TIADA ARAH JODOH KITA

By karyaseni2u

303K 2.1K 95

Tajuk: Tiada Arah Jodoh Kita Penulis: Ezza Mysara Muka Surat : 714 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BAB 6

16.2K 109 0
By karyaseni2u

Imbas kembali...

Jam tangan dilirik. Teh tariknya diteguk sedikit. Mana Afia ni? Kata nak jumpa pukul lima. Ini dah lewat lima belas minit dah.

Dari jauh, dia dah nampak kelibat Afia. Macam biasa, baru lepas balik latihan bola tampar gamaknya. Afia sememangnya gadis yang aktif bersukan.

Gadis itu macam biasa. T-shirt dan track suitnya. Tudung bawalnya diselempang ke bahu. Sempoi memang trademark Afia.

"Kau suka aku tak?" Baru aje melabuhkan duduk, Afia dah serang dengan soalan maut.

Mujur tak tersembur teh tarik yang masuk mulut ni, hah.

"Kau kenapa? Tiba-tiba aje? Order air dulu." Haih, seram pula Fayyad rasa. Dia ajak lepak, lepas tu datang dengan soalan seram. Luruh jantung rasa. Terlondeh hati pun ada.

"Jawablah soalan aku tu!" Nampak air muka Afia sengaja dikebalkan.

"Ya. Suka. Kau kenapa tanya soalan ni drastik macam gini ni?"

Afia menggeleng. "Erk, bukan suka macam tu. Suka yang sayang..." Sungguhlah macam tak percaya Afia akan tanya soalan versi begini.

"Ya. Aku sayang kau..."

Kali ini muka tegang Afia makin ketat. Tudung yang sudah sedia terletak cantik itu dibetulkan lagi. Mengawal gabra.

"Maksud aku bukan sayang as a friends. But... Sayang yang nak kahwin tu!" Hah, tak ke gila direct soalan Afia?

"Oh... Sayang nak kahwin tu, ya?"

Fayyad garu kepala. Macam mana dia nak elaborate perasaan dia ni, ya? Hari tu Si Afia ni cakap dia tak suka couple-couple ni. Habis tu, kenapa tiba-tiba tanya soalan versi sindrom hati ni?

"Jawablah, sayang ke tak?"

"Sayanglah..." Nak mengaku cinta, terasa geli pula. Lagipun dia bimbang kalau Afia muntah kejap lagi.

"Maksudnya kau nak kahwin dengan akulah?"

"Nak memanglah nak. Tapi aku ni tak ada perancangan ke situ lagi. Kita pun baru dua puluh satu. Kau pun tahu kan aku ni belajar pun belum habis. Macam mana nak tanggung kau lagi. Jadi buat masa ni aku fikir nak fokus study dulu lepas tu dapat kerja baru fikir pasal kahwin," terang Fayyad jelas dan nyata.

"Oh, okey..."

Kali ini giliran kening Fayyad pula yang bersambung.

"Okey aje?" Panjang lebar dia terang, macam gitu aje jawapan dia?

"Yalah... Okeylah." Tangan Afia bermain sesama sendiri di bawah meja. Ah, perasaan macam ni buat hatinya gayat.

"Afia... I'm waiting..."

Si gadis mendengus. "Okay, fine. Aku pun suka kau juga!" Dia rasa air muka dia dah tertumpah selori blusher. Merah!

"Oh... I see..."

Jari-jemari Fayyad mengetuk meja kedai mamak.

Panjang senyuman Afia kali ini. Bukan sebab rasa kasihnya terbalas. Tapi sebab beban dalam hati telah berkurang.

"You're smiling..." tegur Fayyad.

"Dah tu kenapa? Macamlah tak pernah tengok aku senyum."

"Tapi kali ini senyum tu berbeza. Sebab senyum tu datang dari aku, kan?"

"So?"

"Jadi, senyum tu nampak lebih manis..."

"Ah, poyo la kau!"

Pecah tawa Fayyad. Manalah dia pernah tengok versi Afia yang malu-malu macam gini. Selalunya gadis ini main redah semua benda.

"Kau ketawa?" Kali ini giliran Afia pula yang bertanya.

"Salah ke?"

"Tak salah. Tapi bila kau ketawa sebab aku, bunyinya rasa lebih merdu." Kali ini giliran Afia pula melontar rasa.

Fayyad pandang ke kanan.

Afia pandang ke kiri.

Masing-masing cuba menutup senyum. Mana bisa mungkin kalau hati sendiri sedang melodikan irama yang sama.

"Boleh aku tanya?"

"Benda?"

Fayyad simpan senyum. Suka dengar reaksi Afia yang spontan itu. Tak cover-cover macam sesetengah perempuan. Dia pun alah juga kalau perempuan tu lembut overdose!

"Kenapa tiba-tiba kau tanya?"

"Aku terfikir... Minggu depan kan kau nak gerak pergi sana. Aku tak nak menyesal sebab simpan rasa ni sendiri. Nanti boleh songsang hati ni hah. Aku cuma nak lunaskan tanggungjawab aku pada organ hati ni aje... Andai kata kau tak rasa apa yang aku rasa, itu bukan salah kau. Mungkin takdir dah tertulis macam gitu."

Fayyad terangguk. Kata-kata Afia ada benarnya. Mujur juga Afia tanya. Nak harap ke dia memang taklah. Sebab dia memang tak reti nak handle semua benda ni. Mungkin juga dia takut kalau kena reject. Bukan semua lelaki mampu terima sebuah penolakan.

"So, kau nak tunggu aku ke?"

"Mestilah nak!"

Lepas aje jawab macam gitu, terus Afia tutup mulut sendiri. Afia memang gila-gila.

Fayyad ketawa lagi. "Janganlah tunggu aku. Empat tahun aku kat sana. Macam-macam boleh jadi. Lagipun, aku tak nak ada janji yang mengikat kita. Cukuplah rasa tu..."

"Yeah... Ada jodoh tak ke mana. Tak ada jodoh nak buat macam mana, kan?"

Fayyad raup wajah sendiri. Afia memang positif sangat! Empat tahun lagi, akan ada lagi ke aura positif macam gini andai takdir tak menyebelahi mereka?

"Afia, janji dengan aku. Hidup baik-baik kat sini, ya? Jaga makan, jaga tidur, jaga diri dan jaga hati..." pesan Fayyad serius.

"Kau pun! Jaga semua benda yang patut kau jaga!"

Fayyad ketawa lagi. "Tak ada lagi sentimental punya wish ke? Apa ke sempoi sangat..."

"Dah tu... Aku mana reti nak berpuisi bagai."

"Apa guna buku-buku puisi kau kelek ke hulu ke hilir tu? Pinjamkan nak sedapkan hati aku sikit."

Eh... Ya tak ya juga, kan? Afia keluarkan Sofa Biru karya Nadhira Brundage dari beg galasnya. Dibelek satu per satu yang kena dengan situasi mereka sekarang. Hah, jumpa pun!

Dan kalau kau kembali,

Jodoh kita pasti.

Page itu ditanda dan diberi pada Fayyad.

"La, tunjuk aje ke? Bacalah sikit. Baru nak feeling Ada Apa Dengan Cinta!" Tapi ayat yang dibaca itu disimpan dalam hard disk hatinya.

"Jangan nak beria!"

Kali ini tangan Fayyad pula yang beria-ia membelek kata-kata yang sesuai untuk diberikan kepada Afia. Okey jumpa. Page lapan puluh satu.

Mak pernah pesan

Kalau sayang

Baik-baik simpan

Jangan bagi sebarangan

Kalau pecah?

Kalau retak?

Kalau patah?

Kau juga sedih

Kau juga susah

Jadi hati kau tu

Simpanlah

Sampai ada yang mampu

Sampai ada yang sudi

Jaga macam hati sendiri.

Fayyad tarik nafas. "Aku tak paksa atau suruh kau simpankan hati kau untuk aku. Tapi aku nak kau simpankan untuk sesiapa sahaja yang kau rasa layak untuk jaga hati kau macam dia jaga hati sendiri. Apa pun hujungnya, aku tak nak kau kecewa. Itu sahaja."

Makin panjang senyuman Afia kali ini.

"Siapa tahu mungkin Allah simpankan jodoh ini untuk kita. Kalau tak sampai dan tak berpanjangan, jangan ada marah dan benci antara kita. Pada mulanya, kita adalah kawan dan kalau di tengahnya berantakan, di hujungnya kita tetap kawan. Sampai bila-bila."

"Okay, deal!"

Kedai makan ini pernah menjadi saksi kisah mereka. Nak kata bercinta pun tak. Tak ada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka kali ini.

Hubungan tanpa nama ini mampukah menjadi?

"Fayyad!" seru Afia kuat. Dari tadi ajak keluar, tapi sikit pun tak bercakap. Ingat aku rajin nak jadi tugu negara depan dia?

"Sorry... Pening kepala sikit." Hilang terus ingatannya tentang peristiwa manis yang pernah berlaku bertahun dahulu. Dua ulas bibirnya terus menguntum senyuman manis.

Dada Afia macam nak pecah menyambut senyuman nipis dia. Badan ni rasa macam terkena renjatan elektrik. Okey. Baru dia senyum nipis, belum lagi senyum itu merekah panjang. Kalau macam gitu, mahu terlondeh jantung ni hah. Ah, degupan jantung macam naik roller-coaster! Kenapa aura mamat ni kuat sangat?

Cepat-cepat Afia istighfar. Dah kenapa terlajak gatal sangat ni? Mungkin kerana sudah lama dia menanti hari ini tiba. Kisah mereka akan menemui nokhtahnya.

Sudah empat tahun berlalu. Empat tahun bukan satu tempoh yang pendek untuk sebuah penantian.

Empat tahun tak jumpa sebelum mereka terserempak di kedai Al-Murah tempoh hari. Kemudian mereka bersama-sama ke rumah Wakeel. Dan hari ini, tiba-tiba Fayyad datang ke rumah. Meminta izin pada ibu dan ayah untuk keluar sebentar. Katanya ada benda nak cakap. Benda apa yang dia nak cakap sangat tu?

Dari tadi. Dari sampai. Dari tak makan sampai dah kenyang, hanya sepatah-sepatah dia bercakap. Itu pun topik yang tak penting sangat. Tanya pasal kerjaya. Tanya pasal adik-adik. Tanya pasal mama dan papa. Hei, orang nak tahu pasal benda lainlah!

Contohnya pasal kita. Ya. Apa akan jadi dengan K.I.T.A ni?

Okey. Dah lama tinggal perangai gelojoh tu. Tapi bila depan dia, perangai gelojoh tu datang balik. Susah nak cover perangai hodoh bila depan mamat sorang ni!

Fayyad yang sedari tadi terdiam itu dikerling. Macam ada yang tak kena sahaja. Dia dah puas bermonolog sendiri ni! Tak nak borak apa-apa ke? Tak pun cakaplah apa benda yang penting sangat tu?

Sesekali Fayyad hela nafas. Tak tahu macam mana nak mula. Riak wajah Afia yang tenang itu seakan-akan membunuh semangatnya yang sudah sedia terbunuh.

"Kenapa ni? Macam ada masalah aje?" Apa yang tak kena sampai Fayyad nampak tak senang duduk?

Kepala digeleng sedikit.

"Pia... Kau masih ingat janji kita dulu?"

Argh... Kali ini Afia rasa nak menyorokkan muka bawah meja. Suka sebab topik inilah yang dia nantikan sedari tadi.

"Kenapa mesti aku lupa?"

Jawapan itu. Jawapan itu buat hati Fayyad lebur. Maafkan aku, Afia. Maafkan aku.

"Jadi Pia, kau memang tak ada sesiapa ke sekarang ni?"

Kepala digeleng. Seakan-akan sudah mengetahui hala tuju perbualan mereka ini. Seketika Fayyad di sana, dia dah lama persiapkan diri di sini. Menjadi wanita hebat di sisi Fayyad nanti.

"Kau sayang aku lagi tak?"

Argh... Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala Fayyad sebab tanya soalan yang dah terang tang tang jawapan dia. Saja nak buat dia blushing ke apa?

"Sayanglah..." Sama seperti jawapan yang Fayyad pernah bagi dahulu.

"Kalau sayang, boleh tak jangan tolak permintaan aku ni?"

Jeda seketika. Fayyad pejam mata sambil mengeluarkan kotak baldu yang sedari tadi menghuni poket seluar jeannya. Demi Allah. Dia bukan lakukan semua ini kerana dia tidak sayang. Tapi kerana dia terlalu sayang.

Nak terkeluar biji mata Afia apabila menangkap kotak cincin tersebut. Ya Allah, akhirnya Tuhan makbulkan tiap bait doa-doanya. Hari di mana Fayyad akan bertindak untuk melamar dirinya.

Penantian yang semalam itu menyakitkan, terus terubat sendiri.

Kotak baldu itu Fayyad letakkan di atas meja makan yang sudah kosong itu. Hampir sepuluh saat... Mereka saling terdiam.

"Afia Awliya..." panggil Fayyad.

Afia senyum. Dia suka Fayyad panggil dia macam tu. Dengan lenggok yang hanya dimiliki oleh Fayyad sahaja.

Ayat yang disimpan dari tadi mula terluah. "Sudi tak kau..."

"Sudi!"

Opsss! Tangan diangkat menutup mulut sendiri. Ah, bodohnya sikap gelojoh kau ni, Afia!

Fayyad ketawa perlahan. Walaupun penampilan Afia sudah seratus peratus berubah tapi perangai gila-gila dia tu memang tak boleh tinggal. Suka terlepas cakap! Tak senonoh. Selamba tahap badak. Tapi semua ni yang membuatkan Afia ni comel sangat di mata dia. Bukan itu sahaja, Afia sering menghormati keputusannya. Apabila dia memutuskan untuk berhenti berhubung, dia terima dengan tenang. Jika Afia menjadi seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang sangat mudah untuk dididik.

"Erk... Sorry..."

Malunya. Macam nak cabut kepala sendiri letak dalam tudung saji. Malu weh! Kalau Fayyad cerita perangai lepas laku dia ni pada anak-anak mereka nanti, mesti dia orang gelak tak ingat.

Okey. Jauh sangat angan dia.

"Patutnya aku yang ucap perkataan tu."

"Erk... Kenapa pula? Aku faham kau kat sana pergi belajar. Dan aku pun faham yang kau nak jaga ikhtilat antara kita. Apa yang kau buat tu benda betul." Sejak itu, Afia berubah sedikit demi sedikit. Mungkin Fayyad adalah asbab perubahannya, tapi selebihnya hidayah itu memang kurniaan Allah.

Dia tidak seharusnya membiarkan perbualan ini lebih berlarutan. Fokus pada matlamat kau, Fayyad! Fokus.

"Pia... Sorry to say this. Sudi tak kau jadi isteri kepada... Wakeel?" Sekali nafas Fayyad bersuara. Kotak baldu itu ditolak ke depan Afia. Dia pun tak kuat mana nak menghadapi situasi ini. Tapi ayat Wakeel tempoh hari menjerut tangkal lehernya.

"Boleh tak pinjamkan dia untuk aku?" Terngiang-ngiang permintaan Wakeel itu di pelupuk telinga Fayyad.

Afia gamam. Bibir yang tersungging dengan senyum itu mati secara tiba-tiba. Darah terasa turun dari wajahnya. Pucat!

"Is... teri... Wa... keel? Hei, kau jangan melawak boleh tak?" Apa hal nama Wakeel boleh termasuk dalam kisah dia dan Fayyad pula? Dia kenal pun tidak dengan Wakeel. Sekadar pernah jumpa dua kali.

"Ya. Isteri. Wakeel." Fayyad sebut sepatah-sepatah. Janganlah bagi dia ulang untuk kali kedua. Belum tentu lagi dia kuat.

"Apa semua ni, Fayyad?"

"Aku rasa inilah takdir ketentuan Dia untuk kita."

Pe benda yang Fayyad duk merepek ni? Kali ini, hilang semua rasa husnuzon. "Ketentuan Dia ataupun permainan kau?"

"Terpulang kau nak fikir macam mana, Pia. Tapi aku memang nak lamar kau untuk jadi isteri Wakeel."

Kenapa isteri Wakeel? Kenapa bukan isteri Fayyad? Kenapa? Ini ke harga penantian dia selama bertahun lamanya?

Jangan nangis, Afia. Jangan nangis. Tapi kalau termenangis boleh tak? Dipandang lelaki yang sedang melontarkan pandangan ke luar itu.

"Aku nak jadi isteri Fayyad Syakir. Bukan Wakeel! Bukan. Wakeel. Aku tak kenal pun dia tu! Lagipun aku tak cintakan dia!" Ditekan ayat yang terakhir tu.

Dia dah agak penolakan dari Afia. Lagipun dia tahu, kerja gila kalau Afia terima Wakeel secepat ini. Yang nak dialihkan itu perasaan. Perasaan orang. Sungguhlah perasaan itu bukan mudah ditukar letak duduknya.

Tapi dia dah terlanjur berjanji dengan Wakeel!

"Pia, kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I'm begging you!"

"Lulz... Kau ingat soal hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau? Hari ni debit esok kredit? Kau ingat kau ada password untuk transfer semua ikut suka kau?" Afia dah berapi.

"Lagi satu, jangan gunakan tiket kasih sayang dan kepercayaan yang aku bagi sewenangnya. Harga kasih sayang aku tak semurah itu!"

Argh, jangan cepat mengalah, Fayyad! "Please... Don't make it hard, Pia. Kahwin dengan dia!"

Permata yang mengaburi mata tadi menitis jua ke pipi.

Sampai hati, Fayyad...

Continue Reading

You'll Also Like

732K 29.9K 88
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
499K 19.4K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
36.1K 1K 52
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...
69.1K 3.1K 57
[COMPLETE] Color Code : Orange Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love the moon, but this time I chose th...