Encik Suamiku Vampire

By DGNEzzati

89.9K 3.1K 148

Zhaira Sofea hanya gadis yang biasa yang dipaksa kahwin oleh ibu bapanya. Well... apa yang tak biasa dengan d... More

BAB SATU
BAB DUA
BAB TIGA
BAB EMPAT
BAB LIMA
BAB ENAM
BAB LAPAN
BAB SEMBILAN
BAB SEPULUH
BAB SEBELAS
BAB DUA BELAS
BAB TIGA BELAS
BAB EMPAT BELAS
BAB LIMA BELAS
Rancangan untuk Encik Suamiku Vampire

BAB TUJUH

3.7K 192 2
By DGNEzzati

Bab Tujuh


Sofea terbangun daripada tidurnya. Segera dia meraup wajahnya sambil menenangkan diri dan sedang itu, dia perasan rasa basah di pipinya. Sedang menangiskah dia?

"Astaghfirullahalazim..." ucap Sofea.

Jam di tepi katil dilihat. 3.00 pagi.

Dia bingkas turun dari katil dan segera menuju ke bilik air. Niatnya mahu membasuh muka tapi alang-alang dia terus mengambil wuduk sekali. Sejadah dan telekung dari almari diambil dan sejadah dibentang di hujung bilik menghadap arah kiblat.

Semalaman itu Sofea sujud kepada Penciptanya. Dia buat solat sunat tahajjud dan solat istikharah yang sentiasa dilakukan sejak mama dan papanya memberitahu tentang perkahwinannya. Selama ini, Sofea tak pernah ragu-ragu akan keputusan mama dan papa kerana dia tahu mama dan papa adalah orang yang paling cerdik yang Sofea pernah kenal dan mereka tidak akan buat keputusan yang bodoh.

Tapi Sofea sudah tak pasti sejak mimpinya tadi. Adakah itu petunjuk daripada Allah setelah solat-solat istikharah yang dilakukan sebelum ini atau hanya sekadar mainan syaitan dan ujian untuk mencabar keimanannya? Sofea tak tahu.

Malam itu Sofea sertakan juga dengan solat hajat. Dia berdoa agar apa jua keputusan yang diambil nanti adalah keputusan ynag terbaik. Dia juga berhajat agar dipertemukan jodoh yang tercipta untuk dirinya dan alangkah bagusnya jika jodohnya itu ialah lelaki yang bakal menjadi suaminya.

****

Sofea terbangun lambat. Entah macam mana tengah-tengah dia mengaji setelah solat subuh dia boleh tertidur tapi kali ini tanpa mimpi. Sofea bangun dan segera dia bergerak ke bilik air. Walaupun dia sedar akan kelewatannya, Sofea sengaja berada di bilik air lama-lama. Bukan kerana dia mahu membersihkan segala ceruk tubuhnya dengan penuh berhati-hati tapi kerana Sofea lebih meluangkan masa untuk berfikir.

Sofea masih risau akan mimpinya tapi dia hanya manusia biasa. Dia tak punya kuasa untuk memberhentikan masa jadi mahu tak mahu hari pernikahannya akan tetap tiba dan hari itu adalah hari ini.

Keluar sahaja dari bilik air, Sofea lihat mamanya dan beberapa orang saudara perempuan sebayanya sudah memenuhi bilik bersama juga jurumekap yang mereka tempah. Sofea dileteri kerana lambat dan dia hanya senyum tawar.

Kemudian Sofea diarahkan duduk di kerusi. Jurumekap itu segera berdiri di sebelah Sofea dan bersedia untuk memulakan kerjanya. Tapi sebelum itu Sofea dileteri sekali lagi oleh jurumekap pula. Dia kata dia terkejut beruk melihat lingkaran gelap di bawah mata Sofea. Over je tu. Dia tanya Sofea cukup tidur atau tidak dan Sofea menggeleng.

Cepat-cepat dia letak segala peralatan mekapnya dan menyuruh Sofea meletakkan sekeping mask ke atas mukanya untuk melembapkan dan menyegarkan muka Sofea yang tak bermaya.

"I jaranglah suruh pengantin pakai mask sebelum make-up sebab jenuh nak tunggu 15 minit supaya muka tu betul-betul lembap. Selalunya pengantin memang dah pakai segala mask and moisturizer malam sebelum nikah. Apa yang you buat malam tadi? Kulit you kering and tak bermaya. Macam mana nak naik seri pengantin?" leter jurumekap itu.

Sofea hanya paksa senyum. Entah menjadi ke tidak senyuman itu. Sofea tak larat nak paksa dirinya menjadi ceria bila faktanya Sofea tidak gembira. Dia bukan seorang pelakon.

"Sophie? Kenapa ni?" Caroline di sebelah menegur. Caroline adalah sepupu Sofea. Mama Caroline ialah orang inggeris dan Caroline sememangnya tinggal di luar negara. Walaupun Caroline adalah sepupu dan salah satu ahli keluarga Sofea, hanya Caroline yang bukan seorang perisik antara semua sepupunya yang berada di dalam bilik ini.

Sebenarnya, kecuali Naim, ayah Caroline, tiada seorang pun dalam keluarga Caroline yang tahu akan kewujudan agensi perisik dalam keluarga mereka. Ayah Caroline juga sudah berhenti menjadi perisik di agensi untuk fokus bersama keluarga di Canada. Sudah tentu pak cik Naim masih dibelenggu dengan angkat sumpah oleh semua perisik dan ahli keluarga yang mengetahui agensi risikan mereka untuk merahsiakankan kewujudannya. Jika sumpah ini diingkari, orang yang berkenaan layak dihukum berdasarkan Undang-Undang Khas yang digubal secara rahsia. Orang itu juga akan digelar penjenayah.

Sofea menarik nafas. Jika dia jadi berkahwin dengan Syahid Arshad atau sesiapa sahaja yang tidak mengetahui agensi mereka, Sofea akan terpaksa merahsiakan perkara ini daripada suaminya sendiri. Itu tidak menjadi masalah bagi Sofea cuma bagaimana kalau rahsia itu pecah? Sanggup ke dia jalani hidup sebagai penjenayah? Jalan yang paling selamat ialah berhenti menjadi perisik selepas berkahwin seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan saudara-maranya tapi Sofea tak boleh lakukan itu.

Sofea ialah pewaris agensi tersebut jadi Sofea tak boleh berhenti. Lagipula Sofea tak rasa dia boleh lakukan pekerjaan selain perisik. Sejak kecil lagi Sofea diajar untuk menjadi perisik. Pekerjaan itu sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.

"Sophie?" Caroline memanggil Sofea.

Sofea memandang Caroline dan cuba untuk senyum seikhlas yang dia boleh. "Aku okey."

"Betul ni?" Caroline bertanya lagi.

Sofea angguk. Tak lama selapas itu jurumekap itu menyuruh Sofea mencabut mask di atas mukanya dan Sofea segera dipakaikan mekap. Mak su pula masuk ke dalam bilik Sofea sambil membawa busana biru untuk akad nikahnya. Busana yang sama dalam mimpinya.

Rasa takut menerpa lagi dalam diri Sofea. Dia tenung busana itu lama.

"Sofea?"

Sofea pandang mamanya.

"Kenapa muka berkerut macam itu?"

Sofea takut, ma... takut kalau Syahid bukan jodoh Sofea.

"Takde apa-apa, ma." Tak mungkin Sofea nak cakap perkara sebenar. Tak mungkin setelah Sofea lihat senyuman mama yang jelas gembira tu. Sofea paksa senyum lagi. Sofea bukan pelakon tapi dia seorang perisik dan kadangkala perisik perlu berlakon.

"Tukar baju cepat," arah mama dan Sofea akur walaupun hatinya berat.

****

Sofea duduk di birai katil dengan busana biru di badannya. Tangan yang berinai merah miliknya dilihat. Dia benar-benar akan berkahwin, kan?

Tiba-tiba satu idea gila menyapa otaknya. Tingkap di biliknya ditenung. Patutkah dia lari? Kemudian dia tersedar.

'Sofea, jangan jadi gila. Tahulah kalau setakat melompat itu macam kacang je bagi kau. Cuba fikir keluarga kau? Nak sangat malu? Lagipun sebelum kau dapat mimpi tu bukan kau ke yang beriya-iya sangat nak kahwin? Sebab kau nak kenal sangat dengan Syahid Arshad.'

Syahid Arshad...

Ya, memang Sofea nak tahu siapa dia. Walaupun dalam mimpi, Sofea tak pernah dapat lihat wajah lelaki tersebut. Dan... satu fakta yang Sofea tak boleh nafikan ialah walaupun setelah mimpi itu, jantung Sofea tetap berdebar setiap kali Sofea terfikirkan nama itu.

Siapa Syahid Arshad? Bagaimana dia boleh jantung Sofea berdebar macam ini? Kenapa Sofea berasa takut sangat lepas mimpi semalam? Apa yang Sofea rasa berat sangat dalam hatinya bila Sofea fikir andaikan dia bukan jodoh Sofea?

'Lagipun bukankah kau terima pernikahan ini sebab kau ada misi? Scar tak pernah gagal misi.'

Misi... tapi misi ini bukan untuk Scar tapi untuk Sofea.

'Jadi kau nak kata kau dan Scar adalah berbeza?'

Scar dan Sofea ialah seorang yang sama. Mereka hidup dalam tubuh yang sama.

'Apa alasan kau lagi? Takkan sebab mimpi itu je kau jadi takut macam ni? Sejak bila Scar atau lebih tepat Sofea jadi penakut?'

'Aku...'

'Apa lagi alasan kau?'

'Aku...'

'Penakut!'

'Tak! Aku bukan penakut. Aku cuma...'

'Cuma apa?'

'Cuma...'

"Sofea..." Suara Datin Qhairah mengembalikan Sofea ke dunia realiti. "Mereka dah sampai."

Panik menyerbu Sofea. Mereka dah sampai.

Datin Qhairah mendekati anak gadisnya itu. Ubun-ubun Sofea dicium dan nama Sofea dipanggil lembut. "Sofea..."

"Ma..." Sofea mengangkat kepalanya. "Macam mana kalau Syahid bukan jodoh Sofea?"

"Sofea... istighfar. Istighfar banyak-banyak. Mama tahu Sofea nervous sebab Sofea tak pernah jumpa bakal suami Sofea dan mungkin juga salah mama sebab cabar Sofea tapi mama sentiasa doakan Sofea supaya bahagia. Andai katanya, dia bukan jodoh Sofea, mama doakan agar Allah berikan petunjuk sebelum dia berjaya ucap lafaz, 'Aku terima nikahnya.'"

"Ma..."

'Mama, kenapa?'

Jawapan itu sama sekali dengan jawapan dalam mimpinya.

Kenapa, ma?

P/S: Korang perasan tak ESV dapat ranking #361 in romance? Kufufufu~ Eh, silap. Alhamdulillah. Terima kasih kat korang juga sebab koranglah ESV masuk ranking. Kali ni update awal sikit sebab stok masih ada. Karang dah habis stok, memang krik-krik jadi.

So kalau tak nak krik-krik, apa kata korang komen kat bawah? It's a bit weird but saya selalu motivated nak tulis dan cepat dapat idea kalau ada orang komen. Saya rasa lonely dan krik-krik je ni. Cengkerik pun tak sekrik-krik macam saya.

Hmmm...

Continue Reading

You'll Also Like

142K 9.4K 32
Adam Hirdy | Azalea
1M 53.5K 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...
54.6K 5.5K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
365K 2.2K 7
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...