MAKNA PADA RASA

By JueaAbdullah72

19.5K 376 6

"Eager to leave me, Puteri Zulaikha? Jadi... saya tak layak untuk seorang Puteri Zulaikha! Right?" Dagu Puter... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12 Part I
Bab 12 Part II
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Teaser Makna Pada Rasa 1
Teaser Makna Pada Rasa 2

Bab 32

361 9 2
By JueaAbdullah72

Nuqman memandu pulang melewati kawasan pantai Bebek yang sangat menambat hati. Semakin berat bagi Puteri untuk meninggalkan Istanbul yang penuh dengan keindahan. Sekejap-sekejap dia mengerling ke arah Nuqman yang memandu dalam diam. Mereka kembali menuju ke kawasan yang padat dan sibuk. Tidak lama kemudian kereta itu bergerak di celah-celah bangunan. Puteri semakin hairan.

"Inilah Karakoy. Kita berhenti di sini. Ada banyak kedai souvenir. Boleh beli bawak balik Malaysia. Kan ada orang tu dah tak sabar-sabar nak balik..." Nuqman menjeling, mengulum senyum. Amboi! Pandai menjeling rupanya! Desis hati Puteri dalam menyembunyikan rasa hiba yang halus menyelinap.

Jalan-jalan yang agak berbukit dan berliku di situ disusuri. Memang seronok berjalan sambil melihat suasana dan memang kedai cenderahati berderet-deret! Meriah! Tak sabar rasanya hendak membelek dan membeli tetapi Nuqman berjalan terus, tak pula menyinggah. Kata boleh beli?

Mereka tiba ke kawasan bertangga yang berbentuk hexagonal yang unik dan bertingkat-tingkat. Puteri jadi teruja. Cantiknya! Terlupa sudah dengan cenderahati... dia berlari-lari memanjat anak tangga, berpusing-pusing keliling, menyentuh dan memerhati rekabentuk istimewa itu.

"Camondo Steps, designed with a unique mix of the Neo-Baroque and Art Nouveau styles by a Jewish banker, Abraham Salomon Camondo." Nuqman mengulum senyum bila Puteri terngadah dan terlopong mendengarnya.

"It is Art Nouveau style! The hexagonal shape... unik sangat!" Jerit Puteri dari atas anak tangga.

"Give me your Camcoder...." Dia cepat berlari turun, menyerahkan Camcoder dan kembali ke anak tangga itu untuk memberikan pose istimewa. Sesaat, Puteri terkaku. Tiba-tiba rasa malu nak bergaya depan Nuqman. Mahu tak mahu dia cuba beriak selamba dan berdiri di beberapa sudut untuk diambil gambar.

"Okey... you can explore a bit more. We have to go on," Nuqman bersuara di sebalik lensa. Puteri mengangguk. Dia mula bergerak bebas sambil menunggu Nuqman menyainginya. Tanpa disedari, lensa terus bekerja di tangan Nuqman kerana dia lebih suka mengambil gambar Puteri di luar sedarnya. Di depan Nuqman, gadis itu selalu kaku tapi 'hidup' bila dia tidak sedar yang dirinya diperhatikan. Puteri Zulaika dan Camondo Steps... persis model dalam mode zaman silam!

Mereka terus mendaki jalan-jalan sempit dan curam di celah-celah bangunan gaya Eropah kuno di tengah pekan itu. Kemudian Puteri terpandangkan sesuatu lalu mendongak ke langit. Sebuah menara besar di tengah-tengah pekan?

"Tulah Galata Tower yang kita tengok dari atas Cruise." Nuqman tersenyum bila melihat mata bundar itu semakin besar. Kejutan! Puteri hampir terlompat kerana teruja. Dia tidak perasan langsung yang mereka menuju ke arah menara itu sebenarnya.

Mereka masuk ke perkarangan menara. Puteri menarik nafas, mendongak ke puncak menara yang tidak begitu kelihatan dari bawahnya. Dia mendekati dinding menara yang kukuh berdiri dengan susunan batu-bata yang sudah berabad lama, menyentuhnya dengan rasa tak percaya. I'm here! I'm here! Hatinya menjerit-jerit kegembiraan. Nuqman tersenyum dari jauh melihat gelagat Puteri meneroka ruang legar di lantai menara sambil berbaris untuk membeli tiket masuk. Hampir dua puluh minit, barulah tiket berada di tangan dan mereka dapat bergerak masuk ke dalam ruang bawah menara yang terasa hangat. Mereka berbaris lagi bersama pelancong dari berbagai negara untuk naik lif ke puncak menara.

Sampai di tingkat lima, mereka keluar dari lif ke ruang informasi. Langkah mereka disambut dengan mural yang sangat impresif di bahagian atas sementara di bawahnya, di sepanjang dinding pula sarat dengan fakta tentang Galata Tower dan sejarahnya. Nuqman membawa Puteri bergerak perlahan melewati mural dan informasi itu, memerhati sekilas lalu kemudian mereka bergerak ke ruang lain menuju anak tangga untuk ke puncak menara. Hiasan dalaman setiap ruang di tingkat lima itu memang wajar dipuji, cukup kemas dan menghidupkan suasana nostalgik.

Rupanya menara itu pernah banyak kali mengalami kerosakan dan dibaikpulih serta diubahsuai hampir dalam setiap era pemerintahan yang berbeza. Bangunan kuno itu sangat berperanan sejak berzaman lamanya sebagai rumah api, mengemudi haluan pelayar, kapal perang dan kapal dagang selain menjadi menara pengintipan dititik yang sangat tepat untuk mengawal keselamatan seluruh istanbul. Pernah menjadi penjara bagi tahanan perang dan berbagai fungsi lagi. Betapa ia sangat berjasa!

Ketika menuju ke puncak, mereka melewati restoran dan kafe. Ruang tangga yang berangin dan berpusing itu agak curam namun keadaannya selamat. Tangan Puteri sentiasa dalam genggaman Nuqman. Mereka akhirnya tiba ke dek peninjau dan panorama Istanbul yang indah terbentang menyapa pandangan mata. Bagaikan mimpi bila berada di puncak setinggi ini! Puteri menggenggam tangan Nuqman lebih kuat dari tadi. Lengan Nuqman turut dipaut dengan sebelah tangan lagi. Pemandangan itu hanya dipandang dari belakang Nuqman. Cantiknya!

"Subhanallah..." Ucap Nuqman berkali-kali. Dia terus melangkah ke dek peninjau yang lebih kurang semeter setengah lebarnya mengelilingi menara. Mereka mula bergerak mengelilingi dek itu untuk menikmati permandangan 360 darjah yang mencakupi seluruh Istanbul. Pergerakan mereka agak terganggu di celah-celah pelancong yang hampir memenuhi ruang dek itu dan Puteri yang berjalan sangat rapat dengan Nuqman menimbulkan tanda-tanya di hatinya. Tak pernah Puteri begitu!

Langkah Nuqman merapati selusur besi yang melingkari dek itu terhenti bila lengannya dipaut semakin kuat oleh Puteri. Nuqman terkejut lalu berpaling. Wajah pucat Puteri dipandang lama.

"Ika? Ika okey tak ni?" Soal Nuqman, kehairanan. Puteri buat muka senyum tapi pucat tetap ada. Kepalanya laju digeleng-gelengkan.

"Tak nak ambik gambar? Jomlah...," ajak Nuqman. Dia menarik tangan Puteri dan gadis itu cepat-cepat memaut lengan Nuqman dengan kedua-dua tangannya. Puteri memaksa diri melangkah dengan seribu rasa tak pasti. Camcoder terbiar dan tergantung di lehernya sejak tadi. Keterujaannya untuk merakamkan gambar Istanbul dari ketinggian lebih 66 meter itu hilang entah ke mana.

Tubuh Puteri mengeras sebaik sahaja berdiri di selusur besi itu yang kelihatannya tak boleh dipercayai. Dia memaksa matanya terbuka dan menghimbaukan pandangan ke bawah sana tapi rasa gemuruh semakin kuat. Macammana kalau tubuhnya melayang jatuh? Tuhan! Dia tak mampu memandang. Jantungnya berpalu terlalu kencang. Dia berpusing untuk berpatah balik ke dinding menara tapi dia tak boleh melepaskan pegangannya di lengan Nuqman. Nuqman menarik Puteri semula mengadapnya. Lengannya dicengkam kuat sejak tadi membuatkan dia tertanya-tanya apakah Puteri sebenarnya gayat?

"Ika... awak takut? Gayat ke?"

"Urghh... uhuh..." Puteri mengalah kali ini. Lebih baik mengaku saja. Nuqman tergelak. Puteri makin cuak.

"Awak gayat? Saya tak percaya! Awak berani hentak siku ke rusuk saya, siap bagi flying kick lagi... gayat?" Nuqman betul-betul terkejut dan tidak dapat menahan ketawa. Puteri menelan liur, rasa cuak bagaikan menggila di dalam. Dia hanya mampu memandang Nuqman dengan sambil buat muka untuk meraih simpati.

"Saya betul-betul tak percaya!" Nuqman yang memandang tepat ke wajah Puteri tiba-tiba melangkah ke belakang dan pegangan Puteri dilengannya terlepas. Puteri terjerit dan segera memegang pagar besi itu sekuat hatinya. Takut kalau-kalau pagar besi yang sudah lama itu patah dan tubuhnya akan melayang ke bawah dan pecah terhempas...

"Nuqman! Nuqman!" Matanya dipejam rapat. Nafasnya makin sesak. Muka pucat tak berdarah. Pandangannya sudah kabur dan berkaca.

"Ika!" Nuqman yang terkejut cepat-cepat merapati Puteri dan serentak itu, sebelah tangan Puteri mencapai badan Nuqman, cuba menggenggam apa saja untuk dia berpaut dan akhirnya bila tangan menyentuh kepala tali pinggang, dia menggenggam sekuat hati, takut terlepas lagi. Dan sebelah tangan lagi masih mengenggam kuat pagar besi.

"Awak! Awak jangan tinggalkan saya... tolong jangan tinggalkan saya!" Puteri merayu bertalu-talu. Nuqman mendakap Puteri ke dadanya. Dia beristighfar. Gadis itu benar-benar gayat rupanya. Sebelum ini dia nampak yakin sahaja bila berada di tempat tinggi. Mungkin tidak setinggi menara itu.

"Ika, sorry! Saya minta maaf... saya takkan tinggalkan awak..." Kelam kabut Nuqman berbisik di telinganya. Nafas Puteri turun naik dan tangannya masih memegang pagar besi dan kepala tali pinggang Nuqman.

Perlahan-lahan Nuqman cuba melepaskan genggamannya di pagar besi itu dengan sebelah tangan. Sebelah tangannya masih lagi mendakap Puteri. Genggaman itu tetap tidak mahu dilepaskan. Beberapa pelancong lain yang hampir dengan mereka sudah tersedar dengan keadaan itu. Mereka tersenyum sambil mengangguk tanda faham. Ada yang masih memandang dan ingin membantu. Nuqman memberi isyarat mata yang keadaan masih dapat dikawal.

"Ika..."

"Hurmm...," wajah itu terus terbenam dalam dadanya. Jaket kulitnya pula sudah sedia terbuka.

"Lepaskan besi tu, pegang tangan saya..."

Kepala di dadanya menggeleng-geleng.

"Ika... you have to let go. You'll be alright...." Pujuk Nuqman.

Kepala itu semakin laju digeleng-gelengkan. Ahh sudah! Nuqman menarik nafas dalam-dalam. Sampai macam ni sekali?

"Ika... look at me!" Dia terpaksa bertegas kali ini. Perlahan-lahan Puteri mendongak memandang Nuqman. Mukanya macam orang hendak menangis. Hati Nuqman tersentuh.

"Saya TAKKAN tinggalkan awak. Saya janji! Selagi Tuhan izinkan, saya takkan tinggalkan awak." Nuqman sungguh-sungguh berjanji. Puteri menelan liur. Memandang Nuqman dalam-dalam, mencari keyakinan. Rasa cuak mula terbang berserpihan. Perlahan dia mengangguk.

"Okey. Sekarang, Ika lepaskan besi tu dan pegang tangan saya kuat-kuat. Faham tak? Saya TAKKAN lepaskan Ika!" Sekali lagi Puteri mengangguk. Tapi tangannya masih menggenggam besi itu. Nuqman meraup tangan Puteri di situ. Memberi keyakinan tapi tidak memaksa.

"You have to trust me this time, Ika," pinta Nuqman lagi.

"Pegang tangan saya... yakin dengan saya," pujuknya lagi. Puteri menelan liur. Perlahan-lahan dia melepaskan besi itu dan cepat-cepat memegang tangan Nuqman sekuat hatinya. Nuqman mengeluh dan tersenyum lega.

"Okey, sekarang kita ke tepi dinding sana. Ika ikut saya," dia memaut tubuh Puteri dan melangkah bersamanya dengan tangannya yang sebelah lagi masih memegang kepala tali pinggang.

Hanya setapak dua, mereka sudah tiba ke dinding menara, baru Puteri bernafas lega. Dia tersandar lesu keletihan. Penat melawan perasaan.

"Are you okay, now?" Kedua-dua bahu Puteri dipegang kemas. Dia mengangguk. Cuba tersenyum.

"Nak ambik gambar tak?" Angguk lagi.

"Okey. Ambik gambar dari sini dulu. I'll stay with you." Nuqman beralih tempat, ikut bersandar di dinding di sisi Puteri. Perlahan-lahan Puteri mengangkat Camcoder dan mula merakamkan gambar. Tangannya bergoyang, jelas dia masih belum stabil. Nuqman tunduk memandang ke bawah. Tangan Puteri masih memegang kemas kepala tali pinggangnya. Nuqman tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Dia menolak sedikit bahu Puteri supaya dia ke depan. Puteri mula pucat. Nuqman memegang pinggang Puteri dengan kedua tangannya kemas-kemas.

"Now... let go of me, pegang camcoder tu dengan dua tangan. Mana cantik rakam gambar sebelah tangan... tak stabil." Nuqman memberi arahan dengan lembut, gaya memujuk. Puteri terjeda seketika. Mukanya yang terpusing, terdongak menatap muka Nuqman sungguh-sungguh. Nuqman mengangguk, cuba menyakinkannya. Perlahan-lahan tangan Puteri melepaskan kepala tali pinggang Nuqman. Tangannya terasa perit, merah berbekas dek terlalu kuat mengenggam. Dia berpusing ke depan, mengadap permandangan ruang langit Istanbul dengan lebih yakin dengan tangan Nuqman kemas di pinggangnya.

Puteri merakamkan gambar dari sudut itu. Kemudian mereka bergerak perlahan-lahan tanpa meninggalkan dinding menara. Sehinggalah hampir habis satu pusingan dek peninjau itu.

"See... you've got to trust someone sometimes," bisik Nuqman di telinga Puteri. Gadis itu menelan liur, terdiam lama. Nuqman membawanya masuk ke dalam menara menuju ke restoran yang sudah ditempah lebih awal ketika mereka di Pantai Bebek lagi.

"Ika... dalam hidup ni, kita sebenarnya saling memerlukan. Macam menara ni, kukuh sebab batu-bata ni diikat kuat antara satu sama lain. Macam tu lah jugak kita manusia, hidup kita lebih baik kalau hubungan kita terikat kuat antara satu sama lain. Kalau nak terikat, kita kena saling percaya... takkan sempurna hidup kalau kita hanya sendiri," lembut kata-kata Nuqman selepas mereka hampir selesai menikmati makan tengahari.

Puteri terdiam. Dia mengalih pandangan, menerobos cermin tingkap yang besar di tepi meja mereka ke arah bandaraya Istanbul yang megah dengan monumen sejarahnya di bawah sana. Kata-kata Nuqman mengocak minda dan hatinya yang baru saja tenang selepas meninggalkan dek peninjau tadi.

"I really hope that you'll trust someone in your life, Ika. And I hope that someone would be me." Kata-kata Nuqman membuatkan dia berpaling menatap wajah kacak manis yang semakin menggetarkan jiwanya itu. Nuqman membalas pandangan, merenung jauh ke dalam anak matanya tanpa berkelip. Dia serius. Puteri menelan liur yang terasa kesat. Seleranya hilang entah ke mana.

Nuqman mengeluh sambil tersenyum. "Time for dessert?"

Ahh! Dia memang tahu mengambil hati. Pelayan dipanggil. Pinggan diangkat, hidangan berganti. Sepotong kek aiskrim dengan hiasan coklat dan ceri menggoda menggamit kembali selera Puteri. Aiskrim dan kek memang belum pernah gagal!

Nuqman makan dalam diam sambil sesekali memerhati Puteri yang kini sudah dapat melupakan semuanya dan asyik menikmati pencuci mulut itu sampai terpejam-pejam matanya. Comel!

"Ika tahu tak yang kita ni, orang Islam sangat dilatih macammana nak kawal konflik diri?" Soal Nuqman sebaik saja sudu kecil Puteri diletakkan kembali ke piring yang kini sudah licin-licau.

"Really? Err... hurmm... macammana tu ya?" Terkelip-kelip mata Puteri. Beratnya soalan! Hati sudah mula rasa tak sedap.

Bila tak tahu, bukan nak jawab tak tahu. Mulalah buat muka comel lagi blurr tu! Nuqman berbisik dalam hati. Dia tersenyum.

Puteri mengerling mencari maksud senyuman Nuqman. Mesti dia perasan yang aku tengah konflik ni! Tapi aku... aku dah buat keputusan muktamad! Hati Puteri bercakap sendirian, menegaskan diri sendiri.

"Betul...! Kan dalam sembahyang, Allah latih kita selaraskan jasad, akal dan roh kita. Yang tak mahu ikut, degil tak mahu taat setia cuma nafsu. Jadi Allah latih kita lawan kata nafsu. Orang yang dah terlatih adalah orang yang jasadnya solat, akalnya solat, hatinya solat, nafsunya pun solat. Semua sujud pada Allah. Tu orang yang paling berjaya.

Tapi kita solat, jasad solat, akal ingat bacaan je sambil fikir macam-macam cerita, hati berdetik itu ini, tak ingat Tuhan, nafsu seronok main wayang. Jadilah konflik, betul tak?"

Muka Puteri berkerut. Isyhh... ke mana hala tuju dia sebenarnya? Tapi solat aku memang macam tu pun! Jadi aku ni memang banyak konfliklah ya? Dia... dia tahu ke semua tu? Hati Puteri makin gelabah.

"Sebab tu orang yang beriman, yang betul-betul jaga solatnya, hidup diaorang tenang, tak banyak konflik. Macam Al Fateh, perjuangannya solid kerana Allah. Orang yang betul-betul bersolat, Allah janji akan dapat kemenangan."

Puteri tunduk, mengangguk. Kebenaran itu memang jelas lagi bersuluh. Tapi sayang, hati-hati yang kelabu seperti hatinya tetap buta walaupun nampak.

"Dalam diri kita, satu je yang buat keputusan. Samada hati atau nafsu. Kalau hati dikuasai nafsu, rosaklah diri. Akal dengan jasad ikut je. Ada orang tu... hati dia kata lain, nafsu dia kata lain, akal dia kata lain, jasad dia buat lain... tu memang konflik yang teramat parah! Nak buat keputusan lagi susah!"

Gulp! Bunyi macam aku je tu?

"Jadi, cik Zulaikha, elok sungguh-sungguh latih diri, selaraskan hati dengan akal dan jasad. Jangan keliru sebab nafsu. InsyaAllah, nanti makin kurang konflik diri. Rajin-rajin berlatih dalam solat dan di luar solat," tambah Nuqman lagi dengan nada mengusik.

Puteri mengerutkan muka, melemparkan pandangan ke luar tingkap restoran itu lagi, menyembunyi kelat wajah sendiri.

"Tak susah. Boleh berlatih dalam banyak keadaan. Haa... sekarang, cuba selaraskan hati, akal dan jasad, dan jawab soalan saya sekali lagi," Nuqman bersungguh-sungguh. Puteri memandang tepat ke wajah Nuqman. Debaran dada semakin kuat. Apa pulak ni?

"Cuba jawab sekali lagi. Sedih nak tinggalkan Istanbul atau... saya?"

Sepasang mata bundar Puteri menirus memandang Nuqman. Aku dah agak dah! Aku dah agak DAH!

Puteri mengetap bibir. Kepalanya diangguk perlahan-lahan. Perangkap rupanya! Nuqman tersenyum-senyum memandangnya. Keningnya diangkat berkali-kali.

"Cik Zulaikha dengar tak saya tanya?" Soalnya lagi, saja suka menyeksa!

Benci! Aku benci betul dengan dia ni! Suka kenakan aku dengan hujah-hujah yang tak boleh nak aku patahkan. Apa pulak aku nak jawab kali ni?

Minda Puteri berhempas pulas, cuba untuk melepaskan diri dari soalan itu. Matanya menerawang ke ruang dalam restoran. Nuqman pula setia menunggu jawapannya.

Puteri menarik nafas, kemudian menghela nafas. Jawapan masih belum ada. Nak selaraskan hati, akal dan jasad. Hah! Payah sungguh! Hati dah mengaku. Tapi akal kata jangan. Jadi, akal ikut kata nafsu. Yang kata 'jangan' sebenarnya ialah nafsu. Bukan hati? Jasad? Jasad asyik nak nangis!

Aduh! Memang tak mudah rupanya nak selaraskan hati, akal dan nafsu. Dia tak sanggup nak mengaku. Apakah itu ego namanya? Kalau nak mengelak, dia harus menipu? Menipu dah jadi dosa.

Isyhh! Nuqman! Lupakanlah semua ni... tolonglah! Hatinya merayu. Mukanya tak habis-habis berkerut. Memandang Nuqman dengan muka sedih. Nuqman tersenyum.

"Susahkan?"

Puteri menjeling. Nuqman tergelak. Memang comel jelingannya. Tapi tetap degil, tak mahu mengaku kalah.

"It's okay, Ika." Nuqman menghela nafas. Puteri pula menarik nafas.

"You don't have to answer me... saya cuma harap, Ika ikut kata hati."

Dia tahu! Dia memang tahu! Puteri menelan liur. Rasa nak tutup muka.

"Saya pun rasa tak sanggup nak lepaskan Ikabalik," tenang Nuqman mengungkapkan kata hatinya. Tenang sebab hati, nafsu,akal dan jasadnya selaras. Dia memandang Puteri sambil tersenyum manis, amatmanis. Dan hati Puteri meraung menangis! 


Nota:  How is it so far? Suka tak cerita ni? Please drop a comment ya... and let me know kalau nak baca lagi MAKNA PADA RASA...

terima kasih. Moga terhibur!   


Continue Reading

You'll Also Like

59.6K 3.8K 50
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
406K 14.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
387K 12.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
1.4M 13.2K 11
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...