Abang Bomba, I Love you

By karyaseni2u

207K 2.7K 174

Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Abang Bomba, I Love You (Terbitan Semula/Bakal Adaptasi) Penulis: Mia Kiff Muka... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 10

9.5K 138 0
By karyaseni2u

LILY tersenyum bahagia teringat abang bomba. Wajahnya, senyumnya, gayanya dan peribadinya. Perfect.

Angau. Angau. Angau. Sweater abang bomba dicium lalu dipakai. Rasa abang bomba dekat sangat dengan dirinya. Ada haruman abang bomba di situ. Wanginya perfume ni. Sapu tangan pula Lily lipat kemas di sudut meja. Dua barang ini bagai mata upahan abang bomba yang sentiasa mengawasi Lily agar selalu ingat pesan abang bomba.

Bila agaknya dapat jumpa abang bomba lagi? Dah banyak kali terserempak. Hurm, satu kebetulan yang terindah. Dirancang Allah. Kenapa mesti berkali-kali sampai Lily pun dah rasa lain perasaan ni?

Jatuh cinta ke? Hesy. Suara dan wajah abang bomba asyik saja melilau-lilau dalam fikiran Lily.

"Ingat pesan abang, kuatkan semangat dan adik harus bangkit dari kegagalan. Jangan sedih-sedih lagi, buktikan yang adik bukan seteruk yang disangkakan!"

So sweet! Asyik teringat aje, pesanan ni.

Baiklah abang bomba, Lily akan ikut cakap abang. Lily akan bangkit demi masa depan. Tapi boleh tak kalau Lily nak hadiah lepas tu? Lily nak abang boleh? soal Lily dalam hati. Lily terus berguling menghadap siling. Terkebil-kebil matanya.

Hesy, nak abang bomba? Gila bayang dah aku ni, desisnya. Kepalanya diketuk-ketuk.

Pintu diketuk dari luar. Siapa pula tu? Atuk ke? Lily bangun lalu membuka pintu. Terjengul Mawar di muka pintu. Hesy, buat apa Mawar datang? Tak selesa Lily akan kehadiran dia.

"Hai Lily, macam mana? Dah okey ke?" soal Mawar yang sengaja datang sini. Ingin menyiasat keadaan Lily di sini kalau-kalau semakin teruk. Tapi dia nampak Lily relaks saja.

Lily menarik nafas panjang lalu merebahkan tubuhnya atas katil.

"Buat apa akak datang sini?" soal Lily hilang mesra.

Dia tak boleh lupa macam mana kakaknya sanggup memburukkan dia pada ibu dan abah yang punca dia gagal SPM kerana suka berpeleseran, liar dan selalu diangkut jantan macam bohsia. Apa motif Kak Mawar mengadakan segala cerita tu?

"Ini pun rumah atuk akak juga, salah ke akak datang?"

Lily mencebik.

"Dah tu pergilah jumpa atuk. Buat apa jumpa Lily?"

"Kenapa? Takut ke akak jadi spy abah?" Mawar mencebik pada Lily yang tak hiraukan dia.

"Lily tak cakap apa-apapun. Tapi akak yang mengaku sendiri." Lily masih dingin. Adakah Mawar 'ular' yang atuk maksudkan? Hesy, tak logik kakak kandung sendiri sanggup buat macam tu.

"Lily, akak cuma ambil berat aje pasal Lily. Yang salahnya, ibu dan abah tu. Kejam sangat. Sampai sanggup dera Lily. Mereka langsung tak terima alasan padahal Lily gagal sebab sakit. Tapi tak apalah. Lily duduk kat sini dengan atuk. Lagi bebas nak ke mana-mana, nak buat apa saja. Duduk kat rumah pun asyik dikongkong aje, kan?"

Lily melepas keluhan.

"Lily okey kat sini. Akak tak payah risau."

Mawar mencebik. Risau? Tolonglah, aku lagi suka kau berhambus duk kat sini.

"By the way, akak baru aje balik dari Bali. Ibu dan abah bawa akak bercuti ke sana. Seronok sangat tau. Abah dan ibu macam nak lepaskan tension sebab Lily gagal SPM. Akak hairanlah kenapa tak ajak Lily sekali? Sepanjang kat sana, abah langsung tak sebut pasal Lily. Agaknya bukan setakat marah tu tapi dah tahap benci atau memang abah dah buang Lily sebagai anak?" Mawar mengumpan Lily agar goyah. Lily rasa sedih semula. Ketenangannya bagaikan dirobek. Baru nak semangat dah down balik.

"Oh. Tak apalah. Lily tak kesah pun tak pergi Bali. Akak kan anak kesayangan mereka. Satu-satunya yang terlekat kat rumah tu. Nak harapkan Lily, tak ada dah kan. So, akak berbaktilah ya pada mereka? Jangan kecewakan mereka sepertimana yang Lily buat." Lily berlagak selamba walaupun dia sedih.

Mawar seolah-olah sengaja menyakitkan hatinya. Mawar gelak mengekek.

"Ala relakslah dik, janganlah fikir sangat. So, apa perkembangan sekarang ni? Apa perancangan Lily? Selalunya kawan-kawan akak yang gagal SPM ni mereka kahwin aje. Habis cerita. Apa kata Lily kahwin? Suruh atuk carikan jodoh. Cari lelaki kaya. Hidup senang-lenang. Bila dah senang, terbeliaklah mata abah nanti, hilanglah marah dia."

Cadangan yang entah apa-apa Mawar bagi. Lily pandang sinis. Tapi tak apa, Lily nak ikut game Mawar.

"Hurm, memang Lily nak kahwin pun. Tak sabar ni," jawab Lily sinis. Mawar tahu Lily sengaja aje jawab macam tu.

Mawar tergelak.

"Hahaha, pandai Lily buat lawak. Macamlah akak tak tahu Lily dah apply tingkatan 6, kan? STPM? Aliran Sains? Wow! Tahu tak hanya orang yang bijak, rajin dan kuat semangat saja boleh lulus STPM aliran Sains. Payah gila-gila! Semua kawan akak tak ingin tau naik tingkatan 6. Sebab buang masa, buang duit aje. Susah tau?" Mawar menjatuhkan semangat Lily.

"Sekurangnya Lily cuba. Dari tak buat apa-apa." Lily rasa tak sedap hati apabila berdepan dengan Mawar.

"Ya, tapi nak cuba pun kita kena tengok kemampuan kita. Akak rasa Lily takkan mampu. Lily akan gagal lagi. Sebelum ni Lily dah kecewakan ibu abah, Lily tergamak ke nak kecewakan atuk pula? Mesti atuk yang tanggung Lily, kan? Lily ni memang suka menyusahkan orang, kan? Dahlah atuk tu dah tua, kenapa nak bebankan dia?" Mawar menokok tambah lagi. Lily mula rasa bersalah kerana dah susahkan atuknya. Betul juga cakap Mawar itu.

"Lily sayang atuk. Lily pun sambung tingkatan 6 sebab atuk. Tapi Lily janji, Lily akan belajar bersungguh-sungguh." Lily memasang tekadnya.

"Lily, SPM yang senang pun Lily gagal. Apatah lagi STPM. Jangan buat kerja gilalah. Akak cadang Lily lupakan niat nak sambung belajar tu. Lily usahalah macam mana pun, hidup Lily dah disumpah ibu dan abah. Hilang keberkatan sebab Lily ni kategori anak derhaka. Apa saja yang Lily buat mesti akan gagal punyalah. Allah murka tau tak pada anak derhaka. Ibu dan abah dah benci sangat dengan Lily."

Lily sudah merah mata menahan tangis. Parut dalam hatinya terluka kembali.

"Habis tu Lily nak buat apa?"

"Sebab itulah akak suruh Lily kahwin. Lily akan dapat jalan ke syurga melalui suami sebab syurga Lily dah tak ada pada ibu dan abah. Kita ni mati bila-bila masa aje tau. Mana tau kejap lagi Lily mati sah-sah neraka jawabnya. Sebab Lily ni anak derhaka. Tapi kalau Lily berkahwin, syurga tu dah berpindah pada suami, faham tak maksud akak?" Mawar meracun fikiran mentah Lily.

Lily terkedu mendengarnya. Kahwin? Dalam usia muda macam ni? Memang tak terfikir lagi Lily.

"Pandai-pandai aje Mawar cakap kat adik macam tu!" Haji Mustafa yang mendengar dari tadi menyampuk. Dia tidak akan benarkan cucunya ini mengganggu-gugat jiwa Lily yang sudah pulih.

Mawar tersentak.

"Eh, tak betul ke, atuk? Syurga seorang anak terletak di tapak kaki ibu, kan? Ibu nak dengar nama Lily pun tak boleh. Apatah lagi nak tengok Lily. Benci sangat dia dengan Lily, atuk! Lily ni dah jadi anak derhaka."

Lily tunduk. Sedih dikatakan begitu. Haji Mustafa menggelengkan kepala.

"Astaghfirullahalazim... Islam tak mengajar umatnya saling membenci, Mawar. Lebih-lebih darah daging sendiri. Dalam Islam memang syurga tu di bawah tapak kaki ibu tapi seorang ibu tak akan sewenang-wenangnya menjatuh hukum anak derhaka pada anaknya kerana Allah Maha Mengetahui. Balasan seorang anak derhaka bukan dari ibunya tapi dari Allah," terang Haji Mustafa mengembalikan sedikit semangat Lily.

Mawar berasa geram. Lily memang bertuahlah. Walaupun dibuang, ada saja yang masih membelanya dan menyayanginya. Sakit betul hati Mawar.

