Balkis vs Danial

By Scandinavyan

90.5K 3.1K 112

"Kenapa you mesti pakai tudung hari-hari?" "Do you really want an answer to that?" "Well, if you don't mind e... More

Prolog ❀
Bab 1 ❀
Bab 2 ❀
Bab 3 ❀
Bab 4 ❀
Bab 5 ❀
Bab 6 ❀
Bab 7 ❀
Bab 8 ❀
Bab 9 ❀
Bab 11 ❀
Bab 12 ❀
Bab 13 ❀
Bab 14 ❀
Bab 15 ❀

Bab 10 ❀

5K 151 10
By Scandinavyan

"Cherié!"

Balqis menjenguk dari muka pintu. Kelihatan Danial di sisi Autobavarianya, briefcase dan sepucuk surat di tangan.

"Awek mana pulak you panggil ni?" soal Balqis. Dia mengambil briefcase yang disua oleh Danial.

"Heh," balas Danial, tersengih.

"Konon je sekolah kat Nice. Takkan 'cherié' pun tak tau?"

Balqis menjungkit kening. Dia menyua cawan berisi hot chocolate kepada Danial.

"Le vrai est trop simple, il faut y arriver toujours par le compliqué," balas Balqis selamba.

"Le comple to-sho for-te what?" ujar Danial, rahangnya ternganga.

Kemudian dia tersenyum.

"Alright, kalau you nak puji I pun, tak payah la pakai French."

Balqis ketawa. "Sudah la."

"Apa you cakap tadi, Qis? Siap lidah belit-belit lagi tu," soal Danial sambil melabuhkan punggung ke sofa. Surat tadi masih setia dipegang.

"Aik? Kan you hebat cakap 'cherié', takkan tadi tu tak paham?" tukas Balqis pula, tersenyum.

Danial ketawa.

"Fine, fine. I setakat ambik minor kat uni, mana lah I nak reti sangat. Nak conjugate satu verb pun setengah tahun, lagi nak construct one full sentence macam tu. Sorry to underestimate you. I was just pullin' your leg. Nak jugak dengar you speaking French," pujuk Danial lagi.

Balqis menjungkit bahu.

"Okay. Dish. Mimpi 'Eiffel, I'm in love' ke semalam?"

Danial mengerut dahi.

"Please. Karat semacam citer tu. Chickflick habis."

"Habis tu?"

Danial tersenyum. Dia menggawang-gawangkan surat bersampul putih di tangan.

"This was in the mailbox," terang Danial.

"For you." Surat itu bertukar tangan.

"Alamat dia dalam French, so I ingat nak test power la kejap. Mana tau sekali you balas gaya Napoleon Bonaparte," gurau Danial.

Balqis menyiku perlahan abdomen Danial yang berdiri di sisi.

"Ada ke Napoleon? Perut ala-ala abomasom 4 tingkat tu you samakan dengan I? Tak seswai la, Danial," balas Balqis. Ketawa Danial pecah lagi.

"Hmm... UN nyer surat!" Balqis bersuara girang.

"Memang laa dalam French, pakcik oi..."

"Kenapa UN hantar surat kat you? Kofi Annan nak ngorat you ke?" soal Danial, sambil menjenguk dari atas bahu isterinya untuk cuba membaca kandungan surat. Balqis ketawa kecil.

"Oo, you ada skandal dengan Kofi Annan ya? Apa yang dia ada yang I takde?" soal Danial lagi, berpura-pura serius.

"Em, for one, rambut kerinting uban dia tu macho apa," balas Balqis selamba. Dia menarik keluar surat dari sampul yang dikoyak sisi.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Mereka berdua terdiam sebentar sambil membaca isi kandungan surat. Danial yang berdiri di belakang Balqis turut khusyuk membaca. Tangannya tanpa sedar mengelilingi pinggang Balqis.

"Mission to Mozambique??"

"Danial..."

"You nak buat apa pergi Mozambique ni?" soal Danial kuat, matanya tertancap ke wajah Balqis.

Balqis meneliti surat di tangan sekali lagi.

"Health mission kot. Yea, AIDS vaccination mission," ulang Balqis, pasti.

"In Mozambique??"

Balqis hampir menapak ke belakang. Suara Danial bukan dalam kategori menjerit, tetapi cukup kuat untuk menyakitkan gegendang telinganya. Dia kecut perut.

"Yes, in Mozambique," balas Balqis perlahan.

Hampir terlepas cawan hot chocolate di tangan. Danial menghela nafas. Dia kembali duduk di sofa.

"Bila pulak you apply nak pergi Mozambique ni?" soal Danial, sama perlahan.

Balqis menggigit bibir, cuba mengingatkan data-data berkenaan.

"Waktu I last year in med school. I isi borang UN medical comrade online," terang Balqis.

"Tak sangka after nearly three years, they finally picked me..."

Danial mengangguk faham. Dia menepuk-nepuk tempat sofa di sebelahnya, mengarahkan Balqis duduk. Balqis akur.

"So, are we off to Mozambique or what?"

Balqis menjungkit kening.

"Non-medical officer mana boleh ikut, strictly medical personnel picked by UN je.."

"So, no chance of honeymoon-ing there?" soal Danial, tersenyum.

"Unless you want to fight the visa application, which can be pretty tedious, and also the nyamuk-nyamuk yang bakal menyambut kedatangan you," balas Balqis.

"You game?"

"Are you game?"

Balqis mengalihkan pandangan ke arah surat bergaris emas itu semula.

"Well, it is something I've always wanted to do," terang Balqis lembut sambil tersenyum.

"What? Vaccinate AIDS-contaminated kids in Mozambique?" soal Danial lagi, turut tersenyum.

"More or less like that."

"Others dream of vacations in Savannah, shopping trips to Europe, while you, dream of doing volunteer job in Mozambique," tutur Danial, cuba memahami senario.

"My wife, the Good Samaritan," Danial membuat konklusi, tersenyum.

Balqis memukul lembut bahu Danial.

"You made it sound like I'm such a nerd."

Danial ketawa kecil.

"No sayang. I'm seriously proud of you. So kira Mozambique is circled on your calendar la ni?"

Balqis menggigit bibir.

"Well, of course it's up to you. Your say. I ikut apa keputusan you..."

"Kalau I tak kasi, agak-agak you buat apa?"

"Hmm..." Balqis berkira-kira.

"Mungkin mogok selama 4 bulan, no dinner for you, no pressed shirt, no more doing your laundry and your dishes," balas Balqis, tersengih.

Danial ketawa.

"4 bulan je?"

"Ye la, mana boleh exceed 4 bulan. The fifth month kan birthday I, nak jugak merasa dapat hadiah dari konon 'macho guy' like you," sambung Balqis lagi, masih tersengih.

"Clever, very clever. Tapi kalau I lepaskan you pergi Mozambique tu, what is my end in the deal?" soal Danial lagi. Dia menjungkit kening, tanda tanya.

"Well, first of all, you have the house all to yourself for the next six months..."

"Seronok sangat ke duduk sorang-sorang?"

Balqis pula menjungkit kening.

"Ye la.. Takde orang nak tunggu I petang-petang dengan hot chocolate, malam pulak gerenti up nasik bungkus je. Baju kena iron sendiri, tengok TV pun takde siapa nak picitkan bahu lagi. So, what's so nice about being home alone for the next six months?" tutur Danial.

"Hmm?" Sengaja mendekatkan dahinya ke dahi Balqis.

Balqis menjulingkan mata. Danial ketawa melihat Balqis yang meronta untuk mengalihkan wajahnya.

"Kalau I takde, boleh lah you layan SuperSport tu pagi petang, siang malam. Takde lah orang nak tukar channel kalau game rugby you kat TV," tukas Balqis pula.

"Jadi kalau I beli TV lagi satu, will Mozambique be off the plan?" soal Danial.

Balqis tersenyum.

"Kenapa you beriya tak nak kasi I pergi? Kan boleh cari pembantu nak ironkan baju atau masak?"

"Pasal kalau you pergi, malam-malam tetiba I datang kemaruk nak tengok muka you, macam mana? Lalu Highway ELITE takpun naik bas Intrakota No. 54 tak sampai Mozambique tu, tau?"

Balqis sengih.

"Kemaruk konon...."

Danial menjungkit kening. Kemudian dia bingkas bangun dari sofa. Balqis kaget. Takkan merajuk kot? Dilihatnya lelaki itu berpusing mengelilingi meja jepun. Kemudian mengambil beg kerja Balqis yang disandarkan di meja itu. Balqis musykil. Stetoskop di poket tepi dicapai, kemudian Danial melangkah kembali ke sofa.

"You nak buat apa dengan stetoskop?" soal Balqis, hairan.

"Pakai," Danial mengarah. Balqis akur. Eartips diletakkan di corong telinga. Dia melihat wajah Danial dengan tanda tanya. Danial mengambil end piece dan meletakkannya di dadanya.

"Listen. That's the beat of my heart, right?"

Balqis mengangguk perlahan. Perlahan. Bradycardia ke? Sakit apa?

"Notice how it slows down. The moment I baca surat tu, I rasa jantung I macam dah gugur atas karpet ni," bisik Danial perlahan.

"Imagine kalau you betul-betul pergi. I don't think I can live..."

❥ ❥ ❥

"Would it make you feel better if I told you I won't leave...?"

Danial tersenyum. Kemudian senyumannya bertukar menjadi sengih. Penangan cinta. Takkan kat mangkuk mee tomyam pun kau nak senyum, Danial?

"Woit, mamun ka senyum sorang-sorang?"

"Bergedil ko," gumam Danial, namun sengihnya tidak mati.

Haris ketawa sambil mengambil tempat di sebelah Danial. Food court OU berpusu-pusu dengan orang ramai yang keluar dari pejabat untuk makan tengah hari. Pagi tadi setelah menerima panggilan dari Haris, Danial bersetuju untuk berjumpa di OU bersama rakan-rakan seuniversiti di US.

"Ko dok angau tentang sapa ni?" soal Haris lagi. Dia memerhati wajah teman sedorm sewaktu di Washington University. Danial bukan kaki berangan. Perempuan hot, terus ayat. Tak pernah lagi dia tengok Danial membuang masa angau semacam tentang seorang perempuan. Kira satu perkembangan menarik.

"Mana ada angau. Tengah concentrate makan mee tomyam ni haa. Sebok laa ko, dawg," balas Danial perlahan, masih tersenyum.

Haris mencebik.

"Concentrate konon. Selalunya bukan aku tak habeh beli food lagi, ko dah pulun licin ke mee tomyam ko tuh? Hari ni aku tengok setengah pun tak sampai lagi," komen Haris lagi.

"Rilek aa dude, ko angau, citer je ngan kitorang."

Taufik yang baru pulang dari kaunter bersama hot sizzling mee mengambil tempat.

"Angau sapa pulak ni?"

"Ni haa. Baru belajar bercinta dengan bini sendiri," terang Haris. Dia tidak mengendahkan pandangan tajam yang diberikan oleh Danial.

"Am I right or am I right?"

Taufik tersengih.

"Bagus laa tu, daripada orang lain yang start angau dengan bini ko, lagi haru, dawg," tokok Taufik.

"Seb baik member sendiri, kalau tak, dah kawen tak kawen, aku ayat je!"

"Hampeh ko, Topek. Suke ati je. Bukan ko lagi teruja tengok sesame species ke?" gurau Danial, turut tersengih.

Haris ketawa. Hampir tersembur air bandung dari mulutnya.

"Not right, dawg, not right," komen Haris.

Taufik membuat muka selamba.

"Teruja pun tengok ko jugak, Danial. Such a pretty boy, hard to resist."

Giliran Danial pula tersedak. Hampir makanan tengah harinya tersembur. Merah mukanya mendengar komen sebegitu dari Taufik.

"Controversial giler ko nih," ujar Danial, sambil ketawa terbahak-bahak.

"Doa la aku gitu, karang betul-betul aku jadik 'bengkang-bengkok', korang gak yang seram," balas Taufik.

"Bengkang-bengkok aku pun dah anak seorang. Kau ni, kahwin dah setahun, takkan takde morning sickness lagi?"

"A'ah. Kat Seattle dulu cukup bulan mesti ko PMS. Takkan dah kahwin ni takde tanda-tanda mual ke, pening kepayang ke?" tambah Haris pula, ekspresi wajahnya serius.

"Tapi tengok perut macam ada gaya dah empat bulan," tambahnya lagi, sambil menunduk kepala untuk melihat perut Danial di bawah meja makan.

Danial ketawa.

"Prengset ko, Haris. Ko tu yang gaya orang pregnant lapan bulan, lagi berani nak sound six-pack aku yang macho nih," ujar Danial.

"So, apa cerita tentang Balqis? Ayat-ayat power ko menjadi tak?" soal Haris lagi. Kedua-dua pasang mata Haris dan Taufik bertumpu di wajah Danial.

Danial menjungkit bahu.

"She's one tough cookie la," balas Danial singkat.

"Tu je?"

"Well, semalam dia dapat surat nak pergi Mozambique?"

Haris menjungkit kening.

"Mozambique? Apahal? Ada reunion pengakap sekolah dia ke kat sana?"

Danial ketawa kecil.

"UN Health Mission lah.."

"Whoa. Stop. Ganas... Intimidating chick you got there, dawg," tukas Taufik. Dia menggeleng-gelengkan kepala, kagum.

"Tell me about it. She's so focus, she makes me think so hard about my achievements, dan aku cuma dapat ingat yang aku reti masak nasik je," balas Danial.

"Dan ngorat anak dara orang," tokok Haris.

"And that too," sampuk Taufik, bersetuju.

Danial menjulingkan mata.

"What a way to make me feel better. Thanks, dude."

Haris tersengih.

"So bila yang ko nak pindah Mozambique ni? Autobavaria tu ada sapa cop tak?"

"Ai, tak nyempat-nyempat dah nak halau?" soal Danial lagi.

"Haa, membership Kinrara Resort tu pass la kat aku. Selama ni asyik dok praktis sebat lalang je, nak jugak aku praktis tibai bola golf kat club tu," ujar Taufik, tidak mahu ketinggalan.

"Eh, kalau ko praktis tibai bola golf kat gurun Mozambique tu thrill ape? Smarted giler. Sekali pukul habis pasir masuk mata," tambah Haris lagi.

"Oi, oi. Nak dengar ke tak story aku ni?"

Haris dan Taufik bertukar sengih.

"She's not going to Mozambique."

"Laa... tadi beriye, nak book tiket kapal terbang la, apa la, nak jual saham bagi kat member-member la," tukas Haris.

"Habis tu tak pergi Mozambique, ke mana? Ghana pulak ke?"

Danial tersengih.

"No, she's not going for good. She's staying."

Mata Taufik membundar.

"Dia lepaskan peluang seumur hidup oleh UN, so that she could be with a dawg like you?"

Danial mengangguk, masih tersenyum.

"Basically, yes."

"Patutla angau semacam...."

🌸

GLOSSARY :

French term.

Cherié - dear.

Le vrai est trop simple, il faut y arriver toujours par le compliqué - the truth is simple, but we always find it out the complicated way.

Continue Reading

You'll Also Like

201K 5.6K 48
Mengisahkan seorang perempuan yg sederhana iaitu Suhaidah Syazwina yang selalu happy tetapi hidupnya kucar kacir selepas kedatangan pelajar baru yg b...
96.9K 288 7
"Lan nak jaga Lani..." Itu sebabnya kenapa Lan begitu bertekad untuk menikahi gadis itu. Kerana janjinya pada Lut untuk menjaga si kakak. Juga janji...
2.7K 264 25
cerita ini mengisahkan perjalanan hidup seorang perempuan yang penuh konflik dalam hidupnya terutama sekali dengan keluarganya.Harapannya adalah untu...
367K 19.3K 31
Hidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang...