Chapter 4

15.6K 416 3
                                    

Aku merenung ke luar tingkap. Melihat pakcik kebun yang sedang memotong rumput. Agaknya macam manalah kehidupan pakcik tu? Bahagia? Menderita? Hm

"Wida!" kepala aku terus tertoleh kepada Sam. Mik dan Sam melaung nama aku serentak. Ha? Apa yang terjadi? Ada makanan percuma ke?

"Ehem, Sam, saya tanya awak, apa jawapan untuk soalan yang saya tengah mengajar ni tapi kenapa awak pergi termenung kat luar tu?" bebel prof. Ek eleh, setakat tak dengar prof tanya soalan je pun. Okay actually it's not 'je pun'.

Untuk kali ketiga, semua mata memandang ke arah aku. Semua pelajar mentertawakan aku. Ha ha ha. Apa yang kelakar sangat?

Tepat pukul 3, kelas habis. Finally! Keluar jugak daripada kelas ni. Selama satu jam dalam kelas ni, dah tiga kali aku dimalukan.

"So, petang nanti awak free?" Mik bertanya kepada aku sambil berjalan beriringan dengan Sam. Kami bertiga menuju untuk keluar penjara. Sorry maksud aku kolej.

"Sekarang kan dah petang, nak tunggu petang pukul berapa lagi?" alamak aku tak bermaksud nak menganjing Mik tapi sekarang mood aku memang dah hilang.

Mik tertawa. Apa yang kelakar sangat dengan sindiran aku? Ugh. "Petang pukul 5 nanti lah, free tak? Hm free yang saya maksudkan ni bukan percuma tau tapi lapang. Takut awak salah faham je,"

Padan muka aku kena menganjing balik. Sam yang dekat sebelah dah gelak tak ingat dunia je. Haih sabar jelah.

"Awak ingat saya bodoh sangat ke? Saya tahulah free tu apa. Tak, saya tak free," aku menipu. Segan lah kalau nak keluar berdua je dengan Mik.

"Sebenarnya Wida ni tipu, dia memang selalu free. Tak pernah busy unless time kerja. So kalau nak keluar dengan dia, silakanlah," Sam menyampuk. Ni lagi sorang nak buat aku bengang. Kenapa aku dapat kawan macam ni.

"Serious awak free?! Ok set. Malam ni pukul 9 saya jemput awak, rumah awak kat mana?" Mik excited. Eh sekejap, tadi dia tanya aku free ke tak petang ni tapi ni dia ajak keluar malam pulak?

"Hah? Awak cakap keluar petang, kenapa nak jemput saya malam pulak? Ew so bipolar," aku letak tangan atas bahu, mata ke atas. hahaha.

Sam seronok melihat aku menyakat Mik. Hebat jugak aku dapat cari kawan kan? Bahagia rasanya bila Mik ada di samping aku. Alamak terlebih gedik sudah.

"Apa salahnya saya bawak awak keluar malam, my princess?" Mik hampir merayu. Mik please jangan macam ni, jangan buat saya tak cair. Sam kelihatan tidak selesa dengan gelaran 'my princess' yang digunakan oleh Mik.

Bila difikirkan balik, tak salah rasanya nak keluar dengan Mik. Aku dah 22 tahun, dah cukup besar, tapi tak ada siapa pernah ajak aku keluar. Akhirnya aku menerima pelawaan Mik. "Okay fine malam ni pukul 9 awak jemput saya, tapi bagi tahu dulu awak tinggal kat mana,"

"Wohooo!" jerit Mik tiba-tiba yang berjaya menarik perhatian beberapa orang sekeliling. Mik hampir memeluk aku tetapi aku menolak. Gila jugak Mik ni.

"Err guys, aku ciao dulu. My dad is waiting. And Wida, congrats for your first date tonight. Call me in case you need anything," Sam terus meninggalkan kami. Kenapa Sam nampak macam... sedih? Dia jealous ke? Hm tak, itu tak mungkin.

Aku terus menuju ke arah my baby motosikal, Mik pulak masih ikut aku dari belakang. Dia ni memang pakar dalam buat aku rimas, tak selesa dan malu.

"Pardon? Kenapa awak still follow saya?"

"I'm not," balas Mik.

"It's obvious yang awak follow saya," aku menghidupkan enjin motor. Tak sabar nak balik rumah.

"Boleh bonceng tak?"

What?! Mik nak bonceng aku?! Ini dah terbalik. Biasanya perempuan yang bonceng lelaki tapi ni lelaki yang bonceng perempuan. Mik ni memang nak memalukan aku je sebenarnya. Macam mana kalau Syazril nampak? Ah lantak lah, aku malas nak bertekak dengan Mik yang semestinya akan menang. Aku mengarahkan dia supaya duduk di belakang aku. Mik terus melompat. Muka handsome tapi perangai macam budak-budak.

"So Mr. Pembonceng, rumah awak kat mana?" kata aku dengan intonasi seperti seorang supir. Mik tertawa kecil.

"Take me wherever you want. But I would be glad if you take me to your heart," balas Mik.

Aku memukul lembut bahunya. "Gatal," ucap aku perlahan membuatkan Mik tersenyum kecil. Matanya seakan-akan penuh harapan memandang aku.

Ish gila betul. Baru beberape minit tadi kitorang menganjing satu sama lain, sekarang dah macam pasangan kekasih pulak. Macam pasangan kekasih ke kitorang? Hahaha.

"Okay be serious awak tinggal kat mana," aku bersuara memandangkan Mik hanya merenung aku dari tadi. Mik nampak macam baru kembali ke realiti. Agaknya apalah yang dia fikir sambil tenung aku tadi?

"Oh sorry, berangan tadi. Tak payah hantar saya kat rumah, just drop me by library," Setelah Mik memberitahu destinasi yang ingin dituju, aku menunggang motosikal keluar dari kawasan kolej.

Semasa di lampu isyarat, empunya kenderaan di sebelah aku menurunkan cermin tingkapnya. Oh no! Syazril! Syazril nampak Mik bonceng aku! Kenapa semua nak memalukan aku harini? Lepas ni aku takkan bagi Mik bonceng aku lagi. NEVER!

"Hey, hebatnya Wida dapat ajak jantan bonceng motor sama-sama," tegur Syazril. Ini bukan tegur. Ini namanya menyindir. Aku mendiamkan diri.

Lampu isyarat bertukar warna hijau. Kereta Syazril terus pecut ke hadapan. Sebelum Syazril pergi, aku dapat dengar ilaian ketawa dia. Sampai hati dia......

Inilah akibatnya bila suka pada orang yang tak berguna. Mik menepuk bahu aku, membuat aku tersedar bahawa aku masih belum pergi. Lampu isyarat dah kembali ke warna merah semula. Terpaksalah tunggu sekali lagi.

Hanya KauTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon