MAKNA PADA RASA

By JueaAbdullah72

19.5K 376 6

"Eager to leave me, Puteri Zulaikha? Jadi... saya tak layak untuk seorang Puteri Zulaikha! Right?" Dagu Puter... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12 Part I
Bab 12 Part II
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Teaser Makna Pada Rasa 1
Teaser Makna Pada Rasa 2

Bab 36

315 10 0
By JueaAbdullah72


"Sayang...! Sayang...!"

"Hurmm..." Bahagianya!

"Kita dah sampai." Sayup-sayup suara Nuqman menyedarkan Puteri dari lena yang panjang.

"Bangun, sayang!" Bahunya dikocak lembut. Puteri memaksa matanya terbuka. Penglihatannya kabur tetapi perlahan-lahan semakin jelas. Dia di dalam kenderaan dan sedang terlentok manja di dada Nuqman. Bahunya diusap lembut. Terkelip-kelip matanya, terpinga-pinga.

"Bangunlah," bisik Nuqman lagi. Segera Puteri duduk tegak dan melihat keliling. Rumah agam milik keluarganya mengisi ruang mata menyentak kantuknya. Serentak itu dia berpaling.

"Kita dah sampai!"

"Ya, sayang. Kita dah lama sampai. Pakcik teksi ni dah lama tunggu kita turun dari teksi dia," ujar Nuqman lembut sambil meraih beg tangan Puteri lalu digalaskan ke bahu gadis itu. Kemudian dia mencapai dua jaket diriba lalu keluar dari kereta. Puteri menekup muka, malu!

"Err... mintak maaf ya pakcik!" Pakcik teksi berpusing ke belakang sambil tersenyum, mengangguk. Pintu keretanya dibuka. Nuqman berdiri menunggu dia keluar. Beg-beg mereka sudah dikeluarkan dari but teksi. Puteri keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi.

Tan Sri Megat Hasyim Megat Fadhlullah keluar ke verandah, menyambut kepulangan anak dan menantunya. Nuqman sudah memberitahunya sebelum mereka bertolak dari Istanbul lagi. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagia hatinya melihat mereka berdua di depan mata.

"Abah!" Puteri berlari mendakap abahnya. Rindu sungguh dengan abah! Dahinya dikucup dan Puteri terbuai dalam dakapan abah.

Nuqman memberi salam, cemburu melihat Puteri bermanja. Tan Sri Megat Hasyim menjawab salam dan menghulurkan tangan bila Puteri tersedar dan cepat-cepat meleraikan pelukannya. Nuqman tunduk mencium tangan mertuanya. Puteri tersipu. Dia ikut bersalam dan mencium tangan abah.

"Macammana perjalanan, Man?"

"Okay, abah. Alhamdulillah. Semuanya lancar. Cuma Ika mungkin penat sikit sebab tak sempat rehat lama." Nuqman tersenyum memandang wajah isterinya yang ikut tersenyum tetapi senyumannya kelat.

"Ya? Ika penat sangat? Anak abah ni selalunya lasak." Tan Sri Megat Hasyim memaut dan mengusap lembut bahu Puteri yang makin tersipu.

"Eh! Okey dah. Tadi dah rehat sebelum ambik flight ke KL. Ika okey, bah." Puteri tersenyum menyakinkan abah sambil menjeling tajam ke arah Nuqman. Detik-detik bersamanya sepanjang perjalanan pulang kembali menerjah fikirannya. Dan Puteri tertunduk malu. Tan Sri tersenyum senang, amat mengerti.

"Kalau macam tu, Ika pergi tengok apa yang Makcik Nor siapkan kat dapur tu. Boleh hidangkan, kita minum petang sama-sama. Man, mari masuk!" Puteri laju saja mengangguk patuh dan beredar ke dapur. Entah kenapa dia rasa malu sangat dengan abah.

"Berehat di mana tadi, Man? Berapa jam di Singapura?" Soal Tan Sri Megat Hasyim sambil melabuhkan punggung di sofa.

