MATEEN (COMPLETE)

By shazilah

1.1M 34.8K 1.6K

Maria maisara. nama secantik tuannya. tetapi hidup nya malang kerana dia dijual oleh Ayah tiri nya sendiri. a... More

mateen (pengenalan watak)
Mateen part 1
Mateen Part 2
Mateen part 3
Mateen part 4
Mateen part 5
mateen part 6
Mateen part 7
mateen part 8
Mateen part 9
Mateen part 10
Mateen part 11
Mateen part 12
Mateen part 13
Mateen part 14
Mateen part 16
Mateen part 17
Mateen part 15
Mateen part 18
Mateen part 20
Mateen part 21
Mateen part 22
Mateen part 23
Mateen part 24
Mateen part 25
Mateen part 26
Mateen part 27
Mateen part 28
Mateen part 29
Mateen part 30 (Last part)
NEW STORY ?
SPECIAL PART 1

Mateen part 19

32.2K 969 30
By shazilah

haii!! nah untuk korang. part 20 saya akan update ASAP. kalau x dpt update jugak saya mintak maaf. sebab after this paper yang sangat mencabar :) jangan Lupa Vote dan comment. tq. segala typo semua tu maaf lah ye. i dont care. saya tak ada masa sangat nak perbaiki 😂

Maria mengeluh buat yang kesian kali. entah lah, pemergian ayahnya buat dia makin berasa kosong. Sekarang dia sudah tiada siapa siapa. Ayah? sudah pergi meninggalnya. Ibu? sudah lama tidak merasa belaian ibu. adik beradik? dia tidak mempunyai adik beradik yang lain. hanya dia seorang sahaja. Keluarga yang lain? dia tidak kenal seorang pun ahli keluarganya. Suami? ada suami seperti tiada suami. sama saja. Anak? suami sendiri yang membunuh anaknya. Serta merta air mata maria mengalir buat yang sekalian. dia sudah tidak mahu menangis tetapi air matanya yang degil mahu mengalir.

"nak share apa apa ke?". tanya seseorang. Maria memandang suara tersebut. Daniel!

"hm nothing". kata maria lalu tersenyum manis. Daniel duduk di sebelah maria menyebabkan maria kurang selesa.

"saya dengar awak nak kerja. betul ke?". tanya Daniel. Maria mengangguk laly tersenyum. betul lah tu!

"kenapa awak tak kerja kat syarikat saya je? lebih mudah". kata daniel. maria tersenyum hambar. bukan dia tidak mahu. tapi dia segan!

"tak apa. saya okay aje nak kerja dekat syarikat lain. saya tak mahu susahkan siapa siapa lagi dah. saya nak kerja dan cari duit sendiri. saya nak mulakan hidup baru". kata Maria menyebabkan daniel mengeluh. betul lah kata mia, maria agak susah untuk dipujuk.

"hm okay. by the way boleh kita jadi kawan?". tanya daniel. maria tersenyum lalu mengangguk. kawan aje pun kan?

"sure. kenapa pula tidak boleh. hanya kawan je". balas maria lalu ketawa. Daniel terkedu.

"Ya-Allah Lawanya dia". desis hati Daniel. lalu mereka berdua sama sama tertawa. banyak perkara yang mereka bualkan. tetapi maria masih belum menceritakan kepada Daniel bahawa dia ialah isteri orang.

🌸🌸🌸

"Good Luck maria. aku hantar kau sampai sini je eh? kalau kau dah selesai kau call je aku. kau ada number aku kan?". tanya Mia. Maria tersenyum lalu mengangguk. risau sangat. dia masih ingat, Mia membelikannya telefon samsung A5 dengan alasan agar mudah untuk mereka berdua berkomunikasi.

"jangan risau. nanti pandai-pandai lah aku. so kau boleh gerak rasanya". kata Maria lalu ketawa. Mia mengetap bibir. cis tak guna!

"hamboi Halau aku nampak. haa yelah. aku gerak lu. pape roger okay sis". kata Mia dan terus sahaja memandu keretanya. Maria tersenyum. matanya memerhati keadaan sekeliling. besar nya syarikat ni! siapa punya syarikat lah agaknya? Kaki maria melangkah ke arah sebuah kaunter. lalu matanya memandang gadis ayu yang berada di hadapannya. hm boleh tahan lawa gadis nie.

"Hai selamat datang ke syarikat HM holding. boleh saya bantuk cik?". tanya gadis tersebut sambil tersenyum. Maria mengangguk lalu membalas senyuman gadis tersebut.

"er sebenarnya saya datang nie nak datang temuduga syarikat. bahagian akauntan". kata maria. gadis tersebut tersenyum.

"ouh tentang tu. Okay cik naik guna lift tu ye. jangan naik lift VIP nanti kalau boss terserempak dengan cik boss boleh marah cik. cik naik lift yang tengah tu okay. naik pergi tingkat 12. kat situ ada ramai orang yang beratur. tu je terima kasih". kata gadis tersebut. Maria terkedu. hamboi panjang nya pesanan gadis ini. padahal dia hanya tanya tingkat berapa. tetapi dia siap bagi tahu jangan naik lift VIP lah apa lah. eleh macam lah aku nak naik sangat.

"err okay". kata maria dan terus sahaja berlalu. sempat dia berkata terima kasih pada gadis tersebut. Maria melangkah memasuki lift. lalu button 12 ditekan.

🌸🌸🌸

"Maria maisara". jerit seseorang. maria memandang orang yang memanggilnya. lalu dia melangkah mendekati orang tersebut.

"encik boleh masuk ke dalam". kata orang tersebut. maria tersenyum dan terus sahaja melangkah masuk. entah kenapa dia tiba tiba rasa nervous. aishh.

"welcome to HM holding. cik boleh berikan saya dokumen mengenai cik?". tanya lelaki tersebut. Maria mengangguk lalu menyerahkan segala sijil nya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum lalu memandang Maria.

"kalau boleh saya tahu, kenapa cik mahu berkerja di sini?". tanya lelaki tersebut. Maria tersenyum.

"sebab saya nak tampung hidup saya. Sekarang kos sara hidup makin meningkat. lagipun buat apa sijil saya semua tu kalau saya tak kerja? sia sia saja lah saya belajar kalau begitu. lagipun saya mahu mencari pengalaman baharu". kata Maria yakin. lelaki tersebut tersengih. jawapan yang sangat bagus!

"hm okay. so boleh saya tahu apa yang cik boleh buat pada syarikat ini?". tanya lelaki tersebut lagi. Maria mengeluh sedikit.

"saya mahu syarikat ini lebih maju dan lebih terkenal. Memang syarikat ini sedia terkenal tetapi kita boleh besarkan lagi dan majukan lagi. kerana tiada yang mustahil. jika berdasarkan kerja yang saya akan lakukan pula, saya berjanji akan memastikan saya bersikap jujur dan tidak akan memecah amanah". kata maria lalu tersenyum manis. Lelaki tersebut lalu mengangguk dan berkata sesuatu kepada rakannya. Maria hanya sekadar memerhati.

"okay Tahniah. anda diterima berkerja disini. berdasarkan sijil awak semua nie saya yakin awak boleh. jadi saya harap awak bersikap jujur dan amanah". kata lelaki tersebut. maria tersenyum gembira.

"baiklah cik. terima kasih". kata maria.

"dan pasal gaji pula, awak jangan risau, gaji awak sebulan RM2500 buat masa sekarang. jika prestasi pekerjaan awak bagus. kami akan naikkan gaji awak". kata lelaki tersebut. maria tersenyum. Alhamdulillah! Akhirnya maria melangkah keluar daripada bilik besar tersebut. kaki nya dibawa ke arah lift. lalu telefon bimbitnya dari handbag nya lalu dia menelefon Mia.

🌸🌸🌸

Maria masih setia menunggu Mia. entah kenapa mia lambat sangat. dia seperti orang gila di dalam syarikat ini. macam macam perkara dia lakukan. ceh tak macam macam pun. dia hanya berdiri duduk main phone dan begitu lah seterusnya.

"hai sorry late mar". kata seseorang. Maria memandang orang tersebut. aik? apa mamat nie buat kat sini? i mean apa daniel buat kat sini?

"err awak buat apa kat sini?". tanya Maria. daniel tersenyum manis. cantik sungguh wanita yang berada di hadapan nya ini. meskipun maria jarang senyum, tetapi dia yakin maria akan kelihatan lebih cantik jika tersenyum.

"saya ambil awak lah. tadi mia call saya. dia suruh saya ambil awak sebab dia terpaksa pergi hospital. dia nak lawat kawan dia". kata daniel. Maria mengangguk. aduh! rasa awkward lah pula!

"er okay". balas maria ringkas lalu matanya meliar memandang sekeliling.

"so lets go". ajak daniel. Maria mangangguk lalu mengikut langkah Daniel yang berada di hadapan. entah, dia rasa dia sudah mulai tiada perasaan. perasaan nya entah sudah hilang ke mana. dia rasa takut. ya dia sangat takut! kerana itu dia melayan Daniel acuh tak acuh saja.

"err mar kita pergi singgah makan dulu boleh? sebab saya lapar lah. dari tengahari tadi tak makan". kata Daniel. maria mengangguk. entah lah, dia masih segan sebenarnya dengan Daniel ini.

"cantiknya kau maria". desis hati Daniel. dia mengerling sekilas ke arah Maria yang hanya memandang jalan raya. ish hensem sangat ke jalan raya tu? aku rasa aku lagi handsome lah!

Continue Reading

You'll Also Like

18.6K 980 64
Segala cacat cela harap dimaafkan. Story ini sedang dibaiki.
328K 11.9K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
62.3K 1.8K 53
Bertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je...
27.2K 779 61
In editing Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia...