Our Love Memory

By qisswolf88

289 7 18

Memory; something that is remembered. "I want to make lots of memories with you." - Do KyungSoo "I know these... More

WARNING!
BAB DUA
BAB TIGA
BAB EMPAT

BAB SATU

101 2 14
By qisswolf88

Seoul, Mei 2010.

[Park YooAh]

“KYUNGIE!” jeritku sambil melompat ke atasnya. Dia memandangku tajam seperti aku baru lepas buat jenayah berat dan dia ialah abang polis misai lebat yang nak tangkap aku.

Yah! You’re my jagiya, you should call me ‘oppa’ or ‘yeobo’!” rungutnya seperti biasa.

Aku hanya membalas rungutannya dengan muka menyampah. Setiap kali aku panggil dia Kyungie, mesti dia merungut. Nama panggilan tu, aku juga yang bagi dulu. Dia patut bersyukur aku tak memanggilnya dengan nama pelik-pelik. Kalau aku panggil ‘yang’, mengamuk pula nanti, cakap aku samakan dia dengan biri-biri.

Hidung KyungSoo yang tak bersalah menjadi mangsa ciuman aku. “Kyungie, hari ni hari apa?” soalku.

KyungSoo meletakkan jari telunjuk pada dagunya. Macam emoji WhatsApp pun ada aku tengok, nasib tak berwarna kuning je. “Hmmm… Jumaat?” balasnya.

Aku memukul lengannya. “Jangan la main-main!” bentak aku.

“Main apa? PUBG tak, Mobile Legend tak. Lagipun memang betul pun hari ni hari Jumaat,” ujar KyungSoo, mengusik aku.

Aku mengeluh perlahan. “Hari ni hari lahir saya. Awak lupakan?” getusku. KyungSoo tersenyum penuh makna. Orang tengah marah, boleh dia senyum pula! Ada juga yang nak kena sepak dengan aku ni! Tanpa berkata apa-apa, dia membuka begnya.

“Saya tak lupa pun. Ni hadiah awak.” Dia menghulurkan sebuah kotak yang telah dibalut.

“Oppa tak perlu beli apa-apa pun untuk saya,” ujarku. Dia memandang lembut aku.

I know you stopped liking presents, but I know you will enjoy this one. It’ll last forever!” Bibirnya mengukir senyuman lebar. “Jap, awak panggil saya apa tadi? Oppa?”

Pipi aku terasa hangat. Mesti pipi aku dah merah macam tomato sekarang ni. “Yes… I did.” Aku menunduk memandang lantai, malu.

Dia merenung aku. “Awak nampak kurus daripada biasa. Are you eating well?” Aku mengangguk perlahan. “Hmmm… Saya belanja awak makan malam ni, sempena hari lahir awak.”

Tanganku dibelai perlahan. Senyuman di bibirku semakin lebar. “Saya nak tempah makanan yang mahal,” usikku.

Anything you want. I pick you at 5 pm,” ujarnya.

“Kyungie…” Dia memandang aku, lembut. “Can I open my present now?” soalku. Dia ketawa perlahan mendengar permintaanku.

Beg sandangnya dibuka lalu mengeluarkan sebuah kotak hadiah. “We’ve been dating for a while now, jagi… so I wanted to give you something special.

Do KyungSoo, you yourself are special enough,” kataku perlahan umpama berbisik.

I know already…” balasnya, juga perlahan. “But… I still got you this.” Dia memberi kotak itu kepada aku sambil tersenyum manis.

Perlahan-lahan aku membuka kotak itu. “It’s a, umm…

KyungSoo ketawa mengekek melihat reaksi aku. “It’s a photo album, jagi.” Aku tersengih. Album gambar itu aku buka halaman demi halaman. Kosong. Aku memandang dia yang sedang cuba untuk tahan gelak.

KyungSoo-ah is it supposed to be blank?” Akhirnya ketawa yang ditahan terhambur keluar apabila soalan itu terpantul keluar daripada mulutku dengan wajah kebingungan.

No, YooAh,” ujarnya masih dengan sisa ketawa. Pipiku diusap perlahan dengan ibu jarinya. “Pictures are memories that will we always hold through time, no matter how old we get. I want to make lots of memories with you and take pictures, so we can always have something of each other.” Dia mencium bibirku. “I told you it’ll last forever.”

Satu senyuman terukir pada wajahku. Manik-manik jernih mengalir di pipiku. Lehernya aku paut, memeluknya dengan erat.