"Kami ambil bilik hotel, abah. Tengok Ika penat sangat, bagi dia tidur sejam dua lepas sarapan. Lepas tu, baru nampak segar sikit. Sempat jugalah pusing-pusing bandar dalam sejam sebelum check in." Nuqman ramah bercerita. Hatinya yang berbunga menguntum dalam nada suaranya.

Letih juga bahunya menjadi bantal tidur Puteri hampir sepanjang perjalanan. Manja sungguh anak Tan Sri Megat Hasyim tatkala nyenyak dibuai mimpi. Sampai lengannya hangat dipeluk erat dalam lenanya. Tidak pasti kerana Puteri memang mahu bermanja dengannya atau mungkin kerana sudah biasa memeluk patung beruang. Namun dia bahagia sungguh saat bersama dengan gadis itu. Walaupun pada awalnya Puteri masam mencuka. Malah waktu makan di salah sebuah restoran di lapangan terbang itu, dia berkeras tidak mahu makan apa-apa. Puas Nuqman memujuk dan meminta maaf. Puteri terasa hati kerana dipermainkan. Mungkin juga kerana malu rahsia hatinya dapat dihidu. Akhirnya Nuqman diam membisu, membiarkan Puteri melayan rajuknya sendiri. Dia makan dengan berselera sekali. Lama kelamaan, Puteri jamah juga hidangan di depan mata.

"Kerja Man di sana, macammana? Dah selesai?" Sebenarnya Tan Sri Megat Hasyim terkejut dengan kepulangan Nuqman. Tetapi baginya itu satu petanda yang sangat baik.

"Belum, abah. Semuanya baru selesai dianalisa dan dikemaskini. Sekarang tunggu kelulusan pihak-pihak berwajib. Man balik kejap sebab masih ada cuti berbaki. Dah Ika nak balik, Man temankanlah. Risau pulak dia travel seorang diri."

"Hmm... elok sangat tu, Man. Abah pun risau masa dia ke sana. Tapi memang tak ada siapa yang free nak temankan dia waktu tu. Dah kebetulan Man balik ni, abah ingat nak raikan kamu berdua. Tak perlu tunggu lagi rasanya. Apa pendapat, Man?" Suara Tan Sri Megat Hasyim sarat dengan harapan.

"Eh... Man tak ada masalah, abah. Mana yang baik, Man ikut je. Ibu di kampung dah lama bising nakkan menantu." Nuqman tersenyum simpul. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tan Sri Megat Hasyim ketawa mendengarnya.

"Nanti abah bincangkan dengan Ika dan abang-abangnya dulu. Oh ya, Ika ke mana, tak muncul-muncul? Man rehat kejap. Nanti kita minum sama ya. Waktu Asar pun dah masuk ni. Abah solat dulu. Man nak solat sekali ke?" Tan Sri Megat Hasyim mahu memberi ruang sebenarnya. Dia amat mengharapkan Puteri duduk-duduk sambil berbincang dengan Nuqman tentang hajatnya. Mereka sudah kelihatan intim di matanya.

"Hmm... kami dah jamak tadi, bah."

"Ya tak ya, jugak. Okey, Man duduk kejap ya."

"Ya, bah. Silakan." Tan Sri Megat Hasyim berlalu ke dapur, singgah untuk berpesan kepada anak gadisnya, tetamu jangan ditinggalkan sendirian.

Sendirian di ruang tamu, Nuqman mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor Miqdam. Dia mahu memastikan yang Miqdam dapat datang menjemputnya di sini seperti yang dijanjikan. Dia perlu ke The Turban dengan segera tetapi harus meraikan mertuanya terlebih dahulu. Suara Miqdam memberi salam disambut mesra.

"Macammana, dalam setengah jam lagi boleh sampai? Abang boleh tunggu, tak ada masalah." Memang Nuqman tidak ada niat mahu menyusahkan Miqdam.

"Iya?" Terkejut dengan apa yang diberitahu Miqdam, Nuqman ketawa.

"Hmm... oklah. Kalau macam tu, minta dia tunggu. Jangan ke mana-mana. Tapi jangan bagitahu dia yang abang nak datang. Biar jadi suprise! Tolong book untuk abang, special table in the garden, ya. Make an appointment with her so that she'll be there when I come. And, can you get me her favourite chocolate ice-cream cake on the way here? Kalau boleh, belikan sejambak ros putih sekali. Kedai tu bersebelahan saja."

Ada bunyi retak dan pecah di dalam dadanya. Ada rasa sakit bagai dihiris-hiris di dalam hatinya. Dulang ditangan digenggam sekuat hati, bimbang ada yang pecah berderai di lantai pula! Puteri terkaku mendengar perbualan Nuqman secara tak sengaja. Baru tiba, sudah ada temujanji? Special table in the garden? Wow! Panasnya hati! HER favourite chocolate ice-cream cake? Sejambak ros lagi? Aku pun tak pernah dapat bunga? Patutlah selalu belikan dia kek dan aiskrim kegemarannya, memang pandai 'membeli' hati perempuan rupanya!

Nuqman menyambung perbualan tentang hal-hal lain pula. Puteri menarik nafas dalam-dalam, mengumpul kekuatan. Dia tidak boleh melatah. Lelaki ini mesti dikaji sampai ke akar umbi sebelum dia tertipu lagi!

"Jemput minum, encik Nuqman...," pelawa Puteri dengan senyuman manis sebaik saja dia meletakkan dulang minuman di atas meja. Berkerut dahi Nuqman dengan kelembutan suara Puteri yang luarbiasa. Sampai dia tidak mampu membalasnya tetapi hanya tersenyum memandang Puteri yang sopan menuang air teh ke dalam cawan.

Puteri berlalu ke dapur sekali lagi, masih dengan senyuman manis. Senyuman itu bertukar menjadi jelingan berapi sebaik saja dia meninggalkan ruang tamu. Hatinya bagai disiat-siat. Mindanya berputar ligat. Mencari jalan bagaimana untuk dia tahu siapa gadis istimewa yang menunggu kepulangan Nuqman!

Sengaja Puteri berlama-lama di dapur. Walaupun kuih-muih sudah diangkat dengan minuman tadi, dia mengambil kek buah di dalam peti sejuk dan dipotong lambat-lambat. Makcik Nor yang becok bertanya khabar pun akhirnya terdiam bila melihat Puteri termenung jauh dengan pisau di tangan.

Suara abah mengejutkannya. Cepat-cepat Puteri menyudahkan kerjanya dan menatang piring kek itu ke ruang tamu sebelum namanya diseru abah. Padan muka tetamu itu yang tidak dilayan!

"Haa... Ika, abah ingatkan ke mana tadi!" Puteri tersengih.

"Bila Ika nak balik ke kolej?"

"Rabu, bah. Cuti umum Isnin dan Selasa. Lambat lagi... kenapa, bah?" Puteri melabuhkan punggung di sebelah Tan Sri Megat Hasyim.

"Hmm... tadi abah ada bual dengan Man, kalau boleh abah nak langsungkan majlis kamu berdua. Dah kebetulan Man balik ni, abah rasa sesuailah kita buat perancangan. Sekarang pakai wedding planner je, mudah. Man dah setuju. Jadi elok kita langsungkan saja ya. Mungkin cuti semester yang akan datang ni ke..."

"Ika tak setuju!" Bentak Puteri yang terkejut sungguh dengan bicara abah.

"Apa salahnya, Ika? Perkara baik tak elok kita tangguhkan."

"Kan dah janji! Ika nak pegang pada janji. Ika belajar lagilah, abah."

"Janji tu tak salah diubah kalau sama-sama setuju. Ika teruslah belajar sampai habis. Man pun belum selesai tugas dia di sana. Jadi, abah rasa tak ada masalah. Cuma abah rasa tak elok kita sorok dari ahli keluarga dan orang lain. Eloklah kita buat majlis kenduri sikit, sederhana cukuplah." Tan Sri Megat Hasyim cuba memujuk selembut mungkin. Sukar untuk menelah sikap anak gadisnya itu. Namun dia harus cuba mengubah keputusannya.

"Ika tak nak!" Tan Sri Megat Hasyim mengeluh. Sampai ke Istanbul bersama, hendak diraikan menolak pula. Sungguh dia tidak faham watak anak zaman sekarang.

"Tak apalah, abah. Saya tak ada masalah. Ika dah sah jadi isteri saya. Buat kenduri atau tidak, dia tetap isteri saya. Cuma yang penting, dalam apa pun keadaan, Ika dapat jaga status sebagai isteri. Itu saja yang saya minta," tenang Nuqman menyuarakan isihatinya demi mahu mengendurkan keadaan. Rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Puteri disimpan jauh-jauh di dalam hati.

Tan Sri Megat Hasyim menghela nafas panjang. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Jelas raut kecewa terpamer di wajahnya.

"Baiklah, Man. Abah pun serba-salah. Abah tak suka nak memaksa. Cuma... fikir-fikirkanlah. Kalau itu lebih baik, kita bincang semula ya. Abah doakan yang baik-baik untuk kamu berdua. Minumlah, Man. Dah sejuk airnya."

"Ya, abah."

"Kuih orang lama-lama ni, Man. Tepung pelita ni favourite Ika, abah minta Makcik Nor buatkan. Dengan Puteri tidur sebilik ni, makcik Nor buat sedap. Dia orang Kedah." Tan Sri Megat Hasyim ramah melayan Nuqman sementara Puteri membatu mendiamkan diri. Nuqman yang sudah kenal lama dengan Tan Sri Megat Hasyim tidak kekok untuk berbual panjang. Dari kuih-muih sampailah kepada hal-hal perniagaan, macam-macam topik yang mereka bincangkan. Tinggallah Puteri yang menjamah tepung pelita dengan perasaan remuk-redam.

Bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah itu menghentikan perbualan mereka. Nuqman memohon diri dari mertuanya sementara Puteri bingkas bangun mahu mengelakkan diri.

"Ika, hantar Man ke kereta. Bungkuskan kuih untuk Man. Berselera dia makan tepung pelita tadi." Tan Sri Megat Hasyim meningkah langkah Puteri. Anak mata Puteri berputar. Langsung dia menukar arah menuju ke dapur. Berselera konon! Entah-entah lakonan semata-mata!

"Bila kita boleh jumpa lagi?" Soal Nuqman, lembut setelah Puteri tunduk mencium tangannya.

"Entah!"

"Kenapa ni?"

"Tak ada apa!"

"Sudahlah tu. Abah tanya saja. Kalau Ika tak setuju, tak apalah."

"Hmm... saya okey je lah! Cepatlah! Nanti lambatpulak. Orang dah menunggu tu!" Dengan nada suara yang teramat jengkel, ditambahdengan jelingan maut, Puteri melangkah pergi meninggalkan Nuqmanterpinga-pinga. Oleh kerana mertuanya masih tercegat berdiri di muka pintu,Nuqman cepat-cepat melemparkan senyum dan mengangkat tangan mohon permisi sebelummasuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Tan Sri membalas senyuman danmengangkat tangan. Namun senyumannya hilang bila melihat Puteri melangkah lajumasuk ke dalam rumah dengan wajah masam mencuka. 


Nota"

Suka tak dengan pasangan Nuqman - Puteri? Alhamdulillah kalau suka. Jangan lupa vote, share and comment ya! Terima kasih daun keladi, kalau sudi jemput baca lagi...   

Continue Reading

You'll Also Like

668K 25.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.6M 52.3K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
407K 14.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
59.9K 3.9K 50
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...