THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 59: Naga?

1.2K 90 14
By Alexna_Syufa

"TOLONG! Sesiapa..? Tolong aku wei! Arghhh! Sakitnya! Jahanam betullah orang yang pasang jerat naga ni! Aku sumpah dia mati awal!"

Dari kejauhan, kedengaran suara seseorang menjerit sakit.Lancang saja mulutnya menyumpah seranah seseorang.Semakin jauh Syah berlari,semakin dekat suara itu datang.

Tiba-tiba Syah memberhentikan lariannya.Hidungnya dapat mengesan bau darah dengan jelas walaupun hujan lebat membasahi bumi.Deria ke-enamnya sudahpun muncul.

Dia perlahan-lahan berjalan ke arah semak-samun yang berdekatan.Dia duduk melutut di situ.Di sebalik celahan daun,dia cuba untuk mengintip.Dahinya tiba-tiba saja berkerut seribu,rasa macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

Pakkk!!

Tiba-tiba Syah dapat merasakan bahunya dipegang seseorang.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang,ingin mengetahui gerangan siapa.

Kelihatan di belakangnya ada seekor 'raksasa' yang tinggi lampai,berambut basah kuyup,bertaring kecil,bertelinga sedikit panjang dengan tubuh yang berlumuran darah serta lumpur,sedang tersenyum jahat ke arahnya.Kegelapan yang menyelubungi,sedikit sebanyak membataskan penglihatan.

Syah yang dirasuk itu,mulai mengigil ketakutan. Tubir matanya bergenang.Apakah 'raksasa' ini mahu menjadikan dia sebagai makan tengaharinya?

"Syah~.... Berani kau buatkan aku separuh mati kejar kau tadi,hah...?" 'Raksasa' itu bersuara bagaikan seekor hantu.Halus dan menakutkan.Bulu tengkuk Syah serta-merta berdiri tegak macam askar yang nak berkawad.Seram!

Syah mengigil ketakutan.Dia menutup mata dengan menggunakan tapak tangannya.

"Ma-maafkan beta! Beta tak kenal kamu ni siapa! Tolong jangan makan beta! Beta ni tak sedap!" Ucapnya,ketakutan.Harap-harap taktik ini menjadi agar raksasa itu tidak menjamah daging-dagingnya sebagai hidangan!

Tiba-tiba 'raksasa' yang menakutkan tadi,ketawa lucu.

"Hahahahahaha! Wei.Biar betik kau ni.Aku ni Elf lah bodoh! Elf mana makan manusia.Kau ni dah mabuk ke apa?" Sindir 'raksasa' itu,pedas.Pipi Syah yang masih menutup mata itu,kemudiannya dicubit kuat tanpa dilepaskan.

"Auch! Sakitlah! Sakit!" Jerit Syah seraya membuka kelopak matanya.Perit pipinya menahan azab sebegitu. Sudahlah kuku Fellex ni panjang-panjang belaka.

Fellex tersenyum kemenangan.Pipi Alchemist itu akhirnya dilepaskan.

"Padan muka! Lain kali,kau jangan cuba nak larikan diri masa waktu hujan! Kau tau tak,habis kotor baju aku dibuatnya! 10 kali aku terjatuh dalam lopak air sebab kau! Sakit kau tau tak?!" Bebel Fellex,panjang sekali.Dia berpeluk tubuh.

Syah kemudiannya memuncung dengan mata yang begitu asyik menilik pakaian Fellex.Oh...patutlah baju dia berlumpur.Jatuh rupa-rupanya.

"Beta bukannya nak larikan diri." Ucap Syah dengan pipi yang dikembungkan.Nampak comel pulak dengan mata dia yang ada pentagram berpusing-pusing tu.

Fellex mengetap gigi.Pinggang kemudiannya dicekak persis mak tiri Cinderella.

"Habistu? Kenapa kau lari ke sini?" Soalnya,dingin.Reaksinya macam tak nak percayakan Syah saja.

"Hmm..sebenarnya.." Belum sempat Syah membalas soalan Fellex,tiba-tiba ada suara yang terlebih dahulu bersuara.

"Hello..? Ada sesiapa tak dekat situ..?! Boleh tak tolong aku?! Aku terkena jerat! Arghh..dan sayap aku dah patah!"

Fellex tersentak di saat ada satu suara asing yang tiba-tiba menyampuk.Dia pantas duduk dengan melipatkan sebelah lututnya di sebelah Syah.Muka pelik dipamerkan dengan jari yang ditundingkan ke satu sudut.

"Siapa tu?" Soalnya,separuh berbisik.Agak cemas juga sebab pedangnya sudahpun tertinggal di Istana Vine tadi.Jika pemilik suara itu adalah seorang musuh,mereka kini mungkin dalam bahaya.

Syah hanya mengangkat bahu,tanda tak tahu.

"Beta pun tak tahu siapa dia tu.Tengoklah sendiri."

Dia kemudiannya menyelak sedikit rumpun pokok di situ,menunjukkan sesuatu yang agak terselindung kepada Fellex.

Kelihatan ada seekor naga hitam yang bersayap patah,sedang mengerang kesakitan di dalam sebuah bulatan pentagram yang terlukis cantik di atas tanah.Nampaknya,itulah 'jerat' yang memerangkap naga itu sedari tadi.Ia cuba untuk keluar dari situ namun bagai ada sebuah dindinh yang menghalangnya dari berbuat sedemikian.