This is the best birthday present ever,” ujarku perlahan. “Thanks.” Dia tersenyum sambil membelai rambut aku.

“Jumpa malam ni,” katanya, mengingatkan aku tentang janji temu kami. Senyuman aku makin melebar. “Anyeong,” ucapnya sebelum melangkah ke kondominiumnya.

I can’t wait to make memories with KyungSoo… I want to fill this etire album!’ detik hatiku. Album gambar itu aku peluk erat.

。。。

“MACAM mana sekolah?” tanya omma sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Bosan,” jawabku. “Tapi Kyungie bagi ni!” Aku menunjukkan album gambar itu kepada omma. Omma mengambil album gambar itu daripada aku. Halaman demi halaman omma buka. Reaksinya sama seperti aku sebentar tadi.

“Kosong?” Akhirnya soalan itu terpantul dari mulut omma. Aku mengangguk sambil ketawa perlahan.

“YooAh akan penuhkan dengan gambar-gambar kenangan YooAh dengan Kyungie sepanjang hidup kami bersama!” Mata aku bersinar dengan keterujaan memikirkan aku dan Kyungie akan hidup bersama sampai akhir hayat kami.

Omma tersenyum kelat. Rambutku dibelai perlahan. Sinar matanya tak seperti selalu. “KyungSoo memang lelaki yang baik,” ujarnya perlahan. Namun, aku boleh menangkap nada sedih dalam ucapan itu.

Omma, is it something wrong?” soalku. Tiada lagi keterujaan yang aku rasa sebentar tadi.

Wajahku dipandang sayu, “YooAh ingat tak doktor ada ambil darah masa YooAh masuk wad hari tu?”

“Ya…” balasku lemah.

Omma menutup matanya. Tangannya mengeletar. “Doktor kata kamu ada… kamu ada… leukemia,” luah omma. Nada sedih terselit dalam tutur katanya. “Doktor jangka hayat kamu… sampai hujung tahun ni.”

Air mata menuruni pipiku. Jantungku seakan-akan tak berdegup lagi. “Tak! Tak mungkin! Ini… ini semua tak betul!”

I’m sorry YooAh. I’m sorry.” Omma memelukku. “My baby girl…

“Siapa lagi yang tahu?” tanyaku.

“Keluarga kita saja,” jawab omma. “YooAh nak omma bagitahu KyungSoo?”

“Tak!” balasku, separuh menjerit. “Jangan bagitahu dia. YooAh tak nak dia tahu.”

“Dia kena tahu. Lagi cepat lagi baik,” ujar omma.

“YooAh akan jumpa dia malam ni. YooAh akan bagitahu dia nanti,” kata aku lalu menghilangkan diri ke dalam bilik.

Kosong.

Fikiran aku kosong.

Aku tidak tahu apa yang patut aku buat.

Pandanganku jatuh pada album gambar yang sedang aku pegang. Air mata semakin laju menuruni pipi. KyungSoo, macam mana kita nak cipta kenangan bersama sekarang?

Tuk!

Tuk!

Air mata aku seka apabila mendengar pintu bilik diketuk. Pintu itu dibuka perlahan, bagaikan tidak mahu mengganggu aku.

Jagiya…

Bulat mata aku mendengar suara itu. Tubuh, aku pusing membelakanginya yang sedang berdiri di pintu untuk menyembunyikan wajah sedihku.

“Kyungie, awalnya awak datang…”

“Saya cuma nak tanya, awak okay tak kalau kita buat sesuatu sebelum kita pergi makan,” katanya. “Macam pergi karaoke ke…”

You will always beat me at karaoke!” bentakku.

Dia ketawa perlahan seraya memeluk aku dari belakang. “Memandangkan hari ni hari lahir awak, saya bagi awak menang,” pujuknya.

No. Saya suka dengan awak nyanyi,” balasku perlahan, umpama berbisik. Aku memusingkan badan lalu membalas pelukannya.

Tiba-tiba cahaya flash kamera memancar.

“Selamat hari lahir!” ucap omma. Dia tersenyum sambil menyerahkan gambar aku dan Kyungsoo. Satu senyuman terukir pada wajah aku.

Thanks, omma…” ujarku.

…for helping me starts on the photo album,” bisikku pada omma.

✨✨✨

[Do KyungSoo]

Disember 2010.

AKU menunggu di tempat menunggu di luar bilik YooAh. Omma YooAh keluar dari bilik YooAh sambil menangis teresak-esak. Aku bangun lalu memeluknya, cuba untuk menyalurkan kekuatan yang masih ada pada diri aku walaupun pada saat ini aku juga terasa lemah. Kesedihan yang menghimpit hati aku, cuba untuk disembunyikan.

“Dia… dia nak jumpa kamu, KyungSoo.”

Hanya anggukan yang aku berikan sebagai balasan. Nafas aku tarik sedalam mungkin untuk menenangkan diri aku. Dengan langkah yang perlahan, aku masuk ke dalam bilik YooAh.

“YooAh…” ucapku lembut.

Anak mataku memandangnya. Banyak perubahan berlaku padanya dalam masa lapan bulan. Sekarang, dia kelihatan sangat kurus, seperti tulang yang dibaluti kulit. Rambutnya gugur, kesan daripada chemotherapy. Tetapi, dia masih lagi cantik di mataku. Matanya penuh dengan kesakitan. Namun, masih bersinar setiap kali melihat aku.

“Kyungie…” panggilnya. Nada suaranya masih ceria seperti dulu tetapi telinganku dapat mendengar keperitan dalam suara itu.

Aku duduk di kerusi bersebelahan dengan katilnya. Tanggannya aku gapai lalu aku usap lembut.

“Degil. Saya dah cakap panggil saya oppa.”

Dia tersenyum lemah. “Awak cakap benda tu setiap hari.”

Nafasnya kedengaran sangat lemah. Dia baring semula ke atas katil. Tubuhnya terlalu lemah walaupun untuk duduk. Dia memegang tangganku erat. “Oppa… Saya rasa tak sihat…”

Aku ketawa perlahan. Kedengaran sangat hambar. Bibir, aku paksa untuk megukir senyuman. Aku tidak mahu YooAh nampak kesedihan pada wajahku. “Saya tahu.”

Saranghae, Kyungie.

Aku mencium bibirnya.

Nado saranghae, YooAh.

Perlahan-lahan dia membuka matanya.

“Kyungie, pernah tak awak terfikir untuk tinggalkan saya?”

“Tak,” balasku. “Tak pernah walau sekalipun saya terfikir untuk meninggalkan awak. Awak terlalu penting untuk saya. Saya takkan mampu untuk hidup tanpa awak.”

“Jangan cakap macam tu,” pintasnya. Air mata mengalir dari tubir matanya. Pantas aku menyeka dengan ibu jari. “Oppa, mianhe…”

“Kenapa awak minta maaf?” tanyaku, sebak.

YooAh menutup matanya. Air mata masih lagi mengalir di pipinya. “Maaf… sebab saya akan tinggalkan awak dulu.”

“Jagiya…” Aku memeluknya erat. Andai sahaja pelukan ini mampu memanjangkan hayatnya, aku tidak akan pernah melepaskannya.

Dia membalas pelukan itu sebelum menekan sesuatu yang keras ke dadaku. Perlahan-lahan aku memandang ke bawah. Album gambar yang aku hadiahkan kepadanya. Wajah YooAh, kurenung. Sejujurnya, ketakutan mula menguasai diriku. Ketakutan kehilangannya.

YooAh mencium bibirku. Bibirnya mengukir senyuman. “Thank you for the wonderful memories. I’ve been looking at them ever since the first photo was taken. Make some more while you’re here, okay?

Aku memandang album gambar itu semula. Apabila aku mendongakkan kepala, mata YooAh terpejam. Rapat. Cecair hangat mengalir di pipiku.

Album gambar itu aku buka. Tangisan aku semakin kuat apabila melihat gambar kami berdua. Kenangan kami bersama bermain fikiran aku. Sekeping nota dilekatkan di bawah gambar terakhir.

Pictures are memories that will we always hold through time, no matter how old we get. I know these memories will stay with me forever. I hope you will find someone to make as many memories with, and that those memories are just as wonderful. I will always love you with all my heart and soul.

-love you forever-
Park YooAh

◌⑅●♡⋆♡LOVE♡⋆♡●⑅

8 JULAI 2020

Continue Reading

You'll Also Like

546 55 11
Mengisahkan hidup Ali sangat gelap. Walaupun ibu Ali berteraskan tekno ialah Aliya memarahi anaknya yang selalu tidak dengar cakap keluarganya sendir...
34.2K 1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...
61.3K 305 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
414K 15.5K 48
[IF I HAVE FREE TIME MAYBE I WILL UPDATE THIS STORY] [MAFIA] Start writing on wattpad when I was 13. Immature storyline alert ⚠️⚠️ Psiko? Dulu memang...