Isteri Istimewa

By Kyennss

519K 16K 780

Sebab ego, aku terjebak dengan benda gila ni. Kerana pantang dicabar, aku sanggup buat benda yang dilarang da... More

Kehidupan si Watak Novel
I Hate You!
Diva Kampung
Si Comel Qisha
Kau Tolong Jaga Dia
Tolong Jangan Pergi!
Pesanan Darinya
Bayang
Cabar
Kenapa? Terancam?
5 Seni
Challenge
Dia Memang Playboy
Where is My Abit?!
Marathon
Blood?!
Iman Merayu?
Iman Tak Faham!
Target Hafifar
Sweet or Creepy?
You're Not the First
IMAAAAAANN!!!
Pembohong!
Trauma
Ben Maxy Alexander
Fetraaaaaaaaahhh!!!
Good Boy Vs. Bad Boy
Muslihat
Bahagia
1 Juta
Jangan Cari Saya Lagi!
Kau Ceraikan Dia!
I Tunggu Depan Rumah You!
Rindu
Anugerah
Iman Malu?
Aku Nak Kenal Kau..
Aku Dah Sedia..
Kalau Tak Kita Cerai!
Senyuman Terakhir Ketua Pengawas
Dia Ayah Aku.
Pilihan
Perangkap Dalam Diam
Aku Bukan Perempuan Simpanan
Dendam Terbalas
I Love You♡
Thank You!
Promote
Promote
Promote
Attention!
Promote
Siapa Nak Bab Tambahan?
Pencerahan
Baby
Oh Karipapku!
Diva Dah Kahwin.
Until Jannah
100K
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
Promote
PROMOTE
2 April
Idea Muncul Lagi!

Bayangan Hitam

8.7K 277 8
By Kyennss

7 tahun kemudian...

"Sayang! Tolong abang!" Fetrah cepat-cepat menaiki tangga setelah mendapat panggilan daripada si suami, dia menuju ke bilik beradu mereka dan melihat si suami sedang bergelut dengan lampin bayi. "Kenapa tu?" Hampir tergelak Fetrah melihat Iman yang bagaikan orang sedang menari zapin dengan lampin di tangan, namun dia hanya menahan gelak demi menjaga hati Iman. "Eee.. gam dia ni ha.. kenapa sayang tak beli yang terus pakai tu ja. Lagi senang."

Iman menampar angin bagi menanggalkan lampin yang telah terlilit di kedua-dua tangannya, Fetrah menggeleng-gelengkan kepala melihat Iman, Izhar Faiezal, anak pertama mereka yang baru berusia setahun tersenyum melihat ayahnya yang kelihatan tertekan dengan lampinnya itu. Oleh kerana kasihan melihat Iman yang terkial-kial mahu menanggalkan lampin tersebut, Fetrah datang untuk membantu. "Mari sini, biar sayang buat. Abang duduk diam-diam." Fetrah menarik lembut tangan Iman, Iman hanya memandang tangan Fetrah yang menanggalkan gam lampin tersebut.

"Ha.. tanggalkan pun." Fetrah duduk di atas katil lalu bermain-main dengan anak mereka, dia perlahan-lahan memakaikan Izhar lampin tersebut. "Huh, menyusahkan punya lampin. Kesian anak papa. Alolo.." Iman duduk di katil lalu bermain-main dengan pipi tembam Izhar, Izhar hanya ketawa geli hati. "Abang kejap, sayang nak pakaikan dia baju." Iman berbaring secara menyiring dan menongkat kepalanya, dia memandang Fetrah yang memakaikan Izhar baju.

