BAB 9

255 7 0
                                    


"Lain kali jangan datang." Keras amaran Iqram walaupun dia hanya berbisik.

Khaira dibawa ke kereta Honda City milik Puan Maztura, yang dipinjamnya. Pintu penumpang sebelah pemandu dibuka.

"Masuk!!"

Khaira mengeleng.

"Masuk!!" tengkingnya.

Khaira membuka pintu belakang lalu duduk di belakang. Apa pun keadaannya dia masih perlu menjaga dirinya. Tambahan mereka berdua sahaja dalam kereta itu dan dengan keadaan dia yang basuh, pasti syaitan sudah bersedia untuk mengoda. Lebih selamat kalau dia berada di tempat duduk belakang.

"Whatever..." kata Iqram sambil tangannya menghempas pintu kereta itu. Tersentak Khaira dalam perut kereta.

Iqram memandu tenang. Esakan Khaira di belakang sedikit menganggu. Kotak tisu dicampaknya ke belakang.

"Lap muka tu. Sudah, jangan nangis lagi. Karang banjir pula kereta ni."

Khaira akur. Esakkannya masih bersisa.

"Saya minta maaf... Saya tidak sempat halang Amani," kata Iqram yang sesekali memerhati Khaira dari cermin. Nada kali ini lebih tenang.

"Kenapa datang? Selalunya tidak pernah tengok awak pergi mana-mana parti pun..."

"Susan... Susan beriya ajak, papa mama dia nak jumpa." Khaira menjawab perlahan. "Kalau tahu jadi macam ni sumpah saya tidak mahu datang," sambung Khaira sambil mengesat hidungnya.

"Saya minta maaf, Amani tu memang sudah melampau. Nanti saya beritahu daddy."

"Jangan!!"

"Nanti Khaira juga yang kena. Khaira sedar siapa Khaira. Kami ni menumpang. Tolonglah jangan beritahu sesiapa," sambung Khaira.

"Takkan hendak biarkan sahaja Amani tu..."

"Tolong Khaira, Iqram..."

Iqram terus terdiam. Ada benar juga kata Khaira itu. Amani memang licik. Sudah beberapa kali dia tangkap adiknya itu minum arak mahupun berpacaran. Namun dia tiada bukti yang kukuh untuk dibawa ke pengetahuan ibu bapanya.

"Okey la. Sampai sahaja karang, terus masuk bilik air. Mandi basuh rambut awak tu. Lagi satu, terus basuh tudung dan baju awak tu. Jangan sampai Pak Salleh atau Mak Jah perasan bau air arak tu," arah Iqram. Itulah sifat Iqram yang sebenar, dia sebenarnya baik tetapi sedikit nakal sahaja.

Khaira mengangguk sambil tersenyum. Iqramnya yang dahulu sudah kembali... Iqram yang ada hati perut.

Ketika hendak memasuki rumah, Khaira berselisih dengan bapanya di garage kereta. Pak Salleh memandang anaknya dengan riak muka yang ketat. Aduhh...

"Jom Salleh!" ajakan Tuan Azman.

Segala tindakan yang telah teratur di fikiran Pak Salleh terpaksa ditundanya. Malam itu, Tuan Azman dan Puan Maztura ada jamuan makan malam di hotel. Mereka pulang lewat.

Setelah selesai menghantar majikannya di Hotel Hilton, Pak Salleh pulang ke rumah kecilnya di bahagian belakang banglo itu.

"Mana anak awak..." tanyanya marah pada Mak Jah.

"Khaira dalam biliklah bang, malam-malam ni baca buku la kerjanya," jawab Mak Jah tanpa menjangka apa yang akan berlaku.

Pak Salleh membuka tali pinggangnya. Dia merapati anaknya. Khaira dilibasnya.

KONTRAK CINTAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora