Abang Bomba, I Love you

By karyaseni2u

207K 2.7K 174

Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Abang Bomba, I Love You (Terbitan Semula/Bakal Adaptasi) Penulis: Mia Kiff Muka... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14

Bab 15

22.2K 313 107
By karyaseni2u

CABARAN sebagai pelajar kini bermula. Lily kini sudah berada di tingkatan 6 dan bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan. Lily berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan belajar sesungguh hati sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang tahun ini dan STPM nanti. Dia mahu membanggakan ibu dan abahnya.

"Kau ni, baru minggu pertama dah nak masuk library. Relakslah."

Wanie tahu semangat Lily kalau bab belajar. Wanie yang malas pun boleh terajin sebab dia. Sepatutnya mereka sudah balik kerana loceng dah berbunyi tadi tapi Lily mahu meminjam buku pula.

"Sajalah nak tengok buku rujukan apa yang menarik."

"Macam tak ada hari lain aje kau ni." Wanie mencebik. Dia sebenarnya malas. Bosan.

"Eh Lily, sekejap. Ni bilik kelab muziklah. Hari ni dia orang ada perjumpaan kelab tau. Kau dengar tak ada orang main gitar?"

Lily memasang telinga. Ya, dia dengar orang bermain gitar dan menyanyi.

"Kau ni, sibuk aje. Jomlah!"

"Kejaplah."

Lily merengus. Terpaksa ikut juga kehendak Wanie ni. Lily turut memasang telinga. Suara seorang lelaki sedang menyanyi.

"Bagaimana harusku luahkan, perasaanku padaku. Yang selama ini kupendamkan. Dalam diamku."

Wanie bagaikan terbuai-buai.

"Sedapnya Lily suara dia."

"Apa nama lagu ni? Sedap. Lirik dia aku suka."

Lily menghayatinya. Fikirannya melayang teringatkan seseorang yang disukainya dalam diam. Siapa lagi, abang bombalah.

Wanie tersenyum penuh makna.

"Amboi. Kau jatuh cinta dengan siapa ni? Ha ha, tak tau! Lily sudah jatuh cinta!"

Merah padam muka Lily. Segan.

"Hesy, aku suka lagulah. Apa kena-mengena pula?"

Wanie tersengih.

"Eleh, aku kenal kau bukan sehari aje tau?"

Dalam mereka bertelingkah, pintu tiba-tiba terbuka. Haziq? Wanie dan Lily saling berpandangan. Kantoi.

"Hai, kau orang buat apa kat sini? Skodeng saya ke?"

Wanie tersengih tawar. Lily memilih untuk diam. Bukan dia yang terhegeh-hegeh datang ke situ. Lagipun Haziq ni dah banyak kali cuba mengurat Lily. Kalaulah dia tahu Haziq yang bermain gitar tadi, tak adanya dia turutkan kehendak Wanie.

"Hesy, kami jalan-jalan aje kat sini. Tiba-tiba terdengar orang main gitar. Lily ni hah, suka sangat lagu yang awak nyanyi tadi. Sedap sangat katanya." Pandai Wanie selamatkan diri dan jadikan Lily alasan.

Lily menjegilkan mata pada Wanie memberi amaran.

"Oh, lagu tu memang saya tuju kat awak, Lily." Haziq merenung kasih wajah Lily. Lily jadi tak selesa.

"Oh, ya ke? Sedap lagu tu, sesuai sangat nak tujukan pada Lily. Kan Lily?"

Melihat Lily tiada tindak balas, Wanie tukar topik lain untuk menyelamatkan keadaan.

"Eh, Haziq. Saya rasa awak dapat sambung matrik, kan? Kenapa awak tolak? Kenapa sambung tingkatan 6?"

Hairan juga Wanie. Punyalah baik peluang yang datang, Haziq seolah-olah cari penyakit masuk ke tingkatan 6. Bukan senang nak lulus cemerlang, memang kena belajar kaw-kaw punya.

"Sebab Lily tak ke mana-mana. Saya pun tak sampai hati nak pergi. Mungkin belum tiba masanya saya berjauhan dengan dia. Lagipun okey apa tingkatan 6? Saya boleh carry on."

Lily merenung Haziq tak puas hati. Apa kaitan dengan aku? Ada ke aku suruh dia tolak matrik? Ruginya... Kenapalah bodoh sangat? Ingat aku nak terharu? Huh!

"So sweeettt. Baiknya awak, sanggup berkorban masa depan demi Lily. Untungnya Lily."

Wanie kagum, tak sangka Haziq ikhlas mencintai Lily. Yang Lily duk keras macam batu tu apa hal? Kalau Wanie, dah sebaldi air mata.

"Errr, Wanie. Jomlah kita ke library." Lily menarik tangan Wanie secara paksaan. Mahu tak mahu Wanie terpaksa ikut.

Haziq memandang hampa. Belum puas berbual, dah nak pergi. Kenapalah Lily ni masih tak faham yang dia ada hati pada Lily?

"Kau ni, lepaslah Lily. Hesy, tak baik tau sombong dengan Haziq. Kau tengoklah, apa yang dia korbankan untuk kau. Tapi kau langsung tak nampak. Kau tahu tak, masa kau sakit, demam, masa minggu exam dulu, dialah orang yang paling risau tau tak? Kau tak ingat ke hari-hari dia melawat kau kat hospital? Kau tak tersentuh hati ke?" Wanie membebel. Kadang-kadang geram dengan perangai keras kepala Lily.

"Cinta apa? Itu bodoh namanya."

"Kau kata dia bodoh? Kau ni, hati diperbuat dari batu agaknya. Dia tu cintakan kau!"

"Hesy, gelilah aku. Aku tak suruh pun dia berkorban untuk aku dan aku tak mintak pun dia ambil berat pasal aku. Dia sendiri yang berani cagar hati dia. Kalau aku tak terima dia, dia tanggunglah!" Lily berjalan pantas. Lain tujuan, lain yang jadi. Patutnya dia tak ajak Wanie ikut sekali.

"Kau ni tak ada hati dan perasaan! Langsung tak ada simpati!"

"Hati dan perasaan aku bukan jabatan kebajikan."

"Hesy, apa kurangnya Haziq? Kalau aku jadi kau, handsome macam tu dah lama aku rembat!" ujar Wanie tanda tidak puas hati.

"Masalahnya, aku bukan kau. Hesy, malaslah nak cakap dengan kau. Kau baliklah! Biar aku sorang pergi library!" Lily sudah naik angin. Faham sangatlah Wanie.

"Lily! Lily! Sorrylah, beb!" Wanie berlari mendapatkan Lily. Kena pujuk nampaknya kawan yang seorang ni.

LOCENG berbunyi menandakan waktu rehat. Lily mengambil keputusan melepak di koridor sambil mengulang kaji nota Biologi. Hari ini hari Isnin jadi dia berpuasa sunat.

"Assalamualaikum," tegur satu suara. Lily berpaling. Haziq?

"Waalaikumussalam," jawab Lily. Tak akan nak menyombong pula.

"Awak tak turun rehat ke?"

"Tak."

"Tak lapar ke? Errr, saya ada biskut ni. Ambil la buat isi perut." Lelaki itu menghulurkan Biskut Tiger kepada Lily.

"Tak apa. Saya tak lapar." Tidak mahu memberitahu yang dia berpuasa. Sebaiknya biar dia dan Allah saja yang tahu.

Haziq mengangguk faham.

"Oh, okey." Teragak-agak pula Haziq hendak bercakap. Lily kembali fokus pada pembacaan.

"Kalau awak tak bawa duit, boleh pinjam duit saya. Nanti sakit perut pula lapar," ujar Haziq lagi.

Lily mengetap bibir. Ada lagi mamat ni. Lily hanya senyum dan menggeleng.

"Yang awak kenapa tak turun rehat?" soal Lily pula yang rimas tengok lelaki ini tidak berganjak.

"Sebab awak tak rehat." Haziq tersenyum menampakkan gigi dukung sebelah kiri. Manis.

"La, apa kena-mengena dengan saya pula?"

Haziq berkira-kira nak cakapkan sesuatu. Macam takut-takut.

"Errr, sebenarnya, saya ada hal penting nak cakap pada awak. Saya, errr... Saya... Saya... Saya nak kenal awak, bukan setakat kawan sekolah. Tapi saya nak jadi kawan rapat awak. Boleh?"

Terkial-kial Haziq nak cakap. Mahunya, Lily ni serius memanjang, garang pula tu. Silap hari bulan, makan buku Haziq dibuatnya.

"Hah? Kawan rapat? Isy, rapat macam mana tu? Tak faham. Saya ni biasa rapat dengan kawan perempuan aje. Maaflah, ya? Lelaki, no way. Lagi satu, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan rapat. Tak ada istilah tu. Kawan lelaki biasa-biasa saja, maaf ya?" Lily menerangkan baik-baik.

Haziq kecewa. Susahnya nak bagi Lily faham isi hatinya. Dah macam-macam Haziq buat nak curi hati Lily.

"Susahnya nak tackle awak, Lily. Tak tau apa lagi saya kena buat untuk tarik perhatian awak." Haziq mengeluh hampa.

"Cinta tu berlaku semulajadi, bukan dibuat-buat. Bukan di bibir, tapi kita rasa. Masalahnya, saya tak rasa apa-apa pada awak, sebaliknya saya rimas. Lagipun awak dah ramai awek, kan? Nak try saya pula? Tak cukup lagi, yang ada tu?" Lily bertegas. Letih menerangkan. Lagipun, dia kerap nampak Haziq dengan perempuan lain dan selalu bertukar pasangan pula tu.

"Dia orang tu kawan ajelah. Awak janganlah salah sangka. Ke awak jealous?"

Lily tergelak.

"Saya jealous? Tolonglah. Dahlah, Haziq. Saya ni nak belajar aje, saya tak nak fokus saya tersasar."

"Fokus saya tak pernah hilang. Saya tetap pelajar cemerlang. Awak pun sama juga, kan? Kita boleh belajar sama-sama! Masuk universiti sama-sama. Saya akan terus kejar awak sampai awak terima cinta saya. Saya bukan jatuh cinta aje, saya dah gilakan awak ni!" Payah betul nak cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

"Sorry, kalau awak nak jadi gila, itu awak punya pasal. Yang pastinya, saya ni tak sebijak awak. Saya tak boleh fokus dua perkara dalam satu masa." Lily cuba tegaskan lagi sampai lelaki ni faham. Selagi lelaki ni berdegil nak mengurat Lily, Lily juga akan berdegil nak tolak dia.

"Amboi-amboi, merpati dua sejoli ni tak turun makan ke? Kenyang bercinta?" Wanie muncul tersengih-sengih terus mengusik. Haziq tersenyum mendengarnya.

"Errr, Lily. Saya pergi tandas dulu. Assalamualaikum..." Haziq masih tersenyum meninggalkan dua sahabat itu. Selangkah Haziq beredar, Lily tolak lengan Wanie.

"Eleh, kata tak ada apa-apa. Tapi tadi apa?" Wanie mengangkat bulu keningnya.

"Kau jangan merepeklah. Dia cuma berbual kosong aje..."

"Bual kosong aje? Eleh, malu la tu."

"Tak ada maknanya nak malulah! Aku ni bengang betul dengan Haziq tu. Kau jangan rosakkan mood aku, boleh tak?" Lily merengus.

"Eleh. Tak lama lagi bermaknalah. Kan aku dah cakap, Haziq tu tak akan putus asa. Lagi dia tak dapat, lagi tu dia akan usaha. Kita ni dah umur 18 tahun, sebelah kaki dah jejak dalam U. Kita dah bebaslah nak bercinta. Kau tak payahlah pakai istilah sekolah lagi dah. Hati dah terdetak detup. Terima ajelah!" Wanie sudah keluar tanduk. Menghasut.

"Malas aku nak layan kau. Baca nota ni lagi bagus. Dahlah, aku nak masuk kelas!"

Wanie menghembus nafas kasar. Kalau dia di tempat Lily, sudah diterima Haziq tu. Masalahnya bukan dia yang Haziq suka. 

Continue Reading

You'll Also Like

186K 12.6K 36
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.3M 37K 56
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
743K 30.4K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
38K 1K 52
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...