KYAIRA

By Mrs_Lope

1M 16.9K 2.2K

SOPHIE KYAIRA seorang yang keras kepala dan sosial.. Kesenangan yang dia miliki makin buat dia semakin angkuh... More

KYAIRA 1
KYAIRA 3
Kyaira 2
Secoet Watak
KYAIRA 4
KYAIRA 5
KYAIRA 6
KYAIRA 7
KYAIRA 8
KYAIRA 9
KYAIRA 10
KYAIRA 11
KYAIRA 12
KYAIRA 13
KYAIRA 14
KYAIRA 15
KYAIRA 16
KYAIRA 17
KYAIRA 18
KYAIRA 19
KYAIRA 20
KYAIRA 22
KYAIRA 23
KYAIRA 24
KYAIRA 25
KYAIRA 26
KYAIRA 27
KYAIRA 28
KYAIRA 29
KYAIRA 30 - AKHIR

KYAIRA 21

31.9K 828 221
By Mrs_Lope

Iskandar menyikat rambut dan menyapu pomade pada rambut.. Iskandar memandang rambut di depan cermin dan tersenyum

"Siapa cakap aku tak handsome? Cehh.. Siapa lagi kalau bukan kyaira" Iskandar menoleh pintu bilik air yang tertutup rapat sebelum capai beg sandang hitam dan turun ke bawah.. Setiba diruang makan ternampak mak piah pengganti mak leha sedang menghidang sarapan

"Hahh iskandar duduk sarapan.. Mak piah ada masak mee hoon goreng" Ajak mak piah.. Iskandar tersenyum manis dan duduk

"Takpa2 mak piah.. Saya boleh buat sendiri" Halang iskandar bila mak piah nak ceduk kan mee hoon dalam pinggan

"Iyalah is.. Kyaira tak turun sekali?" Tanya mak piah memandang iskandar menyuap mee ke dalam mulut serentak itu kelibat tan sri sulaiman dan puan sri karmila muncul di ruang makan

"Tan sri, Puan sri" Tegur mak piah sambil ligat menuang kan air ke dalam cawan..

"Kyaira tak bangun lagi is?" Tanya tan sri sulaiman memandang iskandar

"Dah pa.. Tadi masa is turun dia tengah mandi" Iskandar jawab sambil tersenyum.. Tan sri sulaiman mengganguk kan kepala memandang mak piah menceduk mee hoon ke dalam pinggan

"Pergi nanti naik papa ke motor?" Tanya tan sri sulaiman.. Iskandar memandang tan sri sulaiman..

"Nak ajak dia buat apa? Dia kerja kat situ sebagai apa? Kerani kan.. Nanti apa orang cakap bila budak kerani ni naik satu kereta dengan abang" Larang puan sri karmila tak setuju.. Iskandar hanya diam dan menyuap mee hoon.. Dia dah lali dengar semua ni.. Baik mak mentua sampai ke isteri sendiri semua tak pandang diri dia sebagai seorang yang berperasaan

"Kenapa? Iskandar ni menantu rumah ni walaupun kat syarikat tu hanya pekerja biasa dia tetap menantu saya" Bantah tan sri sulaiman dan menyuap mee hoon.. Puan sri karmila memandang meluat iskandar dan mencebik

"Menantu pun biar kat rumah ni je takkan sampai nak bagitahu kat orang luar.. Tak malu ke?" Ujar puan sri karmila dengan penuh rasa benci dan menghirup perlahan air teh..

Kyaira masuk ke ruang makan dan duduk disebelah iskandar.. Iskandar menoleh sekilas dan menyuap mee hoon terakhirnya dan minum perlahan air teh..

"Takpe pa.. Saya boleh pergi naik motor.. Lagi cepat sampai.. Saya pergi dulu papa mama" Jawab iskandar dan bangun capai beg sandang hitam dan menyalami tangan tan sri sulaiman yang mengganguk kan kepala dengan keputusan iskandar..

Iskandar hulur tangan pada puan sri karmila tapi takda sambutan huluran tangan itu.. Iskandar tersenyum kelat dan berlalu keluar dari ruang makan.. Kyaira diam mengigit roti dan memandang iskandar keluar dari ruang dapur tanpa menegur dia seperti selalu..

"Sedar pun diri tu layak naik motor buruk" Ujar puan sri karmila.. Kyaira memandang wajah puan sri karmila dan serentak itu bangun dan berlalu keluar dari ruang makan..

"Awak tengok tu.. Sebab mulut awak tu iskandar dengan kyaira terus keluar" Tan sri sulaiman menggeleng kepala memandang puan sri karmila yang mencebik..

Kyaira berdiri dibalik tingkap panjang dan mengintai iskandar yang duduk atas motor dan pakai helmet sebelum mengundurkan motor dan bergerak meninggalkan rumah..

'Dia ni merajuk ke apa dengan aku?' Soal kyaira sendiri dan mengangkat bahu tanda 'Ada aku kisah?'.. Kyaira duduk diruang tamu

'Ok tipu.. Memang dia kisah.. Selalu nya bila dia bergaduh dengan iskandar sekalipun.. Iskandar tetap akan tegur dia dan mengedik2 tersenyum2 manis seolah2 tak ada apa yang jadi.. Tapi kali ni? Pandang pun taknak cakap pun apatah lagi sekarang'

Kyaira mengeluh perlahan..

'Pasal cerai ke?? Ke pasal......' Kyaira terus memegang leher kanan dia.. Terus dia berlari ke arah cermin dan tilik leher.. Masih ada walaupun tak terang.. Mulut kyaira ternganga sedikit..

'Pasal ni ke?' Soal kyaira sendiri.. Dia mengosok2 kesan itu seolah2 mau ianya hilang terus dari pandangan

"Tengok apa macam nak masuk dalam cermin tu?" Kyaira menoleh bila terdengar suara puan sri karmila bertanya.. Kyaira berjalan ke sofa dan duduk.. Tak dijawab pertanyaan puan sri karmila

"Asalamualaikum iskandar" Iskandar mengangkat kepala lihat Dian sedang tersenyum manis.. Iskandar balas senyuman Dian terserlah dimple kanan dia..

"Waalaikummusalam Dian" Jawab iskandar lembut sambil menghidupkan komputer dan memandang Dian semula yang masih tercegat di hadapan meja dia..

"You dah makan?" Tanya Dian memandang iskandar.. Iskandar mengalihkan pandangan.. Cantik.. Ayu dan menggoda tapi tak segoda kyaira..

Iskandar mengeluh bila nama kyaira terlintas di fikiran dia..

"Dah makan tadi.. Kenapa Dian?" Dian tersenyum kelat dengar jawapan iskandar

'Ishhh buat penat aku bangun pagi2 buat nasi goreng tapi dah makan pulak'

"Dian?" Panggil iskandar mengejutkan Dian dari lamunan

"Hahhh ya.. Tak ada apa.. Saja tanya.. Takpelah i pergi meja i dulu ea.. Bye" Dian tersenyum dan berlalu.. Iskandar terpandang beg kecik yang dibawa kyaira.. Macam bekal dalam nya.. Iskandar menelan air liur.. Makan tadi pun sikit panas punggung dia duduk bila puan sri karmila ada..

"Halahhh.. Lapar pulak tiba2" Bisik iskandar sendiri dan bangun pergi ke kantin kecik

----

Kyaira menyembur minyak wangi dan membetulkan sedikit baju tidur pendek dan menoleh ke arah di handphone.. Kyaira mengeluh sedikit

"Dah nak pukul 10 malam.. Dia tak balik lagi ke?" Tanya kyaira sendiri sambil keluar ke balkoni

Kyaira memeluk tubuh bila angin sejuk menyapa tubuh nya yang terdedah itu.. Bau dari perfume dia sendiri lintas di hidung..

"Tak sejuk ke diri kat luar?" Kyaira tersentak dan menoleh kebelakang..

Iskandar angkat kening pandang kyaira.. Kyaira menapak dan berdiri dihadapan iskandar.. Hati dia terasa tenang lihat Iskandar ada dihadapan matanya.. Dia sendiri tak tahu sejak bila dia rasa macamni pada Iskandar..  Kyaira menilik pakaian iskandar yang pakai baju tshirt putih dan seluar jeans biru

"Balik rumah sana ke tadi?" Tanya kyaira pandang wajah iskandar yang tenang itu.. Jantung dia tiba2 mengepam laju.. Sesak dada tiba2

"Aah" Jawab iskandar sepatah sambil masuk semula ke dalam bilik..

Kyaira ikut masuk dan menutup sliding door sebelum naik ke atas katil dan pandang iskandar yang duduk di sisi katil membelakangkan kyaira.. Jantungnya berdebar laju

Kyaira tersenyum dan merangkak atas katil perlahan ke arah Iskandar  sebelum memeluk tubuh iskandar dari belakang dan mengusap perut iskandar sebelum cium tengkuk dan leher iskandar.. Bau ni.. Bau kegemaran dia.. Tak tahu apa tapi bau ni yang buat dia tenang dan bau tu ada pada iskandar saja

Iskandar tersentak tapi tubuh nya diam membeku sebelum tangannya meleraikan pelukkan kyaira dan pusingkan badan mengadap kyaira

"Saya penat.. Tidur lah dah malam ni" Ujar iskandar sambil menyentuh pipi kyaira dan terus baring mengiring membelakangkan kyaira seraya memejamkam mata.. Kyaira melihat kelakuan iskandar sebelum ikut baring dan lihat belakang badan iskandar

'Takkkk.. Dia tak boleh terus buat perangai macamni' Bisik hati kyaira

Kyaira dekati badan iskandar dan peluk pinggang iskandar dan terus benam kan muka di belakang badan iskandar..

Kyaira mengesel2 kan muka di bahu iskandar sebelum mencium2 dan jilat tengkuk iskandar sambil tangan nya ligat mengusap dada iskandar tapi masih tiada apa2 reaksi dari Iskandar hanya diam kaku macam tunggul

Iskandar cepat2 pegang tangan kyaira bila terasa tangan itu mula menurun ke bawah dan badan nya dipusing kebelakang memandang kyaira.. Kyaira yang sedar tindakkan iskandar itu terus menolak badan iskandar baring terlentang dan sekelip mata kyaira dah duduk di atas perut iskandar sambil tersenyum menggoda

Iskandar terkebil2 tengok kelakuan kyaira berubah mendadak

"Kyaira.. Kenapa ni?" Tanya iskandar pelik lihat kelakuan kyaira.. Perangkap lagi ke apa ni? Kyaira tersenyum dan menyentuh dada iskandar dan menurun kan badan merapati dada iskandar..

Kyaira lihat wajah iskandar yang hanya beberapa inci dari wajahnya.. Kyaira benamkan wajah di leher iskandar sebelum naik dan jilat bibir iskandar yang tertutup rapat.. Kyaira menghentikan jilatan dan pandang iskandar yang sedang tersenyum sinis

"Awak nak buat apa ni? Nak goda ke apa? Saya penat sangat ni.. Dah pergi tidur" Ujar iskandar tanpa perasaan.. Riak wajah kyaira berubah serta merta.. Kyaira terus bangun dari atas perut iskandar dan terus baring membelakangkan iskandar.. Malu..

Kyaira memejamkan mata cuba untuk lupakan kejadian tadi.. Mana nak letak muka nanti? Kyaira genggam bucu bantal kuat rasa macam nak gigit2 kokak habis bantal tu sampai terburai isi dalam dia..

Kyaira beku bila terasa badan dia diselimut kan dan dipeluk dari belakang.. Hangat..

"Selamat malam" Ucap iskandar dan mencium bahu kyaira sebelum baring mengiring ke kanan membelakangkan kyaira.. Kyaira memejamkan mata tanpa sedar mutiara jernih keluar dari tubir matanya.. Dada dia terasa sempit sekarang..

---

Iskandar turun dari bilik dan terus keluar dari rumah tapi langkah dia terhenti bila nama dia terpanggil

"Nak kemana? Tak sarapan dulu ke?" Soal kyaira mendekati iskandar.. Iskandar menoleh dan berkerut tengok mata kyaira yang sembap

"Mata tu kenapa? Awak nangis ke?" Tanya iskandar mengusap pipi kyaira dan menyentuh bawah mata kyaira.. Kyaira tersenyum dan gelengkan kepala

"Taknak sarapan dulu ke? Kan awal lagi" Tanya kyaira sekali lagi.. Iskandar diam dan tengok jam ditangan tapi kelakuan pelik Kyaira ini yang patut dia perhatikan

"Memang awal tapi dah gelap tu.. Takut hujan.. Saya sarapan kat sana nanti.. Saya pergi dulu.. Assalamualaikum" Ujar iskandar sambil mengusap kepala kyaira dan berjalan keluar.. Kyaira diam perhatikan iskandar sampai hilang dari pandangan mata.. Hati dia sedikit terasa dengan Iskandar..

'busy sangat macam lah orang penting kat company tu.. Kalau hujan naik jelah kereta aku , ni tak bagi alasan terlambat.. apa yang lambat nya? Ke dia dah janji dengan perempuan mana entah nak breakfast sama2? Tu yang lambat'

Ngomel Kyaira sendiri.. langkah nya laju naik ke atas.. Bibir nya tersenyum lebar  bila teringat yang dia berjaya dapat kan video semasa akad nikah antara dia dan Iskandar

Wajah manis Iskandar diperhatikan semasa Iskandar sedang melafazkan akad.. Bibir nya menguntum senyuman.. Senyuman itu semakin melebar bila Iskandar menyarungkan cincin dijari manis nya.. Mata Kyaira beralih ke jari manis nya.. kosong..

' Takkan lah aku dah mula suka kat dia? Mengejut macamni??'

--------------

Iskandar boikot kyaira ke macam mana? Kesian kat kyaira huhuhu..

-Suka? Enjoy? Komen dan vote lelaju ok.. Aummmm :D

-Kalau ada ketypoan dan kesilapan sila abaikan kehkehkeh

-Terima kasih yang sudi baca KYAIRA ni.. Dah lebih 100k baca niii.. Wohooooooo aummmm.. I love uollssssss sooo muchhhhh babe.. HAHAHAHA :'D

Bye2
Tata
Thanks
:D

Continue Reading

You'll Also Like

195K 8.8K 70
"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik it...
72.1K 6.5K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
43K 5.2K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
44.1K 3K 56
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...