----✨----
Aku pergi ke kelas kawan-kawan rapat aku dengan niat untuk study dengan mereka. Waktu tu exam week jadi cikgu biarkan murid belajar sendiri dan aku pun apa lagi, ambil kesempatan terus hilangkan diri pergi ke kelas lain.
Kelas diorang di tingkat satu manakala kelas aku di tingkat dua blok tingkatan tiga. Azz dengan Syen pun sama tinggalkan kelas masing-masing, so ada geng lah ni.
Nak dibuat cerita, biasalahkan kalau kumpul kata nak studygroup akhirnya semua kelaut. Aku, Azz, Mirza, Dayah, Ani dan Syen duduk mengelilingi sebuah meja dan pelbagai cerita panas dalam dan di luar sekolah kami kongsi.
Sampai satu topik tentang suspek lesbian dalam batch kitorang, salah seorang kawanku menyebut tentang dia. Masatu aku masih belum kenal dia, cuma tahu nama je sebab aku ni jenis yang tak pandang orang sekeliling kalau tak penting.
Sedang rancak cerita tentang kemungkinan salah seorang murid kelas yang aku lepak ni tertarik kepada kaum sejenis, entah macam mana boleh naik nama dia.
"Aku rasa kan, dia tu macam les lah," kata Azz.
"Kau biar betul?" Kitorang merapatkan lagi kerusi ke Azz.
"Takdelah tapi aku tengok dia tu macam asyik nak manja-manja je, dengan aku satu hal pulak. Serious weh dia macam ada vibe les. Kadang dia dengan aku asyik nak berkepit je."
"Lagipun dia kan layan anime, mestilah dia tau pasal yuri apa semua tu. Yang perempuan dengan perempuan tu."
Aku meletakkan siku di atas meja lalu menampung dagu dengan tapak tangan bila mendengar perkataan yuri disebut. Berminat? Mestilah.
"Tapi korang kan rapat, duduk sebelah-sebelah pulak tu, mungkin sebab tu kot dia macam gitu."
"Entahlah weh, tapi dia punya cara tu buat aku was-was," Azz tergelak, "aku rasa macam aku ada crush lah dekat dia."
Ah sudah, ke situ pulak.
Kami berlima tergelak mendengar luahan Azz sebelum aku menyuruh mereka perlahankan suara kerana ada orang lain yang tengah belajar lagi.
"Mende seh kau Azz, biar betul sampai crush kat dia?"
"Takdelah tapi macam suka sikit tu adalah sebab ada moments yang buat aku macam berdebar sikit dengan dia tu. Dia ada macam satu effect ni lah, ntahlah aku pun tak tau."
"Macam-macam lah kau ni," kami tergelak kecil sebelum berubah ke topik lain.
Eh, diorang ni macam tak kisah je bila Azz kata yang dia ada crush dekat seorang perempuan.
Kawan-kawan aku ni jenis yang suka yaoi, manakala aku menuju ke arah perempuan dengan perempuan. Memang pernah diorang ada cakap dulu yang diorang geli tengok perempuan dengan perempuan sebab diorang pun dalam kaum yang sama. Itu aku tak faham.
Kalau ikutkan, group penyanyi yang aku jadi kipas-susah-mati pun memang group perempuan. Jadi rasa terasing tu selalu timbul dalam diri.
Aku minta diri untuk ke tandas dan ke kelasku sebentar untuk simpan buku yang dibawa sebagai props bila waktu dah sampai untuk rehat.
Sekolah ni memang tak guna loceng langsung. Katanya supaya pelajar dapat belajar pengurusan masa dan tak nak muridnya berlemak sangat. Tapi kalau dah sekolah semua perempuan pulak tu, memang ada jugaklah lemaknya yang manja-manja tu kan.
Masuk kelas, classmate aku tanya tadi pergi mana sebab cikgu masuk. Alamak, janganlah dicop budak ponteng kelas lepas ni.
Bila balik ke kelas diorang, dah ada makanan yang dibeli dari kantin di tangan masing-masing dan aku pun merajuk berapa saat sebab diorang tak tunggu aku nak turun ke kantin.
Aku pujuk diorang untuk teman tapi kalau dah malas memang berat lah punggungnya.
"Korang, teman la aku pergi kantin."
"Malas la, tadi baru turun," jawab Dayah bagi pihak mereka.
"Alah kejap je," aku merengek manja. Sememangnya aku yang paling manja dan kata diorang, paling 'gedik', antara geng aku.
"Farah pergi sorang sana, bukannya mati pun kan," Kata Azz dengan nada garangnya.
Haih, kalau dah Azz yang cakap macam tu memang kena pergi sorang la jawabnya.
"Ish korang ni kan," aku mencebik sebelum berlalu ke kantin sekolah.
Di kantin kelihatan sangat lengang, biasanya kalau exam week budak-budak ni memang tak ramai yang turun ke kantin atau mungkin aku yang memang lambat turun.
Aku berjalan sambil mengorek dompet, mengambil wang bagi mengisi perut sebelum tiba di kawasan beratur. Bila dah nampak bayang railing, aku mengangkat kepala dan tanpa disangka aku terus menatap sepasang mata yang baru digosipkan di kelas sebentar tadi.
Bagaikan drama petang, aku hanya nampak dia dan terasa background sekeliling menjadi pudar kerana anak mataku hanya fokus kepada dia.
Nadin Raiha atau nama panggilannya Nadin sedang berjalan keluar di antara railing tempat beratur sebelum memberi senyuman kepada aku, deg. Sempat aku membalas dengan senyuman kecil.
Kenapa jantung aku ni berdebar semacam?
Ini ke effect dia yang Azz katakan di kelas tadi?
Dia berlalu pergi meninggalkan aku yang confuse sendirian. Aku capai makanan yang terlebih mahal harganya dan membayar sebelum melangkah laju pulang ke kelas rakanku.
"Korang! Weh korang macam mana ni?" Aku teriak sambil melabuhkan punggung di atas kerusi untuk mengadu.
"Kau dah kenapa?" Mereka memandang aku dengan tanda tanya.
"Tadikan," aku berada dalam dilema sama ada untuk menceritakan kepada mereka tentang apa yang berlaku tadi atau tidak.
"Cerita tu sambung terus boleh tak?" Marah Azz dan Dayah. Yang lagi tiga tu hanya mendengar.
"Tadi aku pergi kantin, lepastu aku pandang bawah je sebab tengah kira duit, lepastu aku pandang atas tiba-tiba nampak Nadin. Aku pun tiba-tiba macam dup dap dup dap," aku berhenti seketika untuk melihat reaksi mereka, "korang tau tak macam dalam tv yg diorang cuma nampak orang tu je, keliling semua dah kabur2 gitu. Tadi aku macam tu masa nampak dia lah korang," aku merengek.
"Kau biar betul?" Mirza bersuara.
"Yelah takkan nak tipu."
"Taklah, Far aku rasa kan, mungkin sebab kau baru dengar kitorang cakap dia maybe les," kata Dayah.
"Tak tau lah, tapi macam first time kot aku rasa macam tu."
"Aku rasa apa Dayah cakap tu betul la Far," Ani dan Syen mengangguk setuju dengan Mirza.
"Azz macam mana?"
l kau tengok dia lagi sekali ada rasa macam tu lagi ke tak," cadang Ani.
"Kau gila apa? Tak nak aku," balas aku sambil makan keropok lekor yang dibeli di kantin, susah nak tenangkan hati ni.
"Farah cepatlah, mesti dia dah masuk kelas kan," Eh si Mirza ni, dia pulak yang beriya.
"Jom aku bawak," kata Azz sebelum menarik tangan aku yang tak rela menuju ke kelas dia.
Sampai di kaki lima kelas Azz aku cuba untuk berpatah balik apabila melihat si dia sedang duduk di tempatnya melalui pintu belakang yang terbuka luas. Terasa makin laju degupan jantung melihat susuk tubuh dia.
"Weh tak nak lah."
Jantung aku masih laju macam baru lepas masuk acara lari 2000m.
"Cepatlah tengok dia," Mirza dan Ani menolak aku untuk masuk ke kelas tersebut dan dengan pantasnya aku memusingkan badan terus memeluk Azz di belakang sambil tertawa.
"Azz," aku merengek, "aku masih rasa lah."
"Apa ni Far, takde orang lain ke yang kau nak jadikkan crush? Dia aku punya lah," balas Azz sambil ketawa melihat aku yang masih mengada.
"Kau ingat aku nak ke rasa macam ni," kitorang bertenggek di koridor depan kelas Azz, sekali-sekala mengalihkan pandangan ke dalam kelas tu.
"Dah lah jom, buat apa nak duduk lama2 kat sini," Ani dan Mirza mula menarik aku dan Azz yang sibuk melayan perasaan balik ke kelas diorang.
"Weh korang serius lah, macam mana ni?"
"Macam mana apa kau?"
"Takdelah, aku rasa macam ni, aku takutlah."
"Tak de apa-apa lah Far, aku rasa sebab kita baru cakap pasal yang bermungkinan dia tu suka perempuan," Dayah mengutarakan kembali pendapatnya.
"Yelah, sebab tu lah kau rasa macam ni kan?"
Aku hanya mendiamkan diri sambil tersenyum kecil. Dalam hati perasaan takut dan berbunga bercampur-aduk siapa yang tahu? Aku lebih selesa bersetuju dengan apa yang mereka katakan.
Tapi aku tahu yang jauh dalam hati kecil ini aku mahu mengakui perasaan ini tanpa sebarang alasan.
----✨----