Hanya Kau

By amiralee_

549K 5.6K 102

Dari dulu sampai sekarang, hanya kau yang aku cinta. Walau kau tak nampak, aku menyampaikan cinta dalam pelba... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15

Chapter 6

13.9K 360 17
By amiralee_

Aku duduk di birai katil. Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 8 malam. Bermakna ada lagi satu jam sebelum Mik datang. Memandangkan Mik tinggal di sebelah, tak perlulah aku mesej dia. Aku masih tak percaya yang Mik tu jiran aku. Rasa macam ni semua hanya gurauan.

- S.O.S im so bad at fashion, could u please come over and recommend me what to wear for tonight? -

Aku menekan butang 'send'. Aku tak begitu mahir dalam fesyen, jadi aku minta pertolongan Sam. Selama ni pun aku hanya pakai seluar jeans dan t-shirt biasa untuk keluar ke mana-mana. Baju macam-macam ada di dalam almari, cuma tak yakin nak pakai je. hehe

3 minit kemudian, iPhone aku berbunyi. Menandakan mesej masuk.

- Okay bby girl, i'll be there in a minute ;) -

Aku harap Sam tak kisah aku keluar dengan Mik malam ni. Walaupun Sam tak beritahu apa-apa, aku dapat rasakan yang Sam cemburu. Kalau dia cemburu disebabkan Mik ajak aku keluar, aku tak boleh buat apa-apa pasal tu. Lagipun Mik yang ajak keluar, aku cuma tak sampai hati je nak tolak pelawaan dia. Tapi kalau Sam cemburu disebabkan kehadiran Mik buat aku jauh daripada dia, dia tersilap. Aku takkan pernah tinggalkan Sam. Melainkan Allah yang menjemput. Sam dah banyak berkorban untuk aku. Hanya dialah yang berada di kala aku susah dan senang selama ni.

Seperti apa yang Sam katakan di dalam mesej tadi, dia tiba di rumahku dalam beberapa minit saja. Membuatkan lamunan aku terhenti. Dia muncul di muka pintu bilikku dan tersenyum ke arahku.

"Ready untuk malam ni?" Sam mengangkat sebelah kening.

"Definitely not. Aku tak pernah keluar dengan lelaki sebelum ni, macam mana kalau aku screwed up?" aku gelisah. Tipulah kan kalau aku cakap aku tak nervous sekarang ni.

"It's okay, you'll be fine. Lama-lama kau kena keluar jugak dengan lelaki, takkan nak jadi lesbian selamanya?" aku ketawa mendengar apa yang Sam katakan. Sam sengaja buat lawak lah tu supaya aku tak gelisah.

"Kalau kau sudi jadi lesbian aku selamanya, aku tak kisah,"

Sam menjegilkan mata dan mencubit lengan aku. "Okay, fokus. Malam ni aku nak kau pakai dress,"

"What?! No! Badan aku tak sesuai untuk dress, pakai t-shirt dengan jeans biasa tak boleh ke?" aku protes. Nak suruh aku pakai dress? Ish aku lebih sanggup tidur dengan kuda daripada pakai dress.

"Hello Miss Wida, aku datang malam-malam buta ni untuk tolong kau pilih baju. Kau juga yang minta tolong aku tadi. Kalau macam tu lebih baik aku sambung tengok Teen Wolf," bebel Sam. Ugh Sam ni sebijik macam nenek kebayan.

"Okay fine, carikkan lah dress apa yang sesuai untuk badan aku yang tak lawa ni,"

"Jangan cakap macam tu, yakinlah sikit. Confirm lawa punyalah kalau kau pakai dress, baru nampak macam wanita melayu terakhir," pujuk Sam.

Akhirnya aku mengalah. Sam memilih dress floral berwarna aqua. Aku memakai belt di sekeliling pinggangku supaya penampilanku tak kelihatan terlalu simple. Aku memakai cardigan berwarna putih bagi menutup lengan pendek dress itu dan mengenakan pashmina berwarna kuning; sama warna dengan corak floral dress itu.

Sam memusingkan badanku di hadapan cermin. Aku tidak mahu melihat pantulan imejku. Tak pernah dalam seumur hidup, aku keluar dengan gaya ni. Rasa macam over sangat pulak.

"See, you look beautiful," Sam memuji. Berdiri di belakangku. Dari pantulan cermin, aku dapat lihat senyuman yang terukir di bibirnya. Aku hampir tak percaya imej yang ada di dalam cermin itu ialah aku. Aku nampak sangat berlainan. Aku mengaku penampilan baru aku ni agak lawa, tapi bagi orang lain lawa ke?

"Beautiful means terrible,"

"Hoi, kamus mana kau belajar beautiful means terrible? Jangan fikir negative sangat. Ha kenapa riuh semacam kat bawah tu? Mik dah sampai lah tu, pergi cepat turun," memang betul aku dapat dengar suasana riuh di bawah. Agaknya betullah Mik dah sampai.

Baru sahaja aku hendak keluar dari bilik, Sam memanggil. "Eh tunggu! Kau belum make up!"

Aku mengeluh. Pakai bedak muka je tak boleh ke? Walaupun aku mengeluh, aku tetap menurut apa yang Sam suruh.

"Done!"

Aku membuka mata perlahan-lahan, melihat hasil solekan Sam. Wow. Aku tergamam. Muka aku nampak natural.

"Thanks so much Sam! I love you!" aku memeluk Sam. Sam ketawa.

"Shhh.... simpan I love you tu untuk Mik malam ni," Sam tertunduk. Sebelum aku sempat membalas, Sam berkata lagi, "Dah pergi turun cepat, nanti Mik tunggu kau lambat pulak. Have fun, ya?"

"Okay bye," aku teragak-agak untuk meninggalkan Sam yang masih lagi berada di dalam bilikku. Tapi akhirnya aku turun juga. Takut juga Mik penat menunggu.

Ibu tersenyum manis kepadaku apabila terlihat kelibatku turun dari tangga. "Woah cantiknya anak ibu malam ni. Budak lelaki tu pun baik," ibu menepuk bahuku dan mencium dahiku. Aku hanya tersenyum. Kalau ibu fikir Mik tu pakwe aku, ibu dah buat silap. Pakwe aku masih Syazril. Eh eh maksud aku, aku masih lagi sayang Syazril. heheh

Aku berjalan menuju ke arah Mik yang sedang menghadap aku sambil menyandarkan badannya di pintu kereta. Hot. Malam ni Mik memang hot. Dia memakai suit and tie. Macam nak pergi restoran lima bintang aje gayanya.

Mik masih belum berhenti merenung aku membuatkan aku rimas. Ada apa-apa tak kena ke pada muka aku? Aku nampak pelik ke? Aku dah agak dah, aku tak patut pakai dress macam ni. Mesti Mik fikir aku beria nak ambil hati dia.

Setelah agak lama Mik masih tidak mengalihkan pandangannya daripada figura aku, aku berdehem. "Ada apa-apa pada saya ke? Make up saya tebal sangat eh? Ok takpe sekejap saya masuk dalam basuh muka," aku berpaling dan mahu masuk semula ke dalam rumah.

Terlebih dahulu Mik mencapai pergelangan tanganku membuatkan aku terpusing semula. Muka aku hanya beberapa inci daripada muka Mik.

Dup. Dap. Dup. Dap. Aku dapat dengar denyutan jantungku. Nafasku menjadi semakin sesak.

"Sorry," Mik melepaskan aku dan mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku hanya berdiam. Masih berasa malu. Kalau ibu nampak aksi kitorang tadi, matilah aku.

"Tak, tak ada apa-apa yang tak kena pada awak. You look beautiful, really beautiful," Mik menambah. Aku memberikan senyuman kepadanya. Dia membukakan pintu penumpang untuk aku. Aku mengucapkan terimas kasih dah masuk ke dalam perut kereta.

"You're being a gentleman tonight," aku memberitahu Mik setelah dia menghidupkan enjin. Mik ketawa kecil. "I am a gentleman,"

Aku menjeling kepadanya. "Whatever,"

Ketika dalam perjanjian, aku tidak dapat mengecam jalan yang kami lalui.

"Don't worry, saya takkan bawa awak ke mana-mana yang berbahaya," kata Mik seolah-olah memahami apa yang sedang bermain di dalam fikiranku.

