Last Forever || Wonwoo

By wonwonu

53.7K 5.4K 412

" Sebenarnya, semua benda takkan kekal untuk selamanya. " • seventeen wonwoo • • Ranking • #47 in fanfiction... More

00 : Prolog
01 : My Life
02 : Park Chanyeol
03 : New Classmate
04 : Pelik
05 : Kawan
06 : Ego Chanyeol
07 : Hero
08 : Him?
09 : Cola
10 : It's Okay
11 : Why?
12 : Luka
13 : Tisu
14 : Sesat
15 : Let's have some fun
16 : Taman Tema
17 : Protect
18 : Lee Sohee
19 : Boyfriend
20 : Tuala
21 : Perasaan Aneh
23 : Hadiah
Tag
24 : Cedera
25 : Mesej
26 : Luahan
27 : Birthday
28 : Suka
29 : Majlis

22 : Smiling Again

1.4K 152 19
By wonwonu

"Yuri."

Bahu aku terasa digerakkan oleh seseorang dengan lembut berulang kali. Aku membuka kelopak mata aku perlahan. Pantas aku mengangkat kepala apabila mendapati kepala aku tengah berbaring pada bahu Wonwoo.

"Eo? Maaf. Saya tertidur ke tadi?" soal aku yang baru sahaja terjaga. Wonwoo tersenyum dan terus menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Automatik aku menundukkan kepala. Malunya.

"M-maafkan saya. Saya tak sengaja." ucap aku lembut. Rambut panjang aku yang hampir menutupi separuh wajah aku sekarang pun sudah cukup untuk menyembunyikan wajah tomato aku.

"Tak apa. Lagipun awak tidur lena sangat. Mesti awak penat hari ni." ujar Wonwoo yang masih tersenyum memandang aku. Terasa seganlah pulak. Aku terus terbatuk kekok. Melihat bibirnya yang tersenyum itu, jantung aku mula berdegup laju.

"Jom turun." katanya lalu bingkas bangun dari tempat duduknya. Aku tanpa berlengah juga bangun dari tempat duduk aku. Aku membiarkan Wonwoo berjalan di hadapan manakala aku mengikut rapat dari belakang.

Sebaik sahaja kami menuruni bas, kami pun meneruskan perjalanan kami menuju ke rumah masing-masing. Wonwoo yang tadinya berjalan di hadapan aku tiba-tiba sahaja menoleh ke belakang, menyebabkan wajah aku tersembam di dadanya.

"Y-yah! Kenapa awak tiba-tiba pusing belakang ni?!" aku terjerit disebabkan terkejut dan malu. Pantas sahaja aku menutup wajah aku dengan tangan. Bukannya apa, aku cuma tak nak dia nampak muka aku yang tak ubah seperti warna darah sekarang.

"Maaflah. Tak sengaja." selamba sahaja Wonwoo berkata sebelum tergelak halus. Dia ingat lawak ke? Aku pun menurunkan tangan aku yang menutupi muka aku tadi setelah rasa malu itu hilang. Takkanlah nak tutup muka lama-lama kan?

"Yuri, saya hantarkan awak balik ya?" pelawaan Wonwoo itu membuatkan mata aku membulat dengan sendiri. Automatik kepala aku menggeleng pantas, menolak pelawaannya.

"Tak apa! Saya boleh balik sendiri." kata aku. Bukannya apa, aku cuma tak nak Chanyeol nampak dan mula fikir yang bukan-bukan nanti. Wonwoo memandang aku kosong sambil menaikkan salah satu keningnya ke atas.

"Kalau ada orang mabuk ganggu awak macam dulu, awak nak buat apa nanti?"

Orang mabuk macam dulu? Macam mana dia tahu aku pernah diganggu oleh orang mabuk? Rasanya aku tak pernah beritahu dengan sesiapa pun pasal tu. Yang tahu pun cuma aku dan lelaki misteri yang telah menyelamatkan aku pada malam yang ngeri itu.

Bercakap pasal lelaki misteri, sudah lama agaknya aku tidak nampak kelibat dia. Sejak aku dan Wonwoo jadi rapat, bayangan lelaki misteri itu terus hilang begitu sahaja.

Takkanlah Wonwoo lelaki misteri tu, kan?

Bila teringatkan balik, Wonwoo memiliki tisu poket yang sama jenis dengan lelaki misteri itu. Dan Wonwoo juga pernah pinjamkan sweater hitamnya kepada aku. Sweater hitam itu pun sebijik macam sweater hitam yang dipakai oleh lelaki misteri itu.

Oh, ya. Rasanya aku belum kembalikan sweater hitam tu kepada Wonwoo kan?

"Yuri, awak mengelamun lagi." suara garau Wonwoo menyedarkan aku dari lamunan jauh. Mata aku berkedip seketika sebelum memandang Wonwoo yang tengah merenung tepat anak mata aku.

"Maaf. Awak cakap apa tadi?" aku tebalkan muka untuk bertanya kembali. Mesti dari tadi Wonwoo bercakap dengan aku tapi aku pula sibuk memikirkan tentang lelaki misteri itu.

"Haih lupakan. Biar saya hantar awak ya?"

"Tak apa ke? Saya cuma tak nak menyusahkan awak je."

"Park Yuri. Hantar awak sampai ke rumah langsung tak menyusahkan saya, faham?"

"Sukahati awaklah." akhirnya aku hanya beralah dan membiarkan sahaja Wonwoo menghantarkan aku ke rumah. Wonwoo tersenyum mendengar respon aku dan mula berjalan di sisi aku.

"Yuri, luka kat pergelangan tangan awak tu tak sembuh lagi ke?"

Mendengar sahaja soalan yang diajukan oleh Wonwoo itu, mata aku terus memandang ke arah bandage yang masih membaluti pergelangan tangan aku sekarang.

Luka ni aku sendiri yang buat. Entah, aku pun tak tahu sama ada ia sudah sembuh atau tidak. Yang aku pasti, kelaran yang aku buat ini akan meninggalkan parut yang dalam pada kulit.

"Entah. Saya pun tak tahu." jawab aku acuh tak acuh. Jawapan aku itu membuatkan Wonwoo mula menyoal lagi. Menyesal pulak jawab macam tu tadi.

"Mesti ni disebabkan awak cuba nak bunuh diri lagi kan?" tekanya. Dengan selamba aku menganggukkan kepala sebagai jawapan. Lagipun memang betul tekaan yang dia buat. Keluhan halus Wonwoo lepaskan dari mulutnya.

"Yuri, awak tak sayangkan diri ke? Bunuh diri tu takkan bawa keuntungan pun. Percayalah." kata Wonwoo. Suaranya kedengaran sedikit tegas ketika berkata begitu. Aku tidak membalas, malah hanya mendiamkan diri.

"Kalau awak terfikir nak bunuh diri lagi, saya akan jauhkan diri dari awak."

Langkah aku serta-merta terhenti sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Wonwoo. Wonwoo yang berada di sisi aku juga turut memberhentikan langkahnya.

"Jangan." ayat itu automatik meluncur keluar dari mulut aku sambil mata aku merenung tajam anak mata milik Wonwoo. Entah kenapa, aku tak nak perkara itu berlaku.

"Kenapa? Awak takut saya tinggalkan awak kan?" satu senyuman sinis terukir di bibir Wonwoo membuatkan aku sekali lagi menyesali ayat yang baru sahaja terkeluar dari mulut aku. Aku mengeluh perlahan sebelum meneruskan langkah yang terhenti tadi.

"Okey, jangan cuba nak bunuh diri lagi tau. Masih banyak lagi pengembaraan yang sedang menanti awak kat dunia ni." kata Wonwoo lagi sambil menepuk bahu aku. Aku hanya menjawabnya dengan 'hm'.

Tidak lama selepas itu, rumah aku pun kelihatan. Aku memberhentikan langkah aku sebelum memandang ke arah Wonwoo.

"Wonwoo, sampai sini saja lah. Terima kasih sebab sudi hantarkan saya. Susahkan awak je." aku menundukkan kepala sedikit sebagai tanda terima kasih. Wonwoo mengangguk perlahan sebelum mengangkat tangannya.

"Kalau awak dah cakap macam tu, okey. Saya balik dulu ya? Hati-hati tau. Bye."

"Ya. Awak pun sama. Bye."

