Balkis vs Danial

Por Scandinavyan

90.5K 3.1K 112

"Kenapa you mesti pakai tudung hari-hari?" "Do you really want an answer to that?" "Well, if you don't mind e... Más

Prolog ❀
Bab 1 ❀
Bab 2 ❀
Bab 4 ❀
Bab 5 ❀
Bab 6 ❀
Bab 7 ❀
Bab 8 ❀
Bab 9 ❀
Bab 10 ❀
Bab 11 ❀
Bab 12 ❀
Bab 13 ❀
Bab 14 ❀
Bab 15 ❀

Bab 3 ❀

6.1K 229 2
Por Scandinavyan

"Opah, jom pi Pekan Rabu!"

Opah senyum. Dia terus memilih-milih bunga kantan.

"Nak cari apa pi sampai sana?"

"Nak cari tudung bawal sikit nak bawak balik KL. Jomla opah..." rengek Balqis. Dia meneruskan kerja memilih isi ikan untuk dibuat laksa.

"Qis nak beli berapa banyak? Setakat dua tiga helai, pasar malam esok pun buleh cari," balas opah.

"Qis nak borong laa opah. Mama pun hantaq mesej mintak tolong kirim selai dua ke UK," ujar Balqis.

"Lepas tu nak bagi kat budak-budak kat hospital jugak."

"Assalamualaikum!"

Balqis dan opah terdiam. Kemudian, Balqis tersengih.

"Waalaikumsalam!" Dia bergegas ke ruang tamu. Tangan yang basah dilap di tuala Good Morning yang disangkut di bahu.

"Oih, mak hang! Dia pakai kain batik!"

Ketawa Balqis meletus. Dia melibas lengan empunya suara dengan tuala Good Morning.

"Sentul hang, Jep! Hang ingat aku tak reti pakai kain batik dah ka?" balas Balqis, tersengih terhadap sepupu sesusunya, Jeffri.

"Hang baru teringat nak mai ka, Jep? Aku suruh pi bayaq bil serupa pi bayar kat Balik Pulau," opah menyampuk, sambil terjenguk dari ceruk dapur.

Jeffri pula tersengih. "Ala, opah ni. Kalau rindu dengan Jep, miss call la. Kat opis banyak keja dua tiga hari ni. Sorry la, sweetheart," ujarnya, sambil mencium pipi opah.

"Sweetheart masak apa tengah hari ni?"

"Asal jejak kaki ja, teruih tanya menu. Bertuah punya budak. Hang bayaq bil apa sampai ke Balik Pulau tu? Bila pulak opah pakai credit card?" soal Balqis.

Jeffri ketawa. "Hang dengaq laa opah buat lawak. Aku pi bayaq bil karan ja, mana pi jauh. Setakat pi post opis, cukup la," balas Jeffri.

"Yang hang ni apa cerita pulak tengah minggu balik Chuping? Sangap sangat-sangat dah ka?"

"Mana buleh kasi hang ja dok bawah ketiak opah," ujar Balqis, tangannya cekap memilih isi ikan. Jeffri yang sudah berdiri di sebelah Balqis, mencapai seekor lagi ikan kembung dan memulakan proses 'deboning'.

"Eh, lepas lehoq teman aku dengan opah pi Pekan Baru."

"Sudah. Balik-balik aku jugak kena jadi barua hang. Tak puas-puas ka shopping kat Midvalley ngan KLCC?"

Balqis sengih, tahap iklan Darlie.

"Kat KLCC mana buleh cari tudung bawal 8 ringgit. Buleh la. Lepas tu kita teruih pi SP. Lama aku tak pi rumah hang."

Selepas Zohor, Balqis menyediakan sejadah dan kain pelekat untuk Jeffri. Lelaki itu masih memberi makan ayam di halaman. Lucu melihat telatah Jeffri. Itik yang sedang terkedek-kedek menuju ke pinggan dedak, digertaknya.

"Haa, lekasla siap. Lepas aku solat ja kita teruih pi," ucap Jeffri. Dia memerhati Balqis yang sedang menghampar sejadah. Matanya tertancap pada kesan biru di pipi Balqis. Hairan.

"Dah besaq pon tak kan dok main dengan nila lagi?"

Balqis menjungkit kening.

"Apa hang repek ni? Bila pulak aku main nila?"

"Tu pipi."

Balqis terdiam. Tidak semena-mena wajahnya merona merah. Hampir merah. Merah kebiruan.

"Cepatlah solat. Tahun depan pun belum tentu sampai Pekan Rabu kalau hang dok cegat kat situ," balas Balqis, berbasa-basi.

Jeffri pula terdiam. Dia memerhati Balqis beredar ke tangga.

"Did he do that to you, Balqis?"

"Sapa buat apa pulak ni?"

Jeffri menggeleng kepala. Syukur dengan keadaannya yang berwuduk, perasaan marah hilang secepat ia muncul.

"We'll talk later."

❥ ❥ ❥

"Danial dude. You've got a moment?"

Danial menjungkit bahu. Dia mengunjuk ke arah kerusi di hadapan mejanya.

"Plenty. What's up? Kau nak mintak cuti lagi ke?"

David menggeleng kepala.

"No, no. Actually, aku minta maaf in advance. I think what I'm gonna tell you is about to piss you off," ujar David perlahan.

Danial ketawa. Dua tiga hari ini dia telah mengamuk beberapa kali. What difference would it make with another bad news?

"Surprise me, David. I'm all ears."

David menelan liur. Dia memandang kasut kulit Pierre Cardinnya.

"Remember the night at Zzouk?"

Danial mendengus. "Unfortunately."

"Erm.." David menarik nafas dalam.

"I was a little tipsy when I got out of your booth. Then I received a call from Dato. He asked me a couple questions. The rest was pretty blurry. But I think I kinda slipped out a little here and there," tutur David pantas. The longer it would take him, the more chances that he would chicken out.

Danial terdiam. "Slipped out?"

David mengangguk lemah.

"Yeah. I figured it out when you returned from Dato's, screaming insults every 20 seconds. I'm sorry, man. I really am..."

Danial turut mengangguk. Terasa mukanya hangat tiba-tiba. Gambar Balqis di atas meja mencuri pandangannya. Tidak pernah-pernah.

"It's okay. The damage has been done anyway," ucap Danial, monoton.

David tunduk. "I'm really, really sorry, man. I sold out on you."

Danial menarik nafas dalam. Dunhill di tangan dijentik sedikit untuk membuang abu ke dalam ashtray. KLCC yang berkelipan menghiasi malam di Kuala Lumpur direnungnya.

Bagaimana malam-malam di Chuping ya?

Petang tadi sekali lagi dia bertandang ke pejabat papa. Arahan dikeluarkan, dan dia dikehendaki menjemput Balqis di Chuping. Parah... Parah...

Sudah empat hari wanita itu pulang ke kampung. Tiada khabar berita, cuma SMS ringkas mengatakan dia sudah selamat sampai di Chuping empat hari lalu. Danial tidak salahkan Balqis. Logiklah wanita itu tidak menghiraukan dirinya. Seperti mana dia juga tidak menghiraukan diri Balqis.

Tiga bulan yang sia-sia. Apa hasilnya dari perkahwinan itu, Danial tidak tahu. Sejak berada di tahun akhir pengajian di US, Danial pernah berfikir untuk tidak berkahwin dalam jangka masa terdekat. Perempuan; agak leceh. Perempuan memerlukan komitmen.

Namun segala-galanya berubah apabila papa memberitahu tentang janjinya dengan abang angkatnya. Janji yang telah termeterai berpuluh-puluh tahun lamanya itu masih teguh antara mereka. Maka terijab kabullah Danial dan Balqis.

Danial menggeleng-gelengkan kepala. Gagang telefon dicapai.

"Hello. I would like to book a one-way ticket to Alor Setar tomorrow, please."

❥ ❥ ❥

"Assalamualaikum!"

Jeffri menjenguk dari dalam rumah. Opah dan Balqis telah pergi ke kebun untuk mengait mempelam. Keseorangan di rumah, Jeffri tidak mengagak akan menerima tetamu.

"Waalaikumsalam." Namun riak wajahnya terus berubah apabila melihat wajah tetamu yang bertandang.

"Jeffri?"

Jeffri mengangguk.

"Ya, ya. Jemputlah masuk. Opah dan Balqis di kebun."

Setengah jam kemudian, Jeffri dan Danial jalan beriringan di atas jalan tanah merah ke kebun opah. Mata Danial meliar memandang persekitaran. Sawah padi yang terbentang, saujana mata memandang. Danial tersenyum melihat beberapa pesawah sedang mengerjakan mesin menuai padi.

"Siang tadi Balqis turun bendang jugak. Menuai. Tapi tak betah pakai mesin katanya. Pelik minah tu. Makin moden sepatutnya makin senang. Nak buat cara susah jugak," ujar Jeffri.

Danial tersengih mengenangkan kali pertama dia bertemu Balqis di Chuping. Baru lepas pulang dari sawah.

"Mana dia belajar tanam padi ya, Jeff? Aku macam tak percaya je dia pandai tanam padi. Ada ke sawah dekat UK nun?"

Jeffri ketawa.

"Kami memang belajar tanam sawah sejak kecik. Dulu aku dengan Balqis la yang selalu teman opah turun bendang. Lepas aku dan Balqis fly, opah buat bendang dengan member-member dia. Kalau ada masa, aku turun jugak."

"Kau pun doktor ke, Jeff?"

"Ish, tak sanggup aku main-main darah macam Balqis tu. Aku ambik engine dulu."

Burung-burung berkicau. Mereka meneruskan perjalanan sambil masing-masing melayan perasaan. Jeffri mengakui, dia agak kagum dengan Danial. Fenomena orang bandar yang sanggup turun ke ceruk kampung seperti Chuping jarang berlaku.

Namun, Jeffri tertanya-tanya. Masakan baru tiga bulan usia perkahwinan mereka telah timbul masalah? Balqis juga tidak bercerita. Selepas pulang dari Pekan Rabu, dia mengungkit isu pipi biru lagi, tetapi Balqis buat dono. Marah dengan tindakan Danial yang keterlaluan 'menangan' isteri. Lagipun, dia tidak percaya Balqis gagal menjadi isteri yang baik.

"Aku ada satu soalan. But just take it like from a bro to another. Okay?" Jeffri mula berbicara.

Wajah Danial berkerut.

"Have you seen the blue patch on Balqis' cheek?"

Danial mengangguk. Dia membuang pandangan ke bendang.

"I was the one who put it there," Danial mengaku. Tiada guna berlakon seperti seorang pengecut.

Jeffri turut terdiam. Tidak sangka Danial akan mudah mengaku sebegitu.

"I guess my emotions went out of control. Bukan salah Balqis. Aku je yang selalu hot tak bertempat. Tertempias kat Balqis," sambung Danial. Dia memerhati ikan puyu yang berenang di tali air.

"The moment I laid my hand on her face, I instantly regretted it."

Jeffri memerhati riak wajah Danial. Ada bayang kekesalan di situ. Jeffri menghela nafas.

"I thought so too. I don't mean to interfere, tapi aku dah kenal Balqis seumur hidup aku. She is like my own baby sister. When I saw that work or yours on her face, agak menyirap darah aku. But I wanted to wait for your explanation."

Danial menatap wajah Jeffri.

"Aku faham kau protective terhadap Balqis. Aku menyesal cepat sangat naik tangan. Aku mohon maaf daripada kau dan opah," balas Danial perlahan.

Jeffri mengangguk.

"I could tell Balqis is deeply hurt. Selama ni tak pernah sesiapa naik tangan kat dia. Bawak-bawaklah beristighfar kalau kau marah. Jangan jadikan isteri sebagai mangsa," ujar Jeffri.

Mereka berjalan beriringan masuk ke kawasan kebun. Kelihatan Balqis terjengket-jengket cuba mengait mempelam menggunakan galah. Danial tersenyum. Agak kelakar melihat isterinya, seorang wanita berkerjaya, wanita bandar, terjengket-jengket mengait buah, berkain batik, berbaju kurung kedah dan bertudung bawal. Unik.

"Tengok Jep bawak sapa?"

"Haa, Jep! Mai sat! Buah ni dok tinggi sa..."

Kata-kata Balqis terhenti. Terkejut melihat tetamu yang tidak disangka itu. Opah tersenyum sambil menerima salam yang dihulur oleh cucu menantunya itu.

"Awat nak mai tak habaq? Danial baru balik dari Bangkok la ni?"

Danial menjungkit kening. Bangkok? Pandangannya menyapa wajah Balqis. Balqis pura-pura menguntum senyum. Dia meraih tangan suaminya, dan tangan lelaki itu disalam.

"Abang apa khabar? Bila sampai dari Bangkok?" tutur Balqis lembut. Perasaan ditahan. Hendak ketawa pun ada dengan lakonan first-class nya.

Danial tersengih. Lucu. Namun biarlah mereka berdua sahaja yang tahu.

"Alhamdulillah. Baru sampai tadi. Balqis sihat?"

Opah terkekeh. "Sihat lagu dia la, Danial. Dah jadi bini orang pun, turun tangga tak reti lagi. Tu pipi dah jadi biru," sampuk opah.

Balqis menempek sengih di muka. Danial pula buat muka concerned. Jeffri tersenyum. Danial menyentuh pipi Balqis, tiba-tiba dia terasa seperti sebiji bola ping pong berada di halkumnya. Masih tidak percaya dengan hasil 'kerja tangan'nya.

"Lebam ni. Dalam SMS Qis cakap sikit je. Qis dah gi klinik ke?"

"Apa la ko ni, Danial. Buleh pakainyer advice. Nama je bini ko tuh doktor, takkan nak suruh ke klinik lagi?" ujar Jeffri, lucu.

Danial senyum.

"Habis tu? Ingat doktor tak boleh sakit ke?"

"Sikit je. Dah sapu Boots cream dah pun," balas Balqis perlahan. Agak malu dengan tindakan Danial yang sedang mengusap pipinya. Bajet baik aa tuh eksyen depan opah?

❥ ❥ ❥

"Apsal Kak Nia senyum sorang-sorang ni? Agak-agak nak direction pergi Psychology department ke?"

Sengih Nia melebar. Dia mencubit perlahan lengan juniornya itu.

"Pandai ek. Biarlah. Senyum kan sedekah?"

Humaira ketawa.

"Cover line! Ni mesti abang Is baru call ni," usik Humaira lagi.

"Ala, baru tak jumpa berapa jam takkan dah rindu kot?"

Balqis tumpang tersenyum melihat telatah sahabatnya mengusik residen wad surgeri itu.

"Eleh. Kau tu saja jeles. Kau dengan Haiqal bila pulak, Maira?"

Mata Nia membundar.

"Ooo, ada boyfriend tak pernah nak cerita! Sekarang ada la modal untuk akak kacau Maira pulak!" ujar Nia riang. Dia tersengih-sengih memandang Humaira yang tersipu-sipu.

Balqis ketawa melihat reaksi Humaira.

"Bajet comel lah tu? Pi-rah!"

Humaira menjeling Balqis sekilas.

"Thaaaanks."

Balqis mengalihkan pandangan ke arah Nia yang masih tersenyum.

"Akak dengan Abang Is dah berapa lama kenal sebelum kahwin ya?" soal Balqis. Dia kagum melihat Nia dan Is. Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas yang tidak menentu, namun rumah tangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan hormat-menghormati itu berdiri tegak dan kukuh. Dia memikirkan akan perihal rumah tangganya sendiri. Retak menunggu belah. Tapi tidak mungkin belah akan kunjung tiba. Janjinya pada papa dan mama sangat agung.

Nia tersenyum. Reaksi wajahnya lembut tatkala mendengar nama suami tersayang.

"Dalam sepuluh tahun. Kami kenal dari sekolah lagi," ujarnya. Teringat kenangan sedekad bergelar sahabat dunia dan akhirat.

