Taming The Bad Girl

De HinyDyaa

636K 23.2K 610

"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cu... Mais

Cast of TTBG
BAB 1 - Takut Masuk Lalat
BAB 2 - Nenek Kau Hitam
BAB 3 - Bersama Dia
BAB 4 - Auch, Thank You
BAB 5 - Remember This
BAB 6 - Berangankan Kau?
BAB 7 - Macam Lelaki
BAB 8 - Layak
BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?
BAB 10 - Pasti?
BAB 11 - Rindu
BAB 12 - Bukan Muda Lagi
BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh
BAB 14 - Pilih Antara Dua
BAB 15 - Batu Api
BAB 16 - Buta Ke Rabun?
BAB 17 - Mari Ke Hospital
BAB 18 - Gila!
BAB 19 - Lari
BAB 20 - Mungkir Janji
BAB 21 - Kau Pernah Dahulu
BAB 22 - Bleeding Heart
BAB 23 - Moonlight
Attention Please!
BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?
BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?
BAB 25 - Muntah Pelangi
BAB 26 - Twinkle Bride
BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk
BAB 28 - Putih dan Darlie
BAB 29 - Melayang Gigi
Important News!
BAB 30 - Really Nigga
BAB 31 - Valak In The House
BAB 32 - Syiah
BAB 33 - Bangang Abadi
BAB 34 - Godaan
BAB 35 - Krik Krik
BAB 36 - Flying Kiss
BAB 37 - Main Belakang
BAB 38 - Taehyung ke Jungkook
BAB 40 - 6 Hari Lagi
BAB 41 - Make A Move
BAB 42 - Hutang Nyawa
BAB 43 - Minat Yang Sama
BAB 44 - Weirdo
TERSENARAI DALAM WATTYS!!!
BAB 45 - Hancur
BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi
BAB 47 - Berterus Terang
BAB 48 - Perang mulut
BAB 49 - Dusk Till Dawn
BAB 50 - Senyuman Psiko
BAB 51 - Bersemuka
BAB 52 - Jazlina
BAB 53 - Abang Dah Balik
BAB 54 - Banjir Dekat Bilik
BAB 55 - Kotak Merah
BAB 56 - Otak Cair Ke Beku
BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang
BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan
BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!
BAB 60 - Semimembranosus
BAB 61 - Kau Faham Ke Tak
BAB 62 - Gembira, Sedih
BAB 63 - Secebis Gambaran
BAB 64 - Terima Kasih
EPILOG
NEW BOOK!!

BAB 39 - Make Her Happy

4.8K 228 3
De HinyDyaa

HARRIS AMSYAR melihat tubuh kecil Sarah Nia yang sudah menghilang di dalam bilik mandi. Dia sedang tersenyum nakal. Entah apa yang dia sedang fikir pun tak tahu lah.

Malam ini. Ya, malam ini dia akan melakukan plan pertamanya. "Number one, make her happy" dia membaca plan pertama yang sudah dia catat di dalam buku nota kecilnya yang berwarna biru muda itu.

Lima belas minit kemudian, dia sedang menunggu Sarah Nia dia atas katil sambil paper bag disorokkan di bawah bantal. Badannya sedang elok baring dalam posisi ala-ala duyung gituw. Kedengaran bunyi pili paip air di dalam bilik mandi sudah ditutup.

Fuh, dia dah nak keluar. Buat tak tahu, buat tak tahu, detik hatinya. Harris Amsyar terus baring sambil kepala disandarkan ke kepala katil. Dia berpura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya. Home ditekan kemudian instagram dibuka. Home ditekan semula kemudian whatsapp dibuka. Senang cerita dia hanya kerja tekan-tekan je supaya ingin menampakkan tahap sibuk dia tu.

Ktak!

Sarah Nia melangkah keluar dari bilik mandi. Dia sudah siap berpakaian seperti biasa dan kali ini dia takkan biarkan diri dia terlupa untuk siap-siap pakai baju dari dalam bilik mandi. Dia menoleh ke katil. Kelihatan Harris Amsyar sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Sarah Nia menjuihkan bibir. Yoyo-o je nak pujuk! Omel hatinya apabila teringat kata-kata Harris Amsyar ketika makan malam tadi.

