[COMPLETED] Suamiku Mr Jutawan

By verreror

1.2M 35.8K 701

'Perempuan ini menyusahkan'-Tengku Arian 'Lelaki ini menjengkelkan'-Alisya Qaisara Adakah mereka akan terus m... More

Prolog
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilogue
NEW BOOK!

Bab 45

19.9K 510 14
By verreror

"Lama lagi ke kita kat sini Mama?"Tengku Arian merengek sambil Alisya memandangnya dengan pandangan yang sayu,'Dia tak kesah pun pasal aku yang cedera ni?'

Sejak Tengku Arian sampai tidak sekali pun mereka bercakap apatah lagi bertentang mata.

"Kamu ni kenapa Ar? Kamu baru saja sampai 20 minit yang lalu dan sekarang kamu merengek nak balik?! Kamu tak kesian kat isteri kamu yang sakit tu langsung ke?"

Dan pertama kalinya, Tengku Arian memalingkan kepalanya memandang Alisya yang dari tadi memerhatikan mereka.'Jangan harap aku nak ambil kesah pasal kau', Tengku Arian senyum sinis memandang Alisya sebelum menggeleng manja ke arah Tun Sharifah.

Sakit, inilah apa yang dirasa Alisya sekarang ni macam hatinya digosok garam pada luka. Hatinya sakit dengan perangai suaminya yang tak pernah ambil kisah tentangnya ni apatah lagi hati perempuannya.

"Budak bertuah ni!!"marah Tun Sharifah sambil tangannya ligat memukul bahu anak seorangnya itu. Tengku Arian tergelak dan itu telah menaikkan kemarahan Tun Sharifah bak kata orang dulu-dulu, jangan disimbah minyak ke atas api."Be Serious for once Tengku Arian bin Tengku Iskandar"

Terus mati gelak ketawa Tengku Arian saat nama penuhnya disebut.

"Ala mama, orang gurau je." kata Tengku Arian  cuba menenangkan hati Tun Sharifah.

"Kamu fikir ini benda lawak ke? Isteri kamu tengah sakit tu dan kamu kat sini cuba buat lawak!"tengkng Tun Sharifah dan semua mata-mata dibilik itu memandang ke arah mereka berdua.

Malu. Ini apa yang dirasakan Tengku Arian ketika ini.

'Haish Mama ni!' Tengku Arian duduk diam-diam selepas drama yang mamanya buat itu.

-

Alisya hanya terbaring di biliknya aka bilik tetamu selepas seharian mengemas rumah.

'Haih! Dah 4 hari sejak aku keluar dan ni je lah aku boleh buat. Kemas rumah, masak dan tidur.'

Alisya yang masih bercuti berbulan madu hanya melepak di rumah sedangkan Tengku Arian sudah mula bekerja sejak Alisya keluar dari hospital.

Sedang dia mengelamun tiba-tiba, perbualan pertamanya yang aman dengan Tengku Arian muncul.

*flashback*

Tengku Arian yang sedang duduk melepak di ruang tamu diganggu dengan kehadiran Alisya.

Alisya duduk dengan berhati-hati di sebelah namun dibiarkan satu tempat duduk itu kosong supaya Tengku Arian tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Alisy duduk dengan keadaan yang tidak selesa sambil tangannya menggosok seluarnya untuk menghilangkan rasa nervous.

'Apa yang patut aku cakap ni?'Alisya duduk disitu dengan hanya satu misi ketika itu iaitu,

1. Misi Mengenali Tengku Arian Bin Tengku Iskandar

Terdapat beberapa misi yang sedang diaturkan Alisya di dalam kepalanya dan menunggu saat yang sesuai sahaja untuk melaksanakan kesemua misi itu.

"Ehem!"Alisya berlakon batuk untuk menarik perhatian Tengku Arian yang leka dengan Annabelle 2 di Astro First.

'Alamak! Salah timing.' Alisya yang terkenal dengan sikap penakutnya itu sudah duduk dengan tidak tenteram dan dia tidak sedar yang dia sudah duduk berhampiran dengan suaminya.

Tengku Arian yang sedar dengan keadaan itu terus bertanya,"Apa yang kau nak tanya tadi?"

Alisya yang bagai tidak sedar kembali ke dunia realiti dan memandang Tengku Arian dan sedar dengan kedudukan rapat mereka mula berganjak ke tempat asalnya semula.

"Erm, saya tertanya apa yang patut saya panggil awak. Abang, Sayang, Hubby, atau ..??"

Satu perkataan sahaja yang perlu dijawab Tengku Arian, "Tengku!"

Alisya memandang suaminya dan terkaku,'itu tak ada dalam senarai pun.' Alisya merengek lalu mengangguk sebelum dia terjerit apabila part terkejut keluar.

Tengku Arian memandangnya sambil otaknya tergelak.'Penakut jugak perempuan ni."

Alisya terus berlari sebelum Tengku Arian menghentikan langkahnya."Dan lagi satu, mulai hari ini kita tak akan tidur bersama dan tak akan pernah berlaku dalm perkahwinan ini. Kita keep safe distance, okay? Bilik kau kat bilik tetamu tu dan kau tak boleh masuk bilik aku tanpa kebenaran. Faham?"

Alisya yang terkaku terus beku.'Alahai keras betul hati suami aku ni Ya Allah!'

Alisya mengangguk lemah sebelum berjalan ke bilik tetamu yang telah ditetapkan Tengku Arian.

*Tamat flashback*

Alisya tersedar dari lamunannya dan dilihat jam di dinding menunjukkan pukul 6:45 petang.

Alisya berfikir-fikir seketika sebelum berjalan ke arah dapur dan bersiap menyediakan bahan untuk memasak makanan malam.

