ke belakang.

Betul-betul di hadapannya itu, berdiri satu lembaga hitam yang sedang memerhati nya. Matanya merah dan kelihatan lembaga itu merenung tepat ke arahnya. Amir mula menjerit ketakutan lalu lembaga itu menghampirinya.

"Pulangkan barang aku! Pulangkan!" Jerit lembaga itu kepada Amir.

Amir yang kemudiannya terduduk terus menjerit ketakutan. Dengan sekuat hati dia menutup matanya tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya itu. 

"Kau ambil barang aku, sekarang aku akan dapatkan nya kembali. Pulangkan!!" Jerit lembaga itu lagi.

Amir yang ketakutan hanya mampu membaca segala jenis ayat al-Quran yang terlintas di dalam fikirannya. Saat itu dia benar-benar merasa ketakutan malah tidak sanggup untuk membuka matanya. Dia melekatkan kepalanya ke pehanya lalu bersandar di hujung penjuru bilik nya itu. 

Tiba-tiba bahunya disentuh. Amir dengan sepantas kilat menolak tangan itu lalu menjerit sekuat hatinya. Dia yang mahu bangkit dan melarikan diri terkejut kerana mendapati bahawa lembaga itu sudah tiada di hadapannya itu. Kini hanya kelihatan Syam yang sedang membongkokkan badannya untuk melihat keadaan Amir di situ.

"Wei kau ok tak ni? Kau dah kenapa menjerit-jerit dekat sini?" Tanya Syam pelik.

Amir yang masih terkejut memandang ke arah sekeliling bilik nya itu. Dia merasa sedikit lega kerana lembaga itu sudah tiada. Keadaan biliknya juga kembali seperti biasa, lampu terpasang dengan terangnya malah hujan turut reda.

"Aku kena kacau wei. Tadi ada lembaga hitam kacau aku dekat sini." Jelas Amir saat melihat Syam tertanya-tanya dengan keadaanya itu.

"Kau serius lah Amir?" Tanya Syam terkejut.

"Buat apa kau nak tipu kau Syam. Tadi memang ada lembaga hitam dekat katil kau. Tapi lepas je kau sentuh aku, lembaga tu hilang." Kata Amir lagi.

"Meremang terus aku. Habis ni kau ok tak? Tu lah kau dengan baju tak nak tukar, dengan tak mandi  and solat nya lagi terus tidur. Kan dah kena kacau. Huhu." Kata Syam sedikit marah.

"Tadi aku ingat nak baring je, mana lah tahu terlelap terus." Jawab Amir yang cuba bangun dari sudut itu.

"Dah dah, ni kau pergi mandi and solat dulu. Lepas tu baru sambung tidurbalik. Sebelum tido tu baca sekali doa tidur sekali, batu lah hantu tak kacau." Pesan Syam yang turut membantu Amir untuk bangun. 

Merasa badan Amir yang agak panas, sekali lagi Syam berkata-kata:

"Huishhh Amir, badan kau panas ni. Kau ok ke tak? Pergilah mandi dulu nanti aku carikan panadol untuk kau." 

"Tadi macam ok je, entah tiba-tiba rasa tak sedap badan pulak. Ni aku nak mandi kejap, mungkin elok lah kot lepas tu." Balas Amir lalu mencapai tuala yang disangkutkan di atas kerusinya itu.

Melihat Amir berlalu pergi, Syam mula mencari panadol di dalam beg nya. Apabila sudah menjumpai panadol tersebut, dia kemudiannya meletakkan panadol tersebut di atas meja Amir. Dia kemudiannya mengemas sedikit barang-barang di atas mejanya itu lalu merebahkan dirinya di atas katil.

Malam itu Amir demam. Seusai menelan 2 biji panadol, Syam menyuruhnya untuk tidur. Mungkin esok pagi demam nya itu akan kebah. Syam yang kemudiannya menghidupkan lampu meja miliknya itu, lalu menuju ke arah suis utama bilik mereka dan menutup lampu yang menerangi bilik mereka itu. Amir yang sedang berehat mula melelapkan matanya. 

-0-0-0-0-

"Kau ok tak ni Amir? Nak aku bawak pergi klinik tak?" Tanya Syafiq saat melihat keadaan Amir yang masih lagi tidak sihat.

"Aku ok je, kau jangan risau." Jawab Amir tidak berdaya.

"Haishhh kau ni, macam mana lah boleh demam hari pertama orientasi. Dah aku kena duduk sepanjang hari dengan Roommate aku yang membosankan tu." Keluh Syafiq sambil mengambil tuala yang diletakkan di atas dahi Amir.

"Syafiq, aku rasa tangkal tu ada penjaga lah. Malam tadi aku kena kacau." Kata Amir yang masih lagi lemah.

Syafiq yang sedang memerah tuala kecil itu terhenti seketika. Dia kemudiannya melihat ke arah Amir seakan menyuruhnya untuk mengulangi kata-katanya itu.

"Hmmm tak apa lah, kau bukannya percaya dekat aku pun." Kata Amir lagi saat melihat reaksi wajah Syafiq itu.

"Kejap, bercakap tentang tangkal, kau ada pulangkan ke benda tu dekat Roommate aku semalam?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Kau jugak yang suruh aku simpan tangkal tu. Jadi aku pegang je lah. Kenapa?" Tanya Amir lemah.

"Hmmm, pagi tadi aku nampak tangkal tu ada dekat atas meja dia wei." Jawab Syafiq terkedu sambil memandang ke arah Amir.

BERSAMBUNG...

Continue Reading

You'll Also Like

16.7K 1.4K 47
Dan kisah ini bermula setelah aku memilih untuk menginap di kampung untuk beberapa hari. Atau lebih tepatnya, bermalam sendirian di rumah pusaka peni...
2.6K 77 100
Kumpulan Cerita mengubah cara pandang Masalah percaya atau tidak dengan makhluk halus atau semacamnye mengikut diri masing masing. #kisahorang #co...
' dendam ' ft suga By itsfie

Mystery / Thriller

2.4K 141 14
- Dendam yang tak pernah hilang ☀
3.1K 701 116
[COMPLETED #100+++] Puisi haiku berasal dari negara Jepun. Terikat kepada 17 suku kata sahaja dan mengikut pola tertentu 5,7,5. Kigo haiku berunsur a...