"Ok.. anak mama dah siap!" Fetrah mengucup pipi Izhar, matanya beralih ke arah Iman yang tidak berhenti memandang dirinya. "Kenapa tengok macam tu?" Soal Fetrah ingin tahu, "Kenapa? Tak salahkan tengok isteri sendiri. Lebih-lebih lagi isteri hot macam sayang." Iman bangkit lalu mengucup pipi Izhar dan seterusnya pipi Fetrah agak lama. "Izhar tengoklah." Fetrah mengalihkan wajahnya, Iman memandang Izhar sambil tersenyum. "Biarlah dia tengok betapa sweetnya papa dia ni. Supaya nanti anak papa ni pun shuwit!" Iman melagakan hidungnya dengan hidung Izhar, tergelak anak kecil itu bagaikan mengerti kata-kata Iman.

"Ee.. dah lah tu. Abang pergilah sarapan nanti lambat masuk kerja, dah lah first time masuk kerja kat sana hari ni... tengok! Necktie pun tak pakai lagi." Fetrah mengensot menjauhkan Izhar dari Iman sambil membebel, Iman menunduk memandang lehernya yang masih belum memakai tali leher. "Pakaikan necktie tu untuk abang. Please.. Izhar biar apa pegang." Izhar kini telah bertukar tangan, Fetrah menggeleng lalu berdiri mengambil necktie Iman.

"Mari sini." Iman mengensot mendekati Fetrah, dia hanya diam sepanjang Fetrah melilitkan tali leher di lehernya. Matanya tidak beralih dari wajah Fetrah yang focus melilit tali leher itu, "I'm gonna miss you sayang. Hmm.. tak kerja nanti apa nak bagi sayang dengan Izhar makan, sayang tabah ok." Iman menepuk lengan Fetrah perlahan. Fetrah mengerutkan dahinya, "Sayang ok ja kot." Iman tersenyum sinis.

"Sure? But I'm totally sure yang sayang akan rindukan muka handsome abang ni." Kata Iman yakin sambil menjongket keningnya beberapa kali, "Ee.. dah lah pergilah kerja abang ni." Fetrah mengambil Izhar dari tangan Iman. Iman hanya membiarkannya dan memperkemas rambutnya sedikit. "Ok, abang jalan dulu, nak cari bini baru." Fetrah menjeling Iman tajam, Iman menayang sengihnya.

"Tak adalah, sedangkan yang sorang ni pun abang susah nak dapat ada hati nak dua. Dalam mimpi pun tak ada kot." Iman mengusap rambut Fetrah, "Tau pun!" Fetrah melangkah keluar dari bilik. Iman tersenyum senget, "Jealous lah tu!"

****

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, Iman mula melakukan tugas pertamanya pada hari tersebut. Tidak berhenti dia menerima salam perkenalan daripada rakan-rakan sepejabat, semuanya peramah dan saling membantu. "Weyh, Fir!" Iman mendongak memandang ke arah suara itu, terkejut dia melihat sahabatnya yang sudah lama tidak dijumpai. "Woi, Niff! Ya Allah, mana kau hilang? Gila sombong kau tak contact langsung. Number phone pun kau tukar."

Iman dan Haniff saling bersalaman, jelas sekali Iman gembira bertemu Haniff setelah dia menghilang selepas setahun mereka tamat belajar. "Hahaha.. aku ada ja. Cuma lepas habis ja belajar aku berhijrah ke Kedah tempat pak cik aku. Pasal number phone tu sorrylah Fir, bukan sengaja. Handphone aku hilang masa aku first day sampai sana. Tu yang lost contact tu." Haniff tersengih lebar, "Eleh kau, insta, wechat, FB ada kot. Takkan lupa password. Jujur ja lah Niff kalau kau nak mengelak dari kitorang." Iman mencebik. "Alamak, kau merajukkah Fir? Hahaha.. sejak bila ni?!"

"Sejak hadirnya cahaya hidupku Fetrah dan Izhar." Iman tersenyum sambil menutup mata, dia membayangkan wajah isteri dan anaknya. "Fetrah aku kenal.. Izhar siapa? Oh! Anak kau erk? Kau kata Fetrah pregnant kan time kita semua konvo tu." Haniff memetik jarinya apabila teringat akan kisah lalu, "Yup! Dah setahun dah anak aku, baru kau muncul balik! Bertuah punya manusia!" Iman mengusutkan rambut Haniff. Haniff hanya ketawa dan mengelak tangan Iman.

"Amboi, rancak berbual." Iman dan Haniff memandang ke arah Siti, seorang pekerja yang sudah lama berkhidmat di syarikat itu. "Hehe.. kawan lama kak." Haniff mengganding bahu Iman, Iman hanya tersenyum. "Hmm.. ya lah.. tapi kerja jalanlah dik oi. Nanti bos tu bising pula." Pesan Siti dan berlalu pergi, "Ok kak." Kata mereka hampir serentak. "Jap, Fir kau kerja sinikah? Kau kah pekerja baru tu?" Soal Haniff seakan tidak percaya, "Kau dah nampak aku duduk dekat sini. Sah-sahlah aku kerja sini." Jawab Iman sambil menepuk mejanya.

Riak wajah Haniff kelihatan sedikit terkejut, "Kau yakin Fir kau nak terus kerja dekat sini?" Iman mengerutkan dahinya. "A'ahlah, kau pe hal?" Haniff mengeluh seketika, "Kau dah jumpa adik bos kitakah?" Soal Haniff lagi. Iman menggeleng, "Kenapa dengan adik bos?" Tanya Iman ingin tahu. "Nothinglah. Aku just nasihatkan kau berhati-hati ja. Ok lah, aku pergi tempat aku dulu. Nanti lunch sama-sama." Haniff menepuk bahu Iman dan berjalan ke tempatnya, Iman hanya memandang belakang Haniff sekilas lalu kembali menyambung kerjanya.

Seorang wanita yang baru sahaja memasuki ruang bangunan pejabat itu terus menjadi perhatian semua pekerja, masing-masing membongkokkan sedikit badan mereka apabila wanita yang berambut panjang dan ikal di bahagian hujung lalu berdekatan mereka. Ditambah lagi dengan rambutnya yang putih keperang-perangan, membuatkan dia amat mudah dikenal pasti.

Senyuman sinisnya tidak lekang dari wajah, setiap lelaki dan wanita yang dipandang kelihatan sungguh lemah dan bodoh di matanya. Tiada sedikit pun perasaan sayang terhadap orang disekelilingnya itu, apa yang ada hanyalah kebencian dan dendam. Langkah kakinya terhenti dengan tiba-tiba, wajah Iman dan Haniff yang muncul dari sebalik lif membuatkan dia terkejut.

Ehh.. ni bukan Norel kah?

Haniff memandang Iman dan Norel silih berganti, Iman tidak menunjukkan apa-apa reaksi, dia amat pandai menyembunyikan reaksi wajahnya. Dia hanya berlalu pergi bersama Haniff meninggalkan Norel yang berdiri kaku di hadapan lif. "Wait!" Norel laju mengejar Iman dan Haniff, Haniff menoleh ke arah Norel yang membesarkan langkahnya. "Wait a minute!" Iman berhenti, dia mengeluh lalu memandang Norel.

"Ya?" Iman menunjukkan riak wajah yang biasa, Norel masih diam kerana tidak percaya akhirnya dia berjaya menemui Iman, rasa rindunya kepada lelaki itu timbul kembali. "Cik ni siapa? Kita kenalkah?" Iman tersenyum segaris, Norel tersentak mendengar ayat Iman. "Firdaus.. it's me.. Norel. Norel Hafifar!" Norel menggenggam tangan Iman lalu menggoncangkannya, Iman segera menepis dan mengerutkan dahinya.

"Oh, kau Norel. Manalah aku kenal bila kau dah tukar colour rambut. By the way, jangan nak pegang-pegang aku erk. Aku dah tak macam dulu, sekarang semua ni milik isteri aku. Faham? Ok, bye!" Iman terus berlalu pergi setelah melontarkan kata-katanya jelas kedengaran di telinga Norel, Norel terkaku dan terkedu. "Dah lah tu. Dia suami orang dan.. ayah orang.." Haniff menepuk bahu Norel beberapa kali lalu mengejar langkah Iman, Norel memandang belakang Iman tajam. Perasaan rindu tadi telah terhapus serta merta.

Finally, aku dah berjaya jumpa kau semula. Kau tunggulah, kebahagiaan kau tu akan berakhir tak lama lagi!

****

"Hi, aunty!" Fetrah masuk ke dalam kedai bakery Fatin bersama Izhar, "Hi, Fetrah. Hi juga cucu nenek! Muah!" Fatin mendekati Fetrah dan terus mengucup pipi tembam kanak-kanak itu. "Wah! Cucu atok datanglah!" Qairil terus menerpa ke arah Izhar lalu mengambilnya dari tangan Fetrah, ketawa riang terus anak kecil itu setelah berada di tangan suami Fatin. Ya, mereka telah pun berkahwin. Pada mulanya, Fatin agak risau jika keluarga Qairil tidak menerimanya kerana faktor umur, tetapi kenyataannya mereka sangat gembira menerima Fatin sebagai menantu. Kata mereka, Fatin sangat matang dan penyayang, pasti dia boleh menjaga Qairil dengan baik. Qairil juga tidak kisah untuk menjadi seorang pak cik kepada Fetrah dan datuk kepada Izhar pada usia mudanya, apa yang penting baginya ialah dia berjaya menjadi suami Fatin.

"Sayang main dengan atok dulu tau, mama nak kerja." Fetrah masuk ke dapur lalu mengambil apronnya yang tergantung, dia memperkemas selendang di kepala sebelum mula bekerja. Setelah tamat belajar, Fetrah mengambil keputusan untuk bekerja di bakery yang dibuka oleh Qairil dan Fatin, memandangkan dia mempunyai bakat dalam membuat kek, tidak salah baginya untuk mengasah bakat dengan lebih tajam.

Ting!

Fetrah mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej yang masuk di aplikasi whatsapp, Fetrah tersenyum apabila mendapati mesej itu daripada Iman. Dia menghantar gambar dengan caption..

"I miss you"

"Mengadalah Iman ni!" Fetrah tersenyum melihat wajah Iman yang mencebik sambil wajahnya diletakkan di atas meja dan beralaskan tangan. Fetrah menekan kamera lalu mengangkat tangan ke udara, dia menayang peace dengan dua jarinya sambil tersenyum lebar. Setelah gambar diambil, dia menghantarnya kepada Iman. Jari jemarinya rancak menari di atas skrin telefon bimbit menulis caption.

"Smile and remember why you want to work. We need to sacrifice since we are parents now. Don't worry, wherever I go, you will aways in my mind and my heart. I love you♡"

Ayat terakhir Fetrah membuatkan Iman tersenyum lebar, berbunga-bunga hatinya membaca ayat itu. Iman membetulkan duduknya, badan ditegakkan lalu nafas dihembus. Benar, dia harus mengorbankan masa bersama keluarganya untuk mencari nafkah buat anak dan isteri. Dia harus menggalas tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang ketua keluarga.

"Hi, serious nya kerja." Iman menoleh memandang seorang wanita yang berdiri di tepi mejanya, tinggi, kurus dan mempunyai senyuman yang menawan. Iman tersenyum segaris lalu memandang kertas kerjanya semula, "Mestilah, untuk keluarga dan anak-anak juga." Katanya perlahan tetapi dapat didengari dengan jelas. "Oh.. dah kahwin."

Iman hanya diam dan membiarkan wanita itu berdiri di situ, "Saya Syazwana. Panggil Wana ja." Wana menghulurkan tangan. Iman memandang tangan itu lalu memandang wajah Wana, "Saya Iman Firdaus. Panggil Firdaus. Maaf ya, kita bukan muhrim." Iman tersenyum sinis dan menyambung kerjanya semula. "Oh, maaf, maaf. Saya just nak kenal ja. Hehe. Awak kawan Haniff erk?" Iman mengerutkan dahinya lalu memandang Wana buat kesekian kalinya.

Apahal minah ni banyak tanya.

"Yup. Dia kawan saya. Kawan baik saya. Ada masalah?" Iman menjongket kening kanannya, "Oh, kawan baik. Kalau kawan baik, saya nak minta number Haniff boleh?" Iman sudah dapat menangkap maksud sebenar di sebalik salam perkenalan Wana, dia tersenyum penuh makna. "Kalau nak, pergilah minta dekat dia sendiri." Riak wajah Wana bertukar resah, "Tak nak lah Firdaus. Kawan awak tu garang sangat! Muka dia ketat ja sepanjang saya kenal dia. Tapi jumpa awak ja, barulah saya tengok dia senyum. Comel!"

Wana menutup mulutnya apabila dia merasakan dia telah membuatkan beberapa pekerja memandangnya, Iman hanya menahan ketawa, kini dia tahu kawan baiknya itu mempunyai seorang peminat. "Hey, Wana! Kau buat apa dekat sini? Pergi sambung kerja kau." Haniff tiba-tiba datang ke tempat Iman, Wana terus berdiri tegak dan menunduk. "Maaf." Langkahnya laju menuju ke arah mejanya semula, kecut perut dia melihat wajah ketat Haniff.

"Hui, ketatnya muka. Awek cun kot." Iman tersenyum penuh makna, Haniff menyandarkan tubuhnya pada meja Iman. "Kau ni.. aku pun dah matang ok. Aku pun ada tanggungjawab. Bos amanahkan aku jaga budak-budak yang baru masuk company ni, termasuklah kau!" Haniff tersengih, "Eleh.. haha.. ya lah. Please take care of me." Iman tersenyum sehingga menampakkan baris giginya. Haniff membuat muka menyampah, "Dah lah kau, menyampah pula aku tengok."

"Haha.. lek lah.. weyh, budak Wana tu. Kenapa kau garang sangat dekat dia?" Iman memandang ke arah meja Wana yang berada jauh sedikit dari tempatnya, "Macam aku cakaplah, aku diamanahkan untuk jaga korang semua. Lagipun, dia tu anak orang kaya, anak orang kaya ni kan biasanya manja sangat, so.. kenalah tegas sikit supaya dia lebih independent." Kata Haniff mengulas serba sedikit tentang Wana.

"Oh, macam tu. Kau tak berminat dengan dia?" Iman mencucuk-cucuk lengan Haniff dengan jarinya, dia tersenyum mengusik. "Ish gila kau. Budak lagi kot dia tu. Lagipun Fir, aku sedar. Taraf dia dengan taraf aku tak sama. Dia tu kaya, aku ni sederhana ja." Kata Haniff merendah diri, "Sehh.. sehh.. tapi kalau dia sederhana kau nak kah dekat dia?" Iman menjongket kening. Haniff terdiam, mulutnya terkunci untuk memberi jawapan. Iman tersenyum mengusik Haniff, Haniff memandang Iman lalu menolak wajah itu.

"Dah lah kau! Pergi buat kerja. Hish..." Iman ketawa mengekek melihat wajah Haniff yang mula memerah itu, Haniff meninggalkan meja Iman dan berlalu ke mejanya.

Haih... Haniff.. Haniff.. dah pandai dah sekarang. Haha!

Norel memandang papan tanda kedai yang bertulis "Queen Bakery", dia menurunkan cermin mata lalu menarik keluar sekeping gambar dari beg tangannya. Ternyata gambar itu ialah gambar Datin Maisarah, ibunya.

Sabar ya mama.. tak lama lagi Norel akan hantar mereka berdua kepada mama.

