MENCARI HILANG...

By HanniRamsul

8.7K 249 31

Mencari Hilang Apabila hati tidak lagi mahu menghela nafas... Rindulah rasa... Rawanlah cinta... More

MENCARI HILANG.... 1
MENCARI HILANG.... 2
MENCARI HILANG.... 3
MENCARI HILANG.... 4
MENCARI HILANG.... 5
Mencari Hilang (Akan berada di pasaran)

MENCARI HILANG...

2.2K 78 19
By HanniRamsul

PROLOG 1

Matanya terpaku lama pada meja yang kosong. Wajah yang dicari, tidak menyapa pandangannya sejak pagi. Senyum yang sering terukir nipis tiap kali berpandangan juga tiada bertandang untuk meleburkan rindu yang sering mengasak hati.

"Dia cuti,"

Dia menoleh. Melarik senyum sebaik sahaja bersua pandang dengan teman sekerja yang sejak dulu nakal mengusiknya.

"Cuti kenapa?,"

"Bertunang,"

Senyumnya beransur hilang.

"Gurau?,"

Gadis di hadapannya menggeleng. Membuat jantungnya berdetak laju. Ini bukan berita yang dia mahu dengar.

"Kenapa tiba-tiba? Kau cakap dia belum ada sesiapa,"

"Salah kau. Dah lama aku suruh kau berterus-terang. Dia suka kau. Tapi, kau asyik tak cukup keberanian. Sekarang, melepas,"

"Dia bertunang dengan siapa?,"

Soalannya dibalas dengan satu gelengan.

"Pilihan keluarga. Itu saja yang dia beritahu aku,"

Perlahan dia bersandar ke kerusi. Mencari keselesaa. Tujuh tahun dahulu, dia terduduk mendapat perkhabaran gadis kesayangannya bertunang dengan pilihan keluarga. Ternyata, selepas tujuh tahun itu berlalu, hatinya masih teguh mengukir nama itu. Dia tinggalkan kecewanya demi membina hidup baru. Dia memilih untuk pergi jauh dari Farisha demi merawat sekeping hatinya yang remuk teruk. Bukan sedikit kecewa yang mendera rasanya apabila segala bahasa cintanya seakan tidak difahami. Tetapi, bak kata temannya, dia yang bersalah. Dia yang terlalu lambat memulakan langkah. Sampai ke bumi asing ini dia cuba mencari titik untuk memulakan kisah hidupnya, namun nama Farisha tetap tidak mahu meninggalkan hatinya.

"Assalamualaikum,"

Dia mengangkat muka. Melarik senyum melihat susuk yang tercegat di hadapannya. Itulah perantara yang mendekatkan dia dengan cinta hatinya. Yang menceritakan segala kisah perjalanan hidup Farisha..

"Waalaikumussalam,"salam dijawab perlahan sambil membetulkan duduk.

Tanpa dipelawa, wanita di hadapannya itu melabuhkan punggung.

"So, bila kau balik Malaysia?,"

"Minggu depan. Insyaa ALLAH,"

"Ada yang menanti ke kat sana?,"

Dia tersenyum hambar sambil menggeleng perlahan. Pengajiannya .di sini sudah tamat. Bermakna tempoh untuk dia cuba lari daripada perasaan sendiri juga sudah tamat. Tempoh untuk cuba mencari bahagia untuk dirinya juga tamat. Bukan senang mencari pengganti Farisha. Tidak mudah juga untuk padamkan sebaris nama itu.

"Tapi, bagus juga kau balik Malaysia. Mungkin apabila nasihat-nasihat kau tu, kau berikan secara terus kepada dia, dia akan kembali 'hidup'. Kau akan cari dia kan?,"

Mendengar soalan itu, dia cuma melarik senyum. Kalau pun dia terus mencari, akan adakah peluang untuknya?

"Dengan semua yang dah aku lalui, jalan hidup ini... aku lebih suka serahkan kepada takdir. Biarlah takdir yang tentukan ke mana aku nanti,"akhirnya dia memberi jawapan yang pastinya sangat pesimis untuk menyapa telinga temannya itu.

"Jangan. Jangan begitu. Tolonglah bantu dia bangkit. Kau langsung tak boleh lupakan dia kan? Bukan kau tak pernah cuba cari pengganti. Tapi, semuanya tak jadi. Kenapa? Sebab hati kau masih pada dia, kan? Jadi ambillah peluang yang ada ni. Beri peluang sekali lagi untuk kau buka cerita baru dengan dia,"

Dia tersenyum cuma.

"Aku balik sebab dah sampai masa untuk aku balik,"

"Aku harap kau mahu menjadi telinga yang akan mendengar setiap luahan dia,"

"Bukankah itu mustahil? Aku bukan engkau. Dan... selama ini, kata-kata semangat aku sampai kepada dia, melalui kau. Pun... dia masih tetap begitu kan? Aku gagal. Kita gagal. Atau, dia sekarang sudah semakin baik?,"

Menanggapi kata-katanya, hanya satu keluhan berat keluar dari bibir wanita di hadapannya itu.

"Hatinya remuk teruk...Tapi, lately dengar suara dia... lebih bersemangat. Lebih ceria,"

Dia diam mendengar kata-kata itu. Berita yang disampaikan itu membuat dia sedikit lega.

****

PROLOG 2

"Isha nak bercerai,"

"Farisha! Apa kamu merepek ni?,"

Dia terkejut. Terkejut yang bukan sedikit. Tidak sangka Farisha akhirnya akan mengambil keputusan sebegitu. Namun, dia terus mengunci mulut. Membiarkan ibu mertuanya mengawal keadaan. Juga mengharapkan ibunya sendiri akan menghalang.

"Isha tak merepek. Ini keputusan muktamad Isha. Tak ada apa yang hendak Isha pertahankan lagi. Semuanya dah musnah,"

"Oh... laki kau dah jadi macam ni, terus semuanya dah musnah? Dah tak ada benda nak dipertahankan? Kenapa? Sebab dia sakit? Kak... tengoklah anak akak. Suami dia sakit macam ni, senang betul dia buat keputusan,"

Lantang suara ibunya mengamuk dan dia juga sedar akan sepasang mata Farisha semakin tajam merenungnya.

"Sakit atau tidak anak mak... ALLAH saja yang tahu. Yang saya tahu sekarang... saya juga sedang sakit. Sakit sangat-sangat,"

"Apa yang kamu cuba nak cakap? Kamu nak cakap Haziq menipu? Dan kamu...sakit apa?! Sakit nak cari laki baru?!,"

Jeritan ibunya jelas. Sejelas air mata yang mengalir di pipi Farisha. Namun, pandangan Farisha tetap tajam menujah ke wajahnya. Dia tahu Farisha menghamburkan rasa kecewa lewat renungan itu. Farisha kecewa dan dia tidak mungkin akan mengalah. Dia tidak mahu Farisha meninggalkannya. Trisya sudah tiada. Dia tahu sudah tidak ada sebab untuk Farisha teruskan perkahwinan ini. Di pihaknya pula... Trisya sudah pergi meninggalkannya. Dia tidak mahu Farisha turut meninggalkan dia sendirian.

"Trisya... Trisya... tunggu papa sayang...,"dia bersuara tiba-tiba. Bangkit mengejar sesuatu.

"Haziq! Ya ALLAH... Ziq. Kenapa ni sayang?,"

"Trisya mak... saya Nampak Trisya...,"dia bersuara dengan nada yang bergetar. Kemudian tunduk menangis perlahan.

"Tengok ni! Macam ni, kamu kata dia tak sakit? Dia menipu?! Dia baru kehilangan anak dia. Satu-satunya anak dia! Dan, kamu, langsung tak boleh faham keadaan suami kamu ni?,"

Mendengar kata-kata ibunya, esakannya semakin kuat. Sesekali dia mengangkat muka. Farisha mendekatinya. Terus merenungnya membuat dia kembali menunduk.

"Mak jangan lupa. Satu-satunya anak dia tu.... Juga satu-satunya anak saya,"sepatah demi sepatah kata-kata yang meniti di bibir Farisha membuat Haziq tidak keruan.

"Anak kita Isha. Dia panggil kita...,"

"Abang... baik abang hentikan semua ni,"

"Hentikan apa? Sampai hati kamu, Isha. Mak tak sangka kamu boleh berubah secepat ni hanya sebab suami kamu ditimpa malang macam ni. Kamu kuat. Kamu boleh hadapi dugaan ni. Haziq lemah. Dia tak kuat. sepatutnya kamu bagi dia sokongan. Bukan ambil keputusan bodoh macam ni! Bukan jadi manusia pentingkan diri macam ni,"

"Siapa cakap saya kuat? Siapa?!,"

Dia tersentak. Farisha menjerit kuat dan satu tamparan nyaring menjamah telinganya. Segera dia mengangkat muka. Farisha menggosok pipinya.