"Atuk, dah terang-terang Lily dah kecewakan ibu dan abah. Kenapa nak backup dia lagi? Yang atuk pun, selalu manjakan sangat Lily. Itu yang dia semakin naik lemak dan buat sesuka hati. Atuk tak kecewa ke Lily dah gagal SPM? Yang Mawar pelik, macam mana dia boleh sambung upper six sedangkan dia gagal? Ni mesti atuk pergi merayu kat Pejabat Pendidikan? Sampai Lily dapat. Macam bodoh atuk dibuatnya Lily. Padahal semua ni kerja sia-sia ajelah atuk, buang masa atuk, buang duit atuk, buat jatuh air muka atuk! Lily bukan macam Lily yang dulu. Kalau SPM pun gagal, apatah lagi STPM!"

Mengucap panjang Haji Mustafa mendengarnya. Pandai-pandai saja Mawar berkata-kata. Slip SPM Lily pun dia langsung tak tengok. Agaknya dia ingat Lily dapat gagal semua. Lily berasa geram mendengarnya. Mawar memang bermulut lancang. Bila bercakap tak fikir hati orang langsung. Suka hati nak lepas, suka hati nak tarik. Dah lama dia bersabar dengan perangai Mawar yang satu ini.

"Akak, akak boleh kata apa saja pasal Lily tapi akak jangan nak sentuh soal atuk. Akak jangan persendakan apa yang atuk buat untuk Lily. Atuk yang selama ni selalu ambil berat pasal Lily dan ikhlas menyayangi Lily. Lily kuat semangat pun sebab atuk!" Lily sudah naik angin. Dia diasak bertubi-tubi dek Mawar.

"Habis tu akak ni apa? Tak sayang Lily? Hah? Akak cuma fikirkan kebaikan Lily. Akak tak nak hidup Lily hancur lagi. Akak tak suka Lily buang masa kejar benda yang Lily tak mampu. Sebab tu akak bagi cadangan suruh Lily kahwin dari belajar. Kalau Lily sayangkan atuk, Lily tak akan menyusahkan atuk. Ini tak, Lily tak habis-habis nak susahkan dia. Atuk dah tualah, Lily. Biarlah dia berehat. Tak pasal-pasal kena jaga Lily pula." Mawar menambah perisa racunnya. Dari segenap penjuru dia menyerang emosi Lily.

Haji Mustafa lantas menyampuk.

"Mawar, kalau ini tujuan Mawar datang, baik tak payah datang. Sepatutnya Mawar support Lily. Beri kata-kata semangat. Dia bukannya gagal, dia masih boleh diselamatkan kalau kita bagi dia peluang. Kalau ibu, abah dan Mawar nak tutup peluang Lily tapi atuk tak akan buat macam tu. Selagi ada ruang dan kemahuan, atuk akan pastikan Lily akan mencapai cita-citanya. Kalau pun Lily dianggap anak derhaka, biar Lily buktikan. Salah Lily tak besar mana pun, tapi sengaja diperbesarkan. Jangan ingat atuk tak tahu apa yang Mawar buat, ya?" Haji Mustafa memilih untuk bertegas kerana Mawar semakin melampau.

Mawar terkedu mendengarnya. Apa maksud atuk? Atuk tahukah perbuatannya? Tak, dia sedaya upaya menarik rambut dari tepung. Tak mungkin ada yang dapat mengesan. Mawar merengus.

"Susah nak cakap dengan atuk ni. Asyik-asyik nak juga menangkan Lily. Okey, kalau atuk baik hati sangat nak bela cucu atuk ni, silakan. Esok-esok kalau atuk kena serangan jantung bila dapat tahu siapa Lily yang sebenarnya, baru atuk ada akal. Atuk memang tak adillah. Sikit-sikit lebihkan Lily. Mawar ni semuanya salah! Padahal niat Mawar ni baik. Lily ni adik Mawar tau. Mawar ada hak ke atas dia berbanding atuk. Lily, ada otak fikirlah. Hidup jangan nak menyusahkan orang! Dahlah, balik rumah lagi bagus," ujar Mawar. Masam mencuka muka Mawar. Dia sakit hati sangat-sangat.

Dengan adanya Haji Mustafa, rancangannya menjadi susah nak jatuhkan Lily. Harus dia tukar strategi lepas ni. Dia tak akan biarkan Lily bangkit dan berjaya. Kejayaan Lily adalah kekalahannya dan dia tak mahu kalah.

Continue Reading

You'll Also Like

264K 14.7K 56
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lel...
35.4K 1K 52
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...
990K 31.7K 56
Also known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy "You're the answer to all my wonders."- Rayyan Zafriel. "Happy ever after exist, right?"- Aisya Huma...
41.8K 1.5K 58
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...