-

Sedang Alisya memasak tiba-tiba pintu utama condominium itu dibuka dan kelihatan Tengku Arian yang masih segak bergaya berjalan masuk.

'Nak tegur atau buat tak tahu je?'

Asyik Alisya sibuk berdebat dengan fikirannya, Tengku Arian sudah pun berada di pintu biliknya dan sebelum ditutup, Alisya memangil,"Tengku nak makan apa malam ni? Saya boleh masak apa-apa je yang Tengku nak"

Tengku Arian tidak menghiraukan Alisya malahan menghentak pintunya dengan kuat sehinggan terloncat Alisya dari tempatnya.

"Astagfirullahalzim" kata Alisya lalu menggosok-gosok dadanya dimana tempat jantungnya berdenyut dengan laju.

"Apahal dengan mamat tu?! Aku tanya dia elok-elok siap bertengku-tengku dengan dia lagi. Ni apa dia balas, nasib aku tak lemah jantung kalau tak dah masuk emergency room dah tengah-tengah senja ni."

Alisy menghabiskan sesi memasaknya lalu ke bilik untuk menunaikan solat maghrib.

-

Alisya duduk di ruang makan dan merenung lauk melayu yang dimasaknya sambil menunggu kehadiran suaminya itu.

'Masak lemak ketam, ikan bakar, air asam, ulam'

Mulut Alisya sudah mula penuh dengan air liurnya dan perutnya sedang bergendang kuat sambil hatinya geram merengek,' Ish! Mana laki aku ni, perut aku dah buat band dah.'

'Harap-harap ni keputusan terbaik yang aku pernah buat.'

Tidak tahan lagi Alisya bangun lalu berjalan ke bilik suaminya dan mengetuk tetapi tidak dijawab lalu dengan sedikit selawat dia membuka pintu perlahan-lahan."Eh! Mana dia ni?"

"Bilik sesegak tuannya dan *hidu* bau macam lelaki."Alisya masuk buat kali pertamanya dan ketika itu dia rasa dia buat pilihan yang paling salah dalam hidup dia.

Pintu bilik air bilik itu terbuka dan kelihatan Tengku Arian dengan hanya berboxer tanpa baju berjalan keluar sambil mengibas-ngibas rambutnya dengan tuala kecil.

Alisya dan Tengku Arian bertentangan mata sebelum mata liar Alisya terlihat otot dan abs suaminya dan sambil itu Tengku Arian terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak di jemput itu.

'Berani dia masuk bilik aku tanpa minta kebenaran?!"

Alisya kehilangan kata-kata dan dadanya berdebar saat melihat wajah bengis Tengku Arian dan melihat kelelakian lelaki itu.

Dan hanya satu perkataan terlintas di fikirannya saat ni,'I'm dead.'

"E-er T-Tengkuuu... Saya,"kata Alisya tergagap-gagap dan ayat gagapannyabitu tidak sempat dihabiskan telah dipotong oleh Tengku Arian.

Satu perkataan itu sahaja telah membuatkan Alisya hampir nak masuk lari pecut."K-E-L-U-A-R."

Tanpa menoleh lagi, Alisya terus memecut keluar sepantas yang boleh dan ditutup pintu dibelakangnya lalu dia terduduk didepan pintu itu sambil memegang dadanya."Ya Allah! Aku hampir tempah kematian sendiri."

Sebelum beredar dari tempatnya duduk sebentar tadi, Alisya menguatkan diri dan mengetuk pintu itu sekali lagi tapi kali ini dia tidak langsung tidak sentuh tombol pintu itu." Tengku kalau nak makan keluarlah, saya dah hidang kat meja makan dah."

Alisya duduk di meja makan sambil merenung lauk didepannya yang hanya tunggu untuk dijamah sahaja.

Selepas 20 minit dan Tengku Arian masih tak keluar, dia terdengar lonceng condominium itu berbunyi dan dengan segera Alisya membukannya dan kelihatan seorang penghantar pizza berdiri di depannya sambil memegang sekotak pizza.

"Ini rumah encik Tengku Arian ke?"tanya penghantar itu dengan sopan sambil tangannya membaca resit yang diterimanya sewaktu membuat penghantaran.

"Ye ni rumah dia tapi kami tak ada buat pesanan pun?"tanya Alisya keliru dan sebelum budak penghantaran itu menyambung, Tengku Arian muncul di pintu sambil menyerahkan duit pizza dan upah kepada budak penghantaran itu sebelum masuk meninggalkan Alisya yang masih di pintu.

'Aku penat-penat masak, dia boleh order PIZZA!! Tak guna betul.'

Alisya tidak menghiraukan masakannya dan perutnya yang sedang berbunyi kerana sekarang ni hatinya lebih penting.

Dengan geram Alisya berjalan menghentak menuju ke biliknya dan ditutup pintunya sedikit kuat lalu mengunci pintu sambil dia menghempaskan badan ke katil bilik itu.

"Bila lah dia ni nak terima aku dalam hidup. Susah sangat ke?'

Tanpa sedar setitik air matanya jatuh kerana sakit dan egonya bagai dipijak-pijak.

-

Vote + Komen = Thankyou💜

Minhyukie-

Continue Reading

You'll Also Like

38.7K 2.8K 41
[Challenge accepted / Bakal Edit] Informasi : Wattpad problem, Bab 28 & Bab 29 Error. Nur Hanisah ; seorang gadis kampung yang tinggal dengan ibunya...
125K 10.6K 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyiek...
1.4M 56.6K 73
Cinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang ins...
41.9K 3.8K 73
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- 🕊️ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa...