Our Love Memory

qisswolf88 द्वारा

289 7 18

Memory; something that is remembered. "I want to make lots of memories with you." - Do KyungSoo "I know these... अधिक

WARNING!
BAB SATU
BAB TIGA
BAB EMPAT

BAB DUA

71 2 2
qisswolf88 द्वारा

[Choi RiHa]

Busan, Oktober 2012.

HUH! Hari ni memang hari yang malang betullah. Macam mana aku boleh bangun lewat hari ni? Tak pasal-pasal aku kena lari dua pusingan keliling padang. Aku seorang saja pula hari ini. Hari-hari lain ramai pula aku tengok datang lewat. Kenapa pula hari ni tak ada orang langsung? Macam tahu-tahu saja aku akan lewat hari ni.

Aku terbaring di atas padang selepas selesai sesi marathon. Fuh! Letih gila. Kalau macam ni hari-hari, boleh jadi rangka. Tapi, aku tengok geng datang lewat semua sihat-sihat saja badan. Korang rasa mereka makan apa eh? Ke telan terus? Rasanya aku yang semakin merapu ni. Apabila badan letih, otak pun kurang bekerja, kuatlah merapu. Pesanan khidmat masyarakat… eh! Jangan percaya dengan kesimpulan mengarut aku tu. Takut haru aje nanti hidung korang. Hehehe…

Sepantas kilat aku berlari ke loker apabila teringat subjek pertama hari ni ialah Fizik. Mati aku dengan Cik Song. Luaran nampak lemah lembut, baik hati. Tapi, dalaman… garang yang amat. Macam manalah Encik Kang boleh jatuh hati dengan dia? Pelik bin ajaib sungguh!

Perlahan-lahan aku membuka pintu kelas. Walaupun aku tak memandang wajah Cik Song, aku tahu yang dia tengah pandang aku macam nak telan aku sekarang juga. “Ma… ma…”

“Berdiri kat luar smpai habis masa saya,” pintas Cik Song. Nadanya kedengaran mendatar tetapi terselit ketegasan.

“Baik, Cik Song.” Aku menutup kembali pintu kelas.

Dari segi negatif, aku kena berdiri dekat luar kelas. Dari segi positif, aku tak perlu menghadap subjek yang aku tak minat. Kesimpulannya, kena berfikiran positif selalu. Hehehe… Aku bab merapu nombor satu. Tapi, masa Fizik ada tiga puluh minit minit lagi. Jenuh aku berdiri macam tugu negara dekat depan ni. Huh!

Tiga puluh minit kemudian…

“Riha!” sergah Cik Song.

“Opocot mak kau cikgu garang!” Kus semangat aku. Cikgu ni pun satu, main sergah aje. Kalau tercabut jantung aku, tak ke naya. Tak pasal-pasal aku jadi mendiang.

“Kamu kata apa?” tanya Cik Song.

“Tak ada apa-apa. Dah habis ke masa cikgu?” Aku tersenyum dengan senyuman yang tersangatlah manis tapi teramatlah palsu. Senang kata fake smile.

“Emmm… Dah, masuk kelas. Lain kali jangan lewat lagi kelas saya,” pesan Cik Song sebelum berlalu pergi.

Akhirnya dapat juga aku duduk. Wahai kerusiku dan mejaku, aku rindu kalian. Rindu punya pasal, aku cium meja aku. Perangai aku kadang-kadang pelik. Jadi, jangan pelik kalau aku buat benda pelik sebab aku akan jadi pelik bila tak buat benda pelik. Pesanan ringkas, kalau tak faham, abaikan ayat yang berbelit tu sebab aku pun tak faham.

“Weh, kenapa kau datang lewat?” tanya ChanMi, kawan baik aku.

“Entah,” jawabku pendek. Nak jawab panjang-panjang aku pun tak tahu kenapa. Jadi, bagi aje jawapan pendek. Senang.

Baru nak masuk alam mimpi…

“Bangun!” kata ketua kelas. “Selamat pagi, cikgu.”

Encik Kim merangkap cikgu Matematik Tambahan kesayanganku dah datang. Tak boleh tidur. Kalau tidur, lari keliling padang sepuluh pusingan lagilah. Tak percaya? Dipersilakan cuba. Selamat berjaya!

Setelah sekian lama… eh! Hiperbola pula aku ni.

“Okay. Itu sahaja untuk hari ini,” kata Encik Kim. “Sila hantar buku latihan kamu sebelum rehat,” sambungnya.

Aduh! Mati aku! Sekali pun aku tak pernah sentuh buku latihan Matematik Tambahan. Tak payah cakap nak buat latihan. Jauh langit dari Bumi. Macam mana ni?! Nak lari, cikgu tanda nama orang yang hantar. Nak tak nak, aku tetap kena hantar.

“RiHa, mana buku kamu? Kenapa tak hantar lagi?”

Huhuhu… Harimau dah bersuara.

“Sa… sa… sa…”

“Sa… sa, sa apa?!” tengking Encik Kim.

“Saya tak siap lagi!” balasku sepantas kilat. Kena tengking terus boleh rap.

“Siapkan sekarang. Saya nak kamu hantar hari ni juga,” arah Encik Kim, tegas.

Kenapalah hari ni aku malang sangat? Bangun lewat, datang lewat, kena denda, kena berdiri luar kelas dan sekarang aku kena siapkan latihan Matematik Tambahan. Urgh!

“Baik…” balasku lemah.

Masa aku hantar buku latihan Matematik Tambahan kat cikgu harimau tu, masa rehat tinggal lima minit aje lagi. Manalah cukup. Nak makan lagi, nak berbual dengan buah hati kesayangan aku lagi. Tapi, sekurang-kurangnya boleh jumpa daripada tak jumpa langsung.

Lepas beli sebungkus roti, aku mencari kelibat orang yang aku rindui. Malangnya, dia tak kelihatan. Hanya ada dua orang kawan baiknya sahaja. ChanMi pun aku tak ada. Mungkin dia ada hal. Selalunya dia akan tunggu aku.

“Hai,” sapaku.

“Hai,” balas Jimin dan Suga.

“ChanMi ada hal, sebab tu dia tak tunggu,” kata Suga. Aku mengangguk sambil mengunyah roti yang aku beli tadi.

“Sehun?”

“Dia kat bilik sakit. Dia kata dia sakit kepala,” terang Suga.

Again…” Dah masuk kali ketiga aku rasa dia sakit kepala dalam minggu ni. Kebelakangan ni dia asyik sakit kepala je. Aku suruh pergi jumpa doktor, dia tak nak. Degil!

“Weh, sekarang dah pukul berapa?” tanyaku.

“11.10,” jawab Suga.

“Hah?! Mati aku. Aku gerak dulu,” kata aku lalu meninggalkan dua orang lelaki itu. Tenang aje mereka berdua tu. Tak ada kelas ke?

Lantaklah mereka berdua ada kelas ke tak. Sekarang aku dalam masalah. Hari ni belajar di makmal Kimia sebab cikgu nak buat eksperimen. Masalahnya sekarang, buku aku dekat loker dan loker dengan makmal Kimia berada pada arah bertentangan. Solusinya, aku kena berlari ke arah loker dan pecut ke makmal Kimia. Banyak betul aku berlari hari ni. Silap hari bulan masuk wad aku.

Lepas aje ambil buku dekat loker, aku terus pecut ke makmal Kimia. Jalan ke makmal Kimia akan lalu depan bilik sakit. Dalam tengah marathon ke makmal Kimia tu, aku terfikir nak jenguk SeHun ke tak menyebabkan aku berhenti di hadapan bilik sakit. Fikir punya fikir, aku buat keputusan untuk terus ke makmal Kimia dan jenguk SeHun selepas Kimia nanti.

Apabila aku nak melangkah pergi, aku terdengar bunyi kerusi jatuh. Jantungku berdegup kencang. Hatiku rasa seperti ada benda buruk bakal berlaku. Memikirkan SeHun berada di dalam bilik itu, aku memutuskan untuk tengok. Pintu bilik sakit kubuka perlahan-lahan. Kosong. Pelik. Jururawat bertugas pergi mana?

Mata aku fokus pada tabir yang memisahkan ruang luar dengan katil. Tabir itu bergerak seperti terkena sesuatu. Sesekali aku terdengar bunyi katil seakan-akan ada benda sedang bergoyang di atasnya. Langkahku semakin menghampiri katil. Jantungku pula semakin kuat mengepam, bagai nak meletup aje rasanya.

Perlahan-lahan aku menyelak tabir itu. Jantung yang tadi berdegup kencang, kini aku rasakan sudah berhenti apabila melihat adengan di hadapanku. Tanpa dapat aku halang, cecair hangat mengalir menuruni pipiku. Hatiku terasa bagaikan ditikam berkali-kali. Teman lelaki yang sangat aku cintai sedang melakukan hubungan intim dengan perempuan lain.

“Oppa…” rintihku perlahan.

SeHun berpaling. Dia terkejut melihatku. “RiHa…”

Aku segera keluar dari situ. Berlari tanpa arah tuju. Hanya mengikut kaki aku melangkah. Air mata terus mengalir tanpa henti. Apabila aku berhenti berlari, aku berada di rooftop. Aku duduk pada bangku yang ada di situ.

Aku sayang dia.

Aku cinta akan dia.

Kenapa dia buat aku macam ni?

Apa salah aku?

Hanya disebabkan aku tak benarkan dia ‘sentuh’ aku, dia sanggup menduakan aku?

“RiHa…”

Walaupun aku tak berpaling, aku tahu itu suara siapa. Suara yang paling aku tak nak dengar sekarang tapi aku kuatkan diri untuk memandangnya.

I don’t love you anymore. We’re clash,” ujarku.

Tanpa menunggu jawapannya, aku pergi dari situ. Kejadian itu bagai diulang tayang di hadapanku apabila melihat wajahnya, menambahkan lagi sakit di hatiku.

✨✨✨

[Oh SeHun]

“OPPA…”

Sebaik sahaja aku mendengar suara itu, aku berpaling. Jantungku bagaikan berhenti apabila melihat pemilik suara itu.

“RiHa…”

Belum sempat aku melakukan apa-apa, dia berlari keluar. Aku bangun lalu membetulkan pakaian aku.

Apa kau dah buat ni, SeHun?!

Dia sayang kau tapi kau berasmara dengan perempuan lain!

Where are you going? We’re not done yet,” kata MiSu.

Aku menjelingnya. “We’re done, slut!

Aku keluar dari bilik itu. Dalam fikiran aku hanya ada RiHa saja saat ni. Aku tak boleh kehilangan dia. Aku perlukan dia lebih dari segala-galanya.

Rooftop!

Aku berlari ke sana selaju mungkin. Hatiku berharap agar RiHa berada di sana saat ini. Aku sedikit lega apabila melihat RiHa sedang duduk bangku, membelakangi aku dan…

Dia sedang menangis kerana aku.

Aku dah sakiti dia.

“RiHa…” Gadis itu sedikit tersentak. Perlahan-lahan dia berpaling untuk memandangku.

Sedih.

Marah.

Kecewa.

Perasaan yang terpancar pada sinar matanya, bercampur menjadi satu dan yang pasti amat menyakitkan. Wajahnya hanya menunjukkan kesedihan dan bukan lagi kegembiraan seperti selalu. Semuanya kerana tindakan bodoh aku!

I don’t love you anymore. We’re clash,” ujar RiHa sebelum pergi meninggalkanku di situ. Aku cuba untuk memanggilnya tapi tiada suara yang keluar.

。。。

BERKALI-KALI aku cuba telefon RiHa tapi sekali pun tak dapat. Dia matikan telefon dia. Huh! Hanya kerana dia tak benarkan aku ‘sentuh’ dia, aku buat dengan perempuan lain. Aku betul-betul bodoh!

Tuk!

Tuk!

Tuk!

Siapa pula kacau aku ni?! Aku tengah berserabut ni!

“Masuk,” arahku. Perlahan-lahan pintu bilikku dibuka.

“Maaf. Tuan Besar suruh panggil Tuan Muda,” kata pembantu rumah.

Aku mendegus kasar lalu mengikut pembantu rumah ke bilik bacaan appa.

Why do you want to see me?

Appa memandangku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir. “Appa nak kamu pindah sekolah.”

What?! Why?!

Your headmaster called me and told me that you paid the nurse to leave the school clinic, so, you can have sex with a slut. You make me feel ashamed!” tengking appa. “If the news spreads, my image as a famous businessman will be ruin! I paid your headmaster to close the case and you have to move from the school!

I don’t want!” bentakku.

You like it or not, you have to do it!” balas appa, tegas.

Aku keluar dari bilik itu. Kenapa appa suka atur hidup aku dan paksa aku ikut semua kemahuannya?! Aku rasa macam hidup aku bukan milik aku. Ya, aku tahu dia appa aku tapi dia tak boleh nak kawal aku sesuka hati dia macam aku ni patung yang tak ada perasaan.

✨✨✨

[Choi RiHa]

Beberapa hari kemudian…

SUDAH beberapa hari aku mengurung diri di dalam bilik. Tak nak keluar ke mana-mana. Disebabkan itu, ChanMi datang setiap hari untuk membebel kat aku. Ergh! Dah macam mak nenek. Omma pun tak pernah membebel macam dia. Setelah beberapa hari ponteng sekolah, hari ni aku paksa diriku untuk pergi ke sekolah sebab appa ugut nak potong elaunku. Tapi, itu bukan sebab utama aku pergi ke sekolah. Sebab utama aku adalah kerana SeHun dah berpindah, sehari lepas kejadian tu. Pelik bukan?

Jicheun achimieyo (selamat pagi)…” Aku mencium pipi omma yang sedang menghidangkan sarapan. “Appa mana?”

Oustation,” jawab omma ringkas. Aku hanya mengangguk perlahan.

Anyeonghaseyo…” ucap seseorang yang amat aku kenali. Ini mesti omma yang suruh dia datang pagi-pagi buta ni.

“Kenapa omma suruh nenek ni datang sini?”

“Yah! Kau panggil aku nenek?!”

Aku berlari ke ruang tamu sebelum peluku berapi ChanMi hinggap kat kepala aku. Kalau kena boleh koma aku. Bukan boleh bawa main nenek… eh silap, kawan aku ni. Pembuli tegar kat sekolah kitorang pun insaf lepas ke peluku dia. Memang terbaiklah. Tapi sekarang aku kena selamatkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya.

“RiHa!” jerit ChanMi sambil mengejar aku.

“Sakit kaki ke, nek? Perlahan je jalan tu,” provok aku sambil ketawa. Comel pula aku tengok dia yang tengah marah ni.

Omma memanggil kami berdua untuk sarapan. Aku ingat dah habis sesi membalas dendam, sekali ChanMi peluku kepala aku masa aku tengah makan. Omma siap bagi thumbs up lagi. Sejak bila pula mereka jadi geng ni?

Lepas sarapan, aku dan ChanMi berangkat ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, kami terserempak dengan Jimin dan Suga. Entah kenapa hatiku berdebar. Debaran aku semakin terasa apabila mereka mendekati aku dan ChanMi. Cara mereka memandang aku seakan-akan ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan.

“RiHa, SeHun suruh kami bagi ni kat kau.” Jimin menyerahkan sebuah kotak kepadaku.

Dengan teragak-agak aku mengambil kotak itu. “Thanks.”

Aku membuka kotak itu sebaik sahaja Jimin dan Suga pergi. Air mata mula bertakung di kelopak mataku. SeHun bagi aku sebuah album gambar yang penuh dengan gambar kami berdua. Kenangan kami bersama-sama bermain di fikiranku. Air mata yang aku tahan akhirnya mengalir menuruni pipiku. Pada muka surat terakhir, dia tampal sekeping nota.

I know I made you hurt, badly. It’s because of my stupidity. I let you go if that will make you happy. I know you hate me after what happened. But you loved me in the past. And past is memories. So, I hope you won’t forget our memories and remember me as your memories. I won’t forget you either stop loving you. You’re my everything. I love you in the past, I love you in the present, I love you in the future.

I love you forever
-Oh SeHun-

◌⑅●♡⋆♡LOVE♡⋆♡●⑅◌

8 JULAI 2020

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

Kasih Zaara (OG) نور द्वारा

फैनफिक्शन

980 281 38
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."
129K 6.4K 50
Mengisahkan tntg seorang ejen MATA yg bernama Ali. Dia merupakan seorang ejen yg sgt lemah. Wlubagaimanapun spnjg Ali berkhidmat dgn MATA, dia byk me...
36.6K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
8.7K 1K 53
Annyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact...