Roommate 2 - COMPLETED

By AremieroulAkim

128K 8K 1K

Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhi... More

Prolog
Bab 1: Kenangan Silam
Bab 2: Pesanan
Bab 3: Satu Penjelasan
Bab 4: Gangguan Pertama
Bab 5: Sekali Lagi
Bab 6: Pengakhiran atau Permulaan?
Bab 7: 3 Benda
Bab 8: Dendam
Bab 10: Nilai Persahabatan
Bab 11: Perjanjian Berdarah
Bab 12: Bermulanya Sebuah Cerita
Bab 13: Memori yang Hilang
Bab 14: Misteri Tangkal Hitam
Bab 15: Semakin Rumit
Bab 16: Secangkir Memori di Hati
Bab 17: Mengungkap Rahsia
Bab 18: Lembaga & Tuannya
Bab 19: Hilang dari Pandangan
Bab 20: Dalang Sebenar
Bab 21: Petanda Dalam Mimpi
Bab 22: Kerana Kasih
Bab 23: Antara Sahabat & Dendam
Bab 24: Dan Sebenarnya
Bab 25: Upacara Pertama
Bab 26: Korban Kasih
Bab 27: Satu Persatu
Bab 28: Pemujaan
Bab 29: Ustaz dan Iblis
Bab 30: Pengakhiran
Nota Penghargaan Dari Penulis
What if?

Bab 9: Gangguan

3.9K 247 15
By AremieroulAkim

"Tak pe, Along okay. Abah tak payah datang. Along tahu Abah busy. Lagipun Amir ada ni jaga Along. Abah jangan risau." Kata Syafiq yang sedang berbual bersama dengan Ayah nya di telefon.

"InsyaAllah. Nanti Along dah settle semua kerja Along balik ye. Abah kirim salam dekat Adik sekali, cakap dekat dia Along merajuk sebab dia tak datang jenguk Along dekat sini hihi. Abah pun jaga kesihatan dekat sana ye. Assalamualaikum." Kata Syafiq lagi sebelum mengakhiri perbualannya itu.

"Ayah aku kirim salam. Dia cakap terima kasih sebab jaga kan aku dekat wad ni. Dia tak dapat nak datang sebab bos dia nak dia handle meeting yang lain pulak." Tiba-tiba Syafiq berkata kepada Amir yang sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya di sisi katilnya itu.

"Ooo ye ke? Haaa waalaikumsalam. Lupa nak suruh kau kirim salam balik dekat dia." Balas Amir yang masih bermain dengan telefon bimbitnya itu.

"Amirr.." Nada suara Syafiq sedikit berubah.

"Yup." Balas Amir ringkas.

"Terima kasih sebab jaga aku dekat sini, tolong teman aku masa aku tak sedarkan diri. Sebelum ni aku layan tak layan je kau, tapi kau baik dengan aku. Terima kasih wei." Kata Syafiq sayu.

Mendengar kata-kata Syafiq, Amir memberhentikan permainan di telefon bimbitnya itu lalu memandang ke arah Syafiq yang sedang cuba untuk duduk di atas katil.

"Kalau kau dekat tempat aku pun kau akan buat benda yang sama Syafiq. Kita kan Roommate, lagipun kau dalam kesusahan jadi aku tolong lah. Tentang hal sebelum-sebelum ni, aku anggap benda tu benda yang dah lepas. Aku faham keadaan kau masa tu, so kau jangan lah risau ye." Balas Amir sambil dia membantu Syafiq untuk duduk dengan selesa di atas katilnya itu.

"Banyak benda yang aku tak faham, banyak benda yang masih lagi kabur dalam fikiran aku ni. Aku pun tak tahu nak mulakan dari mana untuk settle semua ni Amir, aku buntu wei." Kata Syafiq sedikit tertekan.

"Buat masa ni Syafiq, kau rehatkan dulu minda kau tu. Jangan fikir benda yang bukan-bukan and jangan seksa diri kau untuk selesaikan semua benda sekali gus. Kau kena sembuh sepenuhnya dulu, then baru kau boleh fikir dengan tenang and selesaikan semua benda ni satu-satu. But seriously Syafiq, for now please get a plenty of rest. Kau tu baru je sedarkan diri wei. Please." Balas Amir yang risau akan kesihatan Syafiq itu.

Syafiq terdiam. Dia sedar bahawa kata-kata Amir itu ada betulnya. Dia perlukan rehat yang secukupnya, barulah dia boleh keluar dari hospital ini dengan segera dan selesaikan semua benda yang menggangu fikirannya selama ini.

"Aku just nak tahu satu perkara je Amir, betul ke yang kau cakap Ustaz Kamal yang datang selamatkan aku malam tu?" Tanya Syafiq inginkan kepastian.

"Please Syafiq, stop it. Rehat lah dulu, nanti kau sakit lagi." Kata Amir sambil memegang perlahan bahu Syafiq.

"Please Amir, aku just nak tahu benda tu je." Rayu Syafiq padanya. 

"Hmmm. Yup, malam tu Ustaz Kamal yang selamatkan kau. I mean, masa aku sampai balik dekat bilik, dia dah ada dekat sana and kau dah rebah dekat lantai. Aku terus panggil budak-budak dekat aras bawah and bawak kau ke hopsital." Terang Amir lalu menegakkan kembali katil Syafiq agar dia boleh baring dengan selesa.

"Ustaz Kamal ikut sekali ke hospital ke?" Tanya Syafiq lagi.

"Tak, aku dengan dua orang budak aras 2 je yang hantar kau ke hospital. Ustaz Kamal tak ikut. Tapi malam tu dia ada datang melawat kau, tapi lewat lah. Dalam pukul 2 macam tu kot. Aku dah lupa." Jawab Amir.

"Ooo ye ke. Hmmm." Syafiq termenung saat mendengar jawapan dari Amir itu.

"Kenapa? Ada apa-apa yang kau nak share dengan aku?" Tanya Amir ingin tahu selepas melihat Syafiq seakan sedang memikirkan sesuatu.

"Aku nak rehat lah Amir, nanti kita sambung berbual lagi ea." Kata Syafiq yang terus memalingkan mukanya ke arah bertentangan lalu memejamkan matanya.

"Look at you! Tadi aku suruh rehat sibuk nak tanya macam-macam soalan. Bila aku dah excited nak dengar dia cerita, boleh pulak dia tidur. Selamatlah kau sakit Syafiq oii, kalau tak dah lama aku siku kepala kau." Kata Amir geram melihat tindakan Syafiq itu.

Syafiq yang sebenarnya tidak tidur kembali membuka matanya itu lalu otaknya ligat memikirkan sesuatu. Seakan ada perkara yang dia tahu, namun dia memerlukan kepastian. Dia tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal sedangkan perkara itu mungkin sebenarnya adalah perkara yang tidak betul.

Tanpa dia sedari, akhirnya matanya terpejam lalu Syafiq pun tertidur. Amir yang kelihatan sedang khusyuk menyambung kembali permainan nya yang tergendala tadi. Sesekali dia ada juga melihat ke arah Syafiq, bimbang sekiranya Syafiq memerlukan bantuannya. Itulah rutinnya sejak 2 hari yang lalu, menemani Syafiq sehingga dia dibenarkan pulang oleh Doktor.

-0-0-0-0-

Malam itu suasana di wad seperti biasa, sunyi. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.20 malam, namun rata-rata pesakit sudah pun mula berehat dan bersedia untuk melelapkan mata. Amir yang ketika itu baru sahaja selesai menunggu Syafiq menunaikan solat, bangkit dari kerusinya lalu menghampiri Syafiq.

"Aku nak naik surau kejap, nak solat. Kalau kau nak apa-apa telefon aku ea." Kata Amir padanya.

"Laaaa dari tadi kenapa kau tak nak pergi, aku ok je lah dekat sini. Aku bukannya budak kecik. Lagipun aku boleh bergerak sendiri, kau tak payah lah susah-susah nak risau pasal aku, serious aku okay wei." Kata Syafiq serba salah kerana Amir terlalu baik menjaganya.

"Yup aku tahu kau nampak sihat, tapi kau lupa apa Doktor pesan petang tadi? Kau still need someone untuk teman kau ke mana-mana yang kau nak pergi sebab risau kalau kau tiba-tiba pengsan lagi. Lagipun aku bukannya buat apa dekat sini, anggap je lah tu kerja aku teman kau ke sana ke sini tu ye. Haha." Balas Amir lalu mencapai beg kecil yang berada di dalam almari di sebelah katil itu.

"Haha baik bos!" Kata Syafiq sambil menggelakkan Amir.

Amir kemudiannya berjalan menuju ke pintu keluar. Dia menarik tombol pintu tersebut lalu berjalan keluar dari wad tersebut. Syafiq yang hanya memerhatikan Amir berlalu pergi, kini mencapai senaskah al-Quran lalu menyambung kembali bacaannya petang tadi. Suaranya diperlahankan sedikit kerana khuatir dia akan menggangu pesakit lain yang sudah mulai tidur.

-0-0-0-0-

Seusai menunaikan solat Isyak, Amir pun bangun sambil melipat kembali sejadah yang diambil dari rak di belakang surau tersebut. Dia kemudiannya berjalan perlahan menuju ke belakang surau itu untuk meletakkan kembali sejadah yang diambilnya tadi. Dia kemudiannya keluar dari surau tersebut lalu menuju ke arah lif yang berada tidak jauh dari surau itu.

Saat dia menghampiri lif tersebut, matanya terpandang sesuatu yang berada tidak jauh darinya. Kelihatan seseorang yang sedang duduk di hujung kerusi di ruangan rehat tidak jauh dari surau itu. Orang tersebut yang memakai baju pesakit hospital sedang termenung jauh ke arah luar jendela. Dari belakang, Amir seakan mengenali lelaki tersebut.

Dia pun berjalan perlahan menuju ke arah lelaki tersebut untuk memastikannya.

"Ya Allah Syafiq, apa kau buat dekat sini? Degil betul kan kau ni." Marah Amir saat mendapati bahawa sangkaannya tepat sekali. 

"Aku bosan lah duduk dekat wad tu je, kau pulak lama dekat sini. Itu yang aku naik sini ni." Balas Syafiq tanpa rasa bersalah.

"Masalahnya bahaya kau tahu tak. Habia kalau kau pengsan masa nak naik atas ni siapa nak tolong kau? Selamatlah kau tak apa-apa. Haihhhh budak ni." Kata Ami yang masih marah padanya.

"Cantik kan bintang malam ni. Dah lama aku tak nampak bintang secantik ni wei." Syafiq cuba menukar topik perbualan mereka.

"Dari katil kau tu boleh nampak jugak. Dah-dah jom lah kita balik Syafiq. Aku nak pergi ambil kerusi malas lagi, nanti kalau lambat habis pulak karang." Kata Amir lalu menarik lengan Syafiq perlahan.

"Kau baliklah dulu, aku nak duduk sini kejap. Nanti aku balik ea." Balas Syafiq yang enggan pulang bersama Amir.

"No way! Jom kita balik sekarang. Dah lewat ni. Esok bintang ada lagi, jangan risau." Kata Amir yang tidak mahu meninggalkan Syafiq seorang diri di situ.

Syafiq yang masih berdegil mahu duduk di situ akhirnya mengalah apabila Amir dengan sekuat hatinya menarik lengan nya lalu membawanya menuju ke arah lif yang berada tidak jauh dari situ. Ditekannya butang untuk turun ke bawah lalu mereka pun menunggu lif untuk tiba di aras tersebut.

Sedang mereka menunggu lif untuk tiba, seorang pengawal keselamatan muncul lalu berdiri betul-betul di sebelah mereka. Dia juga mahu turun ke tingkat bawah seperti mereka. Apabila lif tiba, Amir menarik lengan Syafiq perlahan lalu membawanya masuk ke dalam lif tersebut. Amir yang terlihat akan jelingan pengawal tersebut, merasa pelik. Salah ke dia nak memimpin seorang pesakit? Amir menjeling kembali ke arah pengawal yang berada di hadapannya itu.

"Aku rasa mak guard tu ingat aku gay lah wei. Hahaha." Gelak Amir saat dia dan Syafiq keluar dari lif tersebut.

"Hahaha aku pun perasan jugak dia pandang kau pelik semacam je. Tu lah kau, sibuk sangat nak pegang-pegang aku, kan dah kena cop gay. Hahaha." Balas Syafiq yang turut ketawa.

"What ever! Yang penting kau tu tak jatuh, dah lah kau tu lemah lagi, sibuk je nak jalan sana sini. Lepas ni kau jalan-jalan lagi, aku cium kau depan mak guard tadi. Muahahaha." Gurau Amir lalu berlakon seperti mahu mencium Syafiq.

"Euwwww, dah sah kau memang gay! Jangan pegang aku lagi. Hahaha." Kata Syafiq lalu berlari masuk ke dalam wad mereka.

"Nak ke mana tu sayang? Jangan lari, abang kejar ni." Amir berjalan laju cuba untuk mengejar Syafiq yang sudah pun memasuki ruang wad tersebut.

Amir kemudiannya mencapai lengan Syafiq lalu memimpinnya masuk menuju ke bilik mereka. Kedua-duanya cuba untuk menahan gelak kerana tidak mahu menggangu pesakit lain. Habis merah muka Amir kerana menahan gelak. Syafiq pula yang berada di sebelahnya menggigit lengan baju nya itu agar dia tidak mengeluarkan bunyi ketawa yang kuat.

Mereka kemudiannya sampai ke bilik mereka lalu Amir menolak pintu biliknya itu perlahan. Suasana gelap menyelubungi bilik itu kerana kesemua lampu sudah dipadamkan. Amir memimpin Syafiq masuk lalu menutup pintu tersebut kembali. Dia yang masih menahan gelak nya itu kemudiannya membuka tirai yang memisahkan di antara 2 katil di dalam bilik wad tersebut.

"Amir, kau dah balik ke? Tolong aku amikkan air boleh tak Amir, aku haus lah." Tiba-tiba kedengaran suara seseorang dari atas katil Syafiq itu.

Amir tergamam. Itu suara Syafiq. Jadi sekiranya Syafiq sedang berbaring di atas katilnya, tangan siapa yang sedang dia pegang itu? Amir mula menggigil. Genggaman tangannya itu mula dilepas perlahan, namun tangan tersebut seakan tidak mahu dilepaskan.

BERSAMBUNG...

Continue Reading

You'll Also Like

166K 1.9K 25
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
16.5K 2.5K 55
Karya : Shazwan Hassidiq Shafiq merupakan pelajar biasa yang tinggal di pedalaman dipaksa oleh ibunya untuk menuntut di salah sebuah Akademi yang ter...
60.9K 4.7K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
25.3K 1.3K 29
Mengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan s...