Taming The Bad Girl

By HinyDyaa

636K 23.2K 610

"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cu... More

Cast of TTBG
BAB 1 - Takut Masuk Lalat
BAB 2 - Nenek Kau Hitam
BAB 3 - Bersama Dia
BAB 4 - Auch, Thank You
BAB 5 - Remember This
BAB 6 - Berangankan Kau?
BAB 7 - Macam Lelaki
BAB 8 - Layak
BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?
BAB 10 - Pasti?
BAB 11 - Rindu
BAB 12 - Bukan Muda Lagi
BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh
BAB 14 - Pilih Antara Dua
BAB 15 - Batu Api
BAB 16 - Buta Ke Rabun?
BAB 17 - Mari Ke Hospital
BAB 18 - Gila!
BAB 19 - Lari
BAB 20 - Mungkir Janji
BAB 21 - Kau Pernah Dahulu
BAB 22 - Bleeding Heart
BAB 23 - Moonlight
Attention Please!
BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?
BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?
BAB 25 - Muntah Pelangi
BAB 26 - Twinkle Bride
BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk
BAB 28 - Putih dan Darlie
BAB 29 - Melayang Gigi
Important News!
BAB 30 - Really Nigga
BAB 31 - Valak In The House
BAB 33 - Bangang Abadi
BAB 34 - Godaan
BAB 35 - Krik Krik
BAB 36 - Flying Kiss
BAB 37 - Main Belakang
BAB 38 - Taehyung ke Jungkook
BAB 39 - Make Her Happy
BAB 40 - 6 Hari Lagi
BAB 41 - Make A Move
BAB 42 - Hutang Nyawa
BAB 43 - Minat Yang Sama
BAB 44 - Weirdo
TERSENARAI DALAM WATTYS!!!
BAB 45 - Hancur
BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi
BAB 47 - Berterus Terang
BAB 48 - Perang mulut
BAB 49 - Dusk Till Dawn
BAB 50 - Senyuman Psiko
BAB 51 - Bersemuka
BAB 52 - Jazlina
BAB 53 - Abang Dah Balik
BAB 54 - Banjir Dekat Bilik
BAB 55 - Kotak Merah
BAB 56 - Otak Cair Ke Beku
BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang
BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan
BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!
BAB 60 - Semimembranosus
BAB 61 - Kau Faham Ke Tak
BAB 62 - Gembira, Sedih
BAB 63 - Secebis Gambaran
BAB 64 - Terima Kasih
EPILOG
NEW BOOK!!

BAB 32 - Syiah

5.5K 222 5
By HinyDyaa

SELENDANG hitam yang masih tersangkut di kepalanya betul-betul membuatkan fikirannya kusut. Dia masih di ruang tamu sementara Harris Amsyar sedang elok terbaring di atas lantai sebelah sofa. Dia tidak larat untuk mengangkat suaminya.

"Dah lah benda alah ni tersangkut kat kepala, nak mintak tolong Syar, dia pulak pengsan. Eee... betul-betul mencabar kesabaran la benda ni" omel Sarah Nia. Selendang di kepalanya ditarik lagi.

Masuk kali kelima mencuba, dia terus mengeluh kasar. "Kau jangan sampai aku gunting kau eh. Jangan cabar kesabaran aku. Heii..." dia sedang fokus pada pin yang terletak di bawah dagunya itu. Dengan bersusah payah dia mencabut pin tersebut dari selendangnya.

Akhirnya, berjaya pun! "Yey! Kepala aku dah bebas! Yahoo" jerit Sarah Nia ceria. Sekilas, dia memandang pin yang dicabutnya sebentar tadi.

"Berkarat, patutlah. Harap rupa je cantik, tapi berkarat" ujarnya lalu mencampakkan pin tersebut ke luar tingkap.

"YANG awak terkejut sangat tu kenapa? Saya je pun" cebik Sarah Nia. Wajah suaminya ditenung untuk menerima jawapan.

Posisi Sarah Nia di atas katil yang sedang duduk di hadapan Harris Amsyar memudahkan lagi dia untuk berbicara dengan suaminya.

Harris Amsyar tersengih lalu menggaru belakang kepalanya. "Saya fikir awak Valak, tu yang saya lari tu"

"Valak awak cakap? Awak sedar tak saya cun. Tak patut langsung samakan saya dengan Valak" bebel Sarah Nia sambil memandang tajam menembusi bebola mata Harris Amsyar.

"Hah? Er... sedar" balas Harris Amsyar gugup.

Sarah Nia merenung suaminya dengan muka toya. "Kita tak solat lagi ni. Jom. Dah pukul 6 dah ni" ujar Sarah Nia dan terus melangkah ke bilik air untuk mengambil air wudhu'.

Harris Amsyar tersenyum manis. "Mungkin saya terpanggil awak Valak sebab awak putih sangat. Uihh... dah la putih, cantik pulak tu. Tapi tu la, garang pulak" bebelnya kepada diri sendiri.

MALAM itu, Sarah Nia sedang khusyuk menonton televisyen. Ulangan Maharaja Lawak Mega menjadi jamuan matanya.

Sedang dia mengunyah keropok lekor yang baru digorengnya itu, tiba-tiba terasa tangan sasa sedang memeluk lehernya dari belakang. Tangan siapa lagi kalau bukan Harris Amsyar.

"Eh-eh, apa pegang-pegang ni?" Ujar Sarah Nia sambil mencubit tangan Harris Amsyar.

"Ah, adoi..." pantas Harris Amsyar menarik tangannya dan digosok bagi menghilangkan rasa sakit.

Sarah Nia yang sedang menghadap ke arah televisyen terus tergelak. "Tu lah, siapa suruh gatal lagi"

Terus wajah Harris Amsyar bertukar masam. "Sebelum kahwin saya nak gatal memang salah. Tapi kalau dah lepas kahwin saya nak menggatal awak still cakap salah, awak ni..."

"Ha, apa-apa?" Sarah Nia menoleh menghadap ke wajah Harris Amsyar dengan wajah singanya.

"Syiah! Saya nak call polis. Ajaran sesat ada kat dalam rumah ni!" balas Harris Amsyar dengan nada jerit. Lalu sepantas kilat dia berlari ke tingkat atas.

"What?! Syiah? Wow..." kening Sarah Nia sudah bertaut. Dia menghembus nafas dan menarik nafas. "Breath in, breath out. Huh..." dia tersenyum sebelum,

"Amsyar!" Sarah Nia dengan hentakan gergasinya, dia menaiki tangga ke tingkat atas untuk mengejar Harris Amsyar. Dia memang susah untuk menahan sabar. Lagi-lagi apabila dibuli.

"Jangan lari lah botak!"

Harris Amsyar berlari sambil menoleh ke belakang. Terdengar dengan jelas bunyi hembusan dan tarikan nafasnya.

Sedang Harris Amsyar lari, masa itu pula kakinya kebetulan tersepak kerusi yang diletakkan di koridor luar bilik dan sekaligus menyebabkan tubuh badannya hilang keseimbangan.

Krek!

Harris Amsyar jatuh terduduk. Dia dengan wajah berkerut mengeluh, "adudu... sakit bontot aku"

Beberapa saat selepas Harris Amsyar jatuh, Sarah Nia terus tergelak sambil memegang perut. Tidak dapat menahan tawa lagi. Sudah berair matanya. Dengan riak kesal di wajah suaminya, dengan punggung yang diadunya sakit. Memang dia tidak mampu.

Dari jauh, Harris Amsyar hanya memerhati Sarah Nia dengan pandangan tidak berpuas hati. "Ha gelak-gelak. Saya pecat awak nanti baru tahu" ugutnya.

Ceh! Aku dah jadi isteri dia pun, still nak ugut-ugut. Kang aku kena pecat bosanlah pulak duk rumah je. Hish... bebel hatinya.

"Tolonglah saya bangun, sempat lagi awak nak termenung" bebel Harris Amsyar.

"Ala lembiklah awak ni. Bangunlah sendiri" Sarah Nia menjelir lidah.

Harris Amsyar mencerlungkan matanya.

"Okay-okay saya tak gelak" dengan muka terpaksa, Sarah Nia melangkah ke arah suaminya untuk menolong Harris Amsyar bangun. Sejurus itu dia menghulurkan tangannya.

Huluran tangan Sarah Nia disambut.