"Saya akan tunjukkan kemahiran memujuk saya dekat awak. Nanti jangan cair pulak"

Kata-kata yang dilontarkan dari mulut Harris Amsyar masih terngiang-ngiang ditelinganya. Sarah Nia masih belum mengantuk. Dia duduk di atas kerusi meja solek untuk menyikat rambut. Sedetik dia mencuri pandang wajah Harris Amsyar melalui refleksi cermin. Matanya dan mata Harris Amsyar bertembung sebelum Harris Amsyar mengukirkan senyuman manis untuknya. Sarah Nia terus memandang lurus ke hadapan.

Dia berdehem. Perlu ke pandang macam tu? Dah lah tengah malam ni. Meremang segala bulu aku. Haihh... Bebel hati Sarah Nia.

Sedang Sarah Nia khusyuk menyikat rambut, dia mendengar bunyi pergerakan dari katil. Hah, Harris Amsyar sedang menghampirinya. Sarah Nia menelain air liur. Dia nak buat apa ni? Jangan buat benda bukan-bukan sudahlah.

"Twinkle... Rambut awak cantik sangat. Saya tengok rambut orang lain cantik jugak, tapi tak secantik rambut awak" ujar Harris Amsyar sambil memandang rambut Sarah Nia

Sarah Nia berhenti menyikat. Dia menoleh sekejap dan memandang kembali ke hadapan. "Apsal pulak? Awak ni, semua rambut perempuan cantik jelah. Lagi-lagi yang macam Selena Gomez punya tu. Fuh, cantik gila!" Dia kembali menyikat rambutnya.

Harris Amsyar tersenyum kecil. Dia memegang tangan Sarah Nia yang sedang menyikat rambut itu. Dia menarik perlahan sikat itu dari genggaman Sarah Nia. "Taklah twinkle. Rambut awak lagi cantik dari yang lain"

Sarah Nia mengangkat kening dan memusingkan badannya menghadap Harris Amsyar. "Kenapa pulak?"

"Sebab... Rambut awak, hanya special untuk tatapan saya. Lelaki lain tak dapat tengok rambut awak. Saya rasa bertuah sangat sebab my twinkle decide to cover her hair. Itu yang bertuahnya saya jadi suami awak because i'm the only one yang dapat tengok mahkota awak. Perempuan dekat luar sana memang rambut dorang cantik. Tapi sayang, sebab aurat yang sepatutnya hanya suami dorang yang tengok, dah menjadi tatapan orang bukan muhrim. Semua orang boleh tengok. Tapi awak, hanya saya sorang je yang boleh tengok aurat awak. That's what make you so special, twinkle" sejurus itu Harris Amsyar mengucup dahi Sarah Nia dengan penuh rasa kasih sayang.

Awwwww! Tahan Nia, tahan. Haihh... Amsyar ni memang sweet talker ke? Rasa macam nak sorok muka bawah bantal je sekarang ni, adu hati Sarah Nia.

Sarah Nia menstabilkan emosinya. Dia merenung lama ke dalam anak mata Harris Amsyar. Dia tiba-tiba tersenyum lebar. "Saya tahu saya special. Okay dah jangan kacau. Pergi main handphone sana. Shuh, shuh!" Sejurus itu dia terus membuat muka seriusnya. Dia mengambil sikat di tangan Harris Amsyar dan kembali menghadap ke cermin untuk sambung menyikat rambut.

Harris Amsyar terus mencebik. Huk aloh! Jual mahal pulak dia ni. Cair la oi, cairlahhh. Seteress eden, omel hatinya.

Dia mengabaikan "shuh, shuh" Sarah Nia sebentar tadi. Dia terus memusingkan kerusi Sarah Nia supaya menghadapnya. "Twinkle, saya nak awak tutup mata kejap boleh tak?" Harris Amsyar merapatkan kedua-dua tapak tangannya sambil membuat muka comel.

Mata Sarah Nia membulat. "Awak nak buat apa? Jangan nak ambil kesempatan eh. Saya luku awak nanti baru tahu" Sarah Nia mengugut.

"Ish, twinkle ni. Saya tak ambil kesempatan kalau awak tak rela. Sekarang ni, pejam je mata dulu" arah Harris Amsyar.

Sarah Nia mengerutkan kening. Dalam kerut-kerut tu, dia ikut juga arahan. Dia memejamkan mata. "Cepat sikit"

Sengihan terukir di bibir Harris Amsyar. Dia pantas ke katil dan mengambil paper bag di bawah bantal. Dia perlahan-lahan berdiri di hadapan Sarah Nia.