"Mak tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni!,"

Kali ini, ibu mertuanya pula yang membentak kuat. Pasti Farisha ditampar oleh ibunya.

"Saya nak bercerai. Itu keputusan muktamad saya,"Farisha bersuara sambil menyeka air mata. Bukan dia tidak tersentuh dengan air mata itu. Dia kasihan, namun dia perlu fikirkan tentang dirinya dahulu.

"Nanti saya akan pergi ke pejabat agama. Ini keputusan saya,"

Jantungnya terasa berdegup laju. Keputusan Farisha bagaikan satu noktah yang tak akan berganjak lagi.

Dan, sejak hari itu, Farisha memang pergi jauh meninggalkannya. Membawa kebencian ibunya bersama. Juga membawa marah ibu sendiri menemani pelariannya. Dirinya? Dirinya terkepong di sini bersama dosa-dosa lama yang menghukum.

*****

PROLOG 3

"Kau apa khabar? Kenapa banyak kali aku call tak dapat? Aku risau tahu tak?,"

"Aku okay. Jangan risau,"

"Betul kau okay? Macam- mana urusan perceraian tu? Aku tak ada dengan kau. Sorry sangat-sangat,"

"Tak apa. Aku faham. Kau ada tanggungjawab yang lebih besar untuk kau galas. Tapi kau tetap kawan aku yang paling baik. Jangan minta maaf dengan aku,"

"Tapi aku tetap rasa bersalah. Aku nak sangat duduk depan kau sekarang. Temankan kau,"

"Tak apa. Semuanya dah selesai pun. Kau macam-mana? Suasana baru macam-mana? Tempat baru?,"

"Okay saja. Belum habis kemas barang-barang pun. Pasal aku, bila-bila pun kita boleh cerita. Sekarang ni, pasal kau. Betul dah selesai semuanya?,"

"Dah,"

"Kau okay? Sebab nada suara kau lain macam,"

"Kau memang kawan aku, kan? Jauh-jauh pun, tetap boleh tahu aku tak okay,"

"Isha... kenapa ni?,"

"Mak aku marahkan aku,"

"Kau tak jelaskan? Tak ceritakan semuanya?,"

"Aku cuba, tapi, mak aku langsung tak nak dengar. Dia...dia buang aku, Yuni. Semuanya sebab Haziq...."

"Isha...,"

"Aku dah tak ada sesiapa. Tak ada Trisya. Tak ada mak aku. Semuanya sebab Haziq...,"

"Haziq kat mana?,"

"Tak tahu. Aku tak nak ambil tahu pun,"

"Kau?,"

"Aku kena mulakan semuanya daripada kosong semula. Aku hilang Trisya. Aku hilang kerja sebab jaga suami yang sakit sangat-sangat. Sekarang, aku dibuang semua orang sebab tiba-tiba aku jadi isteri derhaka yang tak tahu diuntung. Sebetulnya, aku seorang diri sedang cuba untuk bangkit semula,"

"Kau nak aku temankan kau ke? Aku boleh minta izin suami aku, balik ke sana. Insyaa ALLAH dia boleh faham,"

"Tak payah susah-susah Yuni. Biar aku uruskan semuanya sendiri. Aku kena kuat kalau nak hidup sorang-sorang,"

"Memang kau kena kuat. Jangan terjun lombong,"

Tawanya pecah mendengar nasihat yang terselit gurauan ringan itu.

"Aku tak akan pilih terjun lombong. Mungkin aku akan google cara lain yang kurang menyakitkan.

"Isha!,"

Dia tergelak. Gelak yang menjemput panas di bibir mata. Dia keseorangan. Dia terbuang.

*****


sudi2kanlah tinggalkan komen ya :)

Continue Reading

You'll Also Like

33.2K 695 80
In which Kim Saena is in a groupchat with a bunch of idiots Or In which Bangchan finds himself inside a groupchat with a bunch of delusional fans ~~★...
27.9K 1.2K 34
Rihanna is a high school girl about to graduate when she meet the don will they live happily or will they argue all the time.........
24K 43 10
just a bunch of random one-shots of smutt🤭
81.5K 2.1K 31
A little AU where Lucifer and Alastor secretly loves eachother and doesn't tell anyone about it, and also Alastor has a secret identity no one else k...