6 Royals

By Insyirahlm

2.2M 142K 8.3K

Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine... More

Royals 1
Royals 3
Royals 4
Royals 5
Royals 6
Royals 7
Royals 8
Royals 9
Royals 10
Royals 11
Royals 12
Royals 13
Royals 14
Royals 15
Royals 16
Royals 17
Royals 18
Royals 19
Royals 20
Royals 21
Royals 22
Royals 23
Royals 24
Royals 25
Royals 26
Royals 27
Royals 28
Royals 29
Royals 30
Royals 31
Royals 32
Royals 33
Royals 34
Royals 35
Royals 36
Royals 37
Royals 38
Royals 39
Royals 40
Royals 41
Royals 42
Royals 43
Royals 44
Royals 45
Royals 46
Royals 47
Royals 48
Royals 49
Royals 50
Royals 51
Royals 52
Royals 53
Royals 54
Royals 55
Royals 56
Royals 57
Royals 58
Royals 59
Royals 60
Royals 61
Royals 62
Royals 63
Royals 64
Royals 65
Royals 66
Readers
4RUNNER!

Royals 2

43.5K 2.9K 250
By Insyirahlm

Sudah dua minggu mereka berada di tingkatan 4. Seminggu itu juga mereka menjadi rapat.

4 PA 1

Farra tidak mengikat rambutnya hari ini. Rambut itu menyembunyikan lebam di mukanya. Iris pada mulanya menganggap bahawa Farra memang tidak mahu mengikat rambutnya. Semakin lama semakin curiga dia terhadap Farra.

Iris menyelak rambut Farra.

"Beb!" Iris terjerit kecil.

"Shh.." Tiba-tiba Farra menangis.
Iris memeluk Farra.

"Kau kena pukul dengan ayah angkat kau lagi ya?" Soal Iris sambil menggosok belakang Farra.

Farra mengangguk.

"Shh dah dah. Jangan nangis." Pujuk Iris.

Amisya menoleh ke belakang. Dia turut terkejut.

"Why?" Bisik Amisya.

"Dia kena pukul lagi." Jawab Iris.

Amisya menepuk-nepuk bahu Ariana. Ariana mengeliat. Amisya menepuk lagi. Ariana mengeliat lagi. Amisya menepuk lagi. Ariana geram!

"Apa?!" Marah Ariana.

"Tuu." Jawab Amisya.

Ariana berpusing ke belakang.

"Again?" Soal Ariana.

Iris mengangguk.

Nathra dan Lyssa di meja depan Ariana dan Amisya turut berpusing kebelakang tatkala mendengar bisik-bisik di belakang.

"Sabarlah Farra. Aku pun semalam kena maki dengan abang angkat aku. Dia kata aku ni anak pungut dan menyusahkan keluarga aku." Kata Iris sambil menggosok belakang Farra.

Amisya memegang tangan Iris untuk memberi semangat kepadanya.

Nathra dan Lyssa berjalan ke arah mereka.

"Dah lah Farra jangan menangis lagi. Kita semua ni senasib. Kita orang faham apa yang engkau rasa." Pujuk Nathra pula.

Lyssa dan Nathra saling berpandangan lalu mengeluh kecil.

"Aku tak tahu apa salah aku sampai ayah aku benci sangat dengan aku. Mak ayah aku, dua-dua tak sayang aku." Kata Farra dengan tersedu-sedu.

"Tak apalah kalau diorang tak sayang kau. Kita orang saaaaaaayang kau." Kata Amisya lalu memeluk Farra.

"Yeah, kita orang sayang kau." Mereka berenam berpelukan bersama.

******🍒6Royals🍒******

2.30 petang. 4 PA 1 baru saja selesai kelas tambahan.

Ariana cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Huru-hara dirinya tika ini.

"Kau kenapa Ari?" Soal Amisya.

"Aku lupa nak beritahu mak aku yang aku ada kelas tambahan. Mesti mak aku tunggu aku. Balik nanti mesti aku kena pukul ." Jawab Ariana sambil tangannya lincah mengemas buku-buku.

"Nak kita orang teman tak?" Soal Farra.

"It's okay." Jawab Ariana lalu berlari keluar dari kelas.

"Oh gosh that girl memang suka barang tercicir. Nanti kita hantar novel dia ni eh?" Kata Amisya.

Yang lain balas anggukan.

Ariana berlari selajunya sehingga tiba di rumah. Nafasnya tidak teratur. Satu badannya melekit dengan peluh. Ternyata maknya sedang menunggu kehadirannya di depan rumah dengan getah paip di tangan.

"Bismillah...." Ariana menolak pagar rumahnya.

"Kenapa kau lambat? Kau dari mana ni?" Soal Puan Hanum dengan nada yang serius.

Ariana hanya menunduk.

"Aku tanya, jawab!" Jerit Puan Hanum.

Terangkat bahu Ariana dek herdikan maknya.

"Ariana dari kelas tambahan tadi mak." Jawab Ariana dengan perlahan.

"Kau tipu! Adik kau kata dia nampak kau dengan kawan-kawan kau dekat taman sebelah sekolah. Bukan main menggedik lagi!" Kata Puan Hanum.

"Ariana tak tipu mak. Adik tu yang menipu mak!" Kata Ariana lalu menjeling Aisha yang tersenyum sinis.

"Kau jangan nak cakap anak aku macam tu! Kau tu yang dasar keturunan penipu! Dasar anak pungut yang kau tahu menyusahkan aku saja!" Puan Hanum melibas Ariana menggunakan getah paip.

"Dasar anak tak kenang budi! Kau memang pembawa sial dalam keluarga ni!" Puan Hanum melibas kaki Ariana dengan kuat.

"Sakit mak!" Jerit Ariana lalu air matanya semakin deras mengalir.

"Suami aku mati pun sebab kau! Kalau aku tahu, aku takkan suruh suami aku cari kau masa kau hilang dulu! Akhirnya dia yang kemalangan masa cari kau! Kau memang anak sial!" Puan Hanum melibas seluruh anggota badan Ariana sehingga berdarah.

"Sakit mak. Ariana minta ampun mak." Ariana memeluk kaki maknya. 

Aisha tersenyum puas melihat kakaknya dipukul.

"Aku bukan mak kau!"

Puan Hanum terus menerus memukul Ariana.

******🍒6Royals🍒******

"Mana satu eh rumah Ari?" Soal Nathra.

"Aduh aku lupalah." Jawab Amisya.

"Kau apa tahu? Tahu melantak je." Jawab Lyssa geram.

"Sakit mak!"

"Tu bukan suara Ari ke?" Soal Farra.

"Ya!" Amisya terus berlari mengikut jeritan itu.

Hampir saja sampai di depan rumah Ariana, Lyssa dan Nathra terus menarik Amisya ke belakang.

"Kau nak mati ke?!" Soal Iris.

Mereka mengintai sedikit demi sedikit.

"Weh kita kena tolong Ari!" Bisik Amisya.

"Kalau kita tolong dia, kita kena sekali. Nanti dia pun kena lagi teruk." Kata Iris.

"Tapi, aku tak sanggup tengok dia kena pukul." Amisya cuba menahan air matanya.

Tiba-tiba seorang jiran menyapa Puan Hanum dan Ariana. Aisha terus berlakon sedih.

"Num, sudahlah. Sakit budak tu Num." Pujuk Cik Senah.

"Ini anak aku!  Kau jangan masuk campur urusan aku! Kau Ariana, masuk dalam rumah!" Jerit Puan Hanum.

Ariana berjalan masuk ke dalam rumah sambil berpaut pada dinding. Kakinya betul-betul sakit.

"Ngucap Num." Kata Cik Senah.

"Kau diam. Berambus!" Puan Hanum menolak-nolak tubuh Cik Senah keluar dari kawasan rumahnya lalu masuk ke dalam rumah.

"Misya, jom kita balik." Kata Nathra dan Lyssa dengan lembut.

"Esok kita jumpa dia ya." Pujuk Iris.

"Okey." Jawab Amisya sepatah lalu mereka menuju ke kediaman masing-masing.


















Royals 2 done. Kita patut bersyukur kalau life kita tak seperti diorang. Diorang hadap macam². Okey votments please! Follow me too :)))

Continue Reading

You'll Also Like

2.1K 452 13
TULIPS ; a gentle confession of love Kisah manis ringkas tentang dua kawan sedari kecil 🌷 - 20/01/2024
2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
29.1K 1.7K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...
880K 39.6K 42
PUTRI ALYSSA-Adalah seorang gadis kacukan melayu-Amerika. Alyssa dan keluarga nya menetap di New Zealand. Pada suatu hari, Alyssa dipindah untuk bers...