BTS Kids?

Par Sparkznle

350K 41.5K 5.4K

"wah cantiknya warna pink ni! jin nak semua boleh tak noona?" -seokjin "ops sorry joon dah terpecahkan gelas... Plus

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C25
C26
C27
C28
question
special chapter
preview; you +jjk
season 2

C24

9.5K 1.2K 83
Par Sparkznle

"Adik-adik noona yang cute-mute sekalian. Noona ada penguguman penting nak bagitahu ni."

Aku menjerit untuk melawan suara bingit budak-budak ni.

Yoongi yang dah nak tertidur tu kembali mencelikkan matanya. Namjoon dengan Jin yang rancak berbual serta-merta memfokuskan pandangannya pada aku.

Taehyung dengan Jungkook yang sibuk mengalihkan sayur daripada nasi goreng tu, turut memandang aku.

Hoseok dan Chim yang khusyuk makan je tak reti-reti pandang.

"Ehem, Chimchim? Hoseok?"

Barulah reti nak angkat muka.

"Nae noona.."

"Okay. Macam ni. Ingat tak omma dulu kata dia akan balik lepas 3 bulan?"

Angguk.

"Kalau sekarang baru 2 bulan 2 minggu. Jadi masih berbaki 2 minggu betul?"

Angguk.

"Tapi, omma akan balik hari ni!! Sebab kerja dia siap awal. Yay!!"

Aku menjerit-jerit cuba memeriahkan suasana. Tapi hambar. Dorang cuma melopong. Terkelip-kelip sambil pandang satu sama lain.

"Eh, omma nak balik lah..."

Mereka bagaikan baru tersedar lepas mendengar kata-kata Jin. Terus semua bersorak gembira. Bertepuk-tampar.

Aku hanya tersenyum. Dada yang terasa sesak dipegang.

Sikit je lagi masa kau dapat tengok dorang, Yun..

"Eh kejap."

Yoongi menghentikan suasana riuh tadi. Matanya tajam memandang aku.

"Kalau omma balik.. Noona..?"

Nilah soalan yang paling aku nak elak.

"Noona akan tinggal dengan kita dengan omma lah, kan noona?"

Jungkook tersengih, berlari ke arah aku dan memanjat kerusi untuk duduk pada peha aku.

"Noona.. Kena sambung belajar.. Noona tak dapat jaga korang dah."

Aku mengelus-elus rambut Jungkook. Cuba mengurangkan kesedihan yang semakin mencengkam. Aku tak nak menangis depan dorang.

Macam mana ni? Belum berpisah pun aku dah tak sanggup.. Ini kan tak dapat tengok dorang hari-hari dah.

"Wae?!"

"No, no. Noona can't leave us."

"Noona tak sayang kitorang eh?"

"Kitorang janji tak nakal noona.. Jebal jangan tinggalkan kitorang.."

Halah, ni lah yang aku tak kuat..

"Tak.. Noona bukannya nak pergi. Noona terpaksa, sayang. Noona ada lagi setahun tak habis.."

Aku mengangkat wajah aku. Pandangan diarahkan pada budak-budak ni. Mata semua dah berair. Dan akhirnya...

Semua menangis. Terus dorang lari peluk aku. Kookie yang duduk atas peha aku, memusingkan badannya lalu memeluk aku erat.

Aku tak dapat tahan. Air mata aku terus jatuh.

"Noona.. Tak nak.. Noona pergi..."

"Tak nak..."

Tersedu-sedu tangisan dorang. Aku memejamkan mata. Sakitnya rasa... Aku tak sanggup nak tinggalkan dorang.

Tapi, pengajian aku...

Cita-cita aku...

Suasana di dapur tu hanya diisi dengan bunyi tangisan. Sehinggalah phone aku berbunyi.

Dengan susah-payahnya, aku menyeluk poket yang dah dihimpit budak-budak ni. Dengan air mata yang masih bersisa, suara serak-serak, aku menjawab panggilan.

"Yeob..seyo.."

Aku bersuara perlahan. Nafas ditarik.

"Yun, ahjumma dah sampai dekat Incheon airport!"

"Ah, nae nae. Kejap lagi Yun sampai."

Talian terus dimatikan. Budak-budak tu masih mengelilingi aku dan memeluk aku. Paling nampak usaha nak peluk aku tu nama dia Jimin.

Dia bergayut pada lengan aku. Sebab dah tak ada ruang nak peluk aku. Daripada kaki sampai leher semua dah penuh.

"Korang..."

Aku mengeluh.

"Jom.. Omma dah sampai."

Air mata aku kesat. Sorang pun masih belum berganjak.

"Kalau korang sayang noona.. Dengar cakap noona, boleh?"

Namjoon yang pertama melepaskan pelukkannya pada aku. Diikuti yang lain. Muka masing-masing... Merah padam.

Aku mengusap rambut ketujuh-tujuh budak tu dengan senyuman yang dipaksa.

"Pergi siap okay. Pakai handsome-handsome. Nak jumpa omma ni."

"Nae noona.."

Amboi, serentak pula dorang cakap.

"Noona.. Perbincangan kita masih belum habis. Noona tak boleh tinggalkan kitorang.."

Yoongi memegang tangan aku. Pandangannya tepat pada mata aku. Tangannya yang sejuk aku genggam dan angguk.

Walaupun aku tahu, bincang macam mana pun, aku tetap kena tinggalkan dorang.

***

Sepanjang perjalanan, suasana sunyi-sepi. Rasa macam aku dalam kereta ni sorang-sorang.

Sekilas aku melirik pada Jungkook di sisi. Dia kelihatan leka melihat luar tingkap. Entah apalah yang ditengoknya.

Beralih pada Joon, Jin, Chim dengan Hoseok di seat kedua belakang. Masing-masing monyok je. Tae dengan Yoongi aku tak nampak. Sebab dorang duduk seat paling belakang, dah tu pendek. Nampak hujung rambut je, tsk.

"Jom makan icecream lepas jemput omma, nak?"

Aku memecahkan kesunyian, cuba mencuri perhatian dorang.

Namun hampa. Reaksi yang aku dapat cumalah.

"Hmm.."

"Nae.."

"Okay.."

Lalu aku pun meneruskan kebisuan yang melanda kereta ni. Sebab hati aku pun tengah sarat dengan kesedihan.

***

"Yun-ah!!! Omo! My kids!"

"Omma! Bogoshipo!"

Aku memerhatikan budak-budak tu berlari memeluk ahjumma dengan senyuman. Happy bila tengok dorang senyum balik.

Aku melangkah perlahan ke arah ahjumma. Terus ditariknya aku ke dalam dakapan.

"Aigo. Kenapa Yun nampak pucat ni? Mata sembab sangat."

"Eh.. Mana ada. Yun okay je."

Aku tersenyum. Wajahku cuba diceriakan. Ahjumma mengerutkan dahinya.

"Ni kenapa anak-anak omma pun sedih je omma tengok?"

"Hahaha, aniya ahjumma. Dorang penat balik sekolah tadi."

Sebaik sahaja aku pandang wajah Jungkook, aku cuba mengawal air mata daripada gugur.

Ahjumma hanya mengganguk. Dia menepuk-nepuk bahu Yun seraya melangkah ke kereta diikuti budak-budak ni.

Sepanjang perjalanan pulang, ahjumma bertanya itu ini tentang hal di rumah sepanjang ketiadaannya.

Aku sempat berhenti di kedai serbaneka untuk membeli icecream yang aku janjikan pada dorang.

Tapi, dorang macam tak happy.

Aigo, ottoke?

***

Setibanya di rumah, masing-masing masuk ke bilik sendiri. Ahjumma mengemaskan barangnya, membersihkan diri. Dan akhirnya join aku tengok bintang dekat halaman rumah.

Secawan hot chocolate panas disuakan pada aku.

"Ah, gomawo.."

Aku menghirup perlahan air yang panas tu. Hah, lega sikit tekak.

"Yun.. Kamu kenapa sedih je sejak dari tadi? Budak-budak tu pun sama."

Ahjumma memandang aku dengan wajah yang risau.

"Tak adalah.. Kitorang okay je.."

Aku menghadiahkan sebuah senyuman, cuba menunjukkan yang aku okay.

Tapi dia lagi tua kan. Dia dapat baca riak wajah aku.

"Jangan tipu ahjumma. Kamu boleh cerita kalau kamu ada masalah. Ahjumma sedia mendengar kalau tak dapat tolong pun atleast dapat kurangkan beban tu."

Aku mengeluh. Air mata yang ditahan akhirnya gugur mengenai rumput.

"Yun.. Yun tak nak tinggalkan dorang.."

Aku mula teresak-esak.

Terasa usapan lembut pada rambut aku. Wajah ahjumma dipandang.

"Ahjumma tak kisah kalau Yun nak terus tinggal sini jaga dorang. Tapi Yun kena bagi tahu omma appa dulu.. Em, tapi Yun, macam mana dengan pengajian Yun?"

"Hm.. Tulah yang Yun risaukan. Yun memang terpaksa tinggalkan dorang.. Tapi Yun tak kuat ahjumma. Nanti Yun rindu.. Tch.."

Aku mula menangis dan mengeluarkan bunyi yang pelik-pelik.

Ahjumma menarik aku ke dalam pelukkannya. Jelas terpancar sifat keibuan pada wajahnya. Haih, rindu pula dekat omma.

"Shh... Ahjumma faham. Yun dah lama tinggal dengan dorang mestilah susah nak tinggalkan dorang. Yun tinggal berapa bulan lagi nak tamat pengajian?"

"Setahun.. Lama lagi ahjumma."

"Gwenchana. Yun habiskan belajar, then Yun boleh duduk sini. Ahjumma tak kisah. Yang penting Yun habiskan belajar dulu, arra? Setahun je Yun. Yun kena kuat.. Nanti baru adik-adik pun kuat.."

Aku mengganguk dalam tersedu-sedan. Air mata masih galak mengalir. Belakang badanku terasa diusap-usap lembut oleh ahjumma.

Hati, tabahlah..

-prepare your heartue for the next chapter. petang nanti kita update lagii. double update okehs because i love you gais🙈💕

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

20K 2.3K 23
[complete story]✔️ Hanya disebabkan permainan jelangkung. Nyawa jadi pertaruhan. Hidup atau mati? Sila baca
6.2K 582 60
Park Hana, gadis cantik dan merupakan anak angkat CEO Hong Corp. Secantik-cantik nya, ramai menaruh hati terhadapnya dek rupa parasnya yang cantik. C...
36.2K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
120K 8.9K 51
Gangster? Abang Long? Itulah gelaran yang diberi kepada Kim Taehyung. Hidupnya aman bagaikan nakhoda kapal sebelum gadis ini datang membawa ombak bes...