My Love Made In Korea

By elmochim__

20.9K 809 104

"Kpop? Huh? Merepek lah!" Ayna Inshirah. Boleh dikatakan haters kpop or Korea. Bila disebut je Korea ada je... More

Author Merepek
Ch 1- "plastic Always Be Plastic"
Ch 3 - Selesa
Ch 4 - Melecur
Ch 5 - Yna Dan Yong
Ch 6 - Holiday
Ch 7 - Lagu
Ch 8 - Truth Or Dare
Ch 9 - Daging Panggang
Ch 10 - Sarah
Ch 11 - omma
ch 12 - Joon buat hal
Ch 13 - tak sangka
Ch 14- Jealous?

Ch 2 - Pandangan Sinis

1.7K 58 23
By elmochim__


Aku tenung Tae Yong. Dia pun memberi pandangan sinis. Oh wow belagak.

"Okay Tae Yong awak boleh duduk nak duduk mana mana pun boleh dekat hati saya pun boleh hihi." balas cikgu Azizah dengan gaya gediknya.

Tae Yong jalan menuju di hadapan aku. Ada kerusi kosong dan sebelah dia Adam yang merupakan ketua kelas aku.

Tae Yong masih dengan senyuman sinis dia. Apahal? Tak puas hati? Tarik bibir kau jadi besar macam orang Nigeria memang padan muka!

Subjek pertama di ajar oleh cikgu Azizah. Aku malas nak beri tumpuan dekat cikgu ni bosan lah dia ajar tak habis habis dia buat eyes contact dengan mamat Korea ni.

Aku letakkan kepala atas meja. Tidur balik lagi bagus ni. Makin lama aku makin dibuai mimpi.

"Klik!"

Aku tersedar dari tidur dalam 0.1 saat tu. Flash dari kamera cikgu Azizah membuatkan mata aku silau.

"Yes saya dah dapat gambar awak tidur. Memang saya hantar dekat Mak ayah awak biar padan muka!" kata cikgu Azizah.

Semua pelajar dalam kelas mengelakkan aku. Aduh Aisya, Farha kenapa kau tak ada dalam kelas ni! Kenapa kau dalam kelas lain? Aku tak ada geng! Geng aku cuma Bedah je yang tak abis abis mendebukan meja ni dengan bedak dia.

Rasa nak nangis pun ada. Hm. Aku memandang orang depan aku. Tae Yong memandang aku dengan senyuman sinis dia tu. Hell lah kau orang gelakkan aku asal kau je bagi senyuman sinis? Tampar jugak muka plastik kau tu!

Tak lama kemudian masa cikgu Azizah pun tamat. Aku segera bangun dengan semangatnya untuk turun rehat. Lonceng juga telah berbunyi.

Sedang seronok melangkah tanpa sedar kaki Tae Yong yang panjang dan terkeluar itu membuatkan aku tersadung dan

"Gedebukk!!"

"Aduhhh!!"

Muka aku tersembam di atas lantai yang kotor dan hitam ni. Aku segera bangun dan membersihkan kotoran dekat baju. Mamat Korea ni eishhhhh!

"Kau ni kan dari semalam lagi kau datang dah bawak bala ke aku tau! Apa ni kau memang suka menyusahkan orang ke apa?" marah aku pada Tae Yong.

"Bukan ke kau yang kena berhati hati?" balas Tae Yong memanaskan dalaman hati aku serta organ dalaman aku dan satu badan aku.

"Arghhh!" aku jerit dengan geram dan segera keluar dari kelas.

Biarlah ada mata mata yang pandang aku dah tak kisah!

__

"Tae Yong kau ada apa apa ke dengan Ayna?" tanya Adam. "Tak ada lah. Dia kot yang stres dengan aku." kata Tae Yong. "For your information Tae Yong, dia tu anti dengan Korea tau. Sebab tulah kau kena tempias dia." kata Adam. Tae Yong mengangguk. Ouh patutlah dia tu macam orang dah tak betul.

"Since bila dia jadi macam tu?" tanya Tae Yong. "Entah lah kau kena tanya dia." kata Adam dan menepuk bahu Tae Yong. Kemudian Adam berlalu pergi turun untuk rehat.

"Hyung!!" panggil Tae Joon yang berada di luar kelas Tae Yong.

"Hyung amacam okay tak dengan kelas ni?" tanya Tae Joon. "Hm okay je. Kau ingat tak budak semalam yang macam singa marah tu?"

Tae Joon memandang atas untuk berfikir. "Yang air tumpah atas baju dia tu?" Tae Yong mengangguk. "Hah kenapa dengan dia?"

"Dia sekelas aku. Nama dia Ayna." kata Tae Yong. "Wah jjinja? Daebak!"

"Apa yang daebaknya?" tanya Tae Yong sambil keluarkan roti dalam begnya. "Haha tak adalah saja. Tadikan hyung, Joon dapat kawan dengan seseorang ni. Nama dia-"

"Maaf tak boleh ada dalam kelas masa tengah rehat. Oh maaf awak berdua pelajar baru eh?" seorang pengawas perempuan tidak bertudung mendekati mereka berdua. Tae Yong melihat name tag nya.

'Kate'.

Tae Yong mengangguk. Kemudian Tae Yong menarik adiknya keluar.

__

Aku mengunyah karipap dengan laju. Stres nya! Kenapa lah aku kena hadap orang Korea ni dah aku aku benci orang Korea eish!

"Ayna kau okay ke?" tanya Aisya risau kawannya tu tersedak ke apa ke.

"Kau rasa aku okay ke ha? Dahlah aku malu lagi pasal semalam lepas tu dia masuk sekolah ni pulak. Bukan ke ada banyak sekolah dalam dunia ni? Kenapa sekolah ni yang terpilih? Kenapa kenapa kenapa? Ergh!" aku mula sambung kunyah karipap.

"Yelah yang kau benci sangat dengan Korea tu kenapa? Diorang tak ada buat apa apa pun dekat kau kan?" kata kata Farha membuatkan aku terdiam.

Segala kisah silam terngiang ngiang di kotak fikiran aku.

"Fakehope."

"Fakehope?" Serentak Aisya dan Farha menanya aku.

"Hm tak ada apa apa lah."

Aku bangun dan segera menuju ke tandas.

Lonceng waktu balik telah berbunyi. Pelajar pelajar apa lagi berpusu pusu lah keluar balik risau rumah lari lagaknya.

Ayna mengemas buku bukunya masuk kedalam beg. Kelihatan Bedah sedang 'touch up' muka dia dengan bedak. Haih nak balik pun nak mekap ke?

"Kau asal make up? Kan dah nak balik?" tanya aku pada Bedah. "Ala kejap lagi aku nak jumpa boyfriend aku. Hihihi." gelak Bedah buat aku nak tampar muka dia tapi risau berdebu pulak sekolah ni.

"Hm tak apa lah. Selamat maju jaya jumpa boy to friend kau." aku sangkut beg aku dibahu dan jalan keluar. Ketika jalan aku pandang Tae Yong namun satu jelingan tajam diberi pada dia.

"Ayna!!"

Aku memandang suara yang memanggil aku.

Adam. Atau nama panjang dia Adam Farhan bin Muiz.

"Yee Adam?" Adam mendekati aku. "Kau balik seorang je ke?" tanya Adam. Aku memandang dia untuk kepastian. Dah kenapa dia ni demam ke apa? Tiba tiba panggil?

"Haah seorang je sebab Alya ada kelas musik. Kenapa?" tanya aku pada Adam.

"Tak adalah. Hm hati hati balik. Aku balik dulu tau." kata Adam lagi kemudian berlalu pergi. Aku terdiam. Buang tabiat ke si Adam tu?

Ahh lantak lah. Aku berlalu pergi. Aku nampak Tae Yong dengan seorang lagi lelaki semalam yang bahagia tumpahkan air dekat baju aku berjalan dua orang di susur gajah.

Malas nak pandang lagi lagi Mamat Korea ni, aku segera berjalan laju mengalahkan siput khinzir dan mengalahkan Usain Bolt.

"Ayna!"

Aduh memangnya harini hari panggil nama orang sedunia ke? Kenapa aku asyik kena panggil je. Ohh baru ingat! Plan aku! Plan yang aku plan semalam! Ha faham fahamkan lah ayat aku.

"Kau nak apa?!" lain layanan aku berbanding aku layan Adam tadi.

Tae Yong tersenyum sinis. Adik dia disebelah hanya tersenyum. Kau nak apa senyum senyum?

Oh ya! Aku keluarkan 3 ratus yang diberi oleh Tae Yong semalam.

"Nah ambil duit ni. Aku tak perlukan pun duit dari orang Korea. Ada baiknya korang pergi beli plastik. Bukan ke korang suka tampal plastik kat muka? Banyak plastik dekat Malaysia ni kalau kau nak tahu. Ada warna merah, kuning, biru ha yang berjenama Mydin, Tesco pun ada-"

Tae Yong melangkah setapak ke depan membuat kan kata kata aku terhenti. Apasal dia ni? Dahlah tinggi aku kena tengok dia sambil mendongak.

"Kau ni tak boleh berhenti cakap ke ha?" Tae Yong makin melangkah kehadapan.

Aku pula semakin kebelakang. "A-apa kau nak buat ni?!" aku cuba cari pertolongan. Tapi malang semua dah balik yelah risau rumah lari.

Makin lama aku dapat rasa dinding dibelakang aku. Duh dinding ni memang selalu ada waktu waktu gini so klishe!

"Hyung, tak baiklah dahlah tu." kata Tae Joon.

"Sabar Tae Joon. Apakata kita have fun dengan dia sikit?" sinis je Tae Yong berkata kata buat aku rasa lemah lutut.

"Eh tepilah!" aku tolak dada dia namun badan dia yang sasa tu tak terkesan langsung dengan tolakan aku. Aku kena workout ni hm.

Tae Yong mendekatkan mukanya dengan muka aku. Perlahan namun makin lama makin dekat sehinggalah aku dapat rasa deruan nafasnya yang macam anjing lapar. Haha jahatnya boleh pulak bergurau.

Aku memejamkan mata. Muka jangam cakap cuak habis. Masa ni aku rasa muka polla lebih cantik dari muka aku. Jantung dah berdegup laju kalah Usain Bolt. Alah Usain Bolt lagi. Badan aku pula dah sebati dengan dinding yang muncul tiba tiba bila saat genting macam ni.

'Klik!'

Kemudian disambung dengan gelak ketawa. Aku buka mata aku.

Aku lihat Tae Yong sedang memegang Iphone nya dan gelak tanpa henti sehingga tergolek. Tae Joon pula sama je gelakkan aku. Muka aku dah merah padam.

"Kau tengok ni. Muka ni nak belagak gangster? Baru uji sikit dah hodoh muka kau. Aku rasa kau yang patut buat pembedahan plastik tu hahahah!" gelak Tae Yong sambil tangan dia menunjukkan muka aku yang sedang pejam mata dan seperti nak buang air besar tapi tak jumpa tandas.

Aku cuba rampas telefon dari tangan Tae Yong malangnya tangan Tae Yong lebih pantas mengangkatnya keatas. Aku cuba capai dengan menjongket namun tak berjaya.

"Weh bagilah!!" jerit aku. "Taknak haha!" gelak Tae Yong. Akibat geram dah tahap maksimum, aku menendang kaki Tae Yong yang membuatkan dia jatuh terduduk. Tae Joon pula mengambil telefon tu dan simpan dalam poket seluar belakang.

No aku takkan raba dia untuk ambil telefon tu.

Dah bengang sangat aku hampir mengeluarkan air mata namun ditahan.

Aku biar kan Tae Yong dan adiknya itu. Dengan pantas aku lari keluar dari sekolah yang like hell ni.

Aku stress!!

Tbc.

Continue Reading

You'll Also Like

110M 3.4M 115
The Bad Boy and The Tomboy is now published as a Wattpad Book! As a Wattpad reader, you can access both the Original Edition and Books Edition upon p...