Terasa beban berat badan Harris Amsyar berpindah ke badan Sarah Nia ketika hulurannya disambut. Dengan seluruh tenaganya, dia menarik kedua-dua tangan Harris Amsyar untuk bangun.

"Bapak berat! Awak makan batu ke selama ni?" Rungut Sarah Nia sambil tangannya masih berusaha menarik Harris Amsyar.

Harris Amsyar hanya memberi jelingan maut dan Sarah Nia tersengih seperti kerang busuk kepada suaminya.

Ketika badan Harris Amsyar sudah dua per empat untuk ke posisi berdiri, Sarah Nia tiba-tiba berhenti menarik dan sekaligus menyebabkan badannya terdorong ke hadapan disebabkan 'beban' yang sedang ditariknya.

Tubuh Harris Amsyar juga terdorong ke belakang apabila Sarah Nia membantutkan 'aktiviti' mereka.

"Eh-eh-eh"

Sekelip mata tubuh Sarah Nia sudah tersadai di atas Harris Amsyar. Dalam posisi kekok ini, automatik membuatkan darah menyerbu ke pipi Sarah Nia.

Apa yang kau dah buat ni Nia, marah hatinya.

Suasana hening dan kekok menjadi peneman rumah agam itu buat seketika sebelum Harris Amsyar mengembalikan kembali suasana. Seperti tiada apa yang sudah berlaku antara mereka.

"Ehem!" Harris Amsyar berdehem dan berkata, "belakang saya sakit" ujarnya kepada Sarah Nia.

Sarah Nia memahami makna ayat yang ditujukan kepadanya itu. Lalu dengan terkocoh-kocoh dia bangkit dari badan Harris Amsyar.

"Er... Sorry. Perut saya tiba-tiba berbunyi pulak. Dah lapar sangat. Hehe..." Sarah Nia menyengih untuk menutup rasa malunya.

Harris Amsyar tergelak dan berkata, "lapar? Kenapa tak cakap awal-awal? Dahlah, awak pergi bersiap. Kita pergi makan kat luar in about 20 minutes from now. So..."

Dengan pantas, Sarah Nia terus berjalan ke bilik tidurnya untuk bersiap. Malu! Ada topeng tak? Aku nak sorokkan muka aku ni. Huaa...

Harris Amsyar hanya mengiringi langkah Sarah Nia dengan lirik matanya. Senyuman kecil terukir di bibirnya apabila mengimbas detik indah sebentar tadi. Walaupun punggung dan belakang badannya sakit, yang penting hati dia tidak sakit. Ye dok?

HARRIS AMSYAR menarik pedal kereta dan menoleh ke arah Sarah Nia. Isterinya sedang sibuk menaip di papan kekunci telefon bimbitnya.

"Hai cik adik, dah sampai dah ni. Tak nak keluar ke?" Perli Harris Amsyar.

Sarah Nia menoleh sekilas ke arah suaminya dan sambung menaip. Boleh dikira seperti palau lah ni.

Harris Amsyar membuat muka toya dan terdiam sejenak sebelum berkata semula. "Fine, kalau awak tak nak keluar, malam ni awak kena kerja overtime untuk saya" ugutnya dengan sengihan di bibir.

Automatik wajah Sarah Nia berubah menunjukkan reaksi jelik. "Eh, hello... perlu ke ugut macam tu?" Dengan nada tidak berapa nak tinggi, dia berkata kepada suaminya. Lalu dengan pantas dia keluar dari perut kereta dan menutup pintu kereta.

Harris Amsyar yang baru hendak keluar dari dalam kereta, sudah tergelak kecil. Kalau saya nak awak kerja overtime pun apa salahnya? Nama pun isteri, balasnya di dalam hati.

Sekarang mereka berdua sedang jalan beriring ke restoran lima bintang yabg terletak berdekatan dengan tempat parking kereta. Di sebelah restoran itu pula, terdapat KK.

"Awak, saya nak singgah KK jap. Saya nak beli something" ujar Sarah Nia. Wajahnya hanya lurus memandang jalan raya.

"Saya teman"

"Eh, tak payahlah. Pergi je restoran dulu. Orderkan saya apa-apa yang sedap bagi awak" tolak Sarah Nia.

