KONTRAK CINTA

By FarizaAbuBakar

6.2K 173 15

KONTRAK CINTA by fariesya fauzy bukan sekadar cinta monyet. Kisah percintaan Khaira dan Iqram yang tidak set... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
Kontrak Cinta SPECIAL EDITION
KONTRAK CINTA

BAB 9

255 7 0
By FarizaAbuBakar


"Lain kali jangan datang." Keras amaran Iqram walaupun dia hanya berbisik.

Khaira dibawa ke kereta Honda City milik Puan Maztura, yang dipinjamnya. Pintu penumpang sebelah pemandu dibuka.

"Masuk!!"

Khaira mengeleng.

"Masuk!!" tengkingnya.

Khaira membuka pintu belakang lalu duduk di belakang. Apa pun keadaannya dia masih perlu menjaga dirinya. Tambahan mereka berdua sahaja dalam kereta itu dan dengan keadaan dia yang basuh, pasti syaitan sudah bersedia untuk mengoda. Lebih selamat kalau dia berada di tempat duduk belakang.

"Whatever..." kata Iqram sambil tangannya menghempas pintu kereta itu. Tersentak Khaira dalam perut kereta.

Iqram memandu tenang. Esakan Khaira di belakang sedikit menganggu. Kotak tisu dicampaknya ke belakang.

"Lap muka tu. Sudah, jangan nangis lagi. Karang banjir pula kereta ni."

Khaira akur. Esakkannya masih bersisa.

"Saya minta maaf... Saya tidak sempat halang Amani," kata Iqram yang sesekali memerhati Khaira dari cermin. Nada kali ini lebih tenang.

"Kenapa datang? Selalunya tidak pernah tengok awak pergi mana-mana parti pun..."

"Susan... Susan beriya ajak, papa mama dia nak jumpa." Khaira menjawab perlahan. "Kalau tahu jadi macam ni sumpah saya tidak mahu datang," sambung Khaira sambil mengesat hidungnya.

"Saya minta maaf, Amani tu memang sudah melampau. Nanti saya beritahu daddy."

"Jangan!!"

"Nanti Khaira juga yang kena. Khaira sedar siapa Khaira. Kami ni menumpang. Tolonglah jangan beritahu sesiapa," sambung Khaira.

"Takkan hendak biarkan sahaja Amani tu..."

"Tolong Khaira, Iqram..."

Iqram terus terdiam. Ada benar juga kata Khaira itu. Amani memang licik. Sudah beberapa kali dia tangkap adiknya itu minum arak mahupun berpacaran. Namun dia tiada bukti yang kukuh untuk dibawa ke pengetahuan ibu bapanya.

"Okey la. Sampai sahaja karang, terus masuk bilik air. Mandi basuh rambut awak tu. Lagi satu, terus basuh tudung dan baju awak tu. Jangan sampai Pak Salleh atau Mak Jah perasan bau air arak tu," arah Iqram. Itulah sifat Iqram yang sebenar, dia sebenarnya baik tetapi sedikit nakal sahaja.

Khaira mengangguk sambil tersenyum. Iqramnya yang dahulu sudah kembali... Iqram yang ada hati perut.

Ketika hendak memasuki rumah, Khaira berselisih dengan bapanya di garage kereta. Pak Salleh memandang anaknya dengan riak muka yang ketat. Aduhh...

"Jom Salleh!" ajakan Tuan Azman.

Segala tindakan yang telah teratur di fikiran Pak Salleh terpaksa ditundanya. Malam itu, Tuan Azman dan Puan Maztura ada jamuan makan malam di hotel. Mereka pulang lewat.

Setelah selesai menghantar majikannya di Hotel Hilton, Pak Salleh pulang ke rumah kecilnya di bahagian belakang banglo itu.

"Mana anak awak..." tanyanya marah pada Mak Jah.

"Khaira dalam biliklah bang, malam-malam ni baca buku la kerjanya," jawab Mak Jah tanpa menjangka apa yang akan berlaku.

Pak Salleh membuka tali pinggangnya. Dia merapati anaknya. Khaira dilibasnya.

"Anak tidak mengenang budi, aku hantar kau kata hendak bagi hadiah sahaja, tapi kau lupa diri berpesta minum arak. Hah! apa lagi kau buat... peluk jantan." Satu lagi libasan sampai ke badan Khaira.

Mak Jah tidak dapat berbuat apa Pak Salleh naik hantu.

Khaira hanya mampu mengaduh tiap kali tali pinggan kulit itu mencecah kulit mulusnya. Dia tidak diberi peluang untuk menceritakan hal yang sebenar.

Amani dan Anis hanya mampu tengok dari atas sahaja. Iqram masih belum pulang dari kelas tambahan.

Amani merasa seram sejuk. Kerana dia, Khaira tersungkur dan air arak di cawannya dicurah ke tudung Khaira. Dia tidak tahu kenapa hatinya sakit sangat bila melihat papa dan mama Susan melayan mesra anak orang gajinya itu. Lagi sakit bila Zain tidak berhenti memandang gadis itu.

Pak Salleh kemudiannya keluar menjemput majikannya.

"Along, malam tadi Pak Salleh pukul Kak Khaira teruk-teruk dengan tali pinggang," bisik Anis mengadu. Dia turut simpati dengan nasib anak majikannya. Iqram yang sedang bersarapan terhenti suapan nasi goreng yang dimasak oleh Mak Jah.

"Kenapa?" tanyanya.

Anis memandang kiri kanan, ternampak kakaknya menghampiri meja makan itu. Segera jari telunjuknya diletakkan dibibir.

Iqram memandang Amani yang sudah menghampiri mereka dan faham maksud reaksi Anis tadi.

"Selamat pagi!" Ceria Amani memberi salam. Puas hatinya melihat Khaira kena pukul semalam. Tetapi melihat abangnya dia mula cuak, takut-takut kisah sebenar terbongkar.

Iqram tidak berpuas hati, dia mendekati Mak Jah orang gajinya.

"Anis kata Pak Salleh sebat Khaira semalam, betul ke? Kenapa?" tanyanya perlahan.

Mak Jah terdiam. Dia malu untuk bercerita dengan anak majikannya itu hal rumahtangganya walaupun Iqram itu antara anak majikan yang paling rapat dengannya.

"Sebab Iqram ke?" tanya Iqram lagi. Bila tiada jawapan dari Mak Jah. Mak Jah masih membisu.

"Iqram minta maaf, kalau Iqram salah," kata Iqram sebelum dia ke sekolah. Dia pasti dia akan dapat jawapan dari Khaira sendiri di sekolah.

7.20 pagi Iqram sudah sampai dipintu utama sekolah. Selalunya sengaja dia lewatkan kerana ingin mengusik Khaira.

Di tepi pintu pagar itu hanya ada Najwa seorang sahaja, mana Khaira? Seingatnya minggu itu, Najwa dan Khaira yang bertugas. Tanpa berlengah Iqram memakir motosikalnya dan segera dapatkan Najwa yang sedang membelek surat khabar milik pakcik pengawal.

"Eh! awal, kalau Syakhaira nampak mesti dia suka," jawab Najwa.

"Khaira mana?" tanya Iqram.

"Tak datang... Ehh! abang satu rumah dengan dia takkan tak tahu, pelik!" kata Najwa

"Aku satu rumah bukan satu bilik..." jawab Iqram, tidak suka dengan kenyataan Najwa.

"Tadi awak kata Khaira suka aku, betul ke?" tanya Iqram balik dengan nada lembut.

"Suka? mana saya kata Syakhaira suka abang."

"Tadi tu... yang awak kata kalau Syakhaira nampak mesti dia suka, dia suka saya ke?"

"Tidak... maksud saya, dia suka abang datang awal, tak lah susah-susah dia kena bagi abang kad kuning, nak tulis nama abang dekat dalam buku rekod dan cepat dia boleh masuk kelas, faham..."

"Jadi memang dia tak suka sayalah..." tanya Iqram balik.

"Saya tak cakap pun. Abang tanya dialah..." Iqram terdiam dengan penjelasan Najwa.

Iqram tersenyum. Dia memang sengaja datang lewat dan bertengkar dengan Khaira. Dengan cara itu dapatlah dia mendengar suara Khaira dan memek muka Khaira yang comel bila marah.

Seharian di sekolah Iqram memikir perihal Khaira yang disebat bapanya. Tentu Khaira tidak datang ke sekolah sebab semalam. Kalau diikutkan hati muda remajanya , mahu juga dia ponteng kelas, pulang ke rumah.

Tapi, kalau di rumah dapatkan dia jawapannya. Sedangkan Mak Jah yang rapat dengannya pun membisu. Takkan nak tanya Pak Salleh. Memang mengundang nahas jalan raya highway utara selatanlah...

Waktu rehat Iqram dan pelajar tingkatan tiga berlainan. Hari itu dia juga beri alasan untuk ke tandas. Macamlah tidak ada tandas dekat rumah. Anis dicarinya di kantin sekolah.

"Anis..." panggilnya. Iqram duduk di hadapan Anis yang khusyuk menjamah mee goreng.

"Along... apa along buat sini?... ponteng ya..."

"Pasal Khaira kena sebat semalam. Anis tahu kenapa?" tanyanya pada Anis seakan berbisik. Pinggan mee Anis ditariknya dan dimasukkan sesudu ke dalam mulut.

Anis hanya mengangguk.

"Kenapa?" tanya Iqram lagi tidak sabar.

"Sebab Pak Salleh kata Kak Khaira pergi parti minum arak peluk jantan," kata Anis jujur. Pinggan mee itu ditariknya balik merapatinya. Anis masih ingat kata-kata Pak Salleh malam semalam.

Iqram menepuk dahinya. Sepatutnya adiknya Amani yang perlu kena sebat. Bukan Khaira.

"Kenapa Along?" Iqram hanya mengeleng.

"Along ingat sebab Along hantar Khaira balik semalam." Anis hanya tersenyum melihat muka abangnya yang panik.

"Thanks Anis, jangan bagi tau mommy tau Along yang hantar Khaira balik," kata Iqram lagi. Dia tahu Anis ada di hadapan rumah masa dia menghantar Khaira balik semalam. Dia tahu peraturan ketat ibunya.

"Along, tidak ada upah ke?" tanya Anis sambil tersenyum sambil menghulur telapak tangannya.

"Hutang boleh..."

"Boleh, tapi tiada jaminan. Semalam Along dating dengan Kak Khaira ya... Kau orang dua couple ya..."

"Nahlah... janji zip mulut. Bankrup Along macam ni.." Iqram menghulurkan sekeping nota lima ringgit kepada Anis. Habis duit poket aku hari ni.

"Tak payahlah, Anis usik Along jer. Along simpanlah duit tu, nanti kurang pula duit hantaran Along nak meminang Kak Khaira. Anis suka dia," kata Anis tersenyum. Merah muka Iqram menahan malu.

F


Continue Reading

You'll Also Like

3.1K 192 18
((COMPLETED)) Andai pengorbanan yang diperlukan dalam sesebuah percintaan, aku sanggup berkorban demi melihat senyuman di wajah kau Aidil. - Khairina...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
922K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
300K 19.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...