[ C ] tomorrow with you s1 +...

By itschurros

90.5K 7.9K 465

❝ Thank you for being there for me whenever I feel sad and needed you . ❞ More

CHAPTER 01°
CHAPTER 02°
CHAPTER 03°
CHAPTER 04°
CHAPTER 05
CHAPTER 06°
CHAPTER 07°
CHAPTER 08°
CHAPTER 09°
CHAPTER 11°
CHAPTER 12°
CHAPTER 13°
CHAPTER 14°
CHAPTER 15°
CHAPTER 16°
CHAPTER 17°
CHAPTER 18°
CHAPTER 19°
CHAPTER 20°
CHAPTER 21°
CHAPTER 22°
CHAPTER 23°
CHAPTER 24°
CHAPTER 25°
CHAPTER 26°
CHAPTER 27°
CHAPTER 28°
CHAPTER 29°
CHAPTER 30°
CHAPTER 31°
CHAPTER 32°
CHAPTER 33°
CHAPTER 34°
CHAPTER 35°
CHAPTER 36°
CHAPTER 37°
INFO°
CHAPTER 38° [S2]
CHAPTER 39° (S2)
CHAPTER 40° [S2]
CHAPTER 41° [S2]
CHAPTER 42° [S2]
CHAPTER 43° [S2]
CHAPTER 44° [S2] Last Part
P R O M O T E
N O T E

CHAPTER 10°

2.1K 215 6
By itschurros

백현 ❤
송지효 ❤

°

Donghae membuka pintu bilik Baekhyun dan masuk kedalam.Ketika itu Baekhyun baru sahaja keluar dari bathroom dan duduk dibirai katil.Donghae pandang sekeliling bilik Baekhyun.Masih sama macam dulu bilik adiknya ini.Tak ikut peredaran zaman agaknya.


Donghae duduk disebelah Baekhyun."Kenapa kau tak ubah bilik kau ni??dari dulu sama je"

"Tak penting semua ni bagi aku hyung"balas Baekhyun.Ubat dimakan satu persatu dengan susah payah kerana rasa pahit.Lawak pula Donghae melihat Baekhyun.Sampai macam tu sekali makan ubat.Dah macam makan akar kayu.

"Macam mana sekarang??jadi CEO??nak uruskan Geun lagi?"tanya Donghae.Kasihan pula dia melihat Baekhyun.Waktu yang amat muda dia dah kena uruskan banyak tanggungjawab.Uruskan semua pasal Geun.Sekarang uruskan syarikat yang besar pula.

"Ok je.Cuma bertambah lagi tanggungjawab.Tapi bagi aku all of this is making me mature"

"Baguslah kalau kau fikir macam tu.Tak ada aku nak risau pasal kau"

"Aku dah besar hyung.Geun pun dah semakin besar"

Donghae mengukir senyuman.Bangga dengan kematangan Baekhyun.Setelah pelbagai benda yang hadir dalam hidup dia.Apa yang berlaku akan mematangkan seseorang.Tidak perlu mengalah terlalu cepat kalau rasa diri sendiri mampu bertahan.

"Aku nak tanya.Geun dah tahu?"

Dahi Baekhyun berkerut.Tidak mengerti dengan pertanyaan Donghae."Tahu??tahu apa?"dia bersandar dikepala katil.Rasa lenguh-lenguh badan masih terasa.

"Pasal Omma dia??Chaeyeon"pertanyaan Donghae membuatkan Baekhyun hela nafas berat.

"Aku tak nak cakap pasal ni hyung"Baekhyun terus baring membelakangi Donghae.Kalau boleh dia tak nak ingat langsung pasal perkara yang menyakitkan hati.Kenyataan yang susah untuk dia terima.

"Hyung tahu kau sakit hati.Kecewa.Tapi kau tak boleh menindakkan benda yang benar"

"Aku nak rehat.Penat"ujar Baekhyun dan memejamkan matanya.Tidak mahu Donghae meneruskan.

"Kau fikirlah betul-betul.Lambat atau cepat Geun akan tahu juga"Donghae pandang Baekhyun sekilas dan melangkah keluar.

"Geun anak aku"

•••••••••

Puan Song yang baru keluar dari dapur melangkah kearah Jihyo yang baru balik.Masuk je rumah terus baring atas sofa.Penat sangat nampaknya anak dia seorang ini.Sampai terus baring.Puan Song menepuk paha Jihyo.Jihyo terus bangun dan duduk bersila.Memberi ruang Puan Song duduk disebelahnya.

"Penat sangat Omma tengok ni.Banyak kerja ke kat pejabat?"tanya Puan Song.

"Penat.Tapi kerja tak banyak pun"Jihyo beralih bersandar disofa.Merehatkan badannya.

"Habis tu Hyo buat apa?"pelik Puan Song.Apa yang Jihyo buat kalau kerja tak banyak??angkat lori tangki ke??hishh..jauh benar tu.Mahu patah riuk Jihyo dibuatnya.

"Bos Hyo demam.Jadi Hyo yang kena bawa dia pergi hospital.Dahlah macam budak-budak susah nak pergi hospital"jawab Jihyo lebih kepada mengomel.

"Patutlah.Tapi jangan merungut.Tolong bos tu.Apa salahnya"

"Hmm..yelah"ujar Jihyo bernada malas.

"Ni Omma nak bagitahu yang esok Omma nak balik Pohang"

Jihyo toleh pandang Puan Song."Esok??kenapa Omma??serius je bunyi"tanya Jihyo.

"Ajumma Hye Jin call Omma.Dia cakap halmeoni tak berapa sihat"

Jihyo terkejut mendengarnya kerana dia rapat dengan halmeoni nya itu.Dia kembali bersila mengadap Puan Song."Halmeoni tak sihat??teruk ke Omma??Hyo nak balik juga"tanya Jihyo dengan suara cemas.

"Tak adalah teruk sangat.Cuma tak boleh nak berjalan sangat.Cepat penat.Hyo pun tahu kan yang Halmeoni uruskan kebun sayur??"

Jihyo angguk.

"Habis tu siapa urus kebun halmeoni?"

"Ajumma Hye Jin cakap adalah dua orang yang tolong uruskan.Lega juga Omma dengar"

"Halmeoni terlalu aktif lah Omma.Sebab itulah cepat penat.Buka kebun lagi"balas Jihyo.Sememangnya halmeoni sangat aktif walaupun usia semakin meningkat.Lebih-lebih lagi usahakan sebuah kebun sayur.

"Macam cucu dia jugalah.Hyo ni pun aktif juga.Sama je macam halmeoni"

Jihyo tersengih.Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Macam mana halmeoni,begitulah cucu.

••••••••••••

Jihyo yang sedang mencatatkan sesuatu menoleh kearah bilik CEO.Baekhyun sudah datang kerja.Mungkin demamnya sudah sembuh.Tiba-tiba tidak lama kemudian, seorang perempuan masuk kedalam bilik Baekhyun.Jihyo tertanya tanya kerana tidak pernah melihat perempuan itu datang ke syarikat ini.Mungkin wakil sebuah syarikat yang ingin bekerjasama dengan Great Palace Holding.

Baekhyun angkat wajah dan agak terkejut apabila melihat seorang perempuan yang baru sahaja masuk.Perempuan yang dia langsung tidak berharap untuk bersua kembali.Baekhyun kembali membuat kerjanya.

"Saya tahu awak terkejut dengan kedatangan saya"

"Saya kembali untuk awak"ujar perempuan itu.Baekhyun kembali angkat wajah.Langsung tiada senyuman diwajah kacak itu.

"Aku tak kenal kau.Macam mana kau tahu aku kerja dekat sini?"soal Baekhyun.Dia betul-betul tidak menyenangi dengan kedatangan orang dihadapan mejanya sekarang.Langsung tidak diundang.

"Nama saya Chaeyeon.Saya tahu awak pura-pura tak kenal saya.Macam mana saya tahu tempat ni itu tak penting.Saya datang sini nak bincang pasal kita"

Baekhyun senyum sinis.Dia berdiri."Pasal kita??what do you mean pasal kita??aku rasa tak ada apa lagi pasal kita"

"Baekhyun saya dah menyesal.Saya datang nak minta maaf.Saya tahu saya salah.Saya..saya nak tebus semuanya.Termasuk jadi Omma yang baik untuk anak kita"

Baekhyun berdecit.Senyum sinis."Anak kita??kau sedar tak apa yang kau cakap ni??lepas kau buang dia.Buang aku.Now kau datang sini dan admit your son"

"Betulkan apa yang saya cakap.He's my son.Saya yang lahirkan dia.Saya ada hak"

Kemarahan Baekhyun sudah kelihatan.Dia menghentak meja."Pedulikan semua tu.Hak??"Baekhyun gelak kecil.

"Hak apa yang kau tahu??lahirkan dia??lepas kau lahirkan dia.Kau tinggalkan dia,minta cerai dengan aku sebab terlalu agungkan cinta lelaki tak guna tu.Sekarang kau datang balik dan cakap pasal hak.Nonsense"ujar Baekhyun keras.Dia betul-betul marah ketika ini.Wajahnya merah menahan marah.Senang tinggalkan dan senang mahukan balik.

"Saya dah cakap saya dah menyesal.Saya.."

Belum sempat Chaeyeon menghabiskan percakapan.Baekhyun memintas."Lebih baik kau keluar sebelum aku panggil security guard"

"Baekhyun please.."

Baekhyun duduk kembali.Interkom ditekan.

"Jihyo kau panggil security guard sekarang"

Terkejut Chaeyeon kerana Baekhyun betul-betul serius dengan kata-kata nya.Dia pandang Baekhyun yang langsung tidak memandangnya.

"Saya tak akan putus asa"selepas mengatakan itu, Chaeyeon terus berlalu keluar.

"Tak payah panggil"

•••••••••••

[JIHYO POV]

Aku berdiri apabila perempuan itu sudah keluar dari bilik Baekhyun.Wajahnya langsung tiada senyuman.Beriak marah.Aku pandang bilik CEO aku tu.Dia betul-betul nampak kusut.Bermasalah.Apa yang berlaku??mereka berbual apa??betul-betul nampak serius.Aku pun nampak Baekhyun hentak meja.Aku boleh nampak sebab bilik dia berdinding kaca.Tapi kalis bunyi.

Aku melangkah kearah bilik dia.Pintu diketuk.Senyap.Aku beranikan diri masuk.

"Bos.Boleh saya masuk?"aku teragak agak tanya.Dia tak menjawab.Betul-betul stress ni.Aku senyum kekok dan melangkah masuk.

"Bos ok?"aku duduk.Dia meraup rambutnya kebelakang dengan muka yang kusut.

"Kau rasa aku ok ke?"aku geleng bila dia tanya macam tu.Dia betul-betul tak ok sekarang.Aku kena akui.

"Emm..saya nak bagitahu.Lebih kurang nak minta izin"aku atur satu persatu butir bicara dengan baik.Risau pula gunung berapi meletopp.

Dia angkat kening."Izin??"

"Saya nak minta cuti.Esok saya nak balik kampung"

"Kau nak buat apa balik kampung??ada kenduri apa-apa ke??kau kahwin?"

Terkejut betul aku bila dia tanya macam tu.Soalan tak bertapis lah dia ni.Ada ke patut aku kahwin.

"Mana ada kahwin.Halmeoni saya sakit.Please..bos bagilah saya cuti.Bos tak kasihan ke dekat saya??halmeoni saya mesti rindu saya"aku buat muka kesian.Muka seposen.Berharap sangat dia bagi cuti.

Baekhyun mengecilkan mata."Kau ni memang drama queen betul kn"

Aku tersengih menampakkan deretan gigi.

"Kampung kau dekat mana?"

"Dekat Pohang.Cantik tau tempat tu.Damai.Boleh hilangkan stress"ujar Jihyo bersungguh sungguh.

"Kalau aku nak ikut kau balik kampung?"

Terlopong aku dengar pertanyaan dia.

TO BE CONTINUED

Vote✅
Comment✅
Copy❎

Continue Reading

You'll Also Like

21.8K 1K 48
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
125K 2.4K 34
Luke Adwar x Kanemoto Hikkun Minasan ( Lucas Adwar Minasan x Kanemoto Haira Adwar ) David Athur x Leo Hamada ( Jake Athur x Hamada Asahi) Eric Kim x...
726 142 13
Sequel of Favourite Lover. Dan selepas 20 tahun, dia kembali. Insan yang ku sangka mati, dia kembali. Dan kini keluargaku sebagai galang ganti. " I...
2.4M 159K 71
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...