BIDADARI MAUT

By pakkordi

1.3K 64 10

Kisah seorang wanita menawan yang punyai seni mempertahankan diri dan teknik pengunaan senjata yang cekap. H... More

Prelude
Bab 1 - Anjing
Bab 2 - Terima Kasih Tuhan
Bab 3 - Oh Shit!
Bab 4 - Ke Lempur
Bab 5 - Satoshi
Bab 6 - Doktor Amran
Bab 7 - Google, IBM & Mati
Bab 9 - Baby
Bab 10 - Tetrodotoxin

Bab 8 - Rahsia Hati Wanita

74 5 0
By pakkordi

Tiga minggu Doktor Amran cuba memikat Siti. Dari pengsan sampai Siti sehat dan putus ubat, Doktor Amran tetap try. Bunga, minyak atar, tudung one piece sekali dengan anak tudung yang sedondon, tas tangan. Dah berbagai hadiah Doktor Amran beri pada Siti untuk mengambil hatinya. Semua gagal. Ada masanya terlintas dibenak fikiran untuk sapu minyak senyonyong ke badan Siti tapi itu semua kerja neraka. Doktor Amran masih setia pada Tuhan Yang Esa.

"You dah makan ubat yang I beri pagi tadi?"

Memang lumrah seorang doktor moden untuk sentiasa berikan pil preskripsi pada pesakit. Tanpa pil, tiadalah beza doktor dari bomoh.

"Aku dah makan."

Siti jawap soalan Doktor Amran dengan nada selamba. Sifat Siti bukanlah berhati keras macam ini cuma dia tidak mahu berbaik-baik dengan Doktor Amran. Tak mahu Doktor Amran fikir yang kasih boleh bersemi antara mereka jika perbualan seharian menjadi bersahaja.

"Kau takde pesakit lain untuk di periksa ke?"

"Ada, tapi mereka boleh tunggu. You are my number one patient."

Doktor Amran senyum pada Siti.

"Menyampah!" Jerit hati Siti.

Doktor Amran genggam dan tarik sedikit bukaan baju doktor untuk betulkan kedudukan baju itu atas tubuhnya. Kemudian dia toleh kearah meja tepi katil Siti lalu menyisir rambut pakai tangan untuk kekal segak.

Siti tekun perhatikan cara Doktor Amran bawa diri. Tiba-tiba hati Siti berdegup kencang. Cara dia sisir rambut dengan komposisi jari yang kemas menyusur helaian helaian rambut tadi menarik hati Siti.

"Kenapa tak kawin lagi?" Terpacul soalan keluar dari mulut Siti. Doktor Amran kalih mata ke luar jendela dan jawab, "belum ada yang sudi."

Mulai dari saat itu, perbualan biasa menjadi perbualan intim. Sebulan kemudian mereka menjadi pasangan kekasih yang cukup steady.

Itulah sifat wanita sejati. Bukan ayat manis, bukan hadiah dan bukan pangkat yang akan buat mereka tertarik pada seseorang lelaki. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jawapannya.

Continue Reading

You'll Also Like

646K 27K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
1.4M 63K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
226K 10.9K 89
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it'...
93.5K 5.4K 37
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...