"Seekor naga?!" Fellex bersuara dalam nada tak percaya.Dia menekup mulut.

Syah hanya mengangguk,tanda mengiyakan.

"Ya.Beta ada terdengar suaranya tadi.Sebab itulah beta lari ke sini,cuba untuk memastikan apa yang beta dengar itu benar atau tidak.Beta tak tahu nak tolong ia atau tak kerana beta takut jika ia adalah musuh.Apa pilihan kamu,Fellex?"

Fellex hanya terdiam untuk seketika.Dia buntu untuk memilih.Jika dia hanya melihat sahaja naga itu merana di dalam pentagram itu,ini bermakna dia tak berhati perut.Tetapi jika naga itu dilepaskan,kemungkinan mereka untuk dibunuh adalah sangat tinggi.

Dia takut kalau-kalau tindakan mereka nanti seperti bagai melepaskan anjing yang tersepit.Jika raksasa itu terlepas,mungkin ia akan melahap mereka sebagai hidangannya nanti.

Fellex mengeluh perlahan.Dalam keadaan seperti ini,dia harus membuat keputusan yang selamat.Dia lantas berdiri.Bahu Syah kemudiannya disentuh.

"Tinggalkan dia.Mari kita pergi." Ucapnya lantas berpaling.Dia mulai membuka langkah,ingin meninggalkan tempat itu.

Syah hanya membatu di tempatnya.Berwajah terkedu.

"Jadi kamu nak tinggalkan dia saja seperti ini? Kamu tak kasihankah?" Soalnya,agak simpati.

Terhenti.Langkah Fellex serta-merta terhenti.Hujan ribut membasahi tubuhnya sehingga pakaiannya basah kuyup.

"A..aku..." Buntu.Dia kehilangan kata-kata.Lidahnya kelu.

Diam.Suasana hening untuk seketika.Hanya kedengaran suara naga itu meraung kesakitan,menahan pedih.Hati lembut Fellex semakin terusik.Dia bukannya terlalu kejam untuk membiarkan tetapi demi keselamatan mereka...

...ini sajalah jalan yang ada.Pergi.Pergi sejauh-jauhnya dari sini dan berpura-pura tidak mendengar raungan naga itu.

"Aku..." Baru saja Fellex bersuara,tiba-tiba..

"Hei Fellex! Syah! Dekat sini awak berdua rupa-rupanya! Ohh! Melepak tak ajak kami! Kami nak merajuk sebulan!"

.....kedengaran seseorang melaung dari jauh.Itu adalah suara Iryan.

Syah dan Fellex serta-merta menoleh,melihat ke arah suara itu datang.Ohh...Rakan-rakan mereka rupanya.

Ahli kumpulan Syah semakin datang menghampiri. Mereka semua sudah basah lencun akibat air hujan yang menimpa.

Pakk!

Tanpa sebarang amaran,Syawal tiba-tiba saja memukul kepala Syah.Lelaki itu berwajah berang.

"Adodoi! Sakitlah!" Syah mengaduh kesakitan.Kepala yang terasa berbenjol,diusap laju.

Syawal mencebik geram.Syah dipandangnya besar kecil.Hish! Kalaulah Syah ni semut,dah lama dia penyek-penyek saja Syah ni sampai lumat!

"Hei The Undead Devil yang miang! Awak dah susahkan kami tahu tak?! Penat kami kejar awak dalam hujan-hujan macam ni! Ingat tak penat ke,hah?!" Buat kali pertamanya,Syawal meninggikan suara pada Syah.

Masing-masing sudah menekup mulut,rasa tak percaya.Oh Tuhan! Adakah ini mimpi? Syawal sedang marah Syah? So impossible!

Syah hanya memuncung.Kepala yang pedih,diusap perlahan.Tadi dah dapat cubitan dari Fellex. Sekarang ni kena ketuk kepala dengan Syawal pulak? Alahai...nasib,nasib.

"Syah.Apa yang awak buat dekat sini sebenarnya?" Soal Iryan,seraya memeluk lengan sasa Syah.

Syah masih lagi memuncung.Comel sekali.

"Beta bukan Syah lah! Beta ni The Undead Devil! Beta ni raja! Beta akan hukum kamu semua sebab berkurang ajar dengan beta! Beta ke sini cuma sebab nak tolong seseorang! Itupun salah ke?" Syah tiba-tiba bernada merajuk.Nampaknya raksasa yang merasuk Syah ketika ini,masih lagi enggan untuk pergi.

Mereka semua sudah mengaru-garu kepala yang tak gatal.Err..Dalam hati masing-masing,mereka mengutuk The Undead Devil tersebut.Perasan betul.Eleh.Macamlah dia tu raja yang sebenar.

"Ermm..Jadi awak nak tolong siapa sekarang ni?" Akhirnya Zinnt yang asyik mendiamkan diri sedari tadi,bersuara juga.

Syah serta-merta mengukir senyum.Tak lama kemudian,dia tiba-tiba saja berwajah serius.Belukar yang berdekatan kemudiannya diselak.

Terpaparlah kini,tak jauh dari belukar tersebut ada seekor naga yang sedang merintih kesakitan.Masing-masing sudah menekup mulut.A..ada naga di sini?!

"Beta rasa,kita kena selamatkan dia."





to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

744K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
64.3K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
3.3K 33 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
853K 61K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...