ROYALIZE

laurengates01 tarafından

18.8K 1.1K 38

DANIEL ROYALIZE menyayangi satu-satunya keluarga yang tinggal, Damia. Kasih yang teramat melebihi nyawa sendi... Daha Fazla

1. Royalize
2. Dunia Magik
3. Tongkat sihir, Catten
4. Cornerludge
5. Kapal Memoir Feather
6. Teman Baru
7. Pemilihan
8. Profesor
9. Uji
10. Istimewa
11. Semangat
12. Damia Tunggu Justin
13. Aku takkan lupa...
14.Biar saya uruskan...
15. Jiwa yang kacau
16. Sisi gelap
17. Darkline, Goldsilv
18. Teka teki
19. Hari pertama pesta
20. Jawapan dan kesimpulan
21. Upacara Sumpah Setia
22. Tahun Dua
23. Vampire
24. Kembali ke Featherave
25. Pelan Parti
26. Pewarisan
27. Berdua
28. Serangan
29. Marviel Menunggu
30. Declan Noblesse
31. Janji
32. Kelas Posyen
33. Santai
34. Satu terpisah dua
35. Justin lagi
36. Tahun Tiga
37. Penulenan
38. Memori Kembali
39. Yang satu lagi
41. Kesan
42. Hachimaru
43. Dia
44. Yang Sulung
45. Dela
46. Kelahiran semula
47. Kembali
48. Rintihan
49. Kehilangan
50. Berkongsi
51. Terhakis
52. Roshane dan Kuasanya
53. Ekstrak
54. Tuan
55. Berjumpa
56. Bertemu lagi
57. Sentuhan
58. Posyen Perencat
59.Manipulasi
60. Evander
61. Pasak
62. BOOM
63. Ya Hana

40. Declan

126 9 3
laurengates01 tarafından

Daryan duduk memerhati ungun api yang membara. Bulan bersembunyi di balik awan tebal. Aneh, bahang api tidak sedikit pun memanaskan badannya, dirinya diselubungi kedinginan. Dewan itu kelihatan lebih luas daripada biasa.

"Runsing?"

Tuan Michaelis menyapa Daryan.

Daryan berdiam sepi, dia sekadar menyerahkan laporan yang telah ditugaskan ke atasnya.

Kebisuan Daryan mengundang persoalan kepada Tuan Michaelis. Laporan di tangannya tidak lagi menarik perhatian. Dia menyerahkan laporan tersebut kepada pembantunya.

"Duduk," Tuan Michaelis berkata sebaik sahaja Daryan mahu meninggalkan kerusinya.

Dari segi nadanya jelas itu bukan satu permintaan. Daryan duduk kembali tanpa menyoal.

"Rowen, ambilkan jurnal tersebut."

Rowen, tunduk sebelum beransur pergi.

Daryan memandang Tuan Michaelis seketika dari ekor matanya. Dia ingin bertanya tetapi terasa itu tidak penting buat ketika itu.

Rowen kembali bersama jurnal berkulit hitam. Tuan Michaelis mengarahkan agar diserahkan kepada Daryan.

Daryan menerima dengan kerutan di dahi, masih tidak memahami situasi tersebut.

Tuan Michaelis mengisyaratkan Daryan untuk menyelak jurnal itu. Daryan tanpa banyak soal menurut. Matanya tertacap pada muka surat satu. Jelas raut wajahnya terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Declan Noblesse?" Dia memandang Tuan Michaelis jelas ingin segera memahami semua itu.

Tuan Michaelis memetik jarinya, menarik hoodie Daryan dari menutup wajahnya dengan magik. Wajah orang lain lagi.

"Declan Noblesse pernah datang kepada saya" ujar Tuan Michaelis. "Tanpa saya sedari berkurun lamanya keturunan Goldsilv bersahabat dengan saya, jelas sumpahan yang tidak berkecuali, saya tiada menyimpan sisa memori keturunan ini melainkan itu"

Tuan Michaelis menunjuk jurnal di tangan Daryan. "Declan mencatat setiap memori dia bersama saya dan juga penyiasatannya"

Dia membuang pandangan ke luar jendela. Walaupun dia telah membaca segalanya, namun semuanya seperti mimpi, tidak satu pun memori yang tertulis dia rasakan dia pernah melaluinya. Namun dia percaya kerana buku itu ada di dalam simpanannya.

"Saya pasti dia telah menjangka seseorang daripada keturunannya akan datang kepada saya" Tuan Michaelis kembali melihat ke arah Daryan. "Sebab itu memang personaliti keturunan kamu, sedaya upaya melindungi keturunan"

Benar, jika sentiasa diburu memang begitulah jadinya. Cemburu dengan kuasa yang dianugerahkan. "Bagaimana tuan pasti keturunannya adalah saya."

"Jangan dipandang enteng kuasa saya, Daryan." Tuan Michaelis bangun menghampiri Daryan. Dia menyelak rambut Daryan, menyerlahkan pangkal tengkuk Daryan.

Mukanya menghampiri, dihirup aroma yang memikat se dalam-dalamnya. "Darah yang berbau perak, walaupun kamu cuba menyembunyikannya tetapi mustahil bagi vampire terakhir seperti saya."

Justin, vampire tulen tidak mampu mencium aroma perak setelah dia kaburi dengan posyen. Mustahil Justin menipu, lelaki itu terikat setia dengannya pada waktu itu.

"Dipersilakan merasainya jika tuan inginkan," Daryan mempersilakan.

Tuan Michaelis ketawa, dia kembali ke tempat duduknya. "Bertuankan manusia yang masih dikuasai emosi adalah sesuatu yang tidak bijak."

Daryan sekadar tersenyum. "Sudah tentu bagi insan yang telah menempuhi banyak pengalaman seperti tuan, tuan lebih mengetahui." Dia bangun dan mengemas jubahnya, jurnal disisip ke dalam bagnya. "Saya pergi dulu, selamat malam"

Tuan Michaelis memerhati Daryan beransur pergi. "Sengketa keturunan yang tidak pernah berpenghujung. Tamak manusia memang menakutkan"

-

Daniel kembali, tidak langsung menyapa Kembar Cornerludge. Dia segera menuju ke meja kerjanya. Jurnal Declan dikeluarkan dengan berhati-hati.

"Buku apa tu?" Soal Marvin.

Marviel yang dari tadi mengekor Daniel sejak ketibaannya. Melihat buku tersebut dari sisi. "Declan Noblesse?"

Daniel mengangguk. "Michaelis menyimpannya selama ini."

Kembar Cornerludge mengangguk mengerti.

Daniel menghabiskan masanya dengan membaca jurnal tersebut. Penulisan Declan memang seperti personalitinya yang diingati Daniel. Seorang yang lucu dan kerap kali dimarah makciknya kerana kenakalannya.

Pakciknya yang gemar berseloroh, pakciknya maut semasa pencarian musuh mereka, kemudian makciknya meninggal dek patah hati dengan kehilangan. Sayang Noblesse berakhir tidak berwaris. Anehnya kuasa Noblesse turun ke Justin.

"Apa rancangan kau selepas ini?" Soal Marvin. Daniel kelihatan termenung di mejanya seketika.

"Kuasa Darkline, tidak tercatat pun dalam mana-mana catatan. Apa pendapat kau?" Daniel tidak menjawab tetapi menyoal Marvin kembali.

Marvin berfikir buat seketika. "Kalau betul Darkline adalah dalang, aku rasa ada logik kenapa tahanan hari itu tak menjawab soalan kau."

Tertarik dengan teori Marvin, Daniel bangun menghampiri sahabatnya.

"Kau tak rasa itu adalah antara keistimewaan Darkline?" Marvin memandang Daniel seolah-olag cuba menyampaikan logik teorinya melalui pandangan matanya. "Kau pernah cakap goldsilv mempunyai 2 pewaris itu merupakan satu keistimewaan. Bagaimana keistimewaan Darkline adalah kuasa darahnya adalah rahsia sulit yang tak akan mampu diketahui?"

Daniel menepuk tangannya. Tidak ada satu pun jurnal nenek moyang mencatat keistimewaan Darkline walaupun keturunan itu acap kali muncul dipenulisan mereka.

"Tahanan hari tu walaupun kau jadikan dia sebagai hamba, namun ketuanan kau tak mampu mecungkil rahsia, sebab kau sedang berdepan dengan keturunan yang sama istimewanya" Ujar Marvin dengan yakin.

Daniel baring di atas sofa. "Jika begitu, kalau tiba masanya aku perlu berdepan dengan Darkline, aku harus berdepan tanpa mengetahui sekelumit kuasa mereka sedang mereka mengetahui keistimewaan keluarga aku." Terasa usaha mencarinya selama ini adalah sia-sia.

"Dan" Marviel yang sedari tadi disangkakan tidur bersuara. Daniel berpaling ke arahnya.

"Kau tak akan hadapi seorang diri, kau ada kami dan kami akan pastikan kau tak akan keseorangan."

Kenyataan Marviel disokong Marvin. "Kita sahabat sehidup semati."

Daniel tersenyum. Sahabat selamanya. "Dalam jurnal Declan ada menceritakan pasal Lennox Cornerludge, kalau korang nak baca,baca lah."

Mata kembar Cornerludge bersinar. Mereka mengetahui Ayahnya bersahabat baik dengan Royalize, tetapi tidak pula Noblesse.  Mereka berebut mendapatkan jurnal Declan di meja Daniel.

"Lagi satu, kita akan bergerak ke dunia pari-pari dua hari kemudian." Ujar Daniel menarik selimut, tubuhnya penat. Keadaan Damia yang tidak stabil juga turut mempengaruhi kesihatannya.

"Lebih terperinci?" Soal Marviel.

"Bandar Hachimaru" jawab Daniel separa sedar.

"Hachimakoto bukan di situ ke?" Marvin memandang Marviel.

Marviel mengangguk, hachimakoto antara akademi magik yang terkemuka. Mustahil untuk tidak mengetahuinya.

"Bukan..." Marviel meminta Marvin berdiam sahaja. Biarkan Daniel berehat.

Daniel terbaring dengan selimut menutup wajahnya. Okka berada di situ. Dia yang mengarahkan Okka dipindahkan ke Hachimakoto buat sementara waktu.

Justin pernah meminta dia 'melawat' sana satu ketika dahulu tetapi tidak diendahnya. Tetapi apabila Justin meminta sekali lagi, dia tidak teragak-agak untuk ke sana.

Daniel mengigit jarinya sehingga berdarah, dia membuka sedikit pintu portal dan mengambil sesuatu, gambar Damia. Dia tidak menyimpan gambar Damia pada dirinya bimbang sesuatu terjadi dan kewujudan Damia diketahui musuh mereka.

Dia menatap wajah Damia. Sesungguhnya dia merindui puterinya dan juga bimbang dengan penerimaan puterinya terhadap memori yang disoroknya. Namun professor Steveness menyarankan dia untuk tidak kembali buat sementara waktu sehingga keadaan Damia stabil. Dia sekadar menurut dan mempercayai Justin mampu melakukan sesuatu sebaik mungkin untuk menenangkan Damia.

"Puteri, abang rindu puteri". Daniel lena bersama foto puteri kesayangannya.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

59.3K 230 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
468K 1.1K 17
Mula mula
143K 830 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
743K 16.6K 21
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...