Harris Amsyar mengangkat kening? "Kenapa tak nak saya ikut sekali?"

Sarah Nia mengerling sekilas ke jam tangannya. "Buang masa. Hari ni saya nak tengok Final MLM" balasnya dengan wajah ceria. Tidak sabar pula.

"MLM? Apa tu..."

Sarah Nia membundarkan bola matanya dan menoleh ke arah Harris Amsyar. "Maharaja Lawak Mega la... takkan tak pernah dengar? Awak ni macam lame je" ujarnya tanpa bertapis.

"Eh-eh, sedap mulut je. Cuba awak tanya cina sana tu, dia tahu ke tak MLM tu apa. Tak semua orang tahu okay"

"Eee, awak ni banyak cakap lah. Awak pergi la order dulu. Tak payah nak mengada teman saya. Macam budak-budak pulak nak kena teman" bebel Sarah Nia sambil tangannya disilang di paras dada.

"Awak bukan budak ke?" Harris Amsyar menjungkitkan kening kanannya sambil tersenyum sinis.

Sarah Nia terus menghalang jalan Harris Amsyar. Sepasang mata redup suaminya ditenung dengan mengecilkan matanya. Jelas terbukti rasa tidak puas hatinya terhadap 'tuduhan' itu. Sebenarnya dia harus mendongakkan kepalanya disebabkan perbezaan tinggi mereka yang agak ketara.

Harris Amsyar mengecilkan matanya juga. Dia menapak setapak ke hadapan bagi mendekatkan lagi dirinya dengan Sarah Nia. Wajah garang isterinya ditenung dengan rasa senang hati walaupun matanya berlawanan dengan rasa hatinya. Seperti mahu terkam sahaja lagaknya.

Dup-dap dup-dap

Jantung Sarah Nia sedang bekerja keras menjalankan tugas untuk mengalirkan darah ke seluruh badan.

Choop!

Harris Amsyar mencium dahi Sarah Nia lalu menghadiahkan kerdipan matanya yang membunuh kepada isterinya sebelum berjalan tenang ke restoran lima bintang itu.

Tidak! Dahi aku, dahi aku, dahi aku. Huaaa... dahi aku dah tercemar. Oh, tidak! Hatinya sedang huru-hara disebabkan ciuman itu.

KAKINYA dilangkah masuk ke dalam restoran itu setelah membuka pintu masuk restoran tersebut. Telefon bimbit di denganggamannya menjadi daya tarikan matanya. Dia menekan gallery dan sekarang wajah Sarah Nia di dalam gambar sedang ditenungnya seperti orang kurang siuman.  Bukan apa, dengan mulut terkumat-kamit bercakap seorang diri, dengan senyuman seram bercampur dengan manis. Agak-agak?

   Bup!
 
   Harris Amsyar terlanggar seorang wanita berambut ikal karat.

   Prang!

   Telefon bimbit wanita tersebut terlepas dari gengaman dan jatuh terhentak ke lantai sekaligus mengakibatkan bahagian belakang telefon bimbitnya retak seribu.

   "God! Ergh... habis handphone aku" wanita itu terus menunduk dan mengambil telefon bimbitnya yang tersadai di lantai restoran restoran tersebut.

   Harris Amsyar yang baru keluar dari dimensinya segera menoleh ke belakang. Dilihatnya seorang wanita sedang mengomel seorang diri sambil mendengus marah.

   Wanita itu mendongak memandang wajah Harris Amsyar. Sejenak dia terpaku. Dia bukan ke...

   "Girl, i am so sorry. Aku tak perasan kau tadi. Nanti aku bayar balik kos untuk betulkan handphone kau tu eh?" Ujar Harris Amsyar meminta maaf.

    Perlahan-lahan wanita itu mengangguk. Seperti terkena pukauan, dia memandang sahaja setuap gerak-geri Harris Amsyar tanpa sebarang celahan.

   "Ehem! I think i should go" Harris Amsyar meminta diri sebelum menghulurkan dua keping Rm50.

   "Wait!" Tegah wanita itu pantas sambil memegang pergelangan tangan Harris Amsyar.

  
SARAH NIA jalan degan megah memasuki restoran tersebut. Bukan riak tapi confident bak kata omputeh.
Matanya yang tajam seperti helang menangkap sesuatu perlakuan yang betul-betul buat hatinya mendidih sekarang ini.

   Dia meneliti kedua-dya figura itu dari belakang. Kalau matanya ada kuasa laser, sudah lama mati dua figura itu dia kerjakan.

   "Aku pergi KK sekejap, dah ada adegan drama pulak kat sini. Ini tidak harus dibiarkan!" Ujar Sarah Nia berdialek indonesia. Terikut-ikut orang indonesia pula.

   Sebelum dia bertindak melulu, dia memerhati dahulu tangan Harris Amsyar dan wanita itu. Siapa pegang siapa. Okay, gotcha! Wanita itu yang memegang suaminya. Ini bermakna, suaminya tidak bersalah.

HARRIS AMSYAR pantas menepis tangan wanita itu. "Dosa. Aku ada isteri untuk pegang aku. Aku tak perlukan perempuan lain. Aku dah bagi kau duit. Kau nak apa lagi?" Marahnya dalam nada rendah. Tidak mahu membesar-besarkan hal ini di khalayak ramai.

   Wanita itu tersenyum manis. "Sorry... saya tak sengaja. That's just reflection" ujar wanita itu mempertahankan diri.

   "Okay" balas Harris Amsyar sepatah. Baru sahaja hendak meninggalkan wanita itu, sekali lagi wanita itu 'menegah'.

   "By the way, nama saya Hazlina. Awak?"

   Dengan kerutan di dahi, Harris Amsyar menoleh. "Amsyar"

   Senyuman yang boleh tahan menggoda diberikan oleh Hazlina kepada Harris Amsyar. "Do you mind to meet me tomorrow?"

   Mulut Harris Amsyar sudah terbuka, bersedia hendak menjawab soalan Hazlina. Tetapi secara automatik mulutnya terkemam kembali apabila tangan seorang wanita memaut lengannya dari kanan.

   "Sayang, kata nak candle light dinner malam ni dengan baby? Jom balik" suara menggoda kedengaran di halwa telinga Harris Amsyar dan Hazlina.

   Dengan wajah terkejut, Harris Amsyar menoleh ke sisi kanannya. Wajah Sarah Nia ditenung meminta kepastian.

   Sarah Nia mengerdipkan mata dan menggigit bibir bawahnya apabila Harris Amsyar memandang ke arahnya.

   Hazlina yang melihat aksi suami isteri itu terus panas hati. Dengan wajah menyampah terhadap Sarah Nia, dia bertanya "ni ke isteri awak? Cantik sangat. Hm... Since takut nanti kita tak jumpa, boleh tak saya nak mintak nombor telefon awak?"

   "Boleh. Nah" potong Sarah Nia lalu menghulurkan kad bisnes kepada Hazlina.

   "Nice. Thank you!" Balas Hazlina dengan gembira sebelum berlalu pergi.

   Sejurus itu, Sarah Nia memandang wajah Harris Amsyar dengan wajahnya yang seperti pembunuh bersiri.

   "Whatt?" Soal Harris Amsyar blur.

    Sarah Nia menghampiri tubuh Harris Amsyar dan berkata, "you owed me an explanation" lalu dia berjalan laju keluar dari restoran tersebut menuju ke kereta.

   "Poor me!" Rungut Harris Amsyar sebelum mengejar langkah isterinya.

   Pekerja-pekerja restoran itu hanya memerhati dengan riak kehairanan. Mesti di dalam otak mereka terfikir "kenapa masuk tapi keluar balik?" Ataupun "masuk just untuk adegan drama tu je ke?" Mungkin.

_________________________________________

Diary Sarah Nia...

Manusia. Lelaki. Perempuan.
Masing-masing dihadirkan rasa cinta. Begitu juga cemburu.

Cemburu melambangkan kesetiaan kita terhadap seseorang.
Cemburu menunjukkan sayangnya kita terhadap sesorang.

Dah tahu aku cemburu, pujuklah!

  

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 35.1K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...
1.9K 1 1
Hanis Zulaikha-Seoarang perempuan yang biasa,lemah lembut dan memiliki paras wajah yg agak sedikit menawan.Dia juga boleh dikatakan kdrama lover,wala...
381K 10.4K 68
SINOPSIS Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebab...
280K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...