Norel menyimpan gambar itu kemudian turun dari kereta, dengan gaya yang angkuh dan sombong dia memasuki kedai bakery tersebut. "Selamat datang!" Fatin yang sedang menyusun cupcake terus memberhentikan kerjanya, dia menoleh ke arah kaunter melihat Fetrah yang berlari-lari anak keluar dari dapur, Norel pula sedang menunduk memandang potongan kek yang tersusun kemas di dalam almari kaca tersebut. "Selamat datang cik." Fetrah tersenyum manis, Fatin kembali menyambung kerjanya setelah memastikan Fetrah mengambil alih kerjanya seketika.

"Bagi saya kek yang ni." Kata Norel yang masih menunduk, dia menunjuk ke arah blueberry cake sambil tersenyum sinis. "Yang ni? Ok kejap ya." Fetrah tunduk bagi mengambil kotak lalu mengambil potongan kek tersebut, pada ketika itu Norel telah berdiri tegak. Selesai memasukkan potongan kek itu ke dalam kotak, Fetrah meletakkannya di atas meja kaunter lalu menutupnya. Beg plastik yang tergantung di belakang di ambil lalu kotak itu dimasukkan ke dalam.

"Ok, ni kek cik. Kejap ya." Fetrah menolak bakul itu ke hadapan lalu menekan papan kekunci pada mesin hitung, "Semua sekali, RM3.60 sen." Barulah sekarang Fetrah benar-benar memandang wajah Norel. Norel menghulurkan sekeping wang kertas 5 ringgit kepada Fetrah dengan senyuman sinisnya, Fetrah masih tidak mengesyaki Norel. Dia mengambil wang tersebut lalu memulangkan bakinya bersama resit.

"Terima kasih cik." Fetrah tersenyum lebar, senang hatinya jualan mereka bertambah laku. "Sama-sama. Senyumlah sepuasnya, ya Nur Fetrah Amyrah." Fetrah terkejut apabila mendengar nama penuhnya disebut, dia mengerutkan dahinya memandang wajah Norel yang masih belum dikenali. "Tak kenal aku lagi?" Riak wajah Fetrah jelas menunjukkan yang dia benar-benar terkejut setelah dia mengenal pasti bahawa wanita itu adalah Norel. Mungkin kerana rambutnya panjang, ikal di hujung dan berwarna putih keperang-perangan menyebabkan dia sukar untuk mengecam wajah itu.

Norel tersenyum sinis, dia meninggalkan bakery itu dengan satu perasaan yang tidak baik di dalam hati Fetrah. Fetrah segera berlari ke bahagian pejabat, terkejut Qairil apabila Fetrah tiba-tiba sahaja menerjah pejabatnya. "Kenapa ni Fetrah?" Soalan Qairil tidak dihiraukan Fetrah, dia terus menerpa ke arah Izhar dan memeluk anak kecil itu yang sedang bermain di atas sofa pejabat Qairil. Qairil berdiri dan memandang Fetrah hairan, Fatin tiba di pejabat tidak lama kemudian. Dia memandang Qairil yang juga memandangnya.

"Sama-sama. Senyumlah sepuasnya, ya Nur Fetrah Amyrah."

"Iman.." katanya perlahan lalu memeluk Izhar dengan lebih kuat, dia benar-benar risau setelah melihat Norel di depan mata.

Apa yang akan terjadi selepas ini?

Tamat Bab 41:Bayangan Hitam
#IamSabahan

Sorry, lately ni busy. Minggu dpn ada ujian, so update lambat. Sorryyyy 😅

Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 812 21
[ Slow Update ] AINA SAFIYA Gadis yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi jutawan seawal usia 15 tahun dan jutawan termuda di kalangan wanita...
2.5K 71 12
Cover yg lawa by @Writebyafiqa , anything just dm her!!! Diana mendekati Fahrain yang sedang senang menonton rancangan kegemarannya di ruang tamu. Ke...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
49.9K 1.5K 30
#2019 #edit2020/2021 Ain Farhana dan Izwan Farhan bahagia disamping kehadiran Airil Irsyad dan Airin Izzati.Rumah tangga mereka memasuki 10 tahun mer...