Once Upon A Time : Apabila Pr...

By fiqahamani

479K 40.6K 2K

Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. K... More

Sebelum Ke Cerita Asal...
Prolog
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Special : Temu Ramah Bersama Ryna!
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Special : Isi Hati Farish ( 1 )
Bab 26
Bab 27
Special : Temu Ramah Bersama Ariffin!
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Special : Isi Hati Farish ( 2 )
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Special : Temu Ramah Bersama Syafiq !
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Isi Hati Farish ( 3 )
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Special : Temu Ramah Bersama DANI & DANISH
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Isi Hati Farish ( 4 )
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Isi Hati Farish ( 5 )
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Isi Hati Farish ( 6 )
Bab 77
Bab 78
Bab Extra : Sebelum Bahagia
Epilog : Dani & Danish
Epilog : Syafiq
Epilog : Ariffin
Epilog : Khairul
Epilog : Farish & Ryna
Special : Temu Ramah Bersama Khairul!
Epilog : Mereka
Special : Temu Ramah Bersama FARISH!

Bab 2

9.2K 608 33
By fiqahamani

Farish memandang sekeliling. Begitu nyaman pagi ini. Matanya dipejam rapat. Menikmati angin pagi yang menyapa lembut pipinya. Earphone di telinga kini mendendangkan lagu Canon in D. Alunan violin dan pianonya memang sesuai dengan suasana nyaman ini.

Namun, masih lagi ada kerjanya yang belum selesai. Rambutnya yang sedikit panjang itu ditolak kebelakang. Niatnya memang hendak memotong rambut, tapi sering saja dia terlupa. Jadi cekak hitam sentiasa dibawa, takut jika diperlukan.

Farish berfikir sejenak, wajahnya kosong memandang sekeliling. Siapa yang harus dikejutnya dahulu?

Pasangan 'monyet' kembar yang terbungkang di atas lantai?

Atau Si ' Sleeping Beauty' yang tidur matinya hanya 'Beast' yang sedang berada di atas katil itu saja yang boleh mengejutkannya?

Farish berfikir lagi. Tak gunanya kejutkan si tidur mati itu. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengejut pasangan monyet tersebut. Bantal keras milik Syafiq si Beast di ambil.

Matanya tajam merenung wajah Dani. Jika dia bangunkan abangnya, pasti adiknya akan turut terjaga.

Dengan bacaan bismillah dalam hati, Farish membaling kuat bantal tersebut.

Bulleyes!

Tepat mengenai wajah Dani! Tidak sia-sia dia mewakili sekolah dahulu dalam pertandingan bola baling.

Dan sebagai bonus, Dani dengan tidak sengajanya tersiku tepi bibir adiknya kembarnya, Danish dan menyebabkan Danish segera terduduk dengan matanya yang terbeliak.

" Ouch!" Danish memandang tajam wajah abangnya. " Kenapa kau siku aku?"

" Not my fault! Kau tanya Far! Dia campak bantal batu Syafiq dekat aku!" Dani menjerit apabila Danish mula menyalahkan dirinya.

" Go and take a bath, will you?" Farish dengan muka tidak bersalah dan tiada riaksinya mengambil kembali bantal yang telah dicampak. Bantal keras tersebut digemburkan kembali. Kini dia cuba untuk baling kuat ke wajah Ariffin. Tapi tiada sebarang respon diberi.

" Kau memang suka gunakan kekerasan untuk kejutkan kita orang bangun." Dani dan Danish serentak merungut. Lihat sajalah dia. Dengan wajah poker face nya itu, boleh dia menampar kuat pipi Syafiq supaya dia bangun dari tidurnya

Malas hendak melayan cara Farish mengejutkan yang lain, mereka bergegas mengambil tuala yang tersidai lalu menuju ke bilik mandi yang berasingan.

" Oii! Sakit lah!" Syafiq lantas bangun dari tidurnya lalu mencampakan bantal kerasnya ke arah Ariffin.

Tak semena-mena Ariffin yang dihukum atas kesalah yang dibuat oleh Farish. " Aku ingat Finn yang tampar aku." Syafiq terpinga-pinga memandang Farish yang berada di hadapannya.

" No, Ariffin is still asleep."

" So, kau yang tampar?" Farish mengangguk dengan muka tidak bersalahnya.

" Please jangan buat muka poker face kau dengan aku sedangkan kau yang bersalah dalam hal ni." Syafiq merungut. Farish hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Geram pula rasanya apabila mempunyai kawan yang memang tidak reti hendak membuat riaksi wajah pada muka. " Fine, aku kejutkan Ariffin."

Tengok, siapa yang lagi kejam sekarang. Syafiq ataupun Farish? Cara Syafiq mengejutkan Ariffin lah perkara yang paling Farish tidak mahu tahu sekali dalam dunia ini.

Betapa tidur matinya si Ariffin sedangkan Syafiq mengheret tubuhnya juga dia masih tidak terjaga.

Farish hanya mempu menggelengkan kepalanya. Malang sungguh nasibnya mempunyai sahabat yang pelik-pelik perangai masing-masing. Walhal dia sendiri tidak sedar, bahawa perangai dia lah yang paling pelik sekali diantara mereka berlima.

Baru saja dia hendak mengeluarkan bajunya dari almari, Farish tiba-tiba teringat akan sesuatu. Sesuatu yang tidak sepatutnya terimbas di fikirannya kini.

Lantas, kepalanya digeleng kecil. Cuba untuk membuang imbasan mimpi tragik yang dimimpinya berulang- dan ulang kali.

Lama dia duduk menyepi sendirian, sehinggakan Ariffin sudah selesai mandi pun dia tidak sedar. " Kau kenapa?"

Akibat terkejut dengan teguran Ariffin, cepat-cepat Farish mencapai bajunya. Buat-buat seperti hendak bersiap. Namun soalan Ariffin tidak dibiarkan bergantung walaupun hanya sekadar dibalas dengan gelengan kepala yang menandakan tiada apa-apa.

" Betul ni?"

Farish terdiam lagi. " What if... you get a dream..."

Ayat Farish tergantung di situ. Ariffin masih lagi menunggu sambungannya namun hampa. Tiada apa lagi yang ingin disambung oleh Farish. " It's nothing."

" It's not like I just know you yesterday." Sebelum Ariffin beredar dengan senyumannya, baju miliknya dicapai dari dalam almari. Meninggalkan Farish bersendirian di kamarnya.

Sekali lagi sesuatu datang menyinggah di fikirannya. Jika Ariffin sudah selesai mandi, di mana pula mereka bertiga yang bangun lebih awal dari Ariffin?

Sesekali, Farish mengenggam penumbuknya. Terasa geram dengan perangai mereka yang suka melambat-lambatkan waktu. Wajahnya kekal poker face, namun geram di hati membuak-buak. " You'll regret this."

*****

Nampaknya senyuman yang Ryna praktik setiap pagi agar dirinya dapat melalui hari-hari yang bahagia tidak berkekalan.

Siapa sangka, baru saja beberapa minit dia masuk ke perkarangan kolej, dia sudah sesat. Bagaimana dia memanggil dirinya sebagai salah seorang pelajar kolej ini?

Nasib baik kelasnya bermula sejam saja lagi. Sengaja dia datang awal kerana dia bagaikan dapat menjangka bahawa dirinya bakal sesat lagi kali ini.

Ryna menarik nafas panjang lalu dihembuskannya. Tanpa teragak-agak, dia mengorat langkah ke hadapan walaupun dia tahu dia bakal menjadi lebih sesat, seperti biasa.

Jika sebelum ini ada mamat terencat emosi itu yang menolong, kali ini siapa pula?

Mungkin kali ini dia bakal bertemu dengan prince charming yang sebenar? Yang baik budi pekertinya? Yang indah dengan budi dan bahasanya?

Sedang dia berimaginasi lebih tinggi, kakinya kini terhenti dengan sedirinya. Jika sebelum ini dia tersesat masuk ke hutan buatan manusia. Kini dia tersesat memasuki taman yang dipenuhi bunga juga buatan manusia.

Hatinya mula terdetik sesuatu. ' Aku masih dalam kolej kan? Wujud ke tempat ni dalam kolej aku ni?'

" Ahh! Itu bukan masanya untuk fikir semua tu!" Kini dia mendengus kecil pula. " Apa masalah kolej ni sebenarnya? Asyik-asyik nak bagi aku sesat! Kejap!" Ryna menghentikan langkahnya. " Entah-entah, aku kena sorok dengan bunian?! Tidak! Ya Allah, selamatkan lah hamba mu ini!"

Sedang dia mendoa sambil menadah tangan, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang berdiri di hadapanya. Seseorang yang sedang memandang dirinya dengan pandangan hairan. " Awak ok?"

Ryna membuka matanya. Tanganya masih lagi menadah. Matanya terpaku melihat makhluk Allah yang berada di hadapannya. " Ya Allah, hensemnya bunian ni." Ryna menyengetkan kepalanya apabila makhluk di hadapannya itu mula tergelak kecil.

" Awak, apa kata awak aminkan doa awak? Dah lama sangat awak tadah tangan tu." Ryna tersedar dari lamunannya lalu cepat-cepat mengaminkan doanya. Malu pula rasanya apabila ditegur sebegitu.

" Awak siapa?" Soal Ryna.

Lelaki tersebut memandnag Ryna lalu melemparkan sebuah senyuman yang amat manis. " Saya bunian."

Mata Ryna terbeliak. " Be-betul ke?"

Lelaki tersebut hanya mengangguk perlahan, mengiakan kata-kata gadis dihadapannya itu. Di tanganya terdapat sekuntum mawar merah yang mempunyai merah yang amat cantik dan terang. " Awak sesat?"

Ryna hanya mengangguk. ' Betul ke yang aku jumpa ni bunian? Cabulnya mulut aku!'

" Awak nak pergi mana?"

" De-dewan kuliah..." Jawab Ryna. Jujur dia kata dia tidak tahu sama ada mahu teruja, gelabah, bahagia ataupun takut. Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai mentel break down.

Derngar saja jawapan Ryna, lelaki tersebut tersenyum kecil. " Awak terus je dari sini, lepas tu belok kiri. Jangan belok mana-mana lagi dah tau? Dah belok kiri t uterus je sampai awak jumpa bangunan."

" Te-terima kasih, Encik Bunian. Maaf kalau saya ganggu awak." Lelaki tersebut tersenyum lagi. " Ta-tapi..."

" Hmm? Apa dia?" Cair hati Ryna dibuatnya apabila melihat senyuman lelaki itu.

" Bukan Encik Bunian yang sorokkan saya kan?" Lelaki tersebut sekali lagi ketawa kecil melihat telatah gadis yang berada di hadapannya itu.

" Bukan saya yang sorokkan awak. Cuma awak tu je yang tak fokus masa berjalan." Ryna tersenyum sipu. Ada betul juga kata Encik bunian ini.

" Kalau macam tu, terima kasih, Encik Bunian." Ryna menundukkan sedikit kepalanya. Sebelum sempat dia melangkah, Ryna terasa bagaikan ada yang menarik hujung lengan baju kurungnya.

" Ambillah. Hadiah pertemuan kita." Ryna teragak-agak hendak mengambil bunga itu. Takut juga dia mengambil sesuatu daripada seseorang yang dianggapnya bunian. " Janganlah takut. Ni bunga biasa je."

Ryna terasa sedikit lega apabila mendengar penjelasan lelaki itu lalu mencapai bunga tersebut. " Terima kasih sekali lagi, Encik Bunian." Tanpa berlengah lagi, Ryna melangkah laju menuju ke arah yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

" Agaknya kita boleh jumpa lagi tak?" Soal Ariffin didalam hati.

*****

Setelah sejam berlalu, kelas pertamanya pada hari ini akhirnya sudah tamat. Ryna mula melepaskan keluahan berat. Nampaknya menjadi budak law bukanlah satu perkara yang senang.

Keluar saja dari dewan kuliah, Ryna bercadang untuk ke cafeteria bagi menjamah sedikit makanan. Sejak pagi lagi perutnya kosong tidak berisi.

Sedang dia berjalan menuju ke ajlan yang betul, tumpuannya terganggu dek bunyi seekor kucing yang seakan-akan biasa didengari. Walaupun secara tipikalnya suara kucing semuanya sama.

Perlahan-lahan dan seperti selalu, tanpa ragunya Ryna berjalan menuju ke arah suara tersebut. Sampai saja di sebuah pohon yang agak rending, Ryna mengdongak dan mendapati kucing milik lelaki yang dijumpanya tempoh hari tersangkut di atas pokok tersebut. " Meow."

" Alamak. Takkan aku nak panjat. Mana aku tahu panjat pokok." Ryna mula gelabah.

Apa yang dia harus lakukan? Tak kan dia hendak menjerit mintak tolong? Tidak terasa dramatic sangatkah bagi menyelamatkan seekor kucing saja? Atau mungkin dia boleh memanggil bomba? Bomba boleh dipanggil untuk menyelamatkan anak kucing di atas pokok kan? Sekurang-kurangnya itu lah yang dia tahu melalui rancangan kartun yang ditontonya.

Sedang dia terkial-kial seorang diri, seseorang datang dari arah bertentangan lalu terus memanjat pokok tersebut.

Ryna yang ada berdekatan terkejut mengalah beruk seperti mana yang digunakan dalam perumpamaan yang bombastik itu.

" Woi! Tangkap kucing ni!"

Ryna mula memandang kiri dan kanan. Tiba-tiba saja muncul dua orang lagi di sebelahnya. Dua orang kah? Kenapa wajahnya sama?

" Baling lah! Kitaorang tangkap." Dapat saja isyarat dari orang bawah, lelaki yang berada di atas pokok it uterus saja mencampakkan kucing yang tadinya di tangannya. " Baling lah perlahan sikit!"

" Kesah? Asalkan aku dah selamatkan dia." Turun saja lelaki itu dari pokok, dia terus saja mendapatkan kucing tersebut. Wlaaupun perlakuannya agak kasar, namun apabila dia mengusap kepala kucing tersebut, ianya kelihatan lembut. " Dia tak bagi kau makan ke?"

" Bukan ke kau selalu dengan dia?" Soal salahh seorang daripada mereka berdua yang Ryna panggil sebagai berwajah sama sebentar tadi.

" Awak! Thanks tau sebab tengok-tengokkkan kucing ni tadi sebelum kitaorang sampai." Kata yang sorang lagi itu pula. " Kalau apa-apa jadi dekat kusing ni, mati lah kitaorang..."

Ryna yang masih terpinga-pinga hanya mengangguk kecil. Dia kurang faham dari mananya lelaki itu datang dan terus memanjat pokok dan mengapa wajah mereka berdua yang menyambut kucing ini tadi sama?

Dan siapa pula yang akan mati jika apa-apa terjadi pada kucing ini?

Sebelum sempat mereka bertiga beredar bersama kucing tersebut, Ryna mula bersuara. " Kucing tu ada tuan."

" Tahu. Tapi rasanya tuan dia sibuk hari ni. Tu yang dia sesat sampai ke atas tu." Jawab lelaki yang memajat pokok sebentar tadi.

Ryna sekali lagi hanya mampu mengangguk kecil. Lelaki itu berbadan sasa, berkulit saur matang dan kelihatan amat macho sekali. Tingginya pula mungkin cecah 185cm. Tidak hairanlah dia boleh memanjat pokok tadi dengan senang.

Kini pandangan Ryna beralih memandang dua individu yang berwajah sama sebentar tadi. Betapa lambatnya otaknya hendak menyedari bahawa mereka berdua itu rupanya adalah kembar seiras. Namun apa yang lebih menarik perhatiannya adalah lelaki kembar iras ni berwajah babyface. Sangat comel, lembut mata memandang.

" Kalau tak ada apa-apa kitaorang..."

" Kejap!"

" Asal?" Soal lelaki berbadan sasa itu.

Ryna tertunduk seketika. Lama wajahnya memnadnag bawah sebelum dapat menjawab soalan lelaki itu. " Boleh tak awak... tunjukkan saya Jalan nak pergi cafeteria... saya..."

" Awak sesat?"

Bagaikan hati di tusuk kaca, mahu tak mahu Ryna terpaksa akui kebenaran yang menyakitkan itu.

Gelakan kecil mula kedenagran dari mereka bertiga. Pastilah ini menjadi lawak apabila umur sudah 21 pun masih lagi sesat seperti anak kecil.

Tiba-tiba Ryna teringat akan sesuatu. Rasanya apa yang lelaki terencat emosi itu cakap mungkin betul. Mungkin betul kelakuannya macam budak sekolah rendah.

" Awak belok kanan ni lepas tu awak akan Nampak Jalan keluar. Jangan sesat lagi tau?"

Dapat saja arah dari kembar tersebut, Ryna tersenyum kecil sehinggalah kelibat mereka hilang. Namun fikirannya masih teringat akan lelaki terencat emosi itu. " Aku akan pastikan yang aku tak akan berjumpa dengan dia lagi!"

Dani, Danish dan Syafiq serentak memandang sesama sendiri sambil melihat Ryna menghilang dari pandangan. " Jumpa dengan siapa?" Serentak mereka menyoal sesama sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8K 275 16
"Sujud hingga kau tersujud." ..... - Slow update (betul, tak tipu.) . . Hidupnya hanya mendamba secebis perhatian dan kasih sayang orang tua. Sedari...
894 110 14
TRIGGER WARNING: cerita ini mempunyai elemen-elemen penderaan, sexual abuse, cannibalism, penggunaan dadah dan seangkatan dengannya yang mungkin dira...
2.4K 147 11
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
4.7K 902 18
2021 : Leal Sequel "Dunia tak layak buat kami, si pendosa." [Sudut pandang Muhammad Astar, si hina yang bercita-cita untuk mengumpul cebisan bahagia...