Keadaan sunyi sepanjang perjalanan. Kami tidak berbual apa-apa. Di dalam hati aku rasa macam nak patah balik rumah je, nervous sangat. Tetapi di luar aku masih cuba berlagak cool.

"We're here," Mik memarkirkan kereta di hadapan sebuah hotel lima bintang. Oh tidak. Dia bawa aku pergi hotel ni atas sebab nak makan atau sebab lain? Ish kenapalah aku ni selalu fikir negative. Tanpa disedari, aku menggelengkan kepalaku membuatkan Mik memandangku pelik.

"Why? What's wrong? Awak tak suka makan kat hotel?" Mik bertanya sambil berjalan ke arahku.

"Err no, siapa yang tak suka makan kat hotel. Awak ajak saya keluar malam ni pun dah cukup bermakna, takkanlah saya nak rosakkan rancangan awak pulak," aku memberikan senyuman manis kepadanya bagi menyedapkan hatinya. Nampaknya senyuman aku memang berkesan, Mik tak lagi kelihatan risau seperti tadi.

Kami memasuki pintu gerbang hotel. Wow.... indahnya hotel ni. Macam ni rupanya hotel lima bintang. hehehe maafla kalau aku terlebih pulak. Mik terpaksa menarik lenganku untuk sentiasa bersamanya. Tadi aku terlalu asyik memerhatikan reka bentuk dalaman hotel ni sampai tak perasan Mik pergi ke arah lain.

Mulut aku masih terlopong ketika tiba di meja yang Mik telah tempah. Aku hanya memesan makanan yang sama dengan Mik memandangkan aku tak tahu apa-apa tentang makanan lima bintang. Aku memandang sekeliling restoran. Kebanyakan pelayan sedang sibuk menghantar dan meminta pesanan makanan. Dari ekor mata, aku dapat lihat Mik sedang tersenyum memandang aku.

"Apa pandang-pandang?" ish berani je curi-curi pandang anak dara orang.

"Saya tak pandang awak okay, saya pandang pelayan yang kat belakang tu," yeke? whatever.

Aku menoleh ke belakang. Ada seorang pelayan perempuan sedang meminta pesanan makanan. "Pandang dia sampai senyum sorang-sorang? Pervert,"

"Hey, don't call me that," Mik menepuk tanganku. Aku buat tak tahu je. Malas nak layan.

Keadaan menjadi kekok. Nasib baik makanan yang kami pesan tiba. Semasa makan, keadaan masih lagi kekok. Aku tak tahu nak berbual pasal apa. Aku bukan macam ni. Biasanya akulah orang yang paling banyak cakap. Mungkin aku tak selesa dengan suasana di sini.

Makanan di pinggan kami hampir licin. Takkan lah 'first date' aku boring macam ni?

Mik mengangkat muka dengan perasaan terkejut apabila aku dengan tiba-tiba terjatuhkan sudu dan garfu. Aku rasa aku ternampak Syazril dan Nad makan bersama tadi. Tapi mungkin bayangan aku je kot. Tak. Itu bukan bayangan. Aku memang ternampak Syazril dengan Nad. Dan aku sedang memandang tepat pada diorang.

"Um can we go somewhere else?" aku bertanya kepada Mik. Mik mengerutkan muka dan mengharapkan penjelasan daripada aku.

"I'll explain later, please bawa saya keluar dari sini,"

"Tapi kenapa? Kalau awak tak suka makan kat sini, cakap awal-awal..."

"Please! Let me out of here!" aku memintas sebelum Mik sempat menghabiskan ayatnya. And that's when Syazril dan Nad serentak memandang aku.

Oh. So diorang dah nampak aku. Aku terus bangun dari kerusi dan berlari keluar. Entah mengapa, air mata mengalir di pipiku, setitis demi setitis. Kenapa aku emosi sangat? Kenapa aku perlu menangis? Aku tunggu di dalam kereta dan menangis sepuasnya.

Continue Reading

You'll Also Like

17.9K 912 27
Status: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat...
348K 17.4K 32
So, malas nak buat description panjang2 sbb aku dah lupa jalan cerita ni, serious! And haha, ni cerita pertama aku. So nak baca cara penulisan pertam...
266K 7.5K 23
Salah ke kalau nak kahwin dengan duda?
552K 13.9K 45
Amirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tert...