Wonwoo pun mula mengatur langkahnya menuju ke rumahnya. Aku hanya memerhatikan figuranya yang kini sudah pun berada jauh dari pandangan sehinggalah figuranya hilang sepenuhnya. Aku tersenyum sendiri.

Dia memang baik. Selalu ambil berat tentang aku walaupun aku bukannya istimewa sangat.

Mungkin sebab itu, aku suka dia.

Tapi cerita sedihnya sekarang, dia mungkin tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku.

Tanpa berlengah, aku pun meneruskan langkah aku menuju ke rumah yang hanya berada beberapa meter sahaja dari aku sekarang. Pintu rumah terus aku buka sebaik sahaja aku tiba.

"Yuri dah balik."

"Selamat pulang, cik." salah seorang pembantu rumah aku menyapa. Aku tergelak tanpa sengaja. Aku pun menghampiri pembantu rumah aku yang tengah berdiri di hadapan aku sekarang.

"Ahjumma, dari kecil Yuri tertanya-tanya. Tak penat ke ucap macam tu setiap hari?" soal aku. Tergelak halus pembantu rumah aku dibuatnya. Lengan aku dipukulnya lembut membuatkan aku mengaduh, berpura-pura sakit.

"Cik ni. Ingatkan nak tanya apa tadi. Ahjumma dah terbiasa sapa Yuri dan keluarga Yuri macam tu jadi nak buat macam mana." jawapannya membuatkan aku tersenyum. Kalau aku, memang tak larat nak ucap setiap hari.

"Yuri."

Aku tersentak apabila suara garau Chanyeol kedengaran memanggil nama aku dari tangga. Automatik aku memandang ke arahnya yang kini tengah berdiri di anak tangga terakhir sambil tangannya direhatkan ke dalam poket seluar.

"Masuk ke bilik bacaan sekarang." tegasnya sebelum berlalu pergi menuju ke bilik bacaan. Mata aku berkedip seketika sebelum memandang wajah pembantu rumah aku.

"Kenapa dengan Chanyeol?" sempat lagi aku menyoal pembantu rumah aku tadi sebelum berlalu pergi menuju ke bilik bacaan. Pembantu rumah aku itu menggeleng perlahan sebelum mengeluh halus.

"Saya pun tak pasti, cik. Sejak balik dari sekolah tadi dia asyik diam je. Makan pun macam tak berselera."

Aku mengangguk perlahan. Air liur aku telan perit. Itu seperti tanda-tanda Chanyeol tengah marah dan akan mengamuk sebentar lagi. Habislah aku.

Tanpa berlengah, aku pun mengatur langkah aku menuju ke bilik bacaan yang dimaksudkan oleh Chanyeol. Setibanya aku di hadapan bilik itu, aku menolak daun pintu dengan perlahan. Aku mengintai sedikit sebelum mengambil keputusan untuk berjalan masuk ke dalam.

"Oppa nak bincangkan apa?" dengan beraninya aku bersuara walaupun hakikatnya aku tengah ketakutan sekarang. Tubuh Chanyeol yang kini membelakangi aku diperhatikan lama. Suasana hening buat seketika sebelum Chanyeol bersuara.

"Sejak hal agihan harta tu, aku bersikap agak kasar dengan kau, kan?"

Aku masih mendiamkan diri setelah mendengar kata-katanya. Dalam fikiran aku sekarang, aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang Chanyeol ingin sampaikan kepada aku sekarang? Chanyeol menyambung lagi kata-katanya tadi.

"Kau pun tahu, aku anak kandung keluarga ni, jadi aku pun tak puas hati bila appa berikan kau lebih banyak berbanding aku. Waktu tu aku cuma rasa terkilan sebab kau dilebihkan padahal kau cuma anak angkat."

Chanyeol menghampiri sebuah meja yang mengandungi bingkai-bingkai gambar kami sekeluarga padanya. Disentuhnya bingkai itu sebelum mengangkat salah satu bingkai yang mengandungi gambar aku dan dia ketika kami masih kecil.

"Masa tu aku terfikir, apa istimewa sangat kau sampai aku ni diketepikan? Aku pun ambil keputusan untuk layan ego aku." kata Chanyeol sebelum meletakkan semula bingkai gambar tadi ke tempat asalnya.

"Setiap kali aku berkasar dengan kau, tampar kau dan tengking kau sampai buat kau menangis, aku rasa bersalah. Tapi ego aku tinggi. Sebab tu aku tak tunjuk pun rasa simpati aku setiap kali aku tengok kau menangis." tambahnya lagi. Matanya ralit memandang gambar-gambar yang berada di hadapan matanya.

"Bila aku fikir balik, aku rasa diri aku ni bodoh tak bertempat. Aku lepaskan kemarahan aku kepada kau sedangkan benda ni bukannya hal besar pun." tawa kecil terkeluar dari mulutnya sambil kepalanya digeleng perlahan.

Tiba-tiba, dia menoleh memandang tepat ke arah aku dan membuatkan aku terundur ke belakang disebabkan terkejut dengan tindakannya. Bahu aku juga terhinjut sedikit.

"Bila aku tengok betapa takutnya kau bila pandang aku macam sekarang, aku rasa macam aku ni pembunuh." suaranya mula kedengaran sayu. Matanya yang masih tajam memandang aku membuatkan aku menundukkan kepala memandang lantai.

"Bandage yang ada kat pergelangan tangan kau buat aku rasa lebih bersalah." aku hanya kekal menunduk apabila dia bercakap mengenai bandage itu. Walaupun aku menunduk, aku dapat rasakan Chanyeol mula menghampiri aku.

"Aku nak kau berhenti jauhkan diri dari aku."

Aku mengangkat kepala aku perlahan untuk memandang Chanyeol yang kini sudah pun berada betul-betul di hadapan aku. Renungan matanya yang tajam tadi bertukar menjadi pandangan yang lembut. Satu senyuman mula terukir di bibirnya.

"Kau kan adik aku dan aku kan abang kau. Kita kan adik-beradik. Jadi, boleh tak kalau kau panggil aku oppa tanpa rasa takut lagi? Aku rindu panggilan tu." suara Chanyeol yang lembut itu membuatkan lidah aku kelu. Sudah lama aku tidak dengar suara ini.

Dan yang lebih mengejutkan, Chanyeol tiba-tiba sahaja memberikan aku satu pelukan yang erat. Automatik mata aku membulat dengan tindakannya yang aku tidak jangkakan itu.

"Yuri, maafkan oppa. Oppa betul-betul menyesal sebab layan Yuri sampai macam tu sekali. Oppa minta maaf sangat."

Di saat itu, aku dapat rasakan betapa Chanyeol maksudkan kata-katanya. Aku pun tanpa teragak-agak membalas pelukannya. Senyuman mula terukir di bibir aku.

"Tak apa. Yuri dah lama maafkan oppa."

Aku tak tahu apa yang membuatkan Chanyeol tiba-tiba berkelakuan sebegini namun aku lega. Aku lega akhirnya Chanyeol mula sedar diri dan kembali kepada Chanyeol yang asal. Chanyeol yang periang, baik dan lucu.

"Yuri, oppa nak tanya sesuatu ni tapi oppa harap Yuri jawab dengan jujur." setelah meleraikan pelukan, Chanyeol memegang kedua-dua bahu aku erat. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

"Tanya apa?"

"Yuri tak suka keluarga ni ke?"

Pertanyaannya itu membuatkan aku terdiam dan menundukkan kepala. Bibir bawah aku gigit perlahan. Kenapa Chanyeol terfikir nak ajukan soalan macam tu?

"Yuri, oppa tanya ni." suara Chanyeol yang lembut itu sekali lagi kedengaran. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala untuk memandangnya yang kini tengah merenung aku, menanti jawapan.

"Yuri cuma.." kata-kata aku terhenti di situ. Sejujurnya, aku pun tidak pasti apa yang perlu aku jawab. Benci? Aku bukannya benci sangat dengan keluarga ni. Aku sayangkan keluarga ni tapi entahlah. Aku sendiri pun tak tahu.

"Yuri, dengar sini. Oppa tahu sejak Yuri masuk ke alam remaja, omma dan appa agak memaksa. Banyak kelas yang Yuri terpaksa hadir dan jadual Yuri pun semakin padat hari demi hari."

Aku hanya kekal diam sambil menanti ayat yang Chanyeol bakal keluarkan dari mulutnya. Kalau boleh, aku tak nak menangis sekarang ni walaupun hakikatnya aku memang rasa nak menangis.

"Yuri, mereka buat macam ni sebab mereka sayangkan Yuri. Mereka cuma nak yang terbaik untuk Yuri."

Tanpa disedari, aku tersenyum mendengar kata-katanya. Mungkin benar apa yang Chanyeol katakan. Mungkin hanya aku yang terlalu mengikut perasaan. Biasalah remaja, kalau rasa tertekan bukan nak fikir panjang. Suka ambil jalan singkat.

"Dan oppa nak minta maaf untuk satu perkara lagi." Chanyeol menggosok belakang tengkuknya perlahan. Berkerut dahi aku melihat perbuatannya itu.

"Pasal apa?" soal aku. Chanyeol tersenyum lebar lalu tersengih. Semakin hairan aku dibuatnya.

"Oppa terbaca diary Yuri."

Dan di saat itu, aku dapat rasakan wajah aku mula membahang ditambah lagi dengan warna merah yang pekat dan perasaan geram dan malu. Semua yang aku alami aku luahkan pada diary aku tapi sekarang, Chanyeol sudah pun membacanya atau lebih tepat lagi terbaca.

"Berapa banyak oppa dah baca?!" hampir terjerit aku di situ. Chanyeol yang sudah tergelak halus itu mengusap dagunya, acah berfikir seperti detektif.

"Oppa rasa oppa dah baca semua kot." selamba sahaja dia menjawab. Apalagi, bertambah malu lah aku. Mungkin sebab ini Chanyeol menyoal tentang adakah aku suka dengan keluarga ni. Kenapalah aku cuai sangat sampai diary pun boleh terjatuh di tangan Chanyeol?

"Lain kali, kunci diary tau. Nasib baik bukan omma dan appa yang jumpa." dia berkata lagi. Aku mengeluh berat. Memang betul kata dia. Kalau omma dan appa yang baca, memang nahaslah aku.

"Oh ya. Petang ni Yuri ada kelas tak?" soal Chanyeol kembali setelah menghabiskan tawanya tadi. Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk perlahan.

"Hari ni ada kelas piano dan kelas bahasa Perancis." jawab aku. Bila terfikir kelas piano, aku teringat Puan Lee yang pernah beritahu aku bahawa anak perempuannya yang datang dari Kanada akan belajar dengan kami untuk kelas hari ini. Tak taulah confirm ke tak.

"Okey. Hari ni Yuri tak payah hadir mana-mana kelas pun sebab oppa nak ajak Yuri pergi ke airport untuk jemput omma dan appa."

Aku seperti tidak percaya apa yang baru sahaja aku dengar. Inilah pertama kali Chanyeol memberi kebenaran kepada aku untuk tidak menghadiri mana-mana kelas. Selama ni, dia tak pernah buat macam ni pun.

"Omma dan appa datang malam ni ke?" soal aku teruja. Sudah lama rasanya aku tidak melihat wajah omma dan appa.

Yelah. Sejak Chanyeol bersikap dingin dengan aku dulu, aku selalu berharap agar omma dan appa pulang ke rumah untuk selamatkan aku dari cengkaman Chanyeol tapi nasib baik Chanyeol dah jadi baik semula hahaha.

"Yes! And of course, malam ni oppa akan ajak kita sekeluarga pergi makan di restoran kegemaran keluarga kita." kata Chanyeol lagi. Senyuman yang terpasang elok di bibirnya itu membuatkan aku rasa senang hati.

Rasanya mulai sekarang, aku perlu padamkan niat aku untuk tamatkan riwayat aku itu kerana aku sedar, keluarga Park ini masih menyayangi aku. Cuma aku yang sering salah anggap tentang kasih sayang yang mereka berikan.

Well, remaja. Biasalah.

===

Jangan nak happy sangat eh 😂 oh and btw, I'm really addicted dengan album baru seventeen!! Boom boom memang ansjnwhdbdiwpqmce!!

Continue Reading

You'll Also Like

93.2K 4.9K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...
127K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
64.8K 5.5K 41
4.9K 667 57
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...