Bab 8 - Rahsia Hati Wanita

74 5 0
                                    

Tiga minggu Doktor Amran cuba memikat Siti. Dari pengsan sampai Siti sehat dan putus ubat, Doktor Amran tetap try. Bunga, minyak atar, tudung one piece sekali dengan anak tudung yang sedondon, tas tangan. Dah berbagai hadiah Doktor Amran beri pada Siti untuk mengambil hatinya. Semua gagal. Ada masanya terlintas dibenak fikiran untuk sapu minyak senyonyong ke badan Siti tapi itu semua kerja neraka. Doktor Amran masih setia pada Tuhan Yang Esa.

"You dah makan ubat yang I beri pagi tadi?"

Memang lumrah seorang doktor moden untuk sentiasa berikan pil preskripsi pada pesakit. Tanpa pil, tiadalah beza doktor dari bomoh.

"Aku dah makan."

Siti jawap soalan Doktor Amran dengan nada selamba. Sifat Siti bukanlah berhati keras macam ini cuma dia tidak mahu berbaik-baik dengan Doktor Amran. Tak mahu Doktor Amran fikir yang kasih boleh bersemi antara mereka jika perbualan seharian menjadi bersahaja.

"Kau takde pesakit lain untuk di periksa ke?"

"Ada, tapi mereka boleh tunggu. You are my number one patient."

Doktor Amran senyum pada Siti.

"Menyampah!" Jerit hati Siti.

Doktor Amran genggam dan tarik sedikit bukaan baju doktor untuk betulkan kedudukan baju itu atas tubuhnya. Kemudian dia toleh kearah meja tepi katil Siti lalu menyisir rambut pakai tangan untuk kekal segak.

Siti tekun perhatikan cara Doktor Amran bawa diri. Tiba-tiba hati Siti berdegup kencang. Cara dia sisir rambut dengan komposisi jari yang kemas menyusur helaian helaian rambut tadi menarik hati Siti.

"Kenapa tak kawin lagi?" Terpacul soalan keluar dari mulut Siti. Doktor Amran kalih mata ke luar jendela dan jawab, "belum ada yang sudi."

Mulai dari saat itu, perbualan biasa menjadi perbualan intim. Sebulan kemudian mereka menjadi pasangan kekasih yang cukup steady.

Itulah sifat wanita sejati. Bukan ayat manis, bukan hadiah dan bukan pangkat yang akan buat mereka tertarik pada seseorang lelaki. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jawapannya.

BIDADARI MAUTWhere stories live. Discover now