Mata Humaira dan Balqis membundar.

"Sepuluh tahun? Respek! Dahsyat giler bercinta sepuluh tahun! Setia habis!" balas Humaira, kagum.

Nia ketawa.

"Konon je tu. Sebenarnya kitorang dulu sekadar kawan baik. Dialah tempat akak bercerita itu ini. Dulu mana ada sayang, abang macam sekarang. Ber'aku', 'kau' je siang malam."

"Serious?" soal Balqis, berminat. Duduknya di kerusi plastic kafe hospital dibetulkan.

"Apasal Qis takde best friend handsome macam abang Is ya? Tak boleh jadi ni..."

"Eleh, abang Danial ko tuh nak letak mana? Dalam purse?" sampuk Humaira.

"Dalam kotak kasut," balas Balqis selamba. Dia kembali fokus ke arah Nia.

"You were saying?"

Nia menjungkit kening, sambil tersenyum konfius.

"Eh, kotak kasut? Ganas tu," komen Nia. Balqis cuma tersenyum.

"Kak Nia jangan tak tahu. Kalau boleh disumbatnya Danial dalam kotak kiub pati ayam Knorr, mesti dia dah lama buat," tambah Humaira, mengeruhkan air di kuala.

Nia ketawa. "Over. Apa cerita ni?"

Balqis tersenyum tawar.

"Takde apa la, Kak Nia. Eh, eh, cepatlah cerita pasal akak dengan abang Is!"

Nia menggeleng-gelengkan kepala.

"Apa yang korang nak tau?"

"Bila dia propose? Kata kawan baik je?"

"You never missed a point, do you?" balas Nia, senyum.

"Waktu bab-bab propose ni, akak dengan dia sempat buat drama samarinda kejap. Takde guruh takde kilat, tetiba je dia bagi cincin, suruh akan fikirkan tentang kami."

Humaira gelak.

"Tentang kami? Ayat zaman mana tu?"

Balqis memukul perlahan lengan Humaira.

"Ye la. Orang lain semua skema. Tapi orang lain semua cakap bahasa Melayu, bukan macam kau, cakap bahasa estet mana tah," komplen Balqis.

Humaira ketawa lagi. Nia turut sama pecah gelaknya.

"Ok, ok. Aku tak komen dah lepas ni."

"Anyway, waktu dia proposed tu, lepas tu akak terus blah. Konon ala-ala Runaway Bride la," cerita Nia lagi.

"Huk aloh. Jahat giler Kak Nia buat gitu. Boleh seksa jiwa raga macam tu," komen Humaira lagi.

Balqis menjungkit kening.

"Orang yang tak berpegang pada janji salah satu tanda orang munafik," tutur Balqis selamba.

Humaira sengih.

"Tengok tu, Kak Nia. Senang je dia nak suruh saya diam. Okay, sekarang I'm entering silent mode."

Balqis dan Nia berkongsi senyuman.

"Okay, Kak Nia. Teruskan."

"Lepas tu, akak pun jadik macam Maira, silent mode. Ada la dalam dua minggu jugak. Sekali akak call dia, secretary dia jawab, katanya dia nak pergi Stockholm."

"Stockholm? Amende pegi sampai ulu bumi tu?" soal Balqis tiba-tiba.

Humaira yang sedari tadi menutup mulut dengan tapak tangan bersuara.

"Thanks for asking the question. I was about to ask the same thing."

"Dia ada job kat sana. Langsung tak sound akak. Satu hal pulak la kan, nak drive dari SJMC ke KLIA waktu rush hour."

"Tapi sayang punya pasal, lompat dalam fiery hula hoops pun tak kisah kan?"

Nia ketawa. "Memandai je. So di KLIA, jenuh nak carik counter mana. Ke dia dah boarding ke."

"Akak, zaman akak dengan abang Is bercinta takde bende alah ni ke?" soal Humaira sambil menggawang-gawangkan Nokia flipnya.

Balqis pecah ketawa.

"Right on! Gaya carik abang Is dalam hutanla, Kak Nia nih!"

Nia ketawa lagi.

"Hampehla korang ni. Ye la, bagi la dramatik siket, baru drama Hindi," balas Nia.

"Lepas tu akak call la handphone dia. Let's just say, the rest was history," sambungnya, tersenyum.

"Kira happily ever after la ni?"

"InsyaAllah... Doakan kami, ya?"

Balqis tersenyum. Gembira melihat kebahagiaan sahabat-sahabatnya. Terkenang dengan suami sendiri. Agak terkejut apabila Danial datang ke Chuping semata-mata untuk menjemputnya pulang.

Namun, tekaannya benar. Papa yang beriya-iya mengarahkan Danial menjemputnya. Balqis tidak berkecil hati. Takkan Danial berlembut hati sebegitu mudah.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dengan bonet yang penuh dengan mempelam, Danial meminta maaf. Balqis mengangguk lesu.

Balqis memandang Nia dan Humaira.

"Dan doakan saya dan Danial juga."

❥ ❥ ❥

"Mahalnya udang ni, chik. Murah la lagi."

"Remind me again why I'm going marketing with you."

Balqis menjungkit bahu. Dia memilih-milih udang galah dan diletakkan ke dalam bakul yang diberi penjual.

"You yang cakap you boring. Pastu terus offer drive."

Danial mengeluh.

"Mana I tau you nak datang pasar. I ingat bila you cakap marketing, you nak pergi Giant ke, Carrefour ke."

"Lain kali tanya," jawab Balqis ringkas. Dia tersenyum terhadap pakcik penjual.

"Bolehla, lima belas je pakcik," pujuk Balqis lagi.

Pakcik itu ketawa. "Yalah. Untuk anak-anak, lima belas."

Balqis tersengih. Danial memandangnya pelik.

"Terima kasih, chik."

Setelah berbual-bual seketika, mereka beredar dari gerai itu. Suasana di Pasar Basah Setapak riuh-rendah seperti biasa. Tambahan pula lori berisi ikan segar baru sampai. Danial berhati-hati mengekori Balqis yang tidak mahu melepaskan peluang membeli ikan segar. Bakul di tangan dipegang erat.

"How did you do that?"

"Do what?" soal Balqis, langkahnya diteruskan. Lucu juga melihat Danial yang terkial-kial melangkah meredah pasar yang kotor. Di dalam kereta sebelum turun ke pasar, awal-awal lagi Danial telah melipat kaki seluar khakisnya.

"Tadi, beli udang tadi," ujar Danial lagi.

Balqis senyum.

"Don't ask weird questions, Danial. People are staring," balas Balqis, yang menyedari beberapa pasang mata golongan-golongan veteran sedang memerhati mereka. Dari gerak geri Danial yang lagaknya tidak pernah turun ke pasar, ke percakapan mereka dalam bahasa Inggeris. Out of place.

Setelah tawar-menawar dengan penjual ikan pula, mereka pulang dengan bakul sarat dengan udang galah, ikan tenggiri, sotong bunting dan ayam. Tidak lupa juga kangkung dua ikat yang dibeli di luar pasar.

"Macam mana you mintak tawar je pakcik makcik semua elok je kasi?" soal Danial, setelah BMWnya mula meluncur dari Setapak ke Ampang.

"You pakai ilmu apa?"

Balqis tersenyum. Soalan begini pun ada ke?

"Ilmu senyum."

Danial ketawa.

"I know it! Mentang-mentanglah you cantik, suka hati je jaja senyum you merata-rata. Kesian pakcik-makcik tu kena gula-gula dengan you."

"Eh, senyum tu kan sedekah?" ujar Balqis sambil menjungkit kening.

Seguir leyendo

También te gustarán

30.1K 1.3K 26
"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz A...
83.1K 8.1K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
184K 8.3K 60
Kisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak...
2.6K 264 25
cerita ini mengisahkan perjalanan hidup seorang perempuan yang penuh konflik dalam hidupnya terutama sekali dengan keluarganya.Harapannya adalah untu...