KEMBAR

By yiennn_

43.1K 3.5K 560

Apabila adik beradik kembar tak seiras menjalani kehidupan yang penuh suka dan duka dan kehidupan yang penuh... More

KEMBAR ♡
∞ 1 ∞
∞ 2 ∞
∞ 3 ∞
∞ 4 ∞
∞ 5 ∞
∞ 6 ∞
∞ 7 ∞
∞ 8 ∞
∞ 9 ∞
∞ 10 ∞
∞ 12 ∞
∞ 13 ∞
∞ 14 ∞
∞ 15 ∞
∞ 16 ∞
∞ 17 ∞
∞ 18 ∞
∞ 19 ∞
∞ 20 ∞
∞ 21 ∞
∞ 22 ∞
∞ 23 ∞
∞ 24 ∞
∞ 25 ∞
∞ 26 ∞
∞ 27 ∞
∞ 28 ∞
∞ 29 ∞
∞ 30 ∞
∞ 31 ∞
∞ 32 ∞
∞ 33 ∞
∞ 34 ∞
∞ 35 ∞
∞ 36 ∞
∞ 37 ∞
∞ 38 ∞
∞ 39 ∞
∞ 40 ∞
∞ 41 ∞
∞ 42 ∞
∞ 43 ∞
∞ 44 ∞
∞ 45 ∞
∞46 ∞
∞ 47 ∞
∞ 48 ∞

∞ 11 ∞

938 70 3
By yiennn_

Selepas seminggu Jungkook di hospital, akhirnya dia dibenarkan balik.

Dan selama seminggu jugaklah mereka berenam tak pergi sekolah. Alasannya sebab nak teman Jungkook 😒

Bongok punya alasan. Cakap jelah yang korang ni pemalas.

"Jimin, Taehyung nanti ikut aku pergi pasaraya. Beli iron baru." Jin menjerit sambil tangannya ligat menghidangkan makanan kepada kembarnya. Kalau tak buat, kebulur pulak nanti. Dengan aku-aku kebulur sekali 😁

"Naeeeeee, oh yeah" jeritan mereka berdua kedengaran. Jin tersenyum. Haih lahh , baru berapa minggu duduk sendiri dah macam-macam jadi.

"Aku nak ikut!", Hobie dengan Joon menjerit.

"Tak payah! Korang berdua duduk rumah kemas. Yoongi jaga Jungkook."

"Lol, Kook dah sihat lah weh 😫 asal lak kena jaga lagi"

"Kau diam Yoongi. Jangan sampai kaki aku masuk mulut kau"

"Fuck off you little piglet"

"Setakat mencarut macam tu aku pun bolehlah Yoong. Taknak tunjuk je ha"

"Did I care huh?"

"Eiy dasar babi hutan betoi. Dok speaking ram jadah apa hang ni"

Haa tudiaa amek hang, Yoongi.
Apa kau ingat Jin ini biasa aja orangnya 😁

Yoongi terus masuk bilik. Pintunya dihempas kuat.

"Ha hempaslah lagi! Kalau boleh lagi kuat! Biar terkopak terus pintu tu. Buat selalu pun takpa! Bila rosak nanti kau ganti guna duit kau sendiri!", Jin menjerit dari tingkat bawah.

"Arghhhhhhh!", Yoongi menjerit.

Jin hanya tersenyum suka. Lepastu dia kembali memandang meja makan.

'Cis patutlah berani masuk bilik rupanya kau dah melantak ye Yoongi. Kalau tak, komfem kau tadah telinga dengar bebelan aku punye!', kata Jin didalam hati.

"Jinnie hyung? Palliwa!", jerit Tae.

"Palli palli! Palli nak pi mana!", Jin memandang Tae dengan Jimin yang segak berpakaian.

"Tadi kau yang ajak kitorang pergi pasaraya kan 😒 kau ni nyanyuk ke cena? Bodoh betul, umur je muda tapi otak tua"

"Amboi sedapnya mulut kau berkata kata ye Kim Taehyung. Sedap mengutuk aku noh."

"Benda ni fakta dari mulut aku okey"

"Ha fakta noh. Okey fakta. Jimin, kau ikut hyung pergi pasaraya. Kau bagitahu dekat Kim Taehyung yang kita pergi berdua ja"

Jimin mengalihkan pandangannya ke arah Tae.

"Taelien, aku gi pasaraya dengan Jinnie je. Kau tak leh ikut"

"Yahhhh! Apani Jinnie! Tadi ajak Taetae! Sekarang nak pergi berdua je dengan Jimin!"

"Eh aku ada ajak kau ke Tae? Aduh lupalah. Aku kan tua + nyanyok 😏", Jin memerli.

"Laah hyung ni, Tae cakap je. Tak maksudkan pun benda tu. Iyooo pliss lah Jinnie, nak itut 👉👈", Tae buat muka comel.

"Em nantilah aku fikirkan. Sekarang ni makan dulu. Hobie! Joon! Turun makan sekarang! Kalau lambat takpayah sarapan!" Laung Jin.

Maka turunlah dua orang itu dengan kelam kambut. Ye lah kelam kabut, nanti lambat kang tak dapat makan. Dah la semua jenis melantak!

Sudah selesai makan, masing masing berkumpul diruang tamu kecuali Tae yang masih diruang makan.

Jin pergi dapur nak ambil air tetiba nampak Tae dekat meja makan.

"Oih, buat apa kat sini. Pergilah sana join diorang tengok tv"

Diam.

"Oih Tae!"

Sunyi.

"Kim Taehyung!"

Sepi.

Jin geram lalu menghentak meja makan. Tapi malangnya tiada reaksi dari Taehyung.

Eh pelik benor budak ni. Mati dah ke?

Jin pun jalan mengadap Taehyung. Mata Taehyung merah. Macam baru lepas nangis.

Wait! Nangis? Pehal pulak!

"Wae kau nangis ni Tae?"

Jin tegur je terus Tae nangis teresak esak.

"Wae? Tae, kau sakit ke?!", tanya Jin. Cemas.

Tae geleng kepala.

"Dah tu?"

"Hyunggg.. tsk tsk tsk. Hyung tak bagi Taetae ikut. Huwaaa"

Jin menampar muka Taehyung.

"Haa tuu makan dia. Selama ni kalau aku gi mana mana pernah ke aku tak bawak kau, Tae oiii! Tadi tu aku memain je lah. Hish tak payahlah sampai macam ni. Buat aku risau lah"

"Tadi hyung yang tak bagi Tae ikut. Hyung bagitau Jimin kata nak pergi berdua je", mulut Tae dicebikkan. Muka tu jangan katalah. Dah macam buah tomato masam 😂

"Berapa kali nak ulang? Hyung memain jelah tadi! Mianhae", Jin usap pipi Taehyung yang ditamparnya tadi.

"Gwaenchana hyung", Tae pegang tangan Jin yang usap pipinya.

"So Taetae boleh ikut lah ni?"

"Ha'a"

"Yeyaaaa! Boleh ikut! Jimin! Wek wek wek aku boleh ikut!", kata Tae sambil berlari masuk ke bilik Jimin.

Jin hanya menggelengkan kepalanya. Ada ada ja Tae tu. Tae kalau manja, fuhh kalah Jungkook. Eh bukan Jungkook je tapi semua 😂

"Jom kajja! Wait! Duittttt" Jin terhenti.

Dia berjalan menuju ke biliknya. Jin membuka laci dimana sampul surat yang berisi duit berian ommanya tersimpan.

"Dah nak habis. Macam mana ni? Habis aku beri duit saku dekat diorang. Nak beli barang lagi", Jin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dah la appa dah stop masukkan duit.

Jin mengeluh berat.

Skip

"Yeayyy! Kita pergi pasarayaaaa. Jinnie hyung, aku nak coklat tau"

"Aku nak ice cream. banyak! "

Kedengaran mereka melompat di dalam kereta tempat duduk belakang.

"Aku turunkan korang dekat tengah jalan ni kang. Mampus jugak korang ni." Jin mendengus. Nak drive pun tak senang.

"Jinnie hyung. Aku nak baju baru," Taehyung.

"Aku nak boxer baru. Yoongi hyung pun nak jugak. Tadi dia pesan. Boxer dia dah koyak" Jimin ketawa apabila bercakap mengenai boxer kembarnya.

"Tae! Chim! Diam boleh tak. Aku nak drive dengan aman! So please be quite!" Jin memandang cermin pandang belakang. Jimin dan Taehyung muncung sedepa.

"Haihlaaa, aku hairan sungguh macam mana lah omma dengan appa boleh layan kita semua tanpa jemu" Jin mengeluh.

Pasaraya Wonhae Money Money!

"Jom, cari iron" Jin menolak troli.

"Jinniee, Chim nak tolak troli" Jimin mengambil troli dari pegangan Jin dengan tersenyum. Jin menggeleng. Aku bagi diorang ni makan apa yang aktif sangat ni?

"Jom, cari iron kang tak sekolah pulak kita esok. Joon punya pasal ah ni" Jin membebel.

"Haa Chim , Tae ... " Jin melihat sekelilingnya. Kosong . Setan-setan ni mula dahhhh ..

Setelah memilih iron yang sesuai Jin mengambil kotak iron dan memegangnya. Dan warna iron tu of course lah PINK!

😂😂😂😂

Dia mencari Jimin dan Taehyung. Kakinya melangkah ke tempat tv.

Kakinya terhenti. Jin memandang dua orang yang sedang asyik menonton tv. Asyik asyik asyik! Asyik asyiknya bercinta. Eh ternyanyi pulak 😂

Jimin memegang troli tetapi matanya tertumpu kepada tv. Dan taehyung .... duduk dalam troli sambil makan lolipop.

"Weiiiii! Korang buat apa dekat sini! Aku cari merata tempat doh!" Jin mendekati mereka berdua. Taehyung hanya tersengih.

"Hyung. Tengok ni! Rancak gila diorang menari. Aku ingat nak jadi idol jugak lah." Jimin berkata sambil tangannya menarik-narik baju Jin.

"Haah lah, kumpulan apa ni? Lagu pun macam best je" Jin join.

Orang lalu lalang yang melihat mereka tidak dihiraukan.

"Tadi aku tanya budak yang bagi Taehyung lolipop tu. Dia kata kumpulan bangtan boys. Budak tu kata lagu ni lagu Fire "

"Ohhh, best jugak diorang ni. Wehh ni sapa ni? " Jin menunjuk salah seorang dari mereka yang berambut putih dan berbaju pink tengah menyanyi.

"Jap aku search." Jimin mengeluarkan Iphonenya.

"Haaa, tu Kim Seokjin. Eh, macam nama kau lah" Jimin ketawa.

"Aku rasa nak minat dia lah. Aku patut jadi kembar dia, bukan kembar korang. Dahhh, jom bayar. Ni korang ambik apa yang banyak sangat ni! Dengan coklat, keropok. Semua makanan ringan! Weh gila ke apa! Satu kotak lolipop ni sapa punya!" Jin mengeleng.

"Alaaa, boleh laa Jinnie hyung. Lolpipop tu Taetae punya" Taehyung mengembungkan pipi tembamnya.

"Ha lah ha lah. Aku nampak korang sepahkan rumah dengan makanan. Aku tak bagi muka! Lagi satu! Tu LOLIPOP lah Tae! Bukan lolpipop" jin menolak troli.

Taehyung dari dulu sampai sekarang tak reti sebut Lolipop 😂

'Aku pun tak nak muka kau' Taehyung ketawa didalam hati.

"Lolpipop. Betullah tu hyung!"

"Ikut suka kaulah Tae!"

"Wehh hyung! Aku dah jumpa idol yang kecik-kecik pendek-pendek tadi. Nama dia Park Jimin. Macam nama aku kottt! Fuhhh bangga! " Jimin mendepakan tangannya.

"Hyu..." Jimin melihat sekeliling. Hilang. Dia memandang depan dan melihat Jin sudah jauh di hadapan meninggalkannya. Penat aku feeling tadi -.-

Skip

Lampu isyarat bertukar merah tandanya berhenti. Kang jalan eksiden pulak. 

Jin memandang ke luar tingkap. Tiang lampu dipandangnya.

KERJA KOSONG!

MEMERLUKAN PEKERJA LELAKI

PINKY CAFE ~

HUBUNGI KAMI DI TALIAN 01234567890

Jin lantas mengeluarkan Iphonenya di dalam poket seluar. Lalu disnapkan iklan tadi. Dia memandang cermin pandang belakang. Taehyung dan Jimin dah tidur.

"Jin , kau tabah." Jin menguatkan semangatnya. Dia melihat sampul surat yang berisi duit. Hanya tinggal beberapa keping, cukup untuk buat saku sekolah.

Skip

"Hyung. Jinnie hyung mana?" jungkook yang baru keluar dari bilik bersuara apabila melihat Yoongi, Hobie dan Namjoon sedang mengemas rumah. Tu pun terpaksa sebab Jin suruh 😂

"Keluar beli barang" Hoseok menjawab.

Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.

"Asal korang rajin sangat ni?"

"Kalau tak sebab si diva tu, aku tak buat lah semua ni. Dia ugut kalau tak buat, tak dapat makan malam . Hampeh betul" Hobie muncung sedepa.

"Hahaha. Kau ni Hobie , Jinnie hyung saja acah je. Kalau dia tak bagi kita makan, ngadu lah kat omma. Bengap lah kau hyung" Jungkook ketawa.

"Asal kita tak terfikir eh?" Namjoon mengaru kepalanya yang tak gatal. Bengap jugak aku ni.

"Buang masa" Yoongi menghempas penyapu. Dia kemudian duduk di atas sofa dan berbaring. Kerja dia dah nak mula gaisss..

"Kerja membuta je budak ni" Namjoon duduk.

"Kau cakap aku budak sekali lagi, aku hempuk kepala kau dekat jalan tar. And one more thing lantak akulah nak membuta pun sebab aku tak pinjam pun mata kau untuk tidur" Yoongi bersuara dengan mata yang tertutup.

"Kook, kau keluar bilik kenapa? Kau kan tak sihat lagi. Kalau Si Jin hutan tu balik nampak kau nanti habislah aku" Yoongi tetiba bangun.

"Kalau Kook sakit lagi, Kook tak keluarlah dari hospital."

"Haish"

"Kami dah balikkk! " kedengaran suara Jin dari luar rumah.

"Astagaaaaaaaa! Ni apa yang bersepah ni! Aku suruh kemas rumahkan! Apa pun tak buat lagi kenapa ni?!" Jin menjerit.

"Kitaorang sapu dah lah"

"Sapu apa macam ni, aku tengok sebelum aku pergi tadi, habuk ni ada dekat sini, sekarang masih ada dekat sini, bertambah pulak tu. Korang sapu ke buat sampah?" Jin membebel.

"Dah-dah. Stop bebel. Aku sapu. Bebel ja tau. Aku kerat mulut tu kang" Yoongi bangun. Ok Si Yoongi tiba-tiba jadi baik. Jangan percaya gaiss.

To be continued.

Annyeonghaseyo readerss 😂
Ok bye 😄🍃

Lots of love 💌💕
Muahhhhh readers 😘

Continue Reading

You'll Also Like

467K 39.3K 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah ber...
198K 21.3K 161
[SIRI DIALOG JENAKA] AMARAN ; Penggunaan bahasa secara tidak matang dan singkatan perkataan yang digunakan masih belum diedit. " If you love Bangta...
86.8K 1K 46
kisah seorang perempuan yang terpaksa jadi sugar baby sebab poket kering
401K 30.3K 201
sambungan dari buku lawak habang sebongtin High ranking: #1 in humor