"Open your eyes"

Sarah Nia membuka mata dan memandang wajah Harris Amsyar sebelum matanya jatuh ke tangan suaminya yang sedang memegang paper bag.

"Nah, untuk my twinkle" Harris Amsyar tersenyum meleret.

Paper bag berwarna merah jambu itu bertukar tangan. Dengan muka blur Sarah Nia membuka paper bag itu. Sekarang ini, mata Sarah Nia sudah terbuntang. "Oh my god, Amsyar! This is my dreamy sneakers tau! Mana awak tahu ni? Saya suka sangattt. Thank you awak!" ternyata Sarah Nia sangat gembira apabila menerima pemberian dari suaminya itu.

Tidak dapat untuk membendung lagi rasa gembiranya, Sarah Nia terus berdiri dan memeluk tubuh sasa Harris Amsyar erat.

Harris Amsyar tersenyum lebar. "Mestilah saya tahu apa my twinkle suka. Awakkan isteri saya, jadi saya kenalah ambil tahu pasal awak". Dia teringat apabila dia bertanya sendiri dengan Puan Zunaida mengenai Sarah Nia semasa di ofis tadi.

"Ibu, ibu tahu tak apa yang Nia suka sangat-sangat? Syar ingat, Syar nak belikan untuk Nia lah bu" soal Harris Amsyar.

"Nia ada suka satu kasut ni warna pink. Tapi ibu lupalah apa jenis kasut tu. Tapi yang pasti kasut tu, dia tak guna tali, dia guna ribbon pink. Kamu trylah tanya dekat siapa-siapa. Mesti ada yang tahu. Ha tak pun, kamu search je google. Senang" balas Puan Zunaida di hujung talian.

"Okay, thanks bu!"

Sarah Nia meleraikan pelukan. Dia tersengih seperti kerang busuk. "Awak, saya tak mampulah nak ganti balik duit beli kasut ni. Mahal gila!" Riak wajah Sarah Nia sudah bertukar keriasauan.

"Shhh... My love. Saya bagi ni ikhlas. Takde nak kena ganti-ganti balik. Takkan dengan isteri sendiri pun saya berkira" Harris Amsyar mengerdipkan matanya.

Sarah Nia tergelak kecil lalu memukul lembut lengan Harris Amsyar. Dia bahagia kalau hari-hari dia diberi layanan seperti permaisuri. Bila dia nak berdamai? Hmm... Nanti dulu! Kita tunggu apa lagi pujukan Amsyar untuk aku. Sarah Nia tersenyum sebaris.

Harris Amsyar masih statik dengan memandang wajah comel Sarah Nia dengan sepasang mata redupnya. "Awak ni comellah kalau senyum macam ni. Tak boleh ke hari-hari awak senyum macam ni dekat saya? Baru bersemangat sikit saya nak buat kerja"

Sarah Nia mengangkat kening. "Senyum macam ni, apa?"

"Senyum ikhlas lah. Hehehe..." Harris Amsyar tersengih.

Apa selama ni aku senyum tak ikhlas ke? Hohoho! "Boleh! Boleh blah" sejurus itu Sarah Nia terus mendaratkan tubuhnya ke atas katil.

Harris Amsyar mencebik. Dia reda jelah. Suis lampu terus dipetik sebelum bilik mereka menjadi gelap.

___________________________________________

Diary Harris Amsyar...

Dia miliki sepasang mata yang sangat mempersonakan.
Satu-satunya sepasang mata yang mampu membuatkan kau jatuh.

Dia miliki senyuman yang paling manis.
Senyuman yang mampu membuatkan nafas kau terhenti.

Dia miliki kemampuan untuk membuatkan kau tertawa apabila dia membuka mulut.
Setiap kali kau melihat ke dalam matanya, kau akan susah untuk berpatah balik.

Because, she is my love. My dearest twinkle bride.

Continue lendo

Você também vai gostar

589K 24.4K 75
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang dokt...
1.9K 1 1
Hanis Zulaikha-Seoarang perempuan yang biasa,lemah lembut dan memiliki paras wajah yg agak sedikit menawan.Dia juga boleh dikatakan kdrama lover,wala...
1.3M 35.1K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...
150K 18.4K 73
[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya di...