BTS Kids?

By Sparkznle

350K 41.5K 5.4K

"wah cantiknya warna pink ni! jin nak semua boleh tak noona?" -seokjin "ops sorry joon dah terpecahkan gelas... More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
question
special chapter
preview; you +jjk
season 2

C12

10.6K 1.3K 100
By Sparkznle

Aku memandang wajah doktor dengan riak yang sangat terkejut.

"Apa dia doktor?"

Doktor tu mengeluh. Dah dua kali dia ulang tapi aku tetap tak percaya.

"Yoongi kena admitted. Dia demam panas sangat suhu dia 43°. Kena masuk air. "

Doktor tu pandang aku semacam je. Aku bet mesti dia tak nak ulang dah.

Aku terlongo. Tak tahu nak respond apa. Budak berenam ni pula semua berdiri keliling aku. Tapi dorang mesti tak faham doktor tu cakap apa tu yang belum panik tu.

"Em, saya pergi uruskan dia dulu ye nanti puan boleh minta details atau kalau ada apa-apa nak tanya berkaitan pembayaran dekat nurse di counter."

Doktor tu bow dan berlalu pergi dengan senyuman. Aku yang masih speechless memandang langkah doktor tu sampai hilang bayang dia.

"Noona, kenapa?"

"Bila kita boleh balik?"

"Hoseok mengantuk lah noona."

Hoseok sudah menguap seraya menenyeh-nenyeh mata cuba hilangkan kantuk.

"Yoongi mana noona?"

Aku mengeluh lagi. Perlahan aku duduk di atas kerusi panjang di tepi hospital tersebut. Aku memandang wajah seorang demi seorang.

"Macam ni, doktor kata Yoongi demam panas sangat so dia kena masuk ward maksudnya dia kena tinggal dekat sini."

Aku berhenti kejap nak tengok ekspresi dorang.

Macam yang aku jangka.

Namjoon dengan Jin dah menekup mulut dengan mata yang terbeliak seraya memandang satu sama lain. Chim dok sibuk picit-picit pipi sendiri. Tak cukup pipi dia pipi Taehyung pun jadi dia nak picit.

Jungkook pula terus melongo sambil pandang aku dengan pandangan -you must be kidding. Hoseok pula...

Hahahaha. Boleh dia tidur masa ni? Ngantuk sangat tu.

"So, noona nak tanya..."

Sambil aku cakap sambil aku angkat Hoseok dari kerusi sebelah. Aku letakkan dia atas peha dan peluk dia. Ternganga-nganga dia tidur.

"Korang nak tinggal rumah ke, nak teman Yoongi kat sini? Noona memang kena teman Yoongi."

"Rumah."

Serentak Namjoon dan Jin cakap.

"Teman Yoongi!!"

Jungkook, Taehyung dengan Jimin menjerit siap naikkan tangan macam orang laung merdeka tu.

"2-3. Kita kena tanya Hoseok untuk buat keputusan."

"Hoseok, sayang bangun kejap.."

Aku mengusap-usap pipi Hoseok. Dia buka separuh mata dia.

"Em.."

"Hoseok nak teman Yoongi ke nak balik rumah?"

"Teman Yoongi. Hoseok nak tidur terus. Balik rumah lama lagi."

Hoseok sudah menekup mukanya pada perut aku. Amboi mentang perut aku banyak lemak.

"Ala!!!"

Jin dengan Namjoon dah buat muka kecewa habis. Yang lain pula bersorak.

"Okay jadi kita semua teman Yoongi ye. Tapi korang kena bangun awal esok noona nak hantar sekolah. Tae tak payah sebab ada mc. Balik nanti makan ubat, arra?"

Angguk.

"Kajja, kita kena uruskan Yoongi."

***

"Kalau ada apa-apa boleh tekan button ni ye nanti nurse datang."

Nurse yang cantik tu tersenyum. Aku menjeling sekilas nametag dia.

Park Soo Ra. Nama cantik macam orang dia.

Lepas je nurse tu pergi, aku mengalihkan pandangan pada budak-budak ni semula. Semua tengah berdiri di tepi katil Yoongi. Ekspresi masing-masing tak payah cakap lah. Macam tertelan kapur.

Yoongi pula tertutup mata dia. Muka dia pucat sangat. Haih lah hati. Sedih pula tengok dia terbaring macam tu dengan segala wayar kena cucuk dekat tangan dia.

Tak sempat aku nak habis layan perasaan, aku rasa ada orang tarik-tarik tangan aku.

"Noona mana kita nak tidur?"

Hoseok sudah memandang aku dengan mata kuyu dia. Aku hampir terlupa sekarang dah pukul 2 pagi. Patut pun semua muka ngantuk je. Tapi dorang boleh tahan lagi. Hoseok ni memang tunggu masa je nampak katil.

"Kat sofa tu. Muat kan korang?"

Semua memandang sofa yang aku tunjukkan. Memang besar so aku yakin dan pasti dorang muat tidur sesama kat situ.

"Mana muat noona."

"Eh, muat lah. Tak percaya pula."

Aku sudah melangkah ke arah sofa diikuti mereka. Sorang demi sorang aku baringkan pada sofa tu.

"Ha tu muat."

"Tapi noona?"

Namjoon dah pandang aku. Yang lain dah dapat tempat tidur tak fikir apa dah. Jin pula tidur membelakangkan aku. Entah kenapa dia macam dingin je.

Mungkin terasa sebab aku marah dia petang tadi...

"Noona boleh tidur atas kerusi lagi pun noona nak duduk sebelah Yoongi. Korang tidur ye."

Aku mencapai selimut di dalam almari. Bagus hospital ni siap sediakan fasiliti untuk keluarga pesakit.

Nasib baik besar. Cukuplah untuk dorang yang kecik-kecik je badan.

"Noona, popo."

Jungkook sudah memandang aku dengan mata bulat dia. Tangan dia depakan minta dipeluk. Terus aku letak selimut kat tepi dan dapatkan Jungkook.

Kiri kanan pipi dia aku cium. Dahi dia hidung dia. Argh comel nya! Nak je aku gomol dia kat sini tapi dia dah ready nak tidur pula.

Kemudian aku beralih pada Namjoon, Hoseok, Taehyung dan Jimin. Adoi lah semua buat aku geram je dengan muka comel masing-masing.

Sampai dekat Jin. Dia tidur paling hujung. Aku tepuk bahu dia yang masih membelakangkan aku.

"Jin, nak popo?"

Tak berkutik. Aku jenguk sikit tengok dia dah tidur. Aku cium curi je lah hahaha. Tersengih-sengih aku sambil selimutkan dorang.

"Jaljayo! Saranghae."

Lampu di bahagian sofa tersebut aku padam. Tanpa aku sedar, Jin mengalirkan air mata.

***

Tangan kecil tu aku genggam erat. Rambutnya aku usap perlahan.

Rasa serba-salah menyelinap dalam hati aku. Apa lah kau ni Yun dengan budak-budak pun jadi nak bergaduh. Sampai demam Yoongi ni.

Mata dia sembab gila. Lepas aku tampar dia tu mesti dia menangis tak sudah. Budak kan? Kalau kau budak, kena jentik sikit pun kau nangis.

Aunty Hanna mesti tak pernah naik tangan kat dorang. Apalah aku dah buat ni?

"Eugh..."

Yoongi bergerak. Dia menguap. Mengeliat. Tapi pergerakan dia terbatas. Haih lah kesiannya.

"Yoongi, sayang. Nak apa-apa ke?"

Aku dah membongkok menghadap wajah dia. Tangan dia masih aku tak lepaskan.

"Yoongi kat mana..."

Suara dia.. Alahai. Meruntun kalbu. Perlahan je. Mata masih tertutup.

"Yoongi dekat hospital. Warded. Demam panas sangat."

Aku kembali duduk. Aku menggengam tangannya yang sejuk dengan kedua-dua tangan aku.

"Noona buat apa dekat sini?"

Amboi soalan.

"Jaga Yoongi lah."

"Hm, noona kan benci Yoongi. Kenapa nak jaga?"

Haish! My heartue.

Terus aku bangun dan cium pipi dia. Tak cukup dengan tu aku peluk dia pula.

"Mianhe.. Cheongmal mianhe. Even noona marah noona tak patut tampar Yoongi."

Yoongi menolak perlahan aku yang masih peluk dia.

"Gwenchana.. Yoongi penat, nak tidur."

Tangannya ditarik daripada genggaman aku. Aku pandang je muka dia ni.

Sah.. Susah nak pujuk ni.

-omeiji mixtape yoongi lit af🔥siapa belum dengar kita sarankan prepare your heartue okeh before dengar. mv dia baru keluar dua tapi memang mampu buat army sekalian collapse😂

Continue Reading

You'll Also Like

25.6K 4.4K 42
[2021] + who says cute ghost doesn't exist? [ THE DIMENSION SERIES: TWO ] Min Yoongi, roh yang sudah lama mendiami Saebom High School akhirnya berte...
11.1K 1.2K 17
Satu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa...
39K 2.2K 45
S.coups,Jun,Seungkwan,Vernon,Woozi,mingyu,Woonwoo,DK,The8,Joshua,Jeonghan,Hoshi&Dino adalah adik beradik yang sungguh rapat.Mereka mempunyai adik per...
31.9K 4.3